18 December 2016

Bukit Chorocho

Assalamualaikum dan hai y’all!


 Wira-wirawati harapan bangsa

 Bertemu lagi kita di edisi outdoor dalam blog Kisah Seorang Budak U! lol

Baiklah, entry kali ni special sikit, sebabnya kali ni genaplah gunung kesepuluh yang saya daki sejak menyertai aktiviti outdoor, iaitu Bukit Chorocho. Pelik kan nama Chorocho. Entah mana tah datang nama Chorocho, bunyi macam cokolat celup pun ada.

Sama jugak macam Bukit Kutu, Bukit Chorocho ni ketinggiannya pada 1106 meter dari aras laut nama je bukit, tapi ketinggiannya dah masuk kategori gunung, malah lebih tinggi lagi daripada Gunung Datuk (884m) dan Gunung Kerunai (1000m). Bukit Chorocho ni terletaknya di Bukit Fraser. Menurut sejarahnya, selekoh dekat pintu masuk ke Bukit Chorocho ni ialah lokasi Sir Henry Gurney meninggal dunia selepas diserang hendap oleh pasukan komunis.

Mula-mula pernah tengok orang panjat, jadi bila Afiq ajak join pergi Bukit Chorocho ni, saya pun setuju jelah. Lagipun trip sebelum ni dengan Afiq batal hahaha kesian pulak dekat Afiq kalau asyik cancel je 

Jadi pada malam 26 November tu (which was on my birthday hewhewhew) Irsyad pun datang ambil dekat rumah bersama dengan 2 orang junior UniKL – MIAT (of which their names I had forgotten lol sorry!)

Kami pun bergerak ke rumah Afiq mengambil Afiq, kemudian terus bergerak ke Kuala Kubu Bharu. Sampai dekat KKB, kami tidur dekat masjid tempat kami berjumpa waktu nak ke Lata Medang. Waktu tu dah pukul 3, pukul 5 dah bangun balik chiss sebab orang kampong dah datang nak solat Subuh. 

Pagi tu barulah ahli ekspedisi yang lain sampai. Baru jumpa dengan Hakim, Isma dengan Nizam. Kali ni trip dengan guide waktu YYBTN, Encik Emai and the geng. Lepas sarapan kejap, kami pun bertolak ke Bukit Fraser.

Sampai je, park kereta, siap-siapkan diri, kami pun mula pendakian. Waktu tu hujan masih belum berhenti. Mula-mula jalan menurun je dekat 30 minit, dan sebab tanah lecak dan licin, kami berjalan perlahan-lahan, sampailah dekat sebatang sungai. Sebab musim tengkujuh, sungai ni airnya deras gila. Jadi kami yang lelaki-lelaki gagah ni *ehem ehem* masuk dalam sungai, buat satu link dan tolong sorang-sorang melintas.

 Nampak je tak dalam, bila turun tu sampai paras pinggang jugak OK

Lepas daripada tu, baru mula trek mencanak. Tapi OKlah mula-mula biasa lagi, sampailah dekat satu tebing tu. memang trek mencanak gila dan tanah licin, takde tempat berpaut yang kuat, hanya ada pokok kecil dan tumbuhan renek. Tapi alhamdulillah dapat jugak kami lepas dengan daya tolong menolong hewhew *maigad cheesy gila*

Lepas daripada tebing tu, jalannya senang walaupun mencanak, tapi banyak pokok duri habis koyak baju demmm

Lepas lebih kurang 3 jam berjalan, kami sampai dekat puncak lebih kurang pukul 12:09 minit. Alaa, ingatkan ada view, rupanya puncaknya hutan rimbun tak nampak hapah. Rasa sedikit penyesalan, memang taknak repeat dah Bukit Chorocho ni. 

Lepas dah sampai rehat kejap, memasing bukak dapur. Eh haku hengat ada makanan disediakan, rupanya sendirian berhad. Mujurlah ramai tanker muahahaha macam-macam makanan ada. Saya yang tak bawak apa-apa ni dok menempel dekat orang pow makanan hahaha


 Mini reunion katanya


Yang menarik tentulah budak-budak GEMA punya dapur, ada spaghetti OK lol. Afiq buat spaghetti bolognaise *tapi dia tertinggal meatball denggg*, Isma Nizam dengan Hakim pulak buat spaghetti carbonara.

Orang lain ada yang bawak biskut, pudding, air manis, roti. Sebab dekat atasnya sejuk, yelah kan, kata Bukit Fraser, kami pun masing-masing sarung windbreaker nak panaskan badan. Lepas bergambar, makan lunch semua, dalam pukul 2 kami pun mulakan penurunan semula. 

Penurunan OK la, takde masalah, cuma dekat tebing yang licin tu je masalah. Yang tu seram sebab memang hampir 90 darjah dengan tanahnya licin.

Ada je yang jeles tengok panda tidur 


Kami sampai semula dekat sungai tu dalam pukul 3:30, waktu tu air sungai dah surut. Kami pun sebab baju seluar berlecah semua, duduklah mandi nak bersihkan badan. Lepas solat, kami tunggu kumpulan yang belum sampai dekat belakang. Deorang sempat call orang dekat depan kata deorang tak jumpa jalan, jadi deorang tunggu sweeper dari belakang sampai.



Lepas dekat sejam menunggu, kami pun dah bosan hewhew, kami pun mintak kebenaran nak naik ke parking. Sama jugak macam Kenderung Kerunai dengan Korga, yang ni pun naik satu kereta dengan budak-budak yang perform ya ampunnn stressnyaaa kalau kita tak perform malulah kan dah panjat 3 ketul gunung G7. Padahal nak pitam dah mendaki bukit nak ke parking, nafas dah kuat gila macam gajah naik minyak, tapi nak berhenti segan sebab kena cucuk dengan budak dua orang tu. 

Sambil menunggu tu muka dah ngantuk gila, nyamuk banyak. Hakim amek gambar kita tengah garu-garu tangan hewhew

Mujurlah dalam 15 minit je perjalanan nak balik ke parking. Padahal mula tadi turun dekat situ 30 minit. Mungkin sebab bila jalan licin, turun lagi kena berhati-hati kan.


Lepas sampai ke kereta, kami pun gerak semula ke masjid, lepas mandi solat apa semua, kami pun tunggu orang lain. Deorang kata 6:30 baru group terakhir sampai dekat parking. Berjam-jam jugak beza dari kami. 

Lepas solat Maghrib dan Isya’ jamak taqdim, kami pun mulakan perjalanan balik. Orang lain nak makan sekali, tapi sebab dah malam dan esoknya memasing kerja dan ada kelas pagi, kereta kami si MyVi kuning Irsyad pun bergerak pulang semula. 

Begitulah kisahnya ke Bukit Chorocho. Simple je. Bolehlah kalau nak merasa naik. Tapi nak repeat tu tak tahulah hewhew macam taknak kot buat masa terdekat (read: 5 tahun lagi baru repeat. Tupun kalau dah habis semua gunung naik hewhew)

So itu saja nak hapdet. Assalamualaikum dan jumpa lagi di edisi seterusnya. XOXO


2 comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter