Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Buku Into Thin Air, tentang kisah menyayat hati kematian beberapa
orang ahli kumpulan pendaki yang menakluk puncak Everest pada 10 Mei 1996.
Sewaktu kejadian tersebut berlaku, ia merupakan hari terburuk dalam sejarah
pendakian Everest apabila taufan kencang meragut 8 orang nyawa dalam masa
sehari sehinggalah rekodnya dipecahkan pada tanggal 18 April 2014 sewaktu
runtuhan ais meragut 16 nyawa, kebanyakannya orang Sherpa.
Into Thin Air merupakan rekod penting oleh seorang wartawan,
Jon Krakauer, salah seorang ahli ekspedisi pada musim pendakian tahun 1996
tersebut. Jon Krakauer memperincikan pengalamannya dan dengan jujurnya
menceritakan kesilapan demi kesilapan kecil ahli-ahli ekspedisi termasuk beliau
sendiri sehingga akhirnya membawa kepada sebuah petaka besar yang membawa
kepada kematian demi kematian rakan-rakannya dan sehingga ke hari ini masih berbekas
di ingatan.
1-
KETIDAKPATUHAN KEPADA TURN AROUND TIME
Turn around time atau di Malaysia selalu disebut sebagai
cutoff time. Sewaktu summit attack pada tanggal 10 Mei 1996 tersebut, turn
around time telah ditetapkan pada pukul 2 petang jika mereka ingin kembali ke
kem sebelum malam. Di jalur pendakian, bottleneck telah berlaku kerana Sherpa
lambat untuk memasang safety rope pada dua tebing, satu tebing menuju ke
Balkoni dan tebing kedua di Hilary Step, mengakibatkan kesesakan apabila tiga
kumpulan berbeza ingin menggunakan tali tersebut pada waktu yang sama
mengakibatkan masa yang panjang telah diambil untuk melepasi kedua-dua tebing
tersebut.
Walau bagaimanapun, selain 3 orang peserta yang berpatah
balik ke Camp 4 akibat kesesakan lalulintas yang melampau, tiada guide atau
peserta lain yang sanggup untuk melupakan hasrat mereka mendaki puncak Everest
sungguhpun turn around time telah tiba. Kelalaian guide untuk memaksa peserta
turun sewaktu itu dikatakan kerana mereka terdesak untuk memuaskan hati
pelanggan yang telah membayar ribuan ribu dollar untuk ke puncak Everest,
selain disebabkan persaingan di antara kumpulan ekspedisi untuk membawa seramai
mungkin ahli mereka ke puncak. Kehadiran Jon Krakauer sebagai wartawan juga
menyebabkan guide merasa tertekan untuk memastikan kumpulan mereka ditulis
dengan baik di dalam majalahnya sebagai satu jenis publisiti dan promosi
menyebabkan tiada guide yang mahu menunjukkan kepimpinan mereka lemah dan
berpatah ke bawah.
Kesilapan ini yang pada waktu itu kelihatan kecil ternyata
membawa padah apabila kumpulan terakhir tiba di puncak pada pukul 4 petang, dan
ribut taufan mula melanda pada petang yang sama sewaktu mereka menuruni puncak.
2-
KOORDINASI ANTARA KUMPULAN YANG GAGAL
Apabila di Base Camp, kumpulan-kumpulan ekspedisi pada awal
musim telah berbincang untuk menetapkan tarikh kumpulan masing-masing akan
melakukan summit attack. Kumpulan Rob Hall dan Scott Fischer akan menaiki puncak
pada 10 Mei, walaubagaimanapun kumpulan dari Afrika Selatan tidak mahu
ditetapkan tarikh mendaki. Mereka mahu mendaki pada bila-bila tarikh yang
mereka mahu.
Komunikasi yang gagal antara Sherpa, kumpulan-kumpulan yang
berbahasa Inggeris dan sebuah ekspedisi dari Taiwan juga menyebabkan kumpulan
dari Taiwan tersebut turut akan mendaki pada 10 Mei. Kesilapan kecil ini
akhirnya mengakibatkan bottleneck apabila terlalu ramai ingin mendaki pada hari
yang sama.
Selain itu, pergaduhan antara Sherpa dan keangkuhan kumpulan
Afrika Selatan mengakibatkan safety rope tidak dipasang terlebih dahulu di
kedua-dua tebing dari Camp 4 ke puncak. Mengikut perjanjian asal, Sherpa dari
setiap kumpulan ekspedisi akan mendaki sejam lebih awal daripada ahli ekspedisi
lain dan memasang tali keselamatan di tebing menuju Balkoni untuk mengelakkan
kesesakan. Sherpa dari kumpulan Afrika Selatan tidak mendapat maklumat bahawa
mereka perlu bergerak awal untuk memasang safety rope tersebut.
Sherpa-sherpa antara kedua kumpulan Rob Hall dan Scott
Fischer pula pernah bersengketa pada ekspedisi sebelum ini, mengakibatkan
mereka enggan memasang safety rope tersebut kerana tidak mahu menolong antara
satu sama lain, menyebabkan guide sendiri yang terpaksa memasang safety rope
tersebut.
Hal ini seterusnya mengakibatkan guide yang sepatutnya
berfungsi untuk kerja yang lebih penting terpaksa menghabiskan tenaga untuk
kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Sherpa-sherpa tersebut yang telah digaji
mereka. Kesilapan kecil ini seterusnya menyebabkan tenaga guide semakin
berkurangan apatah lagi dalam death zone melepasi ketinggian 8000 meter dari
aras laut di mana kekurangan oksigen boleh mengakibatkan pelbagai masalah
kesihatan, dan kematian.
3-
REKOD KESIHATAN AHLI EKSPEDISI YANG BERMASALAH
Beck Weathers, seorang ahli pathologi telah menjalani
pembedahan untuk membetulkan rabun dekat pada matanya sebelum ekspedisi ini. Sewaktu
pendakian, akibat kesan daripada altitude tinggi dan sinaran ultraunggu, matanya
yang baru selepas pembedahan menjadi buta. Beck Weathers tidak dapat meneruskan
summit attack dan sewaktu tiba di Balkoni, Rob Hall, ketua ekspedisinya meminta
Beck Weathers menunggunya sehingga dia kembali dari puncak untuk turun bersama.
Malangnya, Rob Hall tidak pernah kembali. Penantian yang terlalu lama dan
sia-sia pada altitude tinggi melemahkan Beck Weathers. Michael Groom, seorang
ahli ekspedisi akhirnya membawa Beck Weathers turun bersama-sama 10 lagi ahli
ekspedisi yang lain setelah beberapa jam Beck Weathers bersendirian dan menjadi
semakin lemah. Kesemua mereka
terperangkap di dalam ribut salji beberapa ratus meter sebelum mereka tiba di
Camp 4.
Doug Hansen, seorang posmen, ahli ekspedisi Rob Hall
menjalani pembedahan pada trakeanya kurang dua minggu sebelum perjalanannya ke
Nepal. Menghela udara sejuk bersalji pada suhu subzero menyebabkan peti
suaranya menjadi beku dan dia mengalami kesukaran bernafas. Ini melemahkannya
sewaktu summit attack dan dia menjadi peserta terakhir tiba di puncak pada
pukul 4 petang. Doug Hansen terlalu lemah untuk turun dan terpaksa dibantu oleh
ketua ekspedisinya, Rob Hall, dan seorang lagi guide, Andy Harris. Keengganan
Rob Hall untuk meninggalkan Doug Hansen yang terlalu lemah merupakan
kesilapannya yang terbesar sehingga membawa ajal kepada ketiga-tiga mereka. Pada
tebing yang selalunya mengambil masa setengah jam untuk dituruni, mengambil
masa 16 jam oleh ketiga mereka untuk turun.
Doug Hansen ialah peserta ekspedisi Rob Hall pada tahun sebelumnya
yang gagal tiba ke puncak Everest. Rob Hall merasa bersalah sekiranya percubaannya
kali kedua pada tahun 1996, Doug masih gagal mendaki.
Rob Hall akhirnya kehilangan Doug Hansen yang berkemungkinan
besar jatuh ke tebing – kapak aisnya terpacak di tebing sebuah jurang. Andy
Harris pula hilang tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini. Rob Hall terpaksa
bermalam di tebing Everest berseorangan dan menerima ajalnya pada keesokan
harinya.
Scott Fischer, ketua kumpulan dan guide Mountain Madness
pernah dijangkiti parasite Entamoeba histolytica sewaktu misi ke Annapurna pada
tahun 1984 yang mengakibatkan dia mengalami episod kesakitan dan menggeletar
secara tiba-tiba dan dia tidak pernah sepenuhnya sembuh daripada jangkitan
parasite tersebut. Walaupun tidak diterangkan parasite tersebut memainkan
peranan secara langsung sewaktu kematiannya pada ekspedisi Everest 1996,
dikatakan sedikit sebanyak kesakitan akibat diserang parasite tersebut
menjejaskan kualiti pendakiannya. Scott Fischer yang bekerja terlebih keras
kerana mengambilalih tugas Sherpa akhirnya menemui ajal apabila diserang HACE
dan HAPE.
Dia ditinggalkan Sherpanya yang berjanji akan membawa
pertolongan setelah tiba di bawah. Apabila bantuan telah tiba semula, Scott
Fischer sudahpun menghembuskan nafas terakhirnya.
4-
KESAN ALTITUD TINGGI
Beberapa orang ahli ekspedisi telah mengalami pelbagai
masalah kesihatan akibat altitude tinggi, termasuklah high altitude cerebral
edema (HACE) dan high altitude pulmonary edema (HAPE) yang menyebabkan gangguan
pernafasan, halusinasi, lenguh, masalah untuk berfikir secara waras dan
keletihan melampau.
Jon Krakauer dalam Into Thin Air menyatakan bahawa dia
merasa bertanggungjawab ke atas kematian Andy Harris. Sewaktu menuruni puncak
Everest di Southeast Ridge, Andy Harris memeriksa kandungan beberapa botol
oksigen yang ditinggalkan di situ dan mendakwa kesemuanya sudah kosong,
sedangkan kesemuanya adalah penuh. Terdapat sekurang-kurangnya 6 tong oksigen
yang penuh ketika itu.
Andy Harris memeriksa kandungan gas botol tersebut dengan
memasangnya ke meter gas yang dibawa, walaubagaimanapun meter yang beku
menyebabkan bacaan gas adalah sifar. Kegagalan Andy Harris untuk memahami
situasi dan mencairkan ais di meter tersebut sebelum mengambil bacaan sedangkan
dia ialah pendaki berpengalaman adalah disebabkan hypoxia, iaitu kekurangan
kemampuan berfikir akibat kurangnya oksigen. Jon Krakauer sebaliknya tidak
menyedari keadaan itu dan dia sendiri mengambil satu tong oksigen tersebut dan
menggantikan botolnya yang kosong sedangkan Andy Harris sendiri tidak
menggantikan botolnya yang kosong.
Andy Harris yang tidak menerima sebarang oksigen tambahan
selepas itu tambah melemahkan fizikal dan mentalnya sehingga dia tidak berjaya
turun dari gunung Everest hidup-hidup. Jon Krakauer kesal kerana gagal
menyelamatkan Andy Harris dengan cara mengesan symptom hypoxia Andy dan meyakinkannya
untuk mengganti botol oksigennya.
5-
GLORY HUNTER/ATTENTION SEEKER/SOCIAL MEDIA CRAZE
Kegilaan untuk mengejar status selebriti dan populariti
adalah penyakit mana-mana golongan pendaki di dunia, terutamanya kaum wanita. Ini
dibuktikan pada ekspedisi tahun 1996 tersebut oleh Sandy Pittman, socialite dari
New York yang juga isteri kepada Bob Pittman, seorang ahli bisnes yang juga
tokoh media. Sandy Pittman merupakan koresponden untuk NBC Media yang membawa
pelbagai instrument yang banyak, berat dan tidak berguna untuk survival di atas
gunung, seperti mikrokomputer, pemain CD, mesin pencetak, kamera digital, dua pita
perakam, 3 kamera 35mm, solar panel dan bateri. Selain itu, Sandy Pittman juga dicemuh
oleh ahli-ahli pendakian yang lain kerana membawa mesin espresso sendiri ke
atas gunung berserta biji kopi Dean & DeLuca.
Kesemua barang-barangnya dibawa oleh Sherpa dan bukan
olehnya sendiri, yang mengakibatkan keletihan yang tidak perlu. Walaupun percubaan
demi percubaan untuk membuat siaran langsung di atas gunung Everest gagal,
Sandy masih berkeras untuk membawa setiap alat elektronik tersebut ke altitud
lebih tinggi. Sandy juga menerima majalah terbaru Vogue dan Vanty Fair yang dikirim
khas kepadanya di Everest Base Camp.
Yasuko Namba, 47 tahun, ahli kumpulan Rob Hall juga
merupakan selebriti di Jepun, di mana berita kejayaannya sedang dinanti-nanti
di negara asalnya. Sekiranya pendakiannya ke Everest berjaya, Yasuko Namba
bakal menjadi wanita tertua yang sampai ke puncak Everest dan wanita kedua
Jepun yang berjaya mendaki kesemua tujuh Seven Summits iaitu tujuh puncak
tertinggi dari setiap benua. Sandy Pittman juga bakal menjadi wanita kedua
Amerika yang berjaya menawan Seven Summits.
Mendamba populariti menjadi penyumbang kepada motivasi
kedua-dua wanita untuk mendaki, sedangkan rata-rata ahli kumpulan mereka berpendapat
kedua mereka amat kurang pengalaman dan kekuatan fizikal serta ketahanan. Sandy
Pittman, yang menerima liputan meluas dan tajaan daripada media menyebabkan
Scott Fischer menjadi tertekan untuk membawanya ke puncak. Kejayaan membawa
Sandy Pittman ke puncak akan memberi nama baik kepada kumpulan Scott Fischer
dan akan membawa lebih ramai pendaki untuk mengambil pakej pendakian dengannya.
Tekanan ini mengakibatkan seorang Sherpa dari kumpulannya mengheret Sandy
Pittman yang lemah dengan cara mengikat tali Sandy dengan pinggangnya (shortroping),
dan membawanya mendaki untuk segera sampai, satu tindakan berbahaya.
Tindakan tersebut tambah melemahkan Sherpa tersebut dan
menyebabkan dia muntah di altitude tinggi, sedangkan sepatutnya kekuatan
tersebut perlu disimpan untuk mengatasi marabahaya yang mungkin, dan dalam kes
ini, pasti datang.
6-
KONFLIK KEPUTUSAN INDIVIDU MENENTANG PENAJA
Dalam buku Into The Air, menurut Jon Krakauer, sepanjang
latihan aklimatasi di Camp 1 sehingga 3, Rob Hall mengizinkannya untuk mara ke hadapan.
Walau bagaimanapun, pada hari pendakian 10 Mei 1996 tersebut menuju puncak, Rob
Hall tidak mengizinkan mana-mana ahlinya naik ke puncak terlebih dahulu dan dia
menyuruh mereka untuk menunggu di Balkoni.
Sungguhpun tujuan asal arahan tersebut adalah untuk
memastikan kesemua ahli bergerak bersama, waktu yang terlalu lama di Balkoni telah
membazir banyak oksigen dan kekuatan fizikal Jon. Jon menunggu ahli-ahli
ekspedisinya di Balkoni lebih daripada sejam dan ini merupakan kerugian kerana
waktu itu boleh digunakan untuk memasang safety rope di hadapan yang belum
dipasang oleh Sherpa.
Konflik keputusan individu vs keputusan guide ini telah menyebabkan
Jon Krakauer untuk mengkritik keras sukan mendaki yang terlalu dikomersialkan,
di mana seseorang pendaki membayar pakej kepada guide untuk memastikan guide
tersebut menjaga keselamatan nyawanya, dan ini menyebabkan dia terpaksa menurut
arahan guide tanpa boleh membuat keputusan sendiri.
7-
SIFAT ANGKUH DAN PENTINGKAN DIRI
Keangkuhan dan sifat pentingkan diri juga menjadi faktor
kematian beramai-ramai di lereng Everest tanggal 10 Mei 1996. Jon Krakauer mengkritik
golongan penganjur yang menggunakan duit peserta untuk mencapai cita-cita sendiri
mendaki gunung yang jika menggunakan duit sendiri, mungkin mereka tidak akan
mampu untuk mencapai cita-cita tersebut.
Seorang guide
kumpulan Scott Fsicher, Anatoli Boukreev, pendaki Russia mendaki Everest pada
10 Mei 1996 tanpa menggunakan tangki oksigen. Tindakan ini dikecam oleh Jon
yang menyatakan Anatoli terpaksa bergerak tanpa menunggu ahli kumpulannya kerana
tanpa tangki oksigen, badan akan menjadi lebih cepat sejuk. Anatoli turun pada
pukul 11 pagi kerana kesejukan, sewaktu masih ramai peserta yang belum tiba di
puncak.
Anatoli yang kelihatan kurang membantu peserta menimbulkan
syak wasangka Jon yang beranggapan Anatoli menyertai ekspedisi tersebut sebagai
guide untuk menguji kekuatan dirinya sendiri mendaki tanpa oksigen. Dalam Into
The Air, sebuah perbahasan lengkap tentang golongan pendaki yang menggunakan
oksigen dan tidak menggunakan oksigen telah diutarakan oleh Jon Karakauer. Sesetengah
pendaki berpendapat menggunakan oksigen adalah bukan pendaki sebenar. Oleh itu,
ramai pendaki yang telah cuba menawan puncak Everest dan berjaya tanpa
menggunakan botol oksigen.
Walau bagaimanapun, Anatoli yang pantas turun sebelum taufan
melanda sanggup meredah kembali ribut untuk mencari rakan-rakan ekspedisinya yang
terperangkap pada malam 10 Mei itu. Namun begitu, akibat kekurangan tanda yang
jelas dan penglihatan yang terhalang, Anatoli telah terlebih mendaki lebih
tinggi daripada tempat rakan-rakannya terperangkap.
Selain itu, sifat pentingkan diri kumpulan Afrika Selatan
yang enggan meminjamkan radio mereka yang berfungsi dengan baik walaupun mereka
sudah dimaklumkan tentang nyawa yang dalam bahaya dalam saat-saat genting turut
dicemuh oleh Jon Krakauer.
…bersambung
No comments:
Write curses