10 September 2014

Saving Fish From Drowning

It’s the name of a book. Menyelamatkan ikan dari kelemasan, dalam Bahasa Melayu. Kenapa kena selamatkan ikan dari mati lemas?


“Seorang lelaki warak menerangkan kepada pengikutnya: “Mengambil nyawa sesuatu itu perbuatan yang keji; sedang menyelamatkan nyawa sesuatu itu perbuatan yang mulia. Setiap hari aku berjanji akan menyelamatkan seratus nyawa. Aku meletakkan jaringku ke dalam tasik dan mengangkat seratus ekor ikan. Aku meletakkan ikan-ikan itu di tebing, di mana mereka melompat-lompat dan bergerak-gerak. “Jangan takut”, kataku kepada ikan-ikan itu. “Aku menyelamatkan kalian dari kelemasan.” Tidak lama kemudian, ikan-ikan itu bertenang dan berbaring diam. Sedih sekali, aku selalu terlambat. Ikan-ikan itu sudah terlalu lemah. Dan kerana membazir itu juga perbuatan keji, aku membawa ikan-ikan yang mati itu ke pasar dan menjual mereka dengan harga yang baik. Dengan duit yang kuperolehi, aku membeli lebih banyak jaring supaya aku boleh menyelamatkan lebih banyak ikan.”

Kisah ini merupakan kisah yang dicatat oleh Amy Tan dalam bukunya ‘Saving Fish From Drowning’.

Actually kisah ni menerangkan tentang perbuatan jahat yang kita buat demi keuntungan diri sendiri, tapi kita claim orang yang kita zalimi itulah yang akan dapat keuntungan dari perbuatan jahat kita.

Contohnya manusia yang membeli tanah orang Asli dengan alasan membawa kemajuan, tapi sebenarnya dia membalak dekat kampung orang Asli tu dan merosakkan alam sekitar. Yet, dia still claim what he does is something good. That those orang Asli would benefit from the forest exploration sebab kawasan mereka akan maju. When in fact yang dapat banyak duit ialah pembalak tu.

Saving Fish From Drowning, I believe, should be put side to side with other concepts in Environment Conservation. Macam Tragedy of the Commons dengan Limits to Growth.

Dan sekarang rasanya benar-benar macam Saving Fish from Drowning. Almost in a literal sense.

You know what’s the current environmental issue in Malaysia? Projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan. Ikan sturgeon ialah satu kumpulan ikan yang terdiri daripada beberapa spesies ikan seperti beluga, amur, siberian dan sterlet. Ikan sturgeon dikenali kerana telurnya yang boleh dimasinkan untuk dijadikan makanan mewah, juga dikenali sebagai caviar. Caviar merupakan makanan istimewa masyarakat Barat, berwarna hitam kilat. Enak dimakan dengan roti dijadikan seperti jem. Memang tak hairanlah kalau negara kita pun nak mendapat tempias ekonomi daripada perniagaan caviar, kerana satu kg caviar harganya boleh mencecah sehingga 7000 USD (RM22,373.75)


caviar_prd_557_org
I can never understand what’s so expensive about telur ikan? [source]

FELDA baru-baru ini telah meneroka 50 ekar tanah di kawasan sensitif Kuala Tahan, yang juga merupakan tempat tinggal asal masyarakat pribumi orang Asli kaum Bateq di Pahang bagi pembangunan projek ikan sturgeon. Ikan ini bakal diternak di dalam kolam buatan yang diairi air Sungai Tembeling menggunakan pelbagai teknologi maju, seperti Recirculation Aquaculture System dan Water Running System. Antara tujuan mereka untuk menternak ikan sturgeon ini adalah untuk menampung pengeluaran caviar dunia yang semakin merosot. Masalah yang bakal dan telah ditimbulkan akibat projek ini bukan sahaja mencerminkan ketidakprihatinan pihak FELDA terhadap masalah kelestarian alam sekitar, malah menunjukkan kurangnya arif mereka kepada struktur ekonomi dan sosial masyarakat di Kuala Tahan.

These are a few factors why projek ikan sturgeon di Kuala Tahan perlu dihalang:

1- Kawasan yang dipilih di Kuala Tahan untuk projek ikan sturgeon merupakan kawasan zon penampan (buffer zone) bagi Taman Negara, hanya dipisahkan oleh Sungai Tembeling. Dikhuatiri pembangunan di kawasan ini akan memberi impak kepada kawasan sensitif alam sekitar bukan sahaja melalui aktiviti penternakan ikan sturgeon, malah daripada jumlah pengunjung yang ramai disasarkan FELDA untuk aktiviti eco-tourism. Projek ini mensasarkan pembinaan kompleks bangunan dalam kawasan 50 ekar untuk pelbagai aktiviti berkaitan pelancongan dan penternakan yang dikatakan tidak sebenarnya perlu di kawasan berkenaan.

“Dengan adanya Caviar Park, Hotel 5-7 bintang, dan golf course. WZWH meramalkan 120,000 pelancong Korea akan melawat Kuala Tahan setahun. Orang Korea kuat makan dan berbelanja. Fikirkan kesan ekonomi kepada Kuala Tahan.” Link asal.

Agak melampau kalau kawasan Taman Negara ditebang pokok-pokoknya sebab nak dibina hotel 5-7 bintang dan golf course hanya untuk pelancong Korea. Warisan khazanah dunia di hutan hujan tropika dikorbankan sebab kegilaan menyambut pelancong Korea. Entah-entah orang Korea pun lagi suka masuk hutan semulajadi. *ingatkan gadis remaja saja gila K-Pop*

2- Projek ini dikatakan bakal memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar, dan pengusaha boleh membuat keuntungan sehingga RM13,000 sebulan. Tetapi penduduk sekitar kebanyakannya sudah terlibat dengan aktiviti pelancongan taman Negara dan mereka bukanlah menganggur sehingga perlu diwujudkan peluang ekonomi baru untuk mereka. Projek ini sebaliknya dijangka akan mengambil khidmat buruh asing untuk meningkatkan margin keuntungan kerana kos buruh yang rendah. Ini bakal menimbulkan masalah sosial di kawasan sekitar Kuala Tahan.

10390025_708929549199339_8241714104627540297_n

3- Masyarakat orang Asli suku Bateq bakal terjejas dengan projek ini. Mereka menyerupai kaum Penan di Sarawak, yang hidup berpindah randah. Kawasan yang dipilih untuk projek ikan sturgeon telahpun menembusi kawasan tempat tinggal asal mereka. Ini akan mempengaruhi corak dan budaya tradisional hidup mereka yang bergantung kepada sumber hutan untuk kelangsungan.

4- Penduduk sekitar dan pemimpin tempatan tidak dimaklumkan dan tiada pungutan suara dijalankan tentang projek ini terlebih dahulu sedangkan penduduk tempatanlah yang dikatakan bakal mendapat kesan langsung daripada pelaksanaan projek ini. Mesyuarat yang diadakan berkenaan projek ini hanya dihadiri ‘the bigwigs’ atau orang-orang atasan sahaja yang tidak mempunyai kepentingan terhadap kawasan Kuala Tahan. Malah mesyuarat itu diadakan 70 km daripada kawasan Kuala Tahan dan tidak diwakili secara khusus oleh penduduk Kuala Tahan. Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris juga hanya dimaklumkan oleh Malaysian Nature Society setelah projek tersebut telahpun bergerak.

5- Projek ini dijalankan terburu-buru tanpa kajian terperinci terhadap ekosistem alam sekitar di kawasan sensitif. Hanya setelah mendapat tentangan barulah projeknya dihentikan seketika untuk memberi laluan Detailed Environmental Impact Assessment dijalankan.

6- Projek ini tidak mempunyai keperluan kepada rakyat Malaysia dari segi ekonomi mahupun keperluan makanan. Rakyat Malaysia bukanlah penggemar caviar (malah mereka pun tak pernah tengok atau reti sebutpun perkataan caviar) dan projek ini kelihatan seperti semata-mata hanya untuk meraih keuntungan tanpa berpaksi kepada realiti negara. Tambahan pula, caviar bukanlah makanan ruji yang mempunyai keperluan mendesak untuk dihasilkan seperti padi atau gandum, sebaliknya hanyalah makanan mewah masyarakat yang tinggal beratus tibu kilometer jauhnnya dari tapak projek ini.

7- Sumber air iaitu sungai telah terjejas akibat pembinaan jalan untuk ke kawasan projek. Nilai ekstetik Sungai Tabong, iaitu sumber air untuk penduduk sekitar telahpun dicemari keladak dan pepejal terampai. Sungguhpun ada laporan mengatakan sumber air dari Sungai Tabong diambil di hulunya dan projek tersebut tidak menjejaskan sumber air minuman penduduk sekitar, tetapi hilir Sungai Tabong yang dahulunya jernih menjadi keruh. *mungkin ini yang ingin ditunjukkan kepada 120,000 pelancong Korea tu*

10659154_708992359193058_7367399239520400254_n

8- Keuntungan sebenar terhadap penduduk sekitar bersifat tidak jelas dan hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu. Sehingga kini, yang mereka dapat daripada projek ini hanyalah  hutan yang bertukar menjadai padang jarak dan air sungai yang dulunya jernih semakin keruh. Pembalakan telahpun berlaku di kawasan tersebut, mengakibatkan hakisan tanah. Penduduk menjadi berang kerana kayu-kayu balak tersebut yang ditebang di sekitar Taman Negara dibolot oleh pembalak-pembalak yang menangguk di air keruh, sedangkan yang terjejas di kawasan itu iaitu penduduk sekitar langsung tidak mendapat sebarang faedah.


IMG_2115
How can they be happy looking at the destruction they have made?


9- Ikan sturgeon ialah foreign species yang bukan berasal daripada Malaysia. Pengenalan ikan ini kepada ekosistem tempatan adalah tidak perlu dan mungkin mengakibatkan kemunculan penyakit baru kepada ikan di kawasan Sungai Tembeling dan memusnahkan ekosistem tempatan dengan memberikan persaingan kepada ikan-ikan tempatan, dan mungkin juga menjadi pemangsa kepada ikan-ikan lain. Tanpa sebarang justifikasi jelas mengapa ikan ini boleh dibawa masuk ke Malaysia sedangkan perdagangan ikan ini adalah terhad di bawah undang-undang antarabangsa, sukar penduduk tempatan mempercayai tujuan sebenar projek ini dijalankan.

10- Di Kuala Tahan sudahpun terdapat ikan-ikan ekslusif dan eksotik yang belum dikomersialkan seperti kelah, jelawat dan patin. Ikan-ikan ini mempunyai potensi untuk dikomersialkan sebagai ikan Malaysia, dan mempunyai harga yang boleh menguntungkan jika FELDA atau pengusaha lain tampil untuk memasarkan ikan-ikan ini di peringkat antarabangsa. Ikan-ikan ini juga boleh dipasarkan ke pasaran tempatan kerana terdapat permintaan yang tinggi untuk ikan-ikan ini di Malaysia.

I personally do not see any problem regarding sturgeon project. Sebab kalau boleh menguntungkan Malaysia, why not got for it.

Tapi, orang putih kata bila nak pilih property, kena consider ‘Location, location, location’. Dalam kes ikan sturgeon ni, banyak sangat faktor lokasi Kuala Tahan yang tak sesuai sebagai tapak penternakan ikan sturgeon. Kenapa tak pilih dekat Seremban, atau Pekan, atau Temerloh, atau Ulu Tembeling for that matter? Kenapa nak jugak Kuala Tahan, dekat Taman Negara? Kata guna teknologi canggih Korea, means boleh control condition air untuk penternakan ikan sturgeon tu, tak perlukan kawasan yang betul-betul pristine.

TO conclude, let’s go back to the entry title. The arguments yang orang-orang berkepentingan bagi untuk projek ikan sturgeon ni konon2nya akan menguntungkan penduduk setempat hanyalah alasan a la ‘Saving Fish from Drowning.’

Mereka tak perlukan projek sturgeon untuk hidup, sebaliknya malah projek sturgeon inilah yang akan menzalimi mereka.

Konsep ‘Saving Fish From Drowning’, in a nutshell, should become a principle in Environmental Education so that everytime people use this argument on us, we can counter their trick to cheat us.

P/S: Please like facebook page Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan for more info and to support the cause.


REFERENCES
http://akuanakpahang.blogspot.com/2014/04/info-ikan-sturgeon-projek-perternakan.html
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=531129
http://wzwh.blogspot.com/2014/03/wzwh-brief-dengan-lebih-mudah-projek.html
http://pahangdaily.blogspot.com/2014/04/penduduk-kuala-tahan-bantah-projek.html

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter