18 December 2016

Abseiling di Lata Charok

Assalamualaikum dan selamat hujung tahun!


 Pic faveret trip kali ni!

Kali ni nak bercerita pengalaman ber abseiling di Lata Charok pada minggu lalu, 10 Disember 2016, hari Sabtu. Saya pernah sepanjang hayat dua kali je abseiling, pertama dekat PLKN dulu, keduanya dekat Sungai Pisang tahun lepas. 

Kali first gila buat outdoor. Dengan kasut tercabut tapak bagai waktu nak turun, tapi start daripada nilah baru konpiden sikit nak join outdoor

Jadi kira ni kali ketiga lah nak abseiling. Yang ajak kali ni Afiq (lagi! Hehehe). Mula ingat minggu ni nak balik rumah sebab cuti 3 hari, tapi sebab berlaku peralihan kontrak dekat site pada malam Ahad, dan Isnin pulak kena bersihkan ofis, terpaksalah stay. Jadi sebab Sabtu nya tak buat apa, saya pun ikutlah pergi abseiling ni.

Ingatkan Bukit Chorocho tu aktiviti last tahun ni, sekali ada pulak Lata Charok punya aktiviti abseiling ni. *haishh bila nak tutup buku ni lol*

Jadi seperti biasa, Irsyad driver, ambil saya dekat rumah. Irsyad kata lepas Subuh dia ambil saya, kebetulan pulak sepanjang malam sakit perut. Waktu Irsyad datang tu still dalam toilet lagi lol
Dalam pukul 7 lebih, kami mulakan perjalanan. Kali ni Irsyad bawak coursemate dia yang bernama Jack follow. Jack ni dah biasa dah mendaki, dia ada kumpulan apatah Northern Hikers ke apa namanya lebih kurang untuk pendaki dari utara tanahair. 

Kami bertiga je satu kereta kali ni. Amar, Afiq, Saiful, Baie dengan Husna satu kereta lagi dari Subang.

 
 Dalam hiduppp ini..arungi semua cerita indahku...saat-saat remaja yang terindah, tak bisa terulanggg
Gicchew fefeling remaja


Kami jumpa dekat R&R Genting Sempah, kereta lagi satu tunggu sebab kami tak tahu jalan. Lepas tu kami pun bergerak sekali sampai ke Janda Baik. Dekat Janda Baik sebab kelaparan, kami breakfast dulu.

Afiq dengan Amar pun memperkenalkan kami dengan kawan-kawan baru dan keluarga Afiq yang ikut sekali trip ni. Sebenarnya trip ni trip keluarga TNB, and salah sorang daripada deorang iaitu Mak Yang ialah ibu saudara kepada Afiq dan Amar. Jadi kira kami yang bujang trang trang ni parasite menumpang laa kumpulan TNB ni *nak cukupkan orang kot*

Keluarga TNB ni kebanyakannya ibu-ibu dan ayah-ayah yang anak-anak baru meningkat remaja. Yang paling kecil pun dalam umur 6 tahun kot. 

Kami parking tu dekat kawasan chalet, belakang chalet tu ialah pintu masuk ke Lata Charok. Nyamuk dia ya ampunnn banyak namateyyy

 Pendakian dimulakan

Kena hiking jugak dalam 30 minit nak ke Lata Charok tu. Dahlah tak habis sakit perut lagi. Bila dah sampai je, sebab sakit perut, saya pun lari ke sungai dekat sebalik batu. Lepas dah sudah tu, boleh pulak terjatuh sebab batu licin, habis kasut tercampak. Bila ambil kasut tu, tengok-tengok stoking dah takde kena hanyut dengan sungai. Cari-cari dekat sekitar tu dah takde. Huuu amende malangnya nasibku. Dahlah stoking Bata yang mahal tuh, dua pasang 19.99 hengget tahu. Sepasang dah hilang dekat YYBTN. Sepasang lagi hilang dekat sini.

Lepas tu tak pakailah stoking sepanjang hari tu.

Bila naik dekat atas balik, semua orang tengah bersukaloka. Yang budak kecik tengah mandi sungai, Afiq and the geng tengah masak dekat dapur, yang lain pasang hammock, pastu consultant (kot panggil dia) tengah pasang tali abseiling dekat air terjun. Mak aih air terjun dia scary gila, Sungai Pisang tu kira playground budak-budak je kalau compare dengan air terjun Lata Charok ni.

 Oh anok anok tak meghaso mandi laok, besaing main ghama-ghamas~~


Uncle Afiq dan Auntie Baie sedang memasak spaghetti carbonara


Sambil tunggu deorang pasang tali tu, kami pun makanlah. Yang bestnya bila trip dengan family ni, makanan banyak gilaaa. Ada nugget tempura, sandwich tuna dan telur, ayam goreng, tembikai, chocolate chip cookies. Belum kira spaghetti carbonara yang Afiq buat lagi. Sepanjang hari tu tak henti-henti mengunyah. Amar pun ceritalah yang Mak Yang nilah yang buatkan Amar nak join outdoor, sebab Mak Yang hadiahkan semua barang-barang outdoor dia dekat Amar waktu tahun 2009. 
 Yang lain tukang kerumun habiskan makanan lolz

Lepas dah siap pasang tali, saya dengan Amar ambil harness dengan helmet, nak mula ber abseiling. Lepas dah siap pakai safety gear semua, guide tu bagi taklimat. Nak naik dekat air terjun dari tempat kami berkelah tu boleh tahan kena hiking dia, padahal air terjun tu depan mata je. Dalam 5 minit jugak nak naik atas. 

 Siap sedia berjuang 
 Abam guide memberikan taklimat


Mula-mula yang pergi abseiling tu sorang akak tu, jangan memain akak tu anak dia ada yang dah habis UPSR ok. Akak tu ambil masa sikit sebab dia takut. Tapi serius weh memang air terjun dia tinggi dan menakutkan. Lepas akak tu turun, baru anak dia yang umur 12 tahun tu turun. Lepas tu hari dah start hujan.



 Inilah ghopenya air terjunnya. Dari bawah nampak rendah je, tapi serius tinggi namatey

Lepas adik tu turun, Amar pulak turun. Amar turun laju je, lepas tu dia pergi dekat tengah waterfall. Amar kata ni first time dia abseiling, tapi dia treat macam wall climbing. So dia kata kalau wall climbing takdelah takut sangat sebab dia selalu buat. Lepas Amar giliran saya. 

Waktu mula turun tu, abang tu suruh saya jatuhkan badan dulu, baru gerak kaki. Wah gila nak jatuhkan badan dulu dahlah jisim aku berat, kalau tali putus gimana an sih. Lepas tu bila kaki saya tergelincir dekat batu terus dia jerit ‘Jatuhkan badan dulu!’ dari atas. Waktu tu tangan dengan tak pakai gloves nya memang genggam kuat-kuat tali tu sampai nak luka. Ok, barulah saya betul-betul bagi badan turun dulu baru kaki. 

Perlahan-lahan turun muka dah nak pucat, lepaskan sikit tali, lepas tu jatuhkan badan, kaki perlahan-lahan melangkah ke belakang. Lenguh lah dekat lutut. Waktu turun tu ada tempat berhenti sekejap dekat batu. Masa tu rasa ‘OK, waktu sukar dah berlalu. Sekarang senang dah kot.’ Bila toleh, tudiaa cabaran sebenar belum bermula pun. Jauh lagi nak turun huuu nak nanges. 

Tapi takkan nak panjat atas balik, lagilah tak logic. Saya pun teruskan aja turun, jatuhkan badan, baru kaki. Tangan dekat celah ibu jari dengan jari telunjuk dah sakit sebab saya genggam sekuat hati tali tu, menyesalnya awaa tak bawaa gloves, kaki pun nak taknak je berdiri sebab ketar.Sebab saya takut masuk air terjun, saya turun ikut tepi batu je, taknak kena air. Takut weh air terjun dia deras gila.

Akhirnya sedar tak sedar dah sampai bawah. Waa gembira! Sampai bawah je saya lompat dalam air, lepas tu terus ke tepi sungai. Dekat tepi tu anak-anak semua excited nak pakai harness dengan helmet. Saya pun tolong adik tu sorang pakaikan harness. Weh budak ni umur berapa, aku umur deorang ni hingus pun lap dekat baju.

Yeay! Dah sampai bawah!

Sebab dah turun tu rasa lapar gila, saya pun baham spaghetti carbonara. Tak lama tu Afiq ajak naik dekat waterfall dekat atas lagi dari situ, kena hiking dalam 15 minit. Kami yang bujang trang-trang berlapan ni pun teruskan pendakian ke atas.

Sampai je air terjun tu ada kayu balak besar yang dah lama tumbang melintang dekat depan air terjun tu. teruslah kami berphotoshoot sampai lebam sambil Amar hidupkan api. 

 Dah sampai air terjun paling atas!

 Haish, kenapalah perut tu nak interframe. Buat malu je

Lepas puas berselfie wefie fefeling Malaysia’s Next Air Terjun Model, deorang berenam yang belum abseiling pun turun. Tinggal saya dengan Amar je, lepas tu Amar ajar macam mana nak hidupkan api bila kayu api basah. Walaupun Amar lagi muda, tapi pengalaman dia dalam outdoor ni memang luas gilos

 Pemenang gambar kontroversi trip kali ini!
"Biarpun seribu tahun air mengukir batu, kasih kanda pada dinda takkan berubah sama sekali!"
"Kasih dinda pada kanda bagai orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga..."

Lepas puas main api, kami berdua pun turunlah balik ke tempat berkelah. Sekali ada ramai gila manusia berbilang bangsa, ada India, Cina and even mat salleh dekat situ. Deorang datang nak mandi manda, lepas tu anak mat salleh tu dok main dekat hammock Afiq.

 Hammock nilah yang anak mat salleh tu dok main

Lepas tu ada sorang akak yang satu rombongan dengan mat salleh tu panggil anak mat salleh tu, tapi anak mat salleh tu buat bodoh je.

“Antonio, she’s calling you! Answer her!” mak Antonio marah sambil sikat rambut kakak dia. Sambil tu Antonio tu main henjut-henjut hammock si Afiq.

“Antonio, stop doing that!” tapi dia buat pekak je. Last sekali mak dia habis sikat kakak dia, mak dia hambat dia “OK, OK, I’m done!” Antonio cakap sebab takut mak dia marah.

“No, you’re not done!” pastu mak dia cubit telinga dia, tarik dia naik darat lol. Ingatkan mat salleh takde gunakan corporal punishment dekat anak-anak, oh rupanya ada lagi.

 Saya pun sambung makan dekat tepi sungai, lepas tu solat Zohor Jemaah dengan Amar atas batu. Afiq, Baie, Jack, Saiful, Irsyad dengan Husna baru nak mula abseiling. 

Lepas dah siap semua abseiling, kami pun bersiap-siap nak balik. Sekali rupanya ada celebration hari jadi Razzin, anak kepada Mak Yang. Rupanya Razzin ni umur sebaya Dadad, 8 tahun. Dadad bulan 11, dia bulan 12. Walaweh umur 8 tahun dah abseiling dekat air terjun, mampukah anda. Kita umur 8 tahun dulu memang jangan haraplah mak bapak nak kasi buat aktiviti outdoor. 

 Happy birthday adik Razzin!
 Ni ha gambar adik Razzin tengah abseiling dekat air terjun. Dahsyat tak

Lepas tamat celebration, kami pun pulang ke kereta sambil perjalanan balik tu menyanyi suka hati. Macam-macam lagu kami buat koir, lepas tu kasut si Saiful pulak boleh cabut tapak. 

Tinggalkan kasut dekat sini buat penanda jalan lol memori semua ni


Kami ingat nak balik, tapi Mak Yang ajak kami dinner sekali. Kami pun pergi ke chalet yang deorang dah tempah, dekat-dekat tepi parking nak panjat Nuang. Kami pun mandi manda dalam sungai beramai-ramai. Maigadd rasa macam jadi budak balik waktu tu hahaha

Lepas solat Asar semua, kami pun makan malam. Makan lagi weh best gila! Lepas makan, makan. Lepas makan, makan. Muahaha 

Ada nasik lemak, nasik goreng, ayam goreng, jemput-jemput, err dan macam-macam lagilah. Lepas kenyang, kami pun berundur diri lol #dasar


Ini mimpi silam sebuah zaman bahagia
Bila redup awan merundung cahaya suria
Wajah pucat pasi dititis air langit
Lecah di kaki; lumpur di kulit. 

Kami berhenti solat dekat masjid kampong Janda Baik, lepas tu terus shoot balik masuk Karak. Kami sempat singgah beli buah berangan dengan jagung dekat R&R Genting Sempah, lepas tu terus menuju ke area Bangi/Sepang nak balik rumah.

Oh, itu sajalah nak cerita kali ni. *malam tu kena kacau huu ingatkan dalam kereta tak kena kacau jadi balik tu OK lah. Sekali kena jugak kacau pukul 5 pagi malam tu sobs3*  

Rasanya ini jelah kot aktiviti outdoor untuk tahun kewangan 2016 ni ewah. Harap-harap dah takde dah lepas ni dah nak tutup buku lol. Kepada Mak Yang dan Kak An yang pemurah dan baik hati, ada trip lagi jemputlah kami hewhew. Sedap na Mak Yang dengan Kak An masak. Kepada Razzin, selamat hari jadi nak. Besar nanti jadilah orang yang mencintai alam sekitar ecewah. 

Itu saja. Bertemu lagi kita di entry yang seterusnya. Assalamualaikum dan bye!

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter