Assalamualaikum
dan hai-yee!
Gimme one shot, one shot of adrenaline!
Apa khabar ibu
ibu bapa bapa? *Ya ampun dah sebulan baru nak hapdet!*
Untuk kali ini,
saya nak bercerita pengalaman mendaki gunung legenda, Gunung Ledang yang
terletak di Taman Negara Johor pada 11 dan 12 November yang lalu. Dengan
ketinggian 1276 meter dari aras laut, Gunung Ledang merupakan gunung tertinggi
negara, I mean negeri Johor lulz. Seperti biasa, pendakian kali ni bersama
geng-geng GEMA Selangor Backpackerz #kamitakdelahpoyosangat bahahaha
PESERTA
|
AJK
|
JEMPUTAN KHAS
|
Nani
Simaa’
Lily
Arniza
Lukman
Neti
Siti Hajar (kak Siti)
Amir Huzaimi
Rashidah
Hamidah (kak Mid)
Fatimah
Izzati
Aimi
Naim Halim (Alam)
Kak Zalina
Syafiq Hafiz (Olaf aka Hazama)
Ismail
Sarrah
|
Tokie
Naufal
Hakim
Fairus
Fareez
Yunuss
Kak Nina
Amar
Afiq
Isma
Nizam
Hafizuddin
Amirul
Kakasarah
ME
|
Faiz Qayyuum
|
Sebenarnya
mula-mula takdelah excited nak panjat Gunung Ledang ni disebabkan kisah-kisah
mistik yang macam-macam, dan Ledang ni bukanlah termasuk dalam wishlist gunung
saya. Tapi daftar jugaklah in case nak pergi di kemudian hari. Lagipun bila
lagi nak pergi kalau bukan sekarang. Lepas bertanya pendapat teman-teman Nabela,
akhirnya saya pun bersetuju nak pergi. Gunung Ledang ni ialah gunung ke-12 yang
saya panjat.
Kebetulan waktu
kami pergi ni cuaca tengah tak menentu dan ada kemungkinan hujan di gunung.
Kali ni saya
diberikan tugasan untuk menyusunatur kenderaan untuk carpool atau nama
glamernya Biro Pengangkutan Awam gitu. Beberapa hari kejadian, lepas dah finalise
peserta, barulah sempat menyusun. Itupun lepas tu ada yang tarik diri saat-saat
akhir termasuklah Aizuddin-senpai huhu
Biar orangnya tiada, tapi namanya tetap menjadi sebutan. XOXO
Boleh dikatakan
kalini reunion untuk geng-geng YYBTN. Yunuss ada, Amar dengan kak Nina sekali,
(coach lol) Fareez yang kena ikat kaki pun ada hewhewhew (pst...coach baru
tawen bulan 9 haritu). Oh kalini first hiking dengan Naufal lepas kerja
bersama. (Dalam masa setahun, macam-macam berlaku. Tak sangka betul akhirnya
akan satu tempat kerja dengan presiden GEMA Selangor lol)
Iwan je AJK YYBTN
yang takde.
Penganjuran aktiviti
kali ni selain untuk berekreasi, bertujuan untuk beramal dengan mengutip sampah
di sekitar trek pendakian dan tapak perkhemahan, selain untuk aktiviti
perkongsian yang akan disampaikan oleh saudara Faiz Qayyum yang telah ke Jordan
untuk melakukan misi solo kemanusiaan untuk pelarian Syria.
Faizal Tahir bergambar dengan buku Faiz
Jumpa Faiz haritu
waktu anniversary Projek Kaki Buku dekat imanshoppe tak bawak buku karangan dia
Hanya Senyummu yang Terlihat nak mintak dia sign, saya pun seloroh kata nak
suruh dia sign buku tu dekat puncak Ledang.
Saya, Fareez,
Naufal dengan Faiz Qayyum diletakkan satu kereta (oleh diri sendiri)
Kali ni sebab
Ledang je gituh berlagak kan haha takdelah saya training beria. Setakat jogging
dengan Naufal selama 3 hari dan hari keempat main badminton. Naufal punya regim
latihan tak sekejam coach lol
Coach nak naik
YYBTN tahun lepas tu mati-mati kena kerah panjat 4 gunung baru lepas latihan
nak panjat G7.
Disebabkan
tentatif akan bermula paginya, Naufal buat keputusan untuk tidur di rumah
Yunuss dekat Alor Gajah satu malam. Malam tu, lepas habis kerja dekat pejabat,
balik rumah terus mengemas barang-barang. Kalini sebab trip 2 hari 1 malam je,
takdelah banyak sangat benda nak dibawak. Baju pun bawak seminimum mungkin.
Sampai rumah
Fareez je, tak lama tu Naufal datang.
Malam ni cabaran
pertama je dah bermula. Si Faiz disebabkan menaiki komuter dan hujan lebat
sampai trek komuter banjir, komuter tak boleh bergerak. Nak tak nak, Naufal
ajak pergi ambil Faiz dulu. Si Faiz masa tu dengan takde cashnya, Naufal mintak
naik Grab tunggu dekat Ampang Park. Lawak sebab Naufal rumah dekat Ampang,
lepas tu turun ke Bangi, lepastu naik balik ke Ampang.
Lepas siap ambil
Faiz dan bayarkan tambang Grab, kami patah balik ke selatan.
Sampai rumah
Yunuss je dah pukul berapa huhu wife Yunuss dah tidur. Yunuss masak kuetiau
udang weh sedap bangat weh udang dia siap kupas lagi
Esok pagi, pukul
5 pagi dah riuh. Si Nizam, Isma dengan Hakim baru sampai. Patut ada Saidah
sekali, tapi Saidah terpaksa tarik diri last minute sebab ibunya masuk wad.
Lepas solat subuh berjemaah, nak tidur pun tak boleh sebab masing-masing bila
berjumpa semua riuh kemain haha
Kami pun siap
angkut barang dalam kereta semua nak pergi breakfast roti Arab. Time nilah
cabaran kedua berlaku. Tiba-tiba dapat mesej dari Tokie. Keretanya accident.
Ohmaigoat serius ke. Berapa kali kami tanya, Tokie eksiden atau jalan jam sebab
eksiden?
Tokie: Ada lori
eksiden
Oh so Tokie tak
eksiden kan?
Tokie: Lepas tu
Tokie langgar tayar dia yang terpelanting tengah jalan haha
So Tokie kira
eksiden sekali lah tu bahahhaa
Tokie kira antara
kereta pertama yang lalu, kira macam shooter waktu hiking lah. Dia kena make
sure takde bahaya dekat depan, kiranya tepatlah peranan shooter pagi tu. Dia
yang jumpa bahaya dulu, siap langgar sekali bahaya tu hewhew
Sebagai Biro
Pengangkutan Awam, saya pun cuba menyusun balik pergerakan kereta waktu kami sarapan roti Arab. Dah pening
sebab tak tahu siapa yang dah lepas kereta Tokie, siapa yang belum. Waktu
pagi-pagi tengah bengong-bengong tu susah nak berfikir dengan tenang. Ingat
yang belum sampai tu boleh ambil ahli-ahli kereta Tokie yang terkandas sekali.
Roti Arab, roti Arab juga. Trademark jangan lupa
Last sekali lepas
habis call semua driver, Lukman akan ambil kak Mid dengan Alam. Saya dengan
Naufal bergerak ambil Tokie dengan kak Rashidah dekat Balai Polis Chembong.
Fareez dengan Faiz naik Hilux si Nizam dengan Yunuss, Hakim dan Isma. Dekat
Restoran Jejantas deorang akan naik kereta Hafiz dengan Ostad Fairus. Wah
bapaklah 6 orang kot naik satu kereta sempit nokhalal
Lepas ambil Tokie
dan kak Rashidah dekat balai polis, kami berempat pun bergerak terus ke Ledang.
Walaupun Tokie kemalangan, semangatnya tak patah. Kuat betul semangat Tokie.
Tapi memang tahu masa dekat Kerinci betul-betul kental si Tokie ni.
Ledang, kau tunggu kami datang!
Naufal ikut
location yang dihantar dalam group, tapi entah kenapa kami salah jugak masuk entrance.
Pentipu betul GPS.
Disebabkan
pelbagai cabaran yang berlaku, kereta kami last sekali sampai, dekat pukul 11. Dekat
parking lot depan pejabat hutan Ledang, semua peserta tengah tunggu kami. Kami
dengan penuh gaya mutu keunggulan pun masuk parking sambil melambai-lambai lol
Kemas barang-barang nak mendaki
Lepas turunkan
barang, saya dan Naufal tukar baju di tandas. Sampai je dekat parking Hakim dah
siapkan beg saya. Thanks KimT! Tapi dia masukkan banyak gila kek pisang, dengan
kuali satu sampai mampat beg. Terpaksalah guwe mengangkut lol tak sempat nak
membantah haha
Lepas isi borang
declaration barang-barang, para guide pun diperkenalkan kepada kami. Kami akan
diiringi oleh beberapa orang guide (lupa aih nama bahaha. Ingat sorang je sebab
namanya Nizam). Setiap 1 guide untuk 10 orang. Lepas siap briefing dan bacaan
doa oleh Ostad Fairus, bergambar beramai-ramai apa semua, kami pun memulakan
pendakian.
Mendengar taklimat
Mula-mula kami
kena naik Tangga Mahligai sebanyak 731 tangga. Waktu ni sebagai permulaan je,
dah nampak dah pace sorang-sorang macam mana.
Saya macam biasa,
bak peribahasa bagai panda mendaki gunung lol. Ok lah lalu tangga ni, tapi
lepas hilang je tangga diganti dengan trek tanah, mula dah hazabnya. Boleh
terserempak dengan coach Fareez dia rehat dekat tepi. Aih pelik ni coach boleh
penat. Tapi sekali tu jelah, lepas tu laju berdesup dia mendaki. Nak mencari
rentak lah tu kan.
Tangga Mahligai. Nama je mahligai, tapi hazab macam penjara 😭
Terserempak jugak
dengan Faiz Qayyuum, Neti teammate Freedom, dan beberapa lagi peserta yang
berhenti kepenatan.
Sampai dekat
checkpoint pertama, saya cepat-cepat keluarkan gummy candy, makanan ruji waktu
hiking dan edarkan dekat semua orang. Sebabnya nak cepat habiskan. Gummy candy
tu saja berat satu kilo, belum lagi kek-kek pisang. Masa tu dah fikir haish
tazabar sampai kem je aku nak keluarkan kek pisang semua kasi makan semua. Esok
takyah bawak turun dah.
Dekat CP 1 - Bukit Semput tengah keluarkan gummy candy dari beg hewhew
Berjaya memperdaya semua orang makan gummy candy. Ringan beg guwe. Makasih makasih
Belum sempat nak
simpan balik gummy candy, guide dah suruh gerak.
Pelik kalini Isma
yang laju dengan Amirul yang padu dok belakang. Rupanya tolong sweep orang.
Bagus-bagus. Itulah semangat yang kita nak. Saya mampu sweep diri sendiri je
hewhewhew
Oh kalini jugak
first time hiking dengan the legendary Fatimah Aznam. Sampai sekarang semua
orang menyebut pasal dia, inilah first time dapat hiking sekali.
Trio wanita padu. Dari kiri: Isma, Imah, Amirah, eh Amirul
Dalam mendaki tu,
akhirnya bertemu dengan Nani dan kak Siti, kakak kepada kak Sarah. Kalini ada 3
pasang adik beradik yang mendaki, Amirul dan adiknya Amir Huzaimi, anak-anak
Basri (bak kata Nizam lol) iaitu kakasarah dan kak Siti, dan ketiga, pasangan
anak-anak Masuri (Afiq dan Amar). Saya mengikut je Nani dengan kak Siti. Tapi
padu weh dua orang ni. Walau ni first time hiking dengan Nani nampak dia steady
je. Kak Siti memang tahu dah kepaduan dia masa kena tinggal dekat Gunung Datuk.
Yang follow
dekat-dekat belakang kami ialah Lukman, Lili dengan Arniza.
Lepas beberapa
kali berhenti di setiap checkpoint, akhirnya sampai dekat sebatang balak
tumbang. Yang padu-padu lalu dekat atas, termasuk Fareez dengan Lukman. Yang
kurang padu macam saya lalu dekat bawah je. Takut aih tergelincir. Tak lama
dari kayu balak tu, kami jumpa sebatang sungai. Lepas sungai tu, sampai kem.
Yeay! Ostad Fairus tunggu atas batu tepi sungai, takut budak-budak dekat
belakang tak jumpa kem kami.
Terus campak beg
ke tepi. Dalam 3 jam jugak jarak perjalanan dari Tangga Mahligai ke kem.
Sementara menunggu yang lain sampai, budak-budak lelaki masuk dalam air terjun
dulu. Saya nak mandi, tapi malas sebab deorang kata kena turun 20 minit nak ke
air terjun. Huuu taklah weh. Sungai tepi ni jadilah nak mandi.
Seorang demi
seorang peserta datang. Tapi nampak jauh jugak jurang daripada peserta depan ke
belakang. Ada yang terlalu laju, ada yang terlalu perlahan. Rasanya dalam pukul
3 baru habis semua sampai.
Yang menarik
dekat kem kami yang terletak dekat tepi Kolam Gajah ni, ada tandas (tapi tak
pergi sebab takut geli. Buang dekat sungai je hehehe). Ada ampaian nak gantung
baju. Tanahnya rata. Cuma sebab tak sejuk, jadi saya agak kami di ketinggian
yang rendah. Bermaksud pagi esok sewaktu summit attack kami kena buat kerja
keras untuk gain elevation. Tapi takpelah, sebab esok naik free body je.
Udah tiba di kem. Solat jangan lupa, tiang ugama - Upin Ipin, 2010
Petang sikit,
Amirul dengan Amir sampai dengan kak Zalina. Kak Zalina peserta paling veteran
kalini. Deorang ajak saya tidur tepi sungai berjemaah lol
Masing-masing
semua tak cukup tidur malam tadi kan nak mengejar pagi ni mendaki, pukul berapa
agaknya deorang start memandu. Si Amirul tu lagilah malam tu sempat lagi buat
facebook live menyanyi All By Myself.
Sambil kami dekat
tepi sungai tu, si Alam datang menangkap ikan.
Petang sikit,
seperti biasa, ada sesi bertaaruf. Barulah tahu latar belakang peserta
hebat-hebat. Kak Rashidah baru habis pengajian PhD, Arniza seorang pensyarah UM
yang juga pemegang title Doktor Falsafah, Faiz Qayyuum sukarelawan yang dah
pergi banyak negara dan menulis buku untuk menceritakan pengalamannya, Kak
Zalina rupanya pemandu pesawat pejuang dan seorang kapten (!!!) Amirul baru
lepas viral dan keluar Motif Viral dekat Astro sebab nyanyi Baby Shark waktu
konvo UniKL lol (katanya viral sebab kena kecam bahahaha).
Ada jugak yang
first time mendaki gunung iaitu Aimi. Dik, abam salute kau dik. Abam first time
naik gunung pun Datuk, balik hari. First gunung kau terus Ledang, bermalam
pulak tu. Kagum betul abam.
Baru jugak tahu
si Alam duduk Kampung Buntut Pulau. Orang Temerloh weh!
Time bertaaruf ni
sambil memperkenalkan diri, Fareez datang bawak cucur dari dapur. Fareez time
ni seluar dia koyak dah terpaksa sarung towel microfiber dekat luar seluar haha
Coach boleh, makcik kantin pun boleh. Fareez hulur jemput-jemput fresh dari dapur. Nampak towel dok lilit pinggang dia tu sebab seluar koyak lah tu bahahaha
Sambil
sembang-sembang sambil makan cucur, kek pisang dan air teh. Dapur dah berasap
time tu sebab nak berkejar menyediakan makan malam. Jadi geng-geng di dapur
takdelah bertaaruf sekali. Afiq, Amar, kak Nina, Fareez, Olaf aka Hazama semua
dok busy memasak steak untuk kami.
Lepas siap
sembang-sembang, hari dah petang. Time tu dahlah belum mandi lagi. Saya, Amirul
dengan Amir pun menuju ke Kolam Gajah nak mandi. Ingatkan taaruf sekejap je,
tapi fahamlah kan deorang ni bab-bab menyembang ni kalau tak kawal mahu habis
masa berjam-jam lol. Time nak maghrib time tulah nak mandi.
Kitchen staff. Kau tengok si Olaf tu pakai singlet. Patutlah sedap steak dia ada perahan jus istimewa 🤣
Lepas siap mandi,
kami terus solat jemaah dan solat hajat sekali.
Lepas tu, mamam.
Menu kami ialah lamb grill, sirloin steak, wedges dengan air teh. Ada roti
Gardenia tapi tak ramai yang ambil. Yang lawaknya, kalini Ostad Fairus nak
sponsor teh, tapi bawak 6 uncang je. Habis kena bahan dengan budak-budak ni.
Teh kami dah jadi warna cerah je. Time makan ni tiba-tiba Nizam sorang takde.
Rupanya dia terlantar bawah fly, kepenatan sangat dah dengan tak cukup tidur, prepare
teknikal, kena drive Hilux bawak barang semua malam tadi.
Saya sakit perut
waktu tu, mintak Fareez teman ke sungai. Dengan takde tempat nak bertenggek apa
semua, dengan orang dok tersuluh-suluh tak keluar banyak pun hewhewhew
Lepas makan malam,
basuh pinggan mangkuk periuk belanga, ada taklimat sekejap untuk hari esok oleh
abang-abang guide. Waktu nilah tiba-tiba ehhh rasa kehadiran benda lain. Yunuss
yang duduk sebelah saya perasan, lepas tu dia pegang saya. Yunuss ni selalu
cepat betul perasan saya dapat detect benda tu. (Lepas post mortem tu tanya
Isma nak confirmkan dengan dia. Memang malam tu katanya ada benda datang waktu
tu. Ngee seram. Wallahualam.)
Lepas dah siap
taklimat semua, kami pun masuk tidur. Pukul 2 dah kena bangun nak mengejar
puncak.
Bangun pagi je,
terus cari kak Sarah.
“Kak Sarah, nak
tumpang beg!”
Sebabnya beg
daypack saya dah hilang, satu lagi beg Quechua tinggal dalam kereta Nik turun
dari Korga tahun lepas, kalini tak sempat nak mencari beg kecil. Sebab tahu kak
Sarah pace sama dengan saya itu yang tumpang beg dia haha
Kami mula mendaki
waktu masih dinihari, gelap gelita. Kalini rasa macam lebih azab dari semalam
sebab trek dah mencanak. Ada beberapa kali kami berhenti, lepas rehat sekejap
terus naik lagi.
Sebab pace saya
dan kak Sarah sama, (dan makan minum semua kak Sarah bawakkan haha) saya jalan
je belakang kak Sarah. Depan kak Sarah, kak Siti. Depan kak Siti, Sarrah. Kami
berempat pagi tu bergerak dalam satu kumpulan. Jalan sekejap rehat, jalan
sekejap rehat. Sorang nak minum air, semua rehat sekali lol
Ramai dah potong
kami almaklumlah, kami kan bagai panda mendaki gunung gitu. Afiq, Fairus, Olaf
aka Hazama semua dah laju ke depan dengan budak-budak laki yang lain.
Tanya dekat kak
Sarah “Kak Sarah tak larat bawak beg tukarlah bagi kita bawak.” Tapi kak Sarah
kata dia Ok je hehe
Masa kami turun
satu lereng yang tinggi, dah fikir “haish ni karang nak turun ni mesti azab nak
panjat balik lereng ni.”
Sebab Ledang ni
tak pernah dengar keazaban nak mendaki, jadi saya assume dia senang macam
Datuk. Tapi lepas berjam berjalan dan belum jumpa-jumpa lagi puncaknya, baru
saya sedar saya dah memandang rendah pada Ledang ni.
Kami sampai Kem
Senget dekat-dekat nak masuk subuh. Geng-geng yang dah sampai awal semua tengah
tidur menunggu subuh masuk. Ciss jelesnya titew. Kagum jugak dekat Kem Senget
ni sebab ada surau, siap dengan paip air dengan selipar Jepun lagi. Siapalah
yang gigih memikul bahan-bahan nak membina surau ni ke sini (Tapi kalau ikut
kata Kak Zalina, dia rasa ada jalan untuk kenderaan naik sebab puncak depan
Ledang ada menara pencawang. Jadi mesti ada jalan untuk pekerja naik untuk
kerja-kerja maintenance, takkan dia kena hiking macam kita ni hewhew)
Dalam 5 minit
macam tu, Subuh pun masuk.
Lepas azan, ambil
wuduk, solat berjemaah, kami memulakan final push pendakian ke puncak.
Pendakian ke
puncak ni banyak sangat tangga. Lepas tangga, tangga. Lepas tangga, tangga.
Adoi teringat Puncak Chuban dekat Korga.
Sebahagian dari tangga di Ledang
Lepas tangga ke berapa entah, barulah
kami sampai ke kaki Puncak Mahligai. Kak Sarah bukak gummy candy dia yang
masam-masam, pas dekat kami. Kami berhenti kejap ambil nafas. Dalam keadaan
cuaca yang berangin dan hujan renyai, kami berjalan terus menuju puncak.
Dalam beberapa
minit kemudian, sampai puncak je, wehhh berkabus teruk. Tak nampak view langsung.
Di Puncak Mahligai bersama trademark GEMA. Tuding jari ke arah kamera (simbolik lambang ini ialah suka menyalahkan orang lain. lol tibaah)
Tapi
alhamdulillah, berjaya jugak sampai. Yeay! Achievement unlocked. Waktu tu dalam
pukul 7 lebih. Habis semua makanan kami bukak dengan air kemenangan. Mula
deorang bancuh teh dekat kaki Puncak Mahligai, tapi Fareez bawak naik puncak.
Gambar AJK di puncak. Siapa amek gambar tak center ni hmmm
Sepatutnya pagi
ni ada perkongsian dari saudara Faiz Qayyuum, tapi sebab kepenatan dia sampai
agak lewat. Rasanya paling lewat sampai pagi tu Faiz, Aimi dengan Hafiz. Naufal
yang acah sweeper (lol) pun sampai agak awal daripada jangkaan. Katanya dia
terpaksa shoot sebab dia berjalan lagi perlahan dari pace dia menyebabkan dia
jadi penat dan mengantuk. Lepas semua dah sampai, kami pun bergambar
beramai-ramai. Lama jugak atas puncak. Sampai je Faiz dekat puncak terus saya
hulurkan buku dengan pen mintak dia sign hehe. Tercapai jugak hajat nak mintak
sign dia atas gunung.
Proses sain buku atas gunung
Suka gambar ni sebab titew nampak kurus 😁
Lama jugak kami duduk atas puncak, sebabnya pagi awal lagi dan dengan pace kami dan tahap kesihatan peserta insyaAllah boleh keluar sebelum pukul 5. Sebab lama sangat duduk puncak, sempat Amirul buat persembahan Baby Shark dia yang viral sebab kena kecam tu lol
Guide kami tanya siapa nak turun ikut KFC? Mula-mula tak ramai nak, tapi lepas kena racun masing-masing ramai pulak nak. Katanya KFC kena tambah beberapa jam lagi. Haish tidaklah. Waktu tu nak mendaki pakai trek Puncak Mahligai pun dah letih. KFC pulak kata guide lagi jauh dan lagi susah.
Mirul anak ikan doo doo doo~~
Mujur adik kau baik Mirul. Kalau aku jadi dia, dengan aku-aku sekali viralkan kau sampai keluar Melodi lol
Guide kami tanya siapa nak turun ikut KFC? Mula-mula tak ramai nak, tapi lepas kena racun masing-masing ramai pulak nak. Katanya KFC kena tambah beberapa jam lagi. Haish tidaklah. Waktu tu nak mendaki pakai trek Puncak Mahligai pun dah letih. KFC pulak kata guide lagi jauh dan lagi susah.
Dekat pukul 9,
kami mulakan pendakian turun. Saya, kak Sarah, Sarrah, kak Siti, Nani, Simaa,
kak Zalina dan adik beradik Amirul dan Amir turun ikut jalan kami mendaki tadi.
Bersama Neti. Ahli kumpulan Freedom waktu Explorace Batu Maloi
Turun ke kaki
Puncak Mahligai, Simaa mengadu sakit lutut. Kak Siti bagi pinjam knee guard
(kot. Apatah nama dia) dekat Simaa untuk kurangkan kesakitan. Amirul dan Amir
sweep Simaa, kami yang lain terus maju ke depan. Guide sorang turun dan tunggu
kami dekat Kem Senget.
Sebab nak turun
dah takde pressure sangat, kami takdelah laju pun. Banyak berhenti ambil
gambar. Ada satu tempat tu penuh dengan bunga, lawa. Dekat tempat bunga-bunga
tu ada lookout point, boleh nampak puncak Gunung Ledang. Sampai semula dekat
Kem Senget, kami berehat sekejap ambil nafas. Sambil-sambil turun tu, kami
kutip-kutip sampah dekat trek.
Dengan Amirul dan Amir sewaktu turun dari puncak mahligai
Lepas tu mula
semula perjalanan, kejap menurun, kejap menaik. Saya seorang je kumbang di
kalangan bunga waktu tu haha. Kerap jugak kami berhenti. Setiap kali berhenti,
kak Zalina akan bukak cerita. Setiap satu tempat perhentian nanti dia cerita.
Pasal husband dia yang sangat supportive menyokong aktiviti outdoor dia, pasal
pengalaman dia masuk hutan. Peserta yang paling banyak pengalaman kan. Sebab
banyak sangat akar kayu, saya asyik tersadung waktu tu. Malang betul nasib
kasut Power yang saya beli sebelum naik Kerinci, baru dua gunung dah nak
tercabut tapak. Adoi kena beli kasut mahal ni.
Lepas dah
tersadung tu mulalah terlatah-latah. “Oh ayam kau berdarah lapan!”
Kak Zalina gelak
je “Lapar ke Bad sampai teringat ayam potong lapan?” Akak ni pandai tau nyakat orang muahaha
Lineup padu yang lalu KFC atau nama mat salehnya, Killer Fitness Center
Sampai dekat satu
tempat kami berehat, guide kami yang dari belakang pun sampai. “Ingat dah jauh
ke depan!” katanya.
Lepas dengar
macam tu, kakasarah aka macan Sumatera apa lagi, terus tercabar. Dengan
pantasnya kak Sarah ditemani kak Siti terus berlari-lari turun dah tak jumpa
dah sampai kem terus. Adoi dahlah air minum saya semua dengan dia tak sempat
mintak dia dah lari hahaha
Kami sampai
semula dekat kem dalam pukul 11 lebih. Sampai je terus berendam (sebab tak
tahan nak terkencing dah dari pagi tadi sebelum mendaki dok tahan)
Rupa-rupanya member yang turun KFC semua dah
sampai. Eh misinformation ni. Ingat kami akan sampai lagi awal. Dekat kem je
kata deorang biawak besar dah geledah ration kami. Banyak makanan rosak. Habis
telur pecah 20 biji lebih, tinggal 6 bijik je nak buat makan tengahari untuk 30
orang makan. Habis berlalat ground dekat bekas telur pecah tu. Sobs sobs apalah
nasib. Kata kak Nina roti pun koyak plastik kena gigit dengan biawak tu, terus
dia buang.
Waktu tu ada yang
rasa terkilan sebab guide tak ingatkan untuk simpan atau gantung makanan. Tapi
takpelah, dah bukan rezeki kami.
Sementara
menunggu ahli-ahli lain turun, Amirul ajak saya lepak lagi dekat tepi sungai. Sempatlah
terlelap barang sekejap.
Lepas semua
sampai, makan tengahari, solat, kami pun kemas-kemas barang dan kutip sampah
dekat kem. Tengah mengemas barang tu, dah happy sebab kek-kek pisang semua dah
habis. Saya bawak balik kuali je dari semalam. Tiba-tiba Fareez tanya “Bad, beg
kau ada kosong lagi tak?”
“Ada. Kenapa?”
“Tolong bawak
khemah!”
Cisss! Sebabnya
kakasarah pegang khemah tu dengan tangan, beg dia tak muat. Itu yang Fareez
tanya kalau beg saya kosong lagi. Ini namanya give and take, tadi kak Sarah
bawak makanan saya, turun saya pulak bawak load dia lol. Masuk je khemah dalam
beg, terus penuh semula beg.
Agak lambat jugak
saya turun dengan Amirul dan Amir.
Kami kejar orang
depan, sampai dekat Simaa. Sebab kaki dia sakit, Amirul bawakkan beg dia dan
terus shoot ke depan, meninggalkan saya dengan Amir.
Terserempak
dengan Hafiz. Kami potong lagi. Jumpa Tokie yang sweep Aimi. “Takpe, jalan slow-slow. Akak ada.” Tokie beri
semangat pada Aimi.
Saya dan Amir
terus potong lagi sampai kami terjumpa kak Zalina dan Lukman dekat CP3. “Weh
Bad lajunya kau!” Kami berhenti sekejap minum air ambil nafas.
Mungkin sebab Lukman
terkejut ada seekor panda boleh turun laju (memanglah sebab berat kan. Graviti
tarik kuat kot lol) Lukman pun berlari-lari ke bawah meninggalkan kami.
Sampai dekat
Tangga Mahligai semula, si Amir pun laju meninggalkan saya. Waktu ni rasa sakit
lutut sebab nak menahan badan yang bawak load berat. Mula-mula dah pelik jalan
dekat setengah jam macam belum jumpa jalan keluar. Haish mana ni, bukan sekejap
je Tangga Mahligai?
Bila nampak je
bumbung Pejabat Hutan, terus rasa wehhh leganyaaa! Sampai dekat depan padang
depan ofis Amirul suruh keluarkan barang-barang untuk declare semula.
Sebab saya jenis
jujur dan memang takde buat sampah dekat atas hewhew, semua sampah bawak turun,
so takde barang yang tak tally dalam declaration form.
Lepas semua
sampai, saya terpaksa susun balik pengangkutan sebab kereta Tokie dah takde.
Alhamdulillah, berjaya jugak susun dengan jayanya, masing-masing takdelah yang
kena tinggal. Nahas masing-masing bukan ada passport stranded dekat negara
orang hewhew. Saya akhirnya balik dengan Amirul, Amir dengan kak Zalina. Alam
akan naik dengan Naufal.
Waktu balik nilah
kak Zalina cerita pengalaman mistik dia (yang jugak disahkan oleh Isma masa
saya tanya dia dekat post mortem). Katanya masa dia nak tidur tepi sungai, dia
dengar bunyi suara budak-budak perempuan tengah mandi dekat sungai. Bila dia
tengok takde orang dekat sungai terus dia panggil Amirul.
Kami berhenti
makan dekat Restoran Jejantas. Disebabkan harini semua dok sebut KFC, ayam apa
bagai, kami pun semua nak makan KFC. Kak Zalina yang belanja. Thanks kak!
You’re the best!
Sampai semula dekat
rumah Fareez dah malam, esoknya kerja aduiyai. 4 hari lepastu panjat tangga
macam ketam sebab sakit kaki. Lepas hantar saya, dengar cerita kereta kak
Zalina kemalangan. Termasuk Tokie, 2 kereta terlibat dalam kemalangan untuk
ekspedisi Ledang.
KFC dalam hutan, inilah dia
Faiz pun beberapa
hari lepas mendaki share pengalaman beliau dalam group WhatsApp dan mendapat sambutan
menggalakkan daripada peserta. So far itulah nak cerita tentang pengalaman
mendaki Gunung Ledang. Alhamdulillah walaupun macam-macam benda bermain di
fikiran, takde apa yang tidak diingini berlaku dekat sana. Walaupun Gunung Ledang
hujan lebat dekat bawah, kami dekat kem menuju puncak tak mengalami cuaca
buruk. Benda-benda mistik pun tak berlaku dengan kencangnya gitu
Seperti biasa, saya dengan rendah hatinya ingin meminta maaf kalau penulisan ini mengguris perasaan sesiapa. Tiadalah niat menyakitkan sesiapa melainkan untuk bercandat bercanda sahaja ewah!
Kepada peserta Ledang via Sagil #GEMASelangorBackpackerz, thanks for the memories! Next time jangan segan nak join lagi ok lol
Renung-renungkan dan selamat beramal XOXO
(Psst: Btw nak kenal Amirul bukak YouTube cari video ni. Gambar dia dah dibulatkan. Tengok dia sorang je pakai blazer kelabu. Mana tak cepat viral lol)
(Psst: Btw nak kenal Amirul bukak YouTube cari video ni. Gambar dia dah dibulatkan. Tengok dia sorang je pakai blazer kelabu. Mana tak cepat viral lol)
- Badass|Dope|Bedaduz
No comments:
Write curses