15 April 2013

Malam yang Malang

Pecah. Terhempas. Benar-benar mencium simen, lalu berderai. Nokia Lumia 800, yang belum setahun usianya sudah jahanam.

Saya sedang berjalan di koridor belakang, kemudian mengeluarkan telefon dari dalam poket. Belum sempat menggenggam penuh telefon itu sudahpun menggelincir laju dari bucu poket, terus laju menghadap simen skrinnya. Segera dan penuh panik saya mengambilnya.

Ternyata, sudah pecah seribu skrin. Masih berbunyi, tetapi sudah tidak bercahaya.

Terus mati selera saya untuk makan malam. Terkedu buat beberapa minit. Saya menuju ke KFC, supaya segera pulang sahaja. Saya tidak ingin menunggu lama-lama pesanan disiapkan kalau di kedai makan.

Ketika di parking, saya mengeluarkan telefon yang sudah tidak bernyala dari dalam poket. Jari saya terkena serpihan kaca, kemudian terus berdarah, panjang. Kecewa bertambah lagi.

Sebaik datang, tiada barisan yang kelihatan. Saya laju ke kaunter. Di belakang kaunter seorang gadis kenit berkaca mata, mungkin sekali baru mengambil keputusan SPM berbaju uniform KFC dengan penuh cuai mengambil order. Lain ditanya lain dijawab.

“Saya nak dinner plate hot and spicy.”
“Hot and spicy takde. Kita ganti dengan ayam Korea.”
“Kalau macam tu, saya nak satu set ayam Korean tu.”
“Dua ketul ke tiga ketul?”
“Tiga”
“Kena tambah 20sen”
“OK”
“Ayam kena tunggu Sir. Dalam 15 minit.”
“Ok, saya tunggu.”

Dia punch harga makanan ke mesin kira. Saya melihat sesuatu yang menghampakan. Di skrin mesin tertulis “3 original chicken”, di bawahnya tambah RM0.60 untuk 3 ketul ayam Korean.
“Cik, saya nak set Korea yang macam belakang tu, yang 3 ketul ayam tu” – menunjuk ke poster besar di belakang kaunter. Yang lengkap dengan air dan makanan sampingan.

“Saya bagi set tu lah”
“Tapi saya nak set yang ada side dish tu sekali. Bukan ayam je”
“Kalau nak side dish tu kena tambah sendiri”
“Fine. Bagi saya coleslaw besar satu.”

Dia menambah punch di skrin. Semua sekali RM17.50 – ujarnya. Saya menghulur not RM20, sekali dengan kad diskaun Siswa 1 Malaysia.

Terkebil-kebil dia. Entah kenapa dia nampak begitu keliru. Lepas punch itu ini, dia lari dari kaunter, mencari cashier lain yang lebih senior.

Terdengar dari jauh kakak cashier senior sudah menjerit-jerit. Kemudian dia kembali ke kaunter membawa akak cashier senior.

“Ya Allah, yang ni dah tak boleh dah. Dah kena buat payment. Kenapa tak tanya awal-awal?” marah akak cashier senior. Si cashier gadis kenit lepasan SPM buat-buat tidak faham, mukanya kosong.

“Ya Allah.” Entah berapa kali si cashier senior menyebut nama Tuhan sambil menekan-nekan mesin kira, terlampau marah barangkali.

“Sir, yang ni kena kira semula.”

Akhirnya dia mengeluarkan kalkulator. Mengira-ngira semula semua harga makanan yang perlu saya bayar termasuk diskaun. Beberapa kali tersilap congak. Setelah siap, dia memulangkan duit baki.

Si cashier kenit memulangkan kad siswa semula. Perlu latihan lagi budak ni. Dengan komunikasi masalah, lain diminta lain dia bagi. Ikut sedap dia. Lepas bayar salah punch pulak.

Si cashier memberi saya sekeping kad bernombor 28. Sebaik berpaling, baru saya terlihat betapa ramainya manusia sedang menunggu pesanan ayam goreng siap.

Di luar, seorang lelaki Cina dalam usia 40an sedang menunggu sambil berbual di telefon. Seorang lelaki Melayu berusia 20an berjanggut memakai sweater yang gayanya seperti peserta Imam Muda yang urban tetapi warak sedang berSMS (atau whatsapp – hell, how would I know?) sengih-sengih setiap kali melihat skrin, seorang remaja lelaki form 4 atau form 5 yang mempunyai ciri-ciri pembuli sekolah dalam video ‘Lan Todak’ di Penang bersandar di dinding.

Seorang lelaki India berkemeja kemas, mungkin baru pulang dari pejabat, dengan bulu telinga menjulur-julur keluar berdiri sambil memandang kaunter.

Seorang foreigner lelaki (seperti Nepal) dengan beg galas, kelihatan seperti pelajar pascasiswazah UPM. Dan seorang lelaki Cina 30an. Kesemuanya memegang kad merah bernombor dalam tangan masing-masing. Dan masing-masing pandangan sekali-sekala tajam memandang kaunter, kalau-kalau ada ayam goreng yang sudah siap dimasak datang dari dapur.

Di belakang kaunter, pengurus KFC keluar sekali sekala, memberi arahan kepada pekerja. “Masak lagi ayam!”

Kaunter kelihatan bersepah dengan beg-beg plastik dan bekas-bekas kecil mengandungi kentang dan coleslaw. Pekerja-pekerja bertempiaran di belakang sambil memaki hamun sesama sendiri.

Tidak lama kemudian, datang seorang lagi lelaki Cina dalam lingkungan 40an. Cashier yang sama melayan saya kini melayan lelaki itu. Dan sama seperti saya, dan pelanggan-pelanggan sebelumnya, pekerja tersebut meminta lelaki itu menunggu beberapa minit untuk ayam.

Di hujung meja terdapat pula dua orang lelaki duduk. Gay?

Lelaki tersebut kelihatan bersetuju, kerana dia turut diberikan nombor. Selang beberapa minit, seorang pekerja McDonald’s pula datang. Turut sama diarahkan menunggu.

Kemudian datang seorang pemandu teksi India dengan isterinya. Ketika di kaunter, tiada cashier yang melayan mereka. Setelah beberapa saat menunggu, si suami menengking.

“BERAPA LAMA LAGI NAK AMBIL ORDER?”

Pekerja KFC belakang kaunter berpandang-pandangan.
Seorang cashier wanita lekas mengambil tempat.
“Selamat datang Sir! Nak makan sini atau bungkus?”

Mungkin akibat berang tiada apa yang ada (semuanya perlu dimasak terlebih dahulu, terutamanya ayam), pasangan India itu keluar semula. Ketika keluar, si suami memaki hamun supaya satu kedai mendengar suaranya.

“Tak guna!”
“Apa pun tak ada!”
Setiap kali si suami memaki, si isteri memintas “Shhhhhh!!” – menyuruh si suami diam.

Keadaan tenang semula. Saya terfikir tentang telefon yang rosak. Baru tadi Mak telefon, katanya surat panggilan ujian PTD sudah sampai. Saya tidak begitu teruja. Sudah terlampau suntuk. Esoknya nak ke Kuala Kangsar sampai Ahad. Ujiannya Sabtu. Memang terpaksa dilepaskan. Telefon sudah rosak.

Nak meminjam kawan-kawan punya, simcard dah kena potong. kecil, tak boleh masuk. Nak beli baru, duit pun pokai. Untuk repair pun dah takde duit, apatah lagi beli yang baru. Warranti memang ada, tapi ini terhempas kecuaian sendiri. Boleh ke? Termenunglah saya dalam KFC menunggu ayam siap, sambil memicit luka yang masih berdarah ditoreh serpihan skrin telefon.

Kata orang, benda macam ni ujian. Kena berlapang dada.

Ketika termenung itu, datang pekerja KFC menghantar air coke dalam cawan kertas. “Minta maaf Sir, lambat menunggu!” Setiap orang yang menunggu diberikan air.

Sudah hampir sejam saya menunggu. Terasa begitu bodoh. Tujuan datang supaya lekas balik, tapi sudah terbalik. Makin lama lagi menunggu.

Pesanan saya siap hampir pukul 12 malam. Balik ke bilik, roommate sudah tidur. Dan ayamnya tidak sedap sungguh. Entah kenapa dikorbankan Hot & Spicy untuk ayam Korea yang rasa macam letak kicap manis je. Dan coleslaw sayurnya layu sangat sudah. Macam dah lama dibiarkan dekat luar.

Oh malam yang malang. Kalau malam ni makan Maggi je kan untung? Tak rosak telefon. Tak bazir duit makan benda yang tak kena dengan selera kita.

Sambil tarik selimut malam tu, dah terfikir. Esok telefon takde. Kalau ada orang call tak tahu siapa, tak boleh angkat. Kalau adik-adik junior call mesti ingat kita tak bangun tidur. Takpe, hidup tanpa teknologi sekejap kan best? Kata saya menyedapkan hati cuma. Stress!

5 comments:
Write curses
  1. sabar ye..mungkin ade manis di hujungnya nanti lepas dugaan ini, insyaAllah..bertabahlah sahabat!!

    ReplyDelete
  2. aduh..saya faham sakitnya bila tengok telefon jadi camtu..sabar je la ye.mungkin ada rezeki lain..

    ReplyDelete
  3. Dugaan-dugaan. Mungkin inalah orang kata 'turning point' untuk kau buat duit dengan menulis? Mula serius dalam agenda penulisan.

    Dan aku tabik sama kau sebab dapat sabar dengan dugaan ini. Kalau nak pinjam handphone cakap. Sebab aku ada lebih.

    ReplyDelete
  4. x gune beli hp canggih2 ni derrr klu kualiti xde langsung,aku pki nokia biasa je relax je derrr xde hal pon jatuh pon leh je repair balik paling teruk pon skrin je pecah....terbukti hp nokia buruk aku ni lebih berkualiti dr hp canggih skrg harap je canggih tp kualiti xde huhuhuhu....

    ReplyDelete
  5. Best sangat cerita ni.. Buatkan saya nak baca tiap hari..
    Tumpang Iklan
    Abang sangat hebat..
    Kalau macam ni lah.. hari2 pun sayang nak..
    >>>Enlargexl:Besarkan Zakar <<<

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter