Assalamualaikum dan hai y’all! (And happy birthday to me! hewhewhew)
Pada 20 November yang lalu, lepas dua minggu turun dari
Korga yang tinggi amats itu, saya sekali lagi bersama geng GEMA Selangor
Backpackerz #kamitakdelahpoyosangat hehehe telah menghabiskan hari Ahad kami di
Ulu Slim, Slim River untuk aktiviti white water rafting y’all! *ada yang kata lepas balik dari Slim River ni mesti slim hmmm *
Ni baru boleh panggil lineup!
Tak tahulah nak, white water rafting ni apa namanya dalam
BM, jadi kita stick jelah guna BI ya. White water rafting atau pendeknya WWR ni
merupakan aktviti kedua GEMA Selangor Backpackerz yang saya join jadi AJK lepas
Lata Jerangkang Campfire and Foodgasm. Seperti jugak program Lata Jerangkang,
program WWR ni pun nama saya telah di-veto time meeting post mortem (chisss
asyik kita je terkena) *dahlah bukan ahli berdaftar hewhewhew*
Ketibaan peserta di MyAdventure Host Slim River
Saya mula takdelah nak pergi sangat sebab
takut tengok dalam TV orang buat WWR sampat terbalik-terbalik sampan dia, nampak
hardcore gila, tapi dah kena jadi AJK terpaksalah merelakan diri untuk pergi kan.
Safety briefing oleh Inche' Izni
Lepas kami shoot poster, upload ke facebook, twitter dan
segala macam media sosial lain, kami pun bukak pendaftaran pada 27 September. Agak mengejutkan,
kami bukak pendaftaran mulanya maksimum untuk 30 orang, hari pertama je dah ada
lebih 25 orang yang mendaftar.
Disebabkan sambutan yang hangat gittuh, kami pun setuju nak naikkan kuota sampai 40 orang, lepas tu ramai jugak mendaftar lagi sampai lebih 40, lepas tu lebih 50, sampai akhirnya guide kami kata dia sudi terima berapa ramai sekalipun. Akhirnya lepas pendaftaran ditutup, ada 66 orang yang berdaftar. Tapi biasalah kan, seperti program-program lain, ada 21 orang tarik diri atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, tinggal 45 orang yang boleh pergi.
Disebabkan sambutan yang hangat gittuh, kami pun setuju nak naikkan kuota sampai 40 orang, lepas tu ramai jugak mendaftar lagi sampai lebih 40, lepas tu lebih 50, sampai akhirnya guide kami kata dia sudi terima berapa ramai sekalipun. Akhirnya lepas pendaftaran ditutup, ada 66 orang yang berdaftar. Tapi biasalah kan, seperti program-program lain, ada 21 orang tarik diri atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, tinggal 45 orang yang boleh pergi.
Kali ni ramai jugak kawan yang join. Keon sukarela nak ikut,
sebulan awal dia dah mintak cuti. Aqeel dan Keon kali kedua ikut saya buat
outdoor, Bintang kali ketiga lepas mencandat dengan Bukit Kutu, kali ni dia bawak sekali housemate dia yang jugak
merupakan roommate Sapek di UTP iaitu Asyraf Maskan *gituh complicated
relationship kan*, Salman yang baru pindah KL pulak kali pertama ikut, dan ada Yana, Neti dan Una dari Team #Freedom! Go Freedom! Batu Maloi hehehe.
Kali ni jadi AJK saya rasa lagi kelam kabut nak menjawab
persoalan-persoalan peserta dalam group WhatsApp, dan juga yang PM tepi yang
masuk tak berhenti-henti hatta tengah kerja sekalipun. Tapi menggunakan daya
kecomelan panda, akhirnya semua masalah berjaya diselesaikan sebelum hari
kejadian dan alhamdulillah peserta tak banyak meragam *kalau tidak aku block je
sesekor mehehehehe #pandajahad*
Walaupun kena tukar tempat beberapa hari sebelum hari
kejadian sebab Empangan Kuala Kubu Bharu tutup waktu musim tengkujuh untuk
menakung air, semua peserta takde masalah semua sporting-sporting belaka gitu
*kena puji peserta untuk make sure next program deorang join lagi hikhikhik
#pandadiplomasi*
Anak-anak ayam dipunggah naik lori *ni macam baru lepas raid JAIS je lol*
Anak-anak ayam siap untuk ditransport
Kumpulan Pendayung Muslimah (PENDAM)
Waktu pagi tu, saya, Salman dan Aqeel bertolak dari Cheras selepas subuh, dalam pukul 6:15 ke Tanjung Malim. Ikut tentatif, kami akan berkumpul di KFC Drive Thru Tanjung Malim pukul 8:45 pagi. Kami sampai ke sana agak awal, dalam pukul 7 lebih kot, tapi sekali sampai dekat location dalam group WhatsApp tu rupanya bukan KFC Drive Thru, tapi KFC lain. Dahlah saya yang cari location tu. Kongajaq kena tipu dengan Google.
Tapi sebab kami kebuluran pagi tu, Aqeel cari location
makanan sedap dekat Waze dan kami pun bersarapan nasik lemak dulu. Saya call
kak Sarah, tanya takpe ke kita berkumpul dekat KFC tu, bukan KFC Drive Thru. Kak
Sarah kata kalau banyak parking, KFC tu pun boleh. Tapi tengah bersarap-sarap
tu, tetiba separuh konvoi dah sampai KFC Drive Thru, sikit lagi dekat KFC yang lagi
satu.
The Back Lorry Boys
Mujurlah dengan penuh ketenangan *padahal kita dah cuak dah macam petanda tak elok je pepagi dah sesat ni hewhewhew*, tuan Pengarah aka En Hafizuddin pun memberi kata putus bertemu dekat KFC Drive Thru.
Kami sampai je dekat Drive Thru, semua kereta dah ada tapi
ada yang baru bersarapan. Seronok jumpa dengan geng-geng GEMA (dan peserta yang
selalu join GEMA) yang dah lama tak jumpa, seperti Naufal, Nazirul, Hafiz, dan
tentulah abah abang Fauwwaz, kaka Sarah, Tokie, Ita, Hakim, ostad Fairus, Irsyad,
Taufiq penjual ayam di pasar, Madi, kak Risya dll, dan ahli GEMA yang pertama kali
jumpa seperti, err Arip Zul sorang kot hewhew
Inilah brother Arip Zul, ahli GEMA yang first time jumpa. Kasik can glamer sebab first time masuk blog bedaduz ;)
Biasalah kan, haritu naik Korga dengan group lain, jadi konon-konon rindu lebih lah dekat keluarga GEMA muahahaha #ciaciacia
Waktu jumpa deorang semua, semua merajuk sebab saya pergi
Korga tak hajak deorang. Huhu ampun anak-anak, hari tu pergi Korga pun last
minute takde preparation. Ostad pun buat-buat merajuk dengan kita
wuuu sampai hati Ostad
Lepas kami berkumpul, bersalam-salaman, bermaaf-maafan kami
pun memulakan perjalanan ke My Adventure Host Training & Expeditions yang
terletak di Kolam Air Panas Ulu Slim. Sampai je, kami park kereta, tukar kasut
baju apa semua, terus diberi taklimat keselamatan oleh Encik Izni, kemudian
kami isi Indemnity Letter, ambil buoyancy aid dan helmet, bergambar, panjat 4
wheel dan lori, terus ke put in point di sungai yang jauhnya lebih kurang 40
minit dari My Adventure Host Training & Expeditions tu. Kata Keon, ni kali
pertama dia naik 4 wheel hehe baguslah merasa pengalaman baru kan.
Tu haa Keon yang duduk tengah ada reben kaler pink dekat spek dia XD
Kali pertama naik 4 wheel katanya tu muka terlebih eksyen lol!
Kali pertama naik 4 wheel katanya tu muka terlebih eksyen lol!
Encik Izni kata sebab dah dua hari hujan, rezeki kami akan dapat air sungai yang deras. Yeay! Lagilah kami seronok walaupun seram hehehe *tapi sebab hujan, airnya berkeladak macam teh susu awaa*
Perjalanan kami agak sedikit mencabar sebab ada tempat lori tak lepas sebab berbukit, tanah lecah dan ada kesan tanah runtuh dan terpaksa 4 wheel tarik guna tali. Teringat pulak naik 4 wheel dekat Jerangkang yang macam roller coaster sampai kami dekat belakang terloncat-loncat sambil meraung-raung ketakutan.
Sampai je dekat sungai, kami diberi penerangan dan taklimat
tentang teknik-teknik mendayung haagituu
"Akak-akak jangan nervous. Buaya darat lagi bahaya dari buaya dalam sungai ni."
"Dik, akak nak tanya, ada buaya ke dalam sungai ni?""Lepas saya terjun nanti, sayalah buanyanya kak. Ngap!"
"Dik, akak nak tanya, ada buaya ke dalam sungai ni?""Lepas saya terjun nanti, sayalah buanyanya kak. Ngap!"
Bila tengok air sungainya, masyaAllah. Lajuuu dan berwarna teh tarik y'all! Lepas siap membahagikan diri kepada 5 dan 6 orang satu
kumpulan *random je main ambek orang kiri kanan hewhew*, dan guide periksa perkakas keselamatan kami, kami ambil paddle dan
memulakan perjalanan dalam sungai. Saya satu bot dengan coach Fareez, dia duduk
depan sekali belakang guide. Saya belakang dia, belakang saya Naufal, kami
duduk belah kanan. Belah kiri Taufiq dengan Arip Zul. Guide sorang depan,
sorang belakang. Salman, Irsyad, Aqeel, Asyraf dengan Bintang pulak naik satu
bot sekali.
Lineup bot kuning
Mula masuk sungai tu memang dah seram y’all, takut terbalik
bot hewhew. Airnya memang nampak deras, keras dan err, tegas? Tibaah. Dahlah nak mendayung tu kena duduk bertenggek tepi bot, ingatkan
boleh duduk dekat dalam bot. Sambil tu dok fikir janganlah jatuh dalam air huuuu
segan nanti tak lepas naik.
Gambar last sebelum ber-WWR
Kami pun mula mendayung mengikut aliran sungai yang deras. Kami dengar je arahan dari guide untuk menelusuri dan mengatasi landskap sungai, bila dia kata ‘FORWARD!’ kami kayuh ke depan. Bila dia kata ‘BACK PADDLE!’ kami dayung ke belakang. Bila dia kata ‘OVER RIGHT!’ kami semua bertenggek ke belah kanan. First time dia bagi arahan kami macam keliru kejap sampai dia nampak macam bengang hewhewhew, tapi makin lama makin biasa dengan arahan dia, baru kami boleh follow dengan berkesan cewah. Tiap kali dia bagi arahan, kami akan ulang balik ramai-ramai.
THIS IS SLIM RIVERR!!!
Menyusur aliran sungai yang deras sambil melanggar batuan besar, kemudian bot turun dari tempat tinggi ke tempat rendah sampai terlompat-lompat macam nak terbalik adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan *walaupun sedikit menakutkan*. Ada jugak bot tersangkut dekat celah batu, jadi kami kena bertukar kedudukan untuk mengalih berat bot sambil kami menendang-nendang dan menolak-nolak bot guna badan untuk kasi bot lepas dari tersangkut.
Mungkin sebab kebelakangan ni saya beraktiviti outdoor
hiking je haagitu, jadi bila white water rafting ni perasaannya berbeza yang sangat
ketara. Hiking kita takde bergelak ketawa setiap masa, lepas tu kadang-kadang
mental sebab berjam-jam mendaki jalan tak henti-henti. WWR ni setiap masa kita
di atas bot tu asyik ketawa je hewhew
Ingatkan bot getah ni takdelah kuat sangat, sekali kami
langgar batu, langgar pokok steady je botnya. Oh bila lalu dahan pokok pulak kami
semua tundukkan kepala, ada sekali tu lalu pokok rambutan tepi sungai, habis
kena libas dengan ranting-ranting dia, sampai habis tersangkut paddle bagai.
Cabaran pertama paling getir ialah satu air terjun yang kena
lalu celah dua batuan sempit. Ngeri gila waktu tu nak terjun dengan bot rafting
ke bawah. Sampai je dekat bawah, bot tenggelam separuh sampai hampir tenggelam,
sebelum timbul semula. Waktu timbul semula tulah rasa lega tak tercampak atau
tenggelam dalam sungai.
Cabaran pertama: Melepaskan diri antara dua ketul batu
Hampir tenggelam, tapi tidak tenggelam! BERJAYA
Lepas kami berjaya terjun dekat air terjun tu, guide pun park dekat tepi, lepas tu ajak kami berdiri atas batu tengok bot lain pulak terjun dekat situ. Semua bot berjaya melepasi air terjun tu dengan cemerlangnya. Lepas dah siap semua bot terjun dekat situ, kami pun masuk semula dalam bot untuk meneruskan rafting.
Baru sekejap kami berkayuh, tapi rasa lapar gila weii. Habis
nasik lemak sepinggan terbakar dah waktu tu pakai tenaga kan. Tapi terpaksa
jugaklah berkayuh-kayuh lagi. Kejap ‘FORWARD!’, ‘BACK PADDLE!’ kejap ‘OVER
LEFT!’ Huu awaa saia lapaa. Mujurlah tengah kelaparan tu waktu rehat pun sampai.
Kami berehat kejap tepi sungai untuk snack break, ada buah
epal, kek lapis pandan Apollo dengan Cloud 9. Waa dap dap. Itai-itai! Eh silap, Itadakimasu!
Sebab lapar sangat dan makanan banyak berlebih, saya bedal 4 ketul buah epal
huhuhu #jangankecamsaia #saialapaaawaa
Aqeel dengan Salman kata deorang tak rasa lapar. Siap kata
cepatlah habis rehat sebab nak sambung main haagitu kan. Kita dah ketar-ketar
kelaparan sambil makan kek lapis Apollo dia steady je huhuhu gagah jugak
kawan-kawan ai lol
Nazirul pun pandai dah jelir-jelir lidah ni macam Ostad muahaha
Lepas habis berehat, kami pun menyambung pelayaran
Ada satu tempat tu, guide suruh kayuh ‘FORWARD’! sambil
kayuh tu tiba-tiba bot kami berat ke belah kanan dan hilang imbangan, tak
sempat kami nak menyorok tengah bot, saya, Fareez dengan Naufal tiga-tiga
tercampak dalam sungai. Waktu tu, jatuh ke belakang pulak tu, Keon kata dia nampak
kaki saya terbalik ke atas waktu saya jatuh tu hewhewhew
Menggelupur kami bertiga nak memanjat balik bot. Fareez
dengan Naufal dapat naik dulu, lepas tu deorang berempat dengan sepenuh kudrat
tarik saya naik atas bot, dahlah montel hahaha kesian deorang nak menarik tuh
habis keluar otot-otot kekar peluh jantan betina bagai. Tengs gais sebab tak
tinggalkan ai dalam sungai sobs3 #terharu *lap air mata*
Walaupun sekejap je jatuh dalam sungai, tapi sebab panic rasa
macam lama gila. Dapat naik je habis terlondeh-londeh seluar dengan terselak
baju hahaha maluuu mujur deorang cepat tolong betulkan #TemanSejatiTillJannah
tibaah
Tenang gila muka Irsyad lol
Sambil kami menyusur sungai tu bila dah lepas halangan yang mencabar dan air dah tenang sikit guide pun jerit ‘PADDLE UP!’ kami pun julang paddle tinggi-tinggi tu. lepas tu dia sebut ‘PADDLE POP!’ kami pun hempas paddle ke permukaan sampai berbunyi ‘POP!’. Oh rupanya inilah asal usul perkataan ‘paddle pop’ hewhew #teorisendiri
Bila sampai dekat satu tempat guide suruh kami semua beralih
ke belakang bot. kami pun semua berkumpul dekat belakang bot, lepas tu guide
yang dekat depan tiba-tiba melompat dekat kami. Terus bot kami mencanak naik
terjungkit ke atas, kami pun semua terbalik dalam air.
Kami berkumpul belakang bot. Lepas tu guide yang duduk depan lari ke belakang
"WOI WOI APENI WOIII!"
Habis bot terjungkit, semua masuk sungai
Terbatuk-batuk jugak waktu tu tertelan air sungai yang warna macam teh tarik tuh yucks! Rupanya waktu tu kami dah sampai ke penghujungnya. Dah sampai
dekat tempat keluar, dah tamat perjalanan kami 7km menyusuri Sungai Kurus. Memang guide nak bagi kami semua terbalik dalam sungai. Kami
pun menghanyutkan diri sampai ke exit.
Lepas berkumpul, cabut semua buoyancy aid dengan helmet,
kami pun ambil gambar dan bertolak balik ke MyAdventure Host naik 4 wheel dan
lori. Waktu tu pasir banyak gila masuk dalam kasut.
Yeay! Dah selesai ber WWR!
Hidupan air selepas terdampar di pantai bergelut sunyi...rindukan laut...
Sampai-sampai je makanan dah tersedia y’all! Ada ayam masak merah, ikan goreng, sayur campur, sambal belacan dengan ulam. Siap ada roti, telur dengan tuna. Yang lagi best ada air tin 100 Plus, air Coke dengan Sprite botol dan air oren. Sedap y’all, panda lapar diusung makanan
Oh bawaku, ke dalam...CAKERAWALA!
On the way balik dari sungai
On the way balik dari sungai
Tertarik dengar tazkirah Nazirul, tentang air yang
diturunkan sebagai satu nikmat kepada manusia. Nazirul petik sebuah ayat dari
surah Nuh, tentang manusia yang memohon ampun dari Allah swt dan Allah
menurunkan hujan.
Oh terlupa pulak kali ni jugak kali pertama program GEMA
Selangor Backpackerz disertai oleh peserta non-Muslim iaitu Walter dan Robert,
yakni colleagues Ostad Fairus. Apa-apa pun, deorang berdua memang awesome, sporting
dan easy going, so rasa OK je dengan deorang hehehe.
Di sini jugak, kami semua mendaftar sebagai ahli GEMA *termasuklah saya baru nak mendaftar, dah dekat 10 program join, dah jadi AJK bagai baru nak jadi ahli rasmi hikhikhik*
Oh waktu ni jugak saya pulangkan balik stoking Ostad lepas pinjam dekat YYBTN haritu. Ostad kata dia sedekah je dekat saya. Choii! Tak naklah sedekah stoking preloved. Kalau sedekah duit seribu dua naklah jugak kan hehehe
Di sini jugak, kami semua mendaftar sebagai ahli GEMA *termasuklah saya baru nak mendaftar, dah dekat 10 program join, dah jadi AJK bagai baru nak jadi ahli rasmi hikhikhik*
Oh waktu ni jugak saya pulangkan balik stoking Ostad lepas pinjam dekat YYBTN haritu. Ostad kata dia sedekah je dekat saya. Choii! Tak naklah sedekah stoking preloved. Kalau sedekah duit seribu dua naklah jugak kan hehehe
Lepas habis penutupan, kami semua dapat goodie bag, lepas tu
kami pun bergerak secara berjemaah ke kedai pau Yik Mun dan menikmati pau. Ya ampun,
lazatz gila pau dengan kopi susu dia. Kopi dia bancuh guna gula merah, sedap namateyy.
Saya, Salman, Aqeel, abang Fauwaz, Daus dan Arip Zul duduk
semeja sambil membuka aib cerita diri masing-masing hehehe sambil
menikmati pau. Deorang mula ingat nak bungkus je bawak balik, tapi tiba-tiba ada meja kosong.
Lepas siap makan pau, kami pun bergerak semula ke ibu kota
ewah. Alhamdulillah, Aqeel dengan Salman dua-dua enjoy trip ni *kalau tidak habis
aku kena carut sebab ajak deorang hewhew*
Letih gila y’all, tapi tak boleh tidur sampailah kami sampai
Cheras semula malam tu. Mujur balik awal, jadi boleh tidur awal. Esok nya pulak
dah cut off date kena siapkan report kena submit huhuhu
Begitulah alkisahnya cerita ber white water rafting dekat
Slim River minggu lalu. Alhamdulillah kali kedua jadi AJK, banyak belajar benda
baru dan belajar nak manage orang *walaupun daku hanyalah seekor panda yang
suci hewhewhew*
Rata-rata peserta pun berpuas hati, jadi rasa lega sangat y’all.Adalah beberapa kekurangan, tapi alhamdulillah, kejayaan program ni lebih kuat dari kekurangan-kekurangannya.
Doodle dari Asyraf Maskan yang awesome! #GolonganPelikSalingMengampu lol
Pengajaran daripada trip ni *hewhew dah macam kisah dongeng pulak* ialah conquer your fears honey. Once you confront your fears, would only you know there's nothing to fear in the first place. Sama jugak, selama ni saya taknak hiking, taknak join outdoor sebab takut tak fit *sebab montel ngehehe*, takut cedera, takut jatuh, tapi bila dah join, OK je. Daripada abseiling, hiking, caving, rafting, semua dah buat walaupun takut. Macam WWR ni lah, takut air dalam, air laju, takut bot terbalik, tapi walaupun memang air laju, terbalik dalam air apa semua, sebenarnya takde apa pun yang kita tak boleh atasi, walaupun kita takut. The only time you can be brave is when you're afraid.
Itulah saja nak cerita buat kali ni. Seperti biasa, mohon maafkan salah silap kita, kalau ada terkasar bahasa atau perbuatan, sungguh tiadalah niat untuk menyakiti melainkan untukbercandat bercanda merapatkan
ukhuwah fillah sakinah mawaddah wa rahmah #tibaah
Itulah saja nak cerita buat kali ni. Seperti biasa, mohon maafkan salah silap kita, kalau ada terkasar bahasa atau perbuatan, sungguh tiadalah niat untuk menyakiti melainkan untuk
Sayang korang semua. Semoga ukhuwah yang terbina akan
berkekalan insyaAllah. Oh tidak lupa juga, selamat hari lahir abah aka abam Fauwaz! Hehe *abang Fauwaz birthday 27 November, sehari lepas birthday saya*
Jumpa lagi di entry seterusnya!
Bye dan Assalamualaikum.
P/S: ingatkan pergi white water rafting ni dah sehabis
bersih dah, sekali ada jugak gangguan mistik. Hmm tunggulah ya entry kisah
mistik dari sungai pulak nanti lol
How u take the great selfie in the first picture?
ReplyDeleteit's the camera. kinda like a CCTV and circular in shape :)
Delete