31 Oktober 2017
8:45 – Bergerak balik dari Seri Kembangan. Telefon Mak
bagitahu dah on the way. Mak terkejut sebab tak bagitahu nak balik. Ingat nak
surprise dekat Mak je tahu-tahu dah sampai laman rumah. Tapi takut Mak kunci
pintu takde siapa nak bukak nanti.
10:30 – sampai dekat kampung. Ketuk pintu, takde siapa
menyahut. Semua dah tidur. Ingatkan dah call tadi bagitahu nak balik, pintu tak
berkunci. Abah bukak pintu lepas 5 minit mengetuk. Bukak pintu je Abah pegang beg, tanya
“Bawak balik buah tak?”. Allah dah teringat nak beli, tapi selalu balik rumah
hari Jumaat sempat singgah dekat pasar malam beli buah. Harini balik Selasa,
takde pasar malam. “Esok kita beli Bah. Harini tak sempat beli.”
Masa kecil dulu selalu berlari bila Abah balik. Selongkar beg Abah cari buah epal. Shrugs. *kesat air mata*
Masa kecil dulu selalu berlari bila Abah balik. Selongkar beg Abah cari buah epal. Shrugs. *kesat air mata*
11:00 – makan nasik lauk ayam goreng berlada dengan sup
sawi. Masuk tidur (tak tutup lampu. In case kena kacau huhu)
12:00 – dengar Ya bawak turun Razin. Razin macam kena kacau
masa tidur, menangis teruk, meraung-raung. Ada benda mengikut balik ke? Hmm
sian Razin.
1 November 2017
8:30 – Bawak Mak pergi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah jumpa
pakar. Drop Mak dekat klinik, cari parking. Penuh sepenuh-penuhnya, orang dah
parking double layer dengan dekat bahu jalan. Akhirnya jumpa dekat hujung
hospital, menapak jauh nak ke klinik pakar.
9:00 – Tunggu nombor Mak dipanggil. MA ambil bacaan darah
tinggi Mak, tanya Mak dah makan belum. “Tak sempat lagi, sebab mengejar
appointment ni.” MA tegur sebab tak makan.
Mak dapat nombor
0015. MA suruh Mak duduk dekat kerusi hijau dekat dengan bilik doctor. “Tak
payah jalan jauh” katanya sebab nampak Mak jalan pakai tongkat. Sambil tunggu
nombor Mak naik, baca novel Arkitek Jalanan tulisan Teme Abdullah.
10:40 – nombor Mak dipanggil. Nurse nampak Mak jalan
laju-laju pakai tongkat sampai termengah. “Takpe makcik. Jalan slow-slow.
Doctor dah tahu tu makcik.”
Jumpa doctor. Doctor cek hernia Mak. Mak kata takut
operation sebab Mak dah tua, risiko tinggi. Doctor cek umur Mak. “61 tahun dah
ya mak cik.” Doktor tanya kalau ada sakit. Mak kata takde. Doctor kata buat
masa ni, tak payah operation lagi sebab takde simptom, tapi in case ada masalah
buang besar atau loya-loya, bagitahu cepat-cepat. Mak tanya kenapa perempuan
pun kena hernia?
Doktor kata mungkin sebab banyak lahirkan anak, jadi otot
jadi lemah. Bila otot lemah, usus tu terkeluar. Next appointment untuk hernia 2
Mei 2018, lagi 6 bulan.
11:00 – bawak Mak makan nasik ayam dekat kantin hospital.
Mak suruh call Ya, suruh Abah bersiap, hari ni orang yang menoreh kebun Abah
jual getah. Nak pergi ambil duit.
Bergerak dari hospital. Mak mintak singgah farmasi dekat
klinik nak ambil stok ubat Abah. Semalam Ya tak sempat ambil sebab kereta
kancil rosak. Sampai dekat farmasi, letak slip dalam bakul. Bagitahu dekat pegawai
farmasi tu nak ambil ubat petang ni. Letak slip ni dulu. Dia kata OK, datang
sebelum pukul 5.
Mak minta hantar jam ke kedai nak repair. Jarum jam tak
bergerak sebab tersangkut dekat hiasan dalam jam tu. Hiasan tu tertanggal. Uncle
tu kata 30 minit, caj RM5.
Isi minyak RM20 sebab lampu dah kelip-kelip. Mintak Mak RM15
sebab dah takde duit dalam tangan nak isi minyak.
12:40 – sampai rumah ambil Abah. Tiba-tiba Ya nak ikut
sekali. Bawak sekali Ya dengan Razin.
1:00 – sampai rumah orang yang menoreh getah Abah. Ambil
duit dekat isterinya, dalam RM212. Anak-anaknya ramai, 10 orang. Isterinya
orang Siam. Bila nampak kereta masuk dalam halaman rumah, anaknya berteriak
“MAK! ADA ORANG DATANG!”
1:30 – tengok rumah baru Abengah dekat Galok. Baru siap.
Pintu depan tak berkunci, pintu belakang terbukak. Tingkap dekat sink pun
terbukak. Abah bising sebab rumah tu biar kosong, takut orang pecah masuk curi
kipas siling/lampu etc. Otw balik Abah ajak makan nasik ayam dekat Seberang
Temerloh, tapi nak lalu Kuala Krau. Jauh pusing.
2:00 – Singgah Petron dulu, isi minyak lagi RM45. Yang isi pagi
tadi dah habis. Makan nasik ayam. Tapau sebungkus untuk La. Abah komplen
ayamnya dah kecik. Nasik pun sikit. Dulu banyak. Nasik ayam ni Abah belanja
sebab dah dapat duit menoreh getah hehe
3:00 – Ambil jam Mak dekat kedai. Uncle tu bagitahu jangan
kena air, takut gam tu tertanggal nanti perhiasan tu tercabut balik. Ambil ubat
Abah dekat farmasi, stok sebulan. Pergi bayar bil TM, elektrik dengan bil air rumah Abengah dekat pejabat pos.
3:30 – singgah rumah La hantar nasik ayam. Jumpa Wafiy
dengan Wazir. Wafiy excited tunjuk game Boboiboy dekat iPad. Wazir nak mintak
berdukung, selama ni tak pernah-pernah nak dekat. Tiba-tiba je mesra. La kata
Wazir dah kenal orang. Dulu menangis je sebab takut. Makan kek coklat kukus La
buat. La goreng keropok keping. Sempat lelap sekejap, kepenatan.
5:00 – gerak dari rumah La ke Mentakab. Abah nak buah.
Sampai pasar malam beli buah mata kucing 2kg dengan mangga 2kg. Beli sekali
nangka muda untuk buat gulai dengan 5 papan petai.
5:50 – sampai rumah Cik Abang hantar buah mata kucing dengan
mangga, jumpa Mia, Aha, Akram, Abror dengan si kecik Am. Masuk je Abror teriak
“acong! Acong!” sambil tunjuk iPad dia. Dia tengah tengok video YouTube dengan
Akram. Video hantu pocong lol
6:14 – sampai rumah akhirnya selepas seharian berjalan.
Keletihan. Nak tidur kejap sementara tunggu Abah dengan Ya masak makan malam.
Tapi si Razin menangis pulak taknak duduk dalam buai, nak berdukung. Bawak si kecik tu berdukung sambil
berjalan-jalan satu rumah, baru diam.
8:00 – makan malam. Siap nak balik.
8:30 – lepas solat Isyak terus bergerak. Letak 4 guni sampah
atas bonet nak buang dekat tong sampah besar tepi lebuh. Tengah-tengah jalan dengar ada
bunyi jatuh. Sampai dekat tong sampah tinggal 3 je karung sampah tu lol
9:00 – jem teruk nak masuk tol highway LPT. Rupanya ada
orang tengah repair jalan
11:15 – call Mak. Dah sampai Seri Kembangan.
TAMAT
Bila parents dah tua dan kita dah dewasa, semua dah jadi terbalik. Dulu kita mintak Mak dengan Abah buat semua, sekarang ni Mak Abah kena mintak tolong kita. Jalan kena berpimpin, nak pergi klinik kena berteman, dah tak boleh drive sendiri. Allah, betapa sayu rasa kadang bila tengok Mak tak larat berjalan. Abah kalau berjalan sorang pun boleh hilang imbangan nak terjatuh.
Bila parents dah tua dan kita dah dewasa, semua dah jadi terbalik. Dulu kita mintak Mak dengan Abah buat semua, sekarang ni Mak Abah kena mintak tolong kita. Jalan kena berpimpin, nak pergi klinik kena berteman, dah tak boleh drive sendiri. Allah, betapa sayu rasa kadang bila tengok Mak tak larat berjalan. Abah kalau berjalan sorang pun boleh hilang imbangan nak terjatuh.
Bila kadang-kadang balik kampung, kembali ke tempat asal
segalanya bermula. Melihat orang yang berbeza kehidupan dari kita – mak cik
yang menjual hasil kampung tuaian sendiri di pasar malam, isteri penoreh getah
yang beranak sepuluh yang tinggal di sebuah rumah kayu, rasa terpukul untuk
merasa rendah diri. “Aku bermula dari sini.”
(Pernah baca orang tweet, bunyinya lebih kurang begini.
Orang bandar selalu marah orang kampung bila kerajaan menang pilihanraya. Tapi
orang bandar tak pernah nak faham struggle sebenar orang kampung. Orang kampung
kerisauan dia bukan pada kenaikan harga tol, harga rumah, kesesakan trafik, public transport. Struggle orang kampung adalah basic – esok nak bagi anak makan apa? Nak hidup
sampai minggu depan macam mana? Kalau hujan esok macam mana nak menoreh getah?
Tak menoreh getah takde duit. Macam mana nak fikir tentang hal lebih besar kalau benda basic pun orang kampung takde. Wallahualam.)
(P/S: sorry for the political rant in the end. I think it
was too thought provoking to be left out and it crossed my mind the whole time
I was writing.)
ala sedih lak .. ok nasib baik malam ni balik kg. yeay!
ReplyDelete