28 April 2010

SEGALANYA


               Bebaru ni berlaku beberapa insiden yang menyayat hati saya. Tak perlulah nak cakap insiden apa, tapi akhirnya insiden ni menyebabkan saya teringin sangat bukak sekolah anak yatim. Tapi insiden ni memang takde kaitan langsung dengan kes orang buang anak. Baru-baru ni saya muhasabah diri balik, dan saya rasa sangat sedih sebab saya rasa saya tak banyak lagi beribadah. Saya rasa menyesal sebab jarang baca Quran, jarang pergi surau, selalu mengumpat dan bercakap bukan-bukan, selalu buat dosa, kedekut, malas dan sebagainya (takkan nak cerita semua keburukan saya kot?).

                Kadang-kadang saya rasa apalah erti hidup ni sebenarnya, sebab saya ada baca satu terjemahan ayat Quran, yang cakap dunia ni hanyalah gurau-senda, taman akhirat nantilah segalanya. Sedih pulak dibuatnya. Saya tetiba teringin buat umrah (buat haji takde duit lagi), nak jejakkan kaki dekat Tanah Suci, berdoa depan Kaabah supaya diberi kekuatan untuk mengubah diri. Orang kata depan Kaabah doa makbul. Saya nak merasa diri dekat dengan Allah, dan saya nak buat lebih banyak pahala daripada dosa. Dan apa kaitan semua ni dengan insiden tadi?

                Biarlah saya menjelaskan dengan lebih layut, eh lanjut. Antara insiden yang telah berlaku tu ialah satu mimpi ni. Saya ada termimpi satu hari tu, tentang kawan-kawan saya. Kami semua dipisahkan, seorang demi seorang, akibat pelbagai perkara. Dan saya mula merasakan yang betapa rapatnya kami, semua tu rapuh sangat-sangat; maksudnya bila-bila masa hubungan tu boleh terputus. Yang dicincang takkan putus hanyalah hubungan kekeluargaan. Sebab tu saya merasakan selain keluarga, hubungan dengan Allah je yang abadi. Maka saya mula rasa bersalah sebab banyak sangat benda-benda yang menyebabkan hubungan saya dengan Allah tak rapat, dan saya rasa sedih sangat.

                Insiden kedua, baru-baru ni saya terbaca tentang kisah budak perempuan UIA yang mimpi Nabi (Tima kasih Munir Nukman!) dan tetiba saya pun rasa cam nak mimpi Baginda. Orang yang mimpi Rasulullah tu sampai sekarang merasa hatinya tenang. Saya pun nak rasa macam tu… kemudian ada jugak beberapa insiden yang terlalu peribadi yang saya nak terangkan, cukuplah saya katakan insiden-insiden tu sebagai ‘enlightenments’.

                Itulah segalanya. Kalaupun saya tak dapat mimpi Nabi, saya nak jaga anak-anak yatim macam jaga anak sendiri. Supaya saya sentiasa mengingati betapa besarnya rahmat dan rahim Allah kerana memberikan keluarga yang bahagia kepada saya. Walaupun saya tak sempurna, tetapi banyak betul rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah…tapi saya selalu tak bersyukur dan merasa marah bila ditimpa musibah. Masya-Allah…

                Maka di kesempatan ini, saya berharap supaya saya dapat berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Dan betapa bersyukurnya saya dilahirkan dalam suasana Islam yang harmoni dan damai, tak seperti orang lain yang bermula sebagai muallaf atau dilahirkan di tempat yang Islam tidak diamalkan atau ditindas…       

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter