Assalamualaikum dan hai-yee!
Disebabkan
tiba-tiba je entry tahun lepas naik semula tahun ni berkenaan dengan kisah mistik dari gunung dan mendapat sambutan hangat hewhew #perasan (thanks but no thanks FB
memories ), saya pun decide nak buat
sambungan kepada bahagian pertama.
(Klik sini untuk bahagian pertama)
(Klik sini untuk bahagian pertama)
Dalam entry yang
lepas, pengalaman mistik terakhir ialah sewaktu trip ke Bukit Berekeh.
Lepas balik dari
Berekeh, ada beberapa trip lain yang saya join.
Salah satunya
gunung G7 saya yang kedua dan ketiga, Korbu dan Gayong, atau nama manjanya,
KorGa di Perak.
Masa dioffer
untuk join panjat KorGa tu, takdelah terfikir akan berlaku benda-benda mistik.
Tapi ada juga terbaca dekat Google pasal kes-kes misteri dekat KorGa – kes
kematian, kehilangan etc etc. Pernah jugak dengar Amar cerita pengalaman
peribadi dia dekat KorGa. Tapi biasalah, ketegaq nak jugak pergi haha
Berdasarkan
tentatif kami untuk 3 hari 2 malam, hari kedua kami akan mendaki puncak Korbu,
seterusnya Gayong, dan kembali ke puncak Korbu sebelum turun kembali ke
campsite di Kem Kijang, semuanya dalam tempoh kurang lebih 15 jam. Perjalanan
hari kedua dari mula mendaki sehingga selamat sampai di kem dijangka akan tamat
pukul 9 malam.
Mula terbaca
tentatif tu memang dah rasa hayoo kenapa sampai malam lagi. Tak cukup ke dekat
YYBTN berjalan sampai tengah malam dalam hutan huhuhu
Kalau ikut
tentatif YYBTN yang sepatutnya sampai kem pukul 6 petang pun kami lewat 6 jam
sampai 12 malam. Yang ni dijangka tamat pukul 9 agak-agak pukul berapalah
sampai kem. Tapi sebab dah bayar daftar apa semua, tak kan nak tarik diri kan.
Waktu hari kedua,
kami sampai puncak Korbu lebih kurang pukul 12 tengahari, sampai Gayong pukul 3.00
petang, dan kembali semula ke puncak Korbu pukul 6 lebih dah dekat pukul 7. Sewaktu
dalam perjalanan dari Gayong kembali ke Korbu, kami terserempak dengan
ahli-ahli kumpulan yang baru nak naik ke Gayong. Guide kami mula tak bagi
deorang terus ke Gayong, dia mintak ahli-ahli kami ni patah balik.
Tapi sebab
deorang still bersemangat nak sampai ke puncak Gayong, almaklumlah sekali aja
seumur hidup begitu, mereka pun teruskan lagi ke Gayong sedangkan kami dah
patah semula ke Korbu.
Jadi perjalanan
kami nak turun semua ke kem melalui Chuban yang pacak namatey nokhalal tu
memang tengah-tengah waktu Maghrib. Saya ni almaklumlah, hati dah tak tenang
dalam kepala dok terfikir please lah sampai Kem Kijang cepat. Please lah at
least sekitar waktu Isyak. Tak mahu lama-lama dalam hutan.
Masa tu kami
bertiga je. Saya, Wardy, dengan abang guide. Kami berhenti waktu Maghrib
sekejap dekat puncak Chuban. Dalam keadaan baju hujan yang saya pakai dah
compang camping dicarik ranting-ranting pokok, peha melecet dan matahari dah
terbenam, kami teruskan perjalanan ke puncak Botak.
Masa tu headlamp
di kepala, nampak dari puncak Botak ada orang menyuluh-nyuluh ke arah kami. Masa
tu tahulah kawan-kawan kami yang awal ada beberapa orang dekat Botak. Tapi bila
sampai ke Botak je, deorang dah takde. Deorang dah terus berjalan turun ke Last
Water Point.
Kami berehat
sekejap dekat sini. Abang guide dah mula membebel sebab budak-budak tu taknak
patah balik. Kami yang kira awal pun dah dekat Isyak baru dekat Botak, yang dekat
belakang tu entah bila nak balik ke kem. Anggaran kami dengan orang belakang
selang masa dalam 2 jam.
Lepas berehat
sekejap, kami terus lagi berjalan bertiga. Abang guide dekat depan, saya dekat
tengah, Wardy di belakang. Wardy disebabkan ni gunung pertama dia dah terus
gunung G7, mungkin sebab dia tak biasa, lutut dia dah sakit.
Bila sampai ke
Last Water Point, guide kami tanya kalau kami lapar. Saya dengan Wardy dua-dua
kata kami tak lapar, kami lagi tazabar nak balik ke kem. Dekat kem nanti baru
fikir makan.
Rupanya abang
guide tanya sebab dia nak ajak kami stay dekat Last Water Point tu. Dia kata
hati dia tak sedap, dia nak tunggu orang belakang jugak.
Saya dengan Wardy
nak membantah tu tidaklah. Jadi kami berdua terus baring dekat situ, tidur. Saya
baring terus atas tanah walaupun sejuk gila sebab badan dah penat. Lapar,
dahaga semua ada. Wardy bersandar dekat batu.
Waktu tulah saya
mimpi ada lelaki datang. Beberapa kali dia datang dari dalam semak ke arah
kami. Dia senyum.
Tiba-tiba saya
terjaga sebab ada orang tepuk bahu kiri. Saya ingatkan Wardy tepuk, tapi bila
saya bangun saya nampak Wardy jauh. Tengah tidur nyenyak pulak tu.
Belah kanan saya
dekat seberang denai, abang guide tengah tidur. Jadi tak mungkin deorang yang
tepuk bahu saya.
Saya pun sambung
tidur, dalam hati rasa geram jugak sebab nak balik kem. Taknak tidur sini
huhuhu
Sekali lagi, ada
orang tolak bahu dari belakang. Haish, gurau kasar nampak. Saya pun bangun,
terduduk. Kalau sekali mungkin perasaan, kalau dua kali faham-fahamlah.
Nampak Wardy
dengan abang guide tidur, saya tak sampai hati nak kejutkan.
Waktu tu dari
bawah lereng dekat denai pendakian, saya nampak ada cahaya, kecil macam kelip-kelip.
Tapi dia tak macam kelip-kelip sebab dia tak berkerdip, cahaya dia constant je.
Dia mengikut je denai tu naik ke atas. Berkali-kali saya tengok nak pastikan
benda tu terbang dan bukan headlamp atau torchlight. Kalau headlamp, siapa yang
nak panjat Korbu tengah malam ni?
Masa tu
macam-macam saya fikir. Kalau binatang, kenapa dia kena ikut denai manusia? Dia
boleh je terbang ikut semak, off track kan? Kenapa dia terbang menuju puncak? Apa
yang binatang ni buat malam-malam terbang ke puncak Korbu?
Sampailah cahaya
tu lalu dekat kami, terus naik ke atas melewati kami. Saya diam je waktu tu,
benda pelik jangan ditegur. Masa dia lalu tu, saya sorang je yang terjaga.
Tak lama lepas
tu, abang guide bangun kejutkan kami. Dalam sejam jugak kami berhenti dekat
sini. Dia ajak kami turun, sebab katanya dah tak tahan sejuk. Memang sejuk gila
weh waktu tu, dengan perut lapar rasa nak termuntah perut masuk angin semua.
Bila nak turun
semula, sebab Wardy sakit kaki, abang guide suruh saya jalan belakang sekali. Wuuu
nak nanges rasanya. Mental koyak habis waktu tu, dalam hutan yang gelap gila,
takde manusia, dok fikir aku dahlah baru je kena kacau. Kau suruh aku dok
belakang. Kalau aku hilang ke apa ke, mesti korang tak perasan kan huhu. Tapi tak
tergamak pulak nak cerita saya baru lepas kena kacau, kata orang benda pelik
jangan cerita. Dah keluar hutan baru boleh bukak cerita.
Alhamdulillah,
balik tu dah takde apa sampailah kami tiba dekat Kem Kijang dalam pukul 12
malam, semua orang dah tidur. Besok tu, Wardy bagitau dekat saya, time kami
tidur dekat Last Water Point tu dia mimpi ada orang datang dekat dia bagi
makanan. Saya diam jelah waktu tu. Entah-entah kami mimpi lelaki yang sama huhu
Pasal cahaya yang
saya nampak tu sampai sekarang saya tak pasti benda apa. Dan kalau dia
serangga, kenapa dia kena lalu jalan manusia? Kenapa dia kena mendaki ke puncak
waktu tu?
White Water
Rafting
Bulan Disember,
sebulan lepas mendaki KorGa, saya kembali menyertai GEMA Selangor Backpackerz
menyertai aktiviti White Water Rafting (WWR) dekat Sungai Slim, Perak. Yeay! (lol.
Tibaah)
Sebab aktiviti
kali ni takdelah bermalam atau melibatkan trekking dalam hutan, saya memang
totally tak menjangka apa-apa benda pelik berlaku.
Sepanjang program,
alhamdulillah, kami cuma menyusur sungai dan takde benda yang pelik-pelik pun
berlaku.
Bila balik pun,
takde apa yang berlaku. Malam tu pun takde apa-apa berlaku. Tidur nyenyak je.
Tapi esok
malamnya ada berlaku sesuatu...
Waktu tidur, saya
bermimpi. Dalam mimpi tu saya tengah menyusur Sungai Slim tu sorang-sorang. Waktu
tu hari cerah, sama macam waktu kami menyusur sungai tu sehari sebelumnya. Tapi
kali ni langsung takde orang. Saya sorang je. Bunyi sunyi.
Waktu tu saya
berdiri atas rakit. Daripada rakit tu, saya nampak dekat dalam hutan ada benda
berkelubung putih berjalan mengikut rakit yang saya naik. Rupa dia sebijik
macam anggota Ku Klux Klan. Tapi dia tak berjalan, dia menyusup tengah-tengah pokok. Bila
rakit saya laju, dia laju. Bila rakit perlahan, dia perlahan.
Ginilah rupa makhluk kelubung putih tu
Tiba-tiba rakit
saya bergerak dari tengah sungai ke tebing, dan pada waktu yang sama, lembaga berkelubung
putih tu pun bergerak dari tengah hutan ke tebing sungai. Dan bila rakit saya tu
sampai je ke tebing, saya bertembung dengan lembaga berkelubung tu. Saya terus
terjaga.
Bila terjaga ke
alam nyata tu, saya terus kena tindih. Tak boleh bergerak. Allah! Makhluk dari
mana ni.
Saya baca ayat
kursi dalam hati, bergelut dengan makhluk tu. Rasa macam dia cucuk-cucuk
belikat saya dekat belakang. Lepas habis baca ayat Kursi, benda tu pun pergi. Tengok
jam dekat dinding, tepat pukul 5 pagi. Ada ke benda mengikut dari Slim River tu
– saya dok fikir sendiri.
Haish. Trip yang
tak hardcore, tak masuk hutan sangat pun boleh terkena. Apalah nasib.
Tapi lepas
beberapa kali terkena lepas balik rumah, saya rasa terkena sebab badan terlalu
penat dan fikiran kita masih melayang terfikir pasal hutan. Itu yang mimpi pun
bukan-bukan. Kalau ada gangguan, mungkin benda yang bukan dari hutan tu ambil
kesempatan mengganggu time badan kita terlalu letih. #teorisendiri
Apapun, actually taklah
semua kali masa pergi trip saya kena kacau. Tapi bila kena tu, mesti rasa macam
tobat taknak dah pergi next trip. Tapi bila orang ajak join, tetiba terlupa
semua pengalaman pahit, nak ikut jugak hahaha
Wallahualam. So far
itu jelah cerita mistik yang saya nak cerita. Takdelah mistik sangat kan
compare dengan pengalaman orang lain, tapi itulah yang buat saya bersyukur
(mungkin jugak tak mitik pun hewhew).
Renung-renungkan
dan selamat beramal! Kalau ada pengalaman mistik lagi (mintak simpang!) nanti
saya update part 3 pulak bahahaha!
Assalamualaikum dan
byeee!
No comments:
Write curses