Ramai-ramai tunggu bas…
Pagi Isnin lepas saya naik bas waktu pagi. Biasalah, mana ada transport kan selain public transport. Pukul 7.40 pagi, bas dah nak jalan. Saya cepat-cepat kejar dan naik. Lepas saya naik, ada lagi beberapa budak perempuan naik. Lari-lari semua.
Lepas tu pak cik drebar bas suruh saya berdiri dekat tangga. Masa tu duduk dekat dashboard. Dia tak nampak side mirror sebab saya block.
“Kesian budak lelaki. Asyik dapat duduk dekat tangga je!” kata pak cik tu tiba-tiba lepas saya berdiri dekat tangga. Budak perempuan yang ramai-ramai tu pun mula senyum. Saya pun balas senyum. Bas pun mula berjalan.
“Cubalah bagi yang lelaki ni pulak duduk. Kalau perempuan naik bas, laju semua cari tempat duduk. Bila lelaki naik, kena berdiri semua! Yelah, budak perempuan ramai. Yang lakinya sikit. Kalau laki berdiri kan lain-lain jantina!” kata pak cik drebar penuh jenaka. Yang lain gelak.
“Perempuan asyik mintak kerusi je. Yang laki dapat tangga. Sampai Najib pun pening. Perempuan pun nak kerusi parlimen sekarang ni.” Semua gelak lagi. Pandai pak cik ni kaitkan kerusi bas dengan kerusi parlimen – kata saya. Dalam hati jelah.
“Cuba tanya yang lelaki ni, nak duduk tak. Yelah, penat asyik berdiri je!” tiba-tiba pak cik tanya saya. Saya senyum. Mood masa tu Monday blues. Malas + mamai. Segan je tetiba semua pandang saya. Sebab saya diam semua pun buat tak tau je. Lagipun pak cik bukan serius pun masa tu. Just nak hangatkan suasana pagi.
“Kalau naik bas ni kan, masa mula-mula masuk je semua datang awal. Apa namanya tu? Yang masa budak-budak baru mendaftar?” kata pak cik drebar.
“Minggu orientasi!'” jawab dua tiga orang. “Hah, masa tu je datang sebelum pukul tujuh. Ada ketua bagi order ‘esok pagi, kumpul pukul tujuh dekat sini!’ Datang pukul 6.50, dah ada semua! Sampai ada pak cik-pak cik drebar datang awal takut budak kumpul lama. Tapi masa tu jelah datang awal. Lepas tu datang pukul tujuh, takde lagi budak-budak. 7.20, ada la sikit-sikit. 7.40, baru menderu-deru datang!” komplen beliau.
“Agak-agak 100 tahun lagi ada tak UPM ni?” pak cik tiba-tiba tanya. Budak perempuan sorang jawab “Ada. Mesti adanya”.
“Kalau 200 tahun? Ada lagi tak? Ada agaknya, tapi dah lain agaknya ye tak? Dah ada highway dekat UPM. Dari kolej nak pergi fakulti ada highway. Tapi highway jelah. Naik bas lagi!”
“Sampai bila agaknya nak naik bas ni? Ada ke transport lain lagi nak pergi kelas. 200 tahun lagi agaknya naik bas lagi tak?” Saya terasa. Haha!
Seorang budak perempuan jawab “Nanti dah ada komuter pak cik, senang je nak pergi kelas!” kawan-kawan dia pun sambut dengan gelak. Tak lama tu, bas berhenti. Ramai orang turun. Ada seat kosong, saya duduk. Masa tulah teringat macam-macam. Dulu seronok masa first year, naik bas ramai-ramai. Cerita dalam bas nanti boleh jadi bahan lawak.
Dulu kami suka duduk dekat tangga. Sebab senang nak paut. Masing-masing buat mimik muka sampai tergelak bila lalu selekoh. Lepas tu sengaja main himpit-himpit dekat selekoh nak bagi sesak. Lepas tu, banyak je perhatikan perkara-perkara lawak dalam bas.
Ada langgar perempuan tu, ada bau taik kucing. Ada awek ‘comel’ naik bas. Drebar maki-maki budak. Semua tu jadi bahan gelak masa dekat bilik. Kadang-kadang belum sempat sampai bilik, dekat kelas pun dah kecoh. “Eh, ko perasan tak budak tadi? Budak tulah yang aku jumpa hari tu!" – Dialog ni mesti keluar masa lepas turun bas.
Naik bas ramai-ramai tak boring. Ada je benda nak jadi gurauan. Dulu la. Lepas tu sorang-sorang taknak naik bas. Nak naik motor, kereta. Yelah, bas lambat. Tension lama-lama naik bas. Nak gerak makan masa. Bas macam kura-kura. Sekarang ni, most of the time, saya naik bas sorang. Tak pernah naik bas ramai-ramai dah. Tapi kenangan yang kecil tu kadang-kadang lebih buat kita rasa gembira.
Kenangan. Rindunya…
Masa Usagi mati dalam Sailormoon, dia cakap:
“When I wake up in the morning,
a pure white curtain of lace is rustling in the breeze.
The cuckoo clock in the room says it’s 7 o’clock, and Mom’s voice says, “You’ll be late if you don’t get up!”.
I’m still half asleep, and I think, “Please let me sleep for 3 more minutes.”
I’m late for school every single day like clockwork,
my teacher makes me stand out in the hallway,
and I get failing grades on my tests.
The crepes we’d all eat on the way home.
We’d gaze dreamily at a party dress in a show window.
The little things bring such joy and I’m happy.
I wish…
I wish I could go back to that kind of normal life.
I want to go back.”
Kalau boleh diputarkan masa… Semuanya dah tak sama macam dulu. Pak cik drebar ni betul-betul buat saya terfikir. Terima kasih pak cik, untuk kenang-kenangan yang pak cik ingatkan.
Waktu turun dari bas, saya senyum sendiri. “Semua ni akan berakhir jugak. Lepas ni, kita dah takkan jumpa. Benda ni pun akan jadi kenangan nanti.” Kata saya dalam hati.
sedihnye baca.. huhu... a'ah, pasni mesti da x dapat merasa benda tu.. now ni pun i rindu nk g dating naik train..dulu awal2 kapel naik train je, hahahha.. now, masing2 da ade transport, die lgsung xnk naik train. isk.. (T_T).. jahat la syed ni, buat hezy sayu lak ingt zaman2 dulu.. nk nangis.. bluek.. hahaha
ReplyDeleteTeringat aku dulu bila naik bas. Sedang tunggu bas, tetiba nampak kawan kolej tunggu sama. Sembang2 dlu sebelum naik bas. Bila naik bas, masing2 turun di perhentian yang di tuju. Terasa perpisahan sementara. Bila habis kulias, sedang duduk2 dalam bas, nampak kawan tadi yang turun sama2. Jumpa lagi sekali, sembang apa yang patut.
ReplyDeleteKini hanya tinggal kenangan. Terasa keakraban ketika dahulu. Gosip dalam bas tak sedar yang kena umpat tu ada kat belakang kita jer... :p.
Kisah yang kian larut dalam kenangan...
Terima kasih bedaduz..mengembalikan kisah yang menjadi kesan di hati....
Hezy: hehehe..jgn la nangis...just masa dulu takkan kembali dah..benda yang macam x penting dulu kdg2 jadi memori yg paling best utk waktu skrg n masa depan...
ReplyDeletehort: sama2. bestnya memori dulu kan?
sdehla bace ko nye post ni tenet!!!!!
ReplyDeleteT__~
mum : aku yg menulis pun rasa sedih... :')
ReplyDeleteheeee... masa pakcik bus tu membebel pagi2 tu, kite ade duduk kat belakang tu..dah lah kuat pula die ckp... dalam hati ni ckp "apelah yg pakcik tu membebel soang2 tu, 100 taon lah,200 taon lah,haha..ade je budak yg melayan.tak melayan sian pulak " kite pon dgr ler jugak pakcik tu bebel.. bes gak..g pun die ada byk pengalaman kan...sabo je la
ReplyDelete~~~~K E N A N G A N ~~~~~
ReplyDelete(lagi 3tahun kat upm ni mungkin saya akan rasa ape yg kamu sume rase..mesti korunk rindu kengan lama kan..) jgn cedey2 taw... =)
bila baca ni teringat kenangan ms belajar dlu.. naik bas rmi2 pegi kelas.. pagi2 berebutkan bas, balik pun sama smpi sanggup kejar bas. bile dah abes belajar, rs rndu sgt.. rndu sgla kenangan ms belajar.. rndu segala2nya..
ReplyDeletebtl kta senior2. zmn bljr adlh zmn yg plg best! nak blk mcm dlu.. :(