18 November 2016

KEMBARA KORGA (KORBU + GAYONG) Part 2 #MisiG7



--sambungan dari Part 1--

Lepas dah siap berubat tu, kami pun meneruskan pendakian ke Gayong. Tiap kali salah pijak je, mulalah kaki sakit lepas tu saya mendodoi-dodoi kesakitan. Tiap kali mendodoi Wardy tanya OK tak? Saya kata OK je boleh jalan lagi, tapi kena berhati-hati tak boleh salah postur kaki.


Perjalanan turun dari Gayong


Saya abaikan je sakit tu sebab saya fikir samaada sakit atau tak, saya takde pilihan kecuali menamatkan pendakian ke Gayong. Nak patah balik kem memang taklah nak patah balik sorang-sorang sebab dah separuh jalan ke Gayong, semua orang mesti nak ke puncak. Kalau tunggu situ duduk sorang-sorang sementara deorang panjat Gayong pun taknak hakuuu dah serik dekat YYBTN sorang-sorang. Lagipun pukul berapa deorang turun dari Gayong pun tak tahu. Baik panjat je Gayong ramai-ramai, at least apa-apa jadi ada ramai orang, paksa deorang teman saya jalan slow-slow hewhew #niadjahad
 

Kami jalan tu, terserempak sorang laki tu on the way turun dari Gayong. “Lama lagi tak nak sampai puncak?” Dia kata 30 minit. Hmm oklah, tak jauh dah. Lepas jalan lebih 30 minit tak sampai jugak puncak, kami jumpa pulak orang lain. “Lama lagi ke sampai puncak?” kami tanya orang tu pulak. “Lagi 30 minit” katanya. Amende! Tadi 30 minit ni 30 minit lagi! Bila nak sampainya huu awaa kenapa tipu saia awaa Cisss pada hari ini, baru kupelajari, jangan pernah percaya pada janji si pendaki agiterrr


Tapi alhamdulillah, walau dengan kaki mula sakit, akhirnya entah macam mana jalan punya jalan sampai pulak ke puncak Gayong. Terkejut jugak tak sangka dalam masa sehari dapat panjat 2 gunung G7 y’alll!! Rasa macam ya Allah betikkah ini, atau tidak betik? Gunung Gayong ni gunung G7 saya yang ketiga, dalam mengantuk, sakit kaki, letih, dapat jugak naik. Kami sampai puncak Gayong lebih kurang pukul 2:50, lepas makan lunch yang ditapau dari kem, saya pun sarung poncho nak panaskan badan, lepas tu tidur sekejap (lagi!) hehehehehe

Puncak Gayong y'all! 2,173 masl
 
Geng Carpool 5 seperti biasa, sampai dekat puncak sama-sama. Wuuu kereta kami kiranya ahli-ahlinya perform la kan heeeheee #tumpangbangga


Lepas tu Daoh bukak air kemenangan dia sebab dah berjaya selesai 2 puncak G7. Coke 1.5L y’all y’all ohmagod ohmagod minum Coke dekat puncak Gayong ya ampun rasa macam nikmat dunia tak terkata y’all! Rasa kemenangan sangat dengan airnya yang sejuk sebab udara sejuk gila, dengan gasnya yang sungguh nikmat hmpph

Daoh dan air kemenangan beliau
Lepas ambil gambar apa semua, guide suruh dulu sorang shoot dan kalau jumpa orang yang on the way mendaki naik, suruh turun je sebab at this rate, kami yang dah selesai dekat Gayong akan sampai malam. Kalau ada orang yang baru nak mendaki lagilah, tak tahu bila akan sampai kem.

Tak lama lepas orang tu shoot, kami pun turun pukul 3:30. Kaki dah tak berapa sakit, dan kali ni saya berjalan dalam group berempat – saya, Wardy, Am dengan abang guide. Lagilah mental fikir kena patah balik Korbu, nak balik kem kena lalu balik jalan mencanak 90 darjah dekat Chuban huuuu awaa saia taa kuadd

Dekat YYBTN, lepas habis panjat Yong Yap – Bubu – Tok Nenek, kami dah takkan patah balik ke puncak yang sebelumnya, terus keluar ikut jalan lain. Tapi untuk trip Korga lepas siap panjat Gayong, kena reverse balik panjat Korbu kali kedua dan turun semula ke bawah ikut jalan yang sama waktu naik. 

 
Masa ni tengah tidur, lepas tu terjaga sebab rasa macam ada orang perhatikan. Rupanya betul ada orang curi amek gambar kita tido hahaha

Sebab kali ni saya slow, saya jalan dekat depan dan deorang ikut je pace saya. Waktu tu memang letih dah, jalan sikit, parking sebelah kaki dekat tebing acah-acah nak mendaki, lepas tu berhenti ambik nafas dulu mehehehe.

Jejaka-jejaka ganteng di puncak Gayong
Alhamdulillah semua selamat, tapi sepanjang nak menyampai ke puncak Korbu balik, ada ke patut deorang cite hantu huuu kongajaq betul. Pasal kehilangan Umai selama 18 hari dekat Tahan, pasal kehilangan Hassan Ayat dekat Yong Yap yang sampai sekarang tak jumpa. Seram titew tapi sebab letih sangat bernafas kuat gila macam panda, nak bercakap pun tak lepas mihihihi. 


Wuuu serius tak faham cemana waktu hiking deorang boleh bercakap. Saya nak bercakap kena berhenti dulu ambik udara sebab nak terputus nafas dah berjalan, deorang steady je borak-borak macam tak pakai paru-paru huhuhu.

 
Macam nilah perasaannya jadi panda montel memanjat gunung hewhew

Waktu tu rasa peha nak melecet, jadi waktu berhenti saya masuk semak kejap sapu Vaseline. Ekstremnya pendakian harini! Dekat YYBTN sapu sekali je waktu pagi, sampai malam jalan tak melecet. Dekat Korga ni baru petang dah rasa kulit nak terluka.


Kami terserempak dengan ahli-ahli kumpulan kami yang baru nak naik ke Gayong termasuklah Pojie, Muhamad, Eira dengan Akim, abang guide suruh deorang turun sebab takut lalu Chuban waktu malam, tapi deorang semua taknak sebab alang-alang dah lepas Korbu kan, mestilah nak sampai Gayong jugak.
Mossy Forest

Kami sampai Korbu semula pukul 5:50 petang. Semua orang kata ni Korbu 2.0, sebab dah dua kali sampai, dalam masa sehari pulak tu. Urghhh rasa nak pengsan kalau fikir semula. Dekat sini abang Panny dengan abe Ee dah ada menunggu kami. Abe Ee tak panjat Gayong, dia stay sampai Korbu je sebab katanya ni dah entah kali ke berapa dia sampai Korga.

Puncak Korbu 2.0, melihat matahari terbenam


Kebetulan rezeki kami murah, dapat view gunung sebab takde liputan awan. Kami pun dengan gembira bergambar dekat puncak. Bila awan tutup balik view baru kami nak balik, tapi tiap kali dah pack nak balik tiba-tiba awan bukak balik view lol rasa macam dipermainkan pulak. Dalam pukul 6:20, kami pun mulakan penurunan untuk kembali ke kem.

Hari dah mula gelap, dah start rasa seram sejuk. Daripada Gayong tadi pakai poncho, sebab nak panaskan badan. Saya memang dah slow dah, biar je semua orang potong, saya jalan dengan Wardy dengan guide dekat belakang. Masuk hutan ni je poncho habis carik-carik kena ranting-ranting pokok. Mujur poncho murah je beli RM5 dekat Mr DIY.

Lepas berjalan terus ke bawah, kami berhenti dekat puncak Chuban sebab nak menghormati masuknya waktu Maghrib sambil layan matahari terbenam. Langit warna jingga perlahan-lahan berganti ke warna kelam. Waktu tu, rasa kagum gila sebab nampak awan tu kena tolak naik ke Gunung Gayong oleh angin. Nampak daripada ketinggian kami, awan tu perlahan lahan bergulung naik ke puncak Gayong. Sebijik macam dalam buku geografi:

Macam nilah kami nampak awan tu kena tolak naik gunung Gayong


Selama ni ingatkan takdelah sebijik macam gambarajah tu, tapi masyaAllah, rupanya betul dekat gunung macam tulah rupanya awan ditolak naik ke atas. Sebijik, sampai nampak ruang di antara gunung dengan awan tu yang tidak bersentuh.

Tengah melayan view sunset dekat puncak Chuban tu, tiba-tiba dengar bunyi serangga dan cengkerik. Terus guide tanya ‘Dengar bunyi cengkerik ni?’
Saya dengan Wardy mengangguk.
‘Ni tandanya waktu Maghrib dah masuk!’ wow kagum kejap. Rupanya dalam hutan rule of thumb bila dengar bunyi serangga maksudnya dah masuk waktu Maghrib. Trip ni belajar lagi benda baru.
Lepas lebih kurang 5 minit berehat, guide suruh kami standby pasang headlamp dekat kepala, kemudian bergerak turun. 

Matahari terbenam dari puncak Chuban

Time nilah gila seram nak turun balik Botak guna 14 tangga pacak tu dalam keadaan gelap malam. Tapi terpaksalah nak kembali ke Kem Kijang. Nik, Deham, Am, Zaidi, Zaki, Zaza, kak Ida, SB, abang Panny, abang Ee, Izzi, Daoh dengan Akmal semua dah jauh ke depan memang kami tak jumpa dah sepanjang-panjang turun. Itulah nasibnya jadi panda, nak. Asyik ditinggalkan je hahaha

Setelah habis bersilat berkungfu nak turun dari puncak Chuban dengan tanah berselutnya, kami nampak cahaya headlamp dekat kem Botak. Geng-geng yang dah sampai awal flash deorang punya headlight ke arah kami sebab deorang nampak headlight kami dari dalam hutan.

Tapi kami sampai je dekat Botak deorang dah takde, baru gerak turun. Kami pun rehat sekejap, sebab puncak Botak ni tanahnya lapang takde pokok, waktu tu dah boleh mula nampak bintang dengan bulan dekat langit. Lawanyaaa! Pemandangan macam nilah yang buat pengalaman hiking ni sesuatu yang menakjubkan. Tak sia-sia kami berjalan sampai malam kalau dapat view langit cantik macam ni.

Saya sapu lagi Vaseline waktu dekat sini, sebab rasa makin teruk nak melecet. Lepas tu teringat agaknya sebab waktu kaki saya cedera tu saya sapu minyak angin dengan tangan, tangan yang sama pulak guna sapu Vaselin, mungkin dia menyebabkan kulit lagi cepat luka #teorisendiri

Tiba-tiba masa kami berehat layan angin malam, kami dengar bunyi benda bergerak dalam semak. Sekali gerak, kami diam. Lepas berkali-kali berbunyi uuu cuak gila ingatkan mende apa. Rupanya abang guide kata mungkin tikus sebab bulan malam ni cerah, mamalia semua keluar bermain. Lepas berehat kejap, kami teruskan lagi penurunan nak sampai ke Kem Kijang bertiga – saya dekat depan, belakang saya Wardy, belakang sekali abang guide. Mujur ada deorang sebab banyak kali sampai simpang saya tak tahu jalan nak ke kanan ke nak ke kiri, boleh sesat kalau jalan sorang-sorang. Wardy waktu ni kata lutut dia dah sakit sebab waktu turun ni banyak pakai lutut. 

SB dan abang guide
 
Abang guide kata nanti mula dengar air belah kiri, lepas tu kanan, lepas tu kiri balik (eh ke terbalik. Sorry na kabur pula ingatanku hahaha!) tanda dah dekat dengan kem.

Kami sampai pukul 8:40 dekat Last Water Point (LWP), abang guide tanya kalau kami nak ambil air. Kami kata taknak lah, gila kau nak ambil air kena turun tebing tinggi kot, dengan gelap batu licin bagai. Waktu pagi cerah tu pun saya dah cemas nak tergelincir time turun ambil air. Takpelah lagipun air ada lagi time tu. Lepas LWP tu pulak banyak lagi sungai sebab dah menurun.

Tiba abang guide tanya kalau kami lapar. Kami kata tak. Lepas tu dia ajak stay dekat situ sebab dia risau orang dekat belakang yang tak sampai lagi. Sebab kami turun dari Chuban tadi pun dah malam walaupun kami sampai dekat Korbu 2.0 pukul 5:45. Yang deorang ni pukul 5:45 pun belum sampai Gayong, pukul berapa tah baru sampai kem.

Bila je abang guide kata “kita tunggu dekat sini”, saya terus letak beg buat jadi bantal, baring, tidur hewhew

Wardy OK lagi, sebab dia tidur bersandar dekat batu. Saya memang takde sandar-sandar, terus baring atas tanah.

Sejuk nokhalal wooo sebab baring atas tanah tu yang keras dan sejuk gila, rasa meresap dalam kulit sejuknya. Saya pakai poncho je, malas nak pakai windbreaker sebab memang malas, badan dah berbau macam hape, lepas tu sebab tengok poncho tu dah koyak rabak, terfikir kalau pakai windbreaker langgar ranting habis koyak windbreaker. Sayang tu beli memahal *hutang dengan Abah belum habis bayar nak beli haritu sobs3*

Abang guide kata dekat situ masa saya tidur tu saya berdengkur hewhew. Muahahaha penat sangat dah, dapat tidur atas tanah pun jadi, tak sedar berdengkur. Tapi time tidur dekat LWP ni pulak kena kacau. Alaa baru ingat trip ni bebas dari gangguan mistik, sekali kena jugak kacau. Taguna tagunaaa~

Tiba-tiba saya terjaga, lepas tu perut rasa kosong berangin nak muntah. Alamak! Kali last makan tadi pukul 3 kot dekat puncak Gayong, ni dah 6 jam tak makan apa. Badan dah takde tenaga, dengan sejuk lagi habis semua makanan dia dah kerah bakar untuk jadi haba. Sekarang perut rasa kosong habis. Dahlah badan sejuk sebab berpeluh baju basah. Waktu berjalan rasa panas, bila dah berhenti baju yang basah tu terus sejuk. Sebab pakai poncho, baju tu tak boleh kering. Bila baring atas tanah sejuk pulak, badan terus rasa gila sejuk.



Selepas sejam lebih dekat sini, tiba-tiba abang guide bangun, ajak kami turun. Dia kata dah sejuk sangat, dia tak larat. Nak tunggu belakang kami tak tahu sampai pukul berapa. Kami pun mula balik turun. Sebab Wardy dah slow lutut dia sakit, abang guide suruh dia duduk tengah. Abang guide tunjuk jalan dekat depan, saya dekat belakang. Amendeee aku dah lah baru lepas kena kacau, dia suruh duduk belakang sekali pulak. Seramshit tahu dak huhuhu. Tapi saya terpaksa jelah akur, nak cerita dekat dia malas lah.

Lepas kami berjalan, berjalan dan berjalan, heyy tak sampai jugak kem. Tiba-tiba abang guide sakit perut lagi, dia nak melepaskan hajat. Lol kali kedua dah on trek dia wok wok, dua-dua kali waktu saya dengan Wardy jalan dengan dia.

Lepas sudah tu, kami teruskan lagi berjalan. Bila dah dekat, abang guide kata dah nak sampai. Tapi dekat 30 minit jalan pun tak sampai lagi kenapaaa huuu nak nanges

Sebab dah mental, dengan takutnya gelap tengah hutan, jalan tak betul, kaki dah lembik, saya tersadung dekat akar pokok sampai terjatuh, head lamp terpelanting atas tanah. Huuu mental dah waktu tu. Tapi terpaksa jugak teruskan perjalanan. Wardy tolong ambil headlamp saya, saya sarung balik headlamp lepas tu terus berjalan turun.

Bila dah sampai kem pukul 12 tu ya ampunnn ingatkan ada orang tunggu. Rupanya semua dah tidur hahaha. Letih gila jalan tak henti-henti. Tapi perasaan lega dah sampai campsite tu tak payah cakap. Akhirnya dapat jugak berehat Alhamdulillah.

Saya dengan Wardy terus pergi ke dapur cari makanan. Actually sebab perut dah masuk angin, saya takdelah rasa nak makan. Tapi takut esok nanti gastrik ke, menyusahkan orang nak usung panda gergasi turun hewhewhew saya paksa jugak telan nasik. Lauk malam ni kambing masak kurma dengan kobis goreng. Abang guide nak buat air, tapi bila dia hidupkan dapur, gas dah takde. Jadi lepas makan tu kami minum air kosong je. Tapi selera Wardy kuat betul, dia makan bertambah-tambah. Saya makan sekali je sebab cuma nak kasik isi perut. 




Saya ajak Wardy mandi, tapi dia kata sejuk. Kalau dekat YYBTN tu, teringat Shapit, Afiq, Dan, Yunuss yang sejuk macam mana pun mesti nak mandi. Kali ni saya mandi sorang-sorang je sebab memang baju kotor habis, badan pun berlumpur, terpaksalah mandi walaupun dah letih gila. Tapi tengah mandi tu Wardy datang, dia mandi sekali. Eh tadi kata taknak mandi kan hahaha 

Tengah mandi gelap tu, headlamp pun dah nak mula malap sebab bateri dah nak habis, sepanjang berjalan tadi berapa jam bukak tak tutup. 

Peha pulak dah melecet, pelik jugak dah dekat separuh tub Vaselin tu saya bubuh, termelecet jugak. Dahsyat betul pendakian kali ni.

Lepas siap mandi tu, saya sidai baju, solat, terus masuk dalam sleeping bag tidur tak sedarkan diri hehehe

DAY 3: KEMBALI KE KETAMADUNAN DAN KUALA KANGSAR

Sebab kepenatan dan kemelecetan, bangun pun agak lambat pagi ni. Sepanjang malam tak sedar langsung. Wardy kata dia bangun makan malam tadi pukul 2 pagi sebab lapar, pastu pukul 4 waktu kumpulan belakang  saya tak sedar langsung. Deham kata pukul 6 orang bakar mercun bola nak kejut bangun Subuh, pun saya tak sedar. Terlalu penat wehhh

Tapak khemah kami setelah khemah dirobohkan sobs3
Lepas bangun bersarapan, dengan bertaik mata lagi, saya dengan Wardy berjemaah ke tandas lol

Lepas kami siap berkemas semua, bakar sampah yang ada dekat kem, saya bakar sekali poncho sebab memang dah takde rupa poncho dah bercarik-carik macam beg plastik buruk, kami pun bersiap sedia nak keluar.

Tiba-tiba abang guide panggil nama saya, ajak saya teman dia sweep. Huu amende tetiba jadi Sweep Hati Mr Guide ni uuu ingatkan nak shoot ke bawah. Takpelah, jadi sweeper pun best jugak, takdelah rushing sangat nak turun #sedapkanhati hehehe. Lepas sorang-sorang berlepas, kami pun jalanlah menuju Kem Seroja. Deham dengan Wardy dah shoot depan dulu, sebab Wardy kata kaki dia dah sakit, kalau jalan belakang takut kena tinggal.

Abam guide tunjuk gambar cantik dia tangkap


Dekat belakang tinggallah saya, Am, Nik, Eira, Akim, SB, Qelly aka cik gogo, dan abang guide kita. Bila dah belakang ni saya dengan Eira barulah sempat berkaraoke on trek hahaha

Lagu pilihan kami mestilah lagu yang mencabar vokal haagitu. Seperti lagu Cobalah Untuk Setia, Seindah Biasa, dan Nirmala kekeke. Lepas start nyanyi barulah Am dengan abang guide join sekaki menyanyi semalam semua serius je mendaki, segan lettew. Tapi kami tak sempat lama pun berkaraoke sama-sama sobs3

Sebab terlupa nak ambil lunchpack pagi tu, akak Qelly besi aka gogo sedekahkan lunchpack dia dekat saya hewhewhew tengs Qelly Honey yang baik hati.

Sampai ke Kem Seroja, kami berhenti sekejap makan kuaci putih. Rehat kejap je, lepas tu terus berjalan. Saya berjalan dengan Nik kali ni, bila dah sakit kaki jalan slow-slow sebab asyik kena menahan pakai lutut, saya ajak Nik turun sambil berlari sebab instead of menahan momentum yang membuatkan kaki sakit, why not kita gunakan momentum tu untuk menolak kita terus laju. Haa rugilah y’all tak tengok kungfu panda beraksi lari-lari dekat tepi gunung kehkehkeh
 
Persinggahan terakhir ke Air Terjun Termin. Haruslah mandi-mandi nanti dah tak jumpa

Tak lama turun sambil kejap berlari kejap berjalan, sampai jugak kami ke Air Terjun Termin. Dekat sini kami berehat agak lama, sama jugak macam hari pertama, kami lunch dekat sini dan solat. Disebabkan pagi tu dah makan nasik goreng, tak terjamah pulak lunchpack yang dihadiahkan oleh kak Qelly kita *sorry kak long Qelly lulz* Kebetulan nampak deorang bukak dapur masak pasta carbonara, terus saya pergi menempel tepi hehehe

Tudiahhhh pasta cicah roti y'all!


Alhamdulillah lunch pasta dengan air kopi O. Lepas tu saya kongsi pasta dengan kopi O tu dengan Geng Carpool 5, deorang pemalu sikit mehehehe. Lepas siap solat, kami pun mula bergerak ke exit. Geng Carpool 5 kali ni jalan sama-sama dah. Disebabkan saya dah lalu jalan ni waktu masuk haritu, dah terover confident sampai ada satu balak besar tu saya hampir tergelincir jatuh. Sebab fikir kononnya dua hari lepas aku dah lalu, mesti hari ni senang je dah. Wuu takut weh kalau tergelincir terus ke gaung.
 
Inilah balak yang cuba menjatuhkanku
Dengan kekuatan bulan yang dikurniakan teman-teman, barulah daku dapat melepasinya
Mujurlah ada geng-geng tolong. Deham tolong sambut beg saya sambil bagi guide, dekat belakang ada Nik dengan Wardy yang tolong pegang saya dari jatuh. Sepanjang berjalan nak keluar tu, kami asyik cakap nak makan sedap-sedap bila dah keluar, nak jus tembikai, nak tom yam, nak nasik huhuhu

Lebih kurang 40 minit, kami sampai ke Kem Pacat, lepas tu saya pau kak Ida air manis dia hehe. Air perisa anggur Kukubima. Kami pun terus menurun sampailah lebih kurang 40 minit dari Kem Pacat, berjalan tak henti-henti, dah mental sebab dah jumpa jalan kereta tapi tak nampak-nampak lagi exitnya, lagipun masing-masing asyik dok cakap dah sampai dah sampai tapi belum sampai lagi huuu, kami pun akhirnya tiba ke exit lebih kurang pukul 4:20 petang.

Ya ampun syukur gila waktu tu nak teriak rasanya bila nampak kereta dekat parking. Yang pertama sampai ni kami Geng Carpool 5, 6 dengan 7 lol lebih kurang 10 orang. Saya, Nik, Deham dengan Wardy kereta 5, Muhamad, kak Liza dengan kak Ida kereta 6, Daoh, Akmal dengan Izzi kereta 7. Macam cantik-cantik je kan berturut-turut nombor kereta kami.

Kami dah nak gerak pergi mandi, tapi takut sebab krew sorang pun belum sampai, nanti takde siapa tahu kami pergi mana. Lepas lebih kurang 20 minit menunggu, kami pun buat keputusan nak gerak dulu, nanti jumpa dekat masjid.

Lepas kami siap dekat masjid, Geng Carpool 5, 6, dan 7 pun mentekedarah dekat kedai makan masing-masing dah kebuluran dekat 3 hari makan makanan gunung je nak jugak merasa tomyam dengan air manis berais dengan telur dadar ya tohann sedapnyewww

Lepas makan kami pun berpisah membawa haluan masing-masing, kereta 6 dengan 7 menuju ke selatan, Geng Carpool 5 ke utara menuju Kuala Kangsar. Kata Nik, dia nak jumpa dengan kawan dia, sama geng Honda Jazz. Kami pun OK jelah kan *sebab Nik drebar kot. Mestilah kena ikut drebar muahaha*

Sampai dekat Kuala Kangsar, kami baru tahu yang kami jumpa ni perempuan, huu dahlah kali pertama bersua. Kawan Nik namanya kak Atiq, dia bawak kawan dia, kak Jaja. Dua-duanya memang baik dan peramah. Deorang belanja kami makan pizza *sebab tu kena puji hewhew*, kedai apatah nama, kedai western dekat Kuala Kangsar. Wuu teringat Laksa Sarang Pokok Limau. Kami semua sebab dari dalam hutan tadi teringin minum jus tembikai, semua order jus tembikai muahahaha


Kuala Kangsaq!


Lepas tu kak Atiq dengan kak Jaja kata saya nampak paling muda antara kitorang berempat. Wehuuu bangganya waktu tu hahaha

Lepas siap berjumpa dan berwefie, kami pun bergerak balik. Kelakar gila masa jalan ke kereta semua jalan terdengkut-dengkut macam penguin sebab sakit kaki, muscle sore apa semua. Deham lagilah nak drive balik dari rumah Nik ke Nilai bawak kereta manual. Kami sampai ke Shah Alam semula dalam pukul 11, dan saya gerak semula dengan Deham balik ke Seri Kembangan sampai pukul 12. Begitulah penghujung kisah mendaki Korga kali ini hehehe

Itulah saja perkongsiannya. Seperti biasa, hampunkan daku jika ada salah dan silap. Almaklumlah, tengah excited beraktiviti, kekadang mulut main lepas, tapi hati tak berniat pun nak menyakiti, gitu. Moga ukhwah yang terbina terus berkekalan ke program-program seterusnya insyaAllah. Kepada gogo dan krew dan teman-teman, terima kasih kerana sudi menerimaku walau di saat-saat akhir *haih panjang pulak ucapannya *


InsyaAllah, ada umur yang panjang kita bertemu lagi. Sekian, Assalamualaikum dan goodbye

Selepas trip:

1- Esok pagi tu dahlah meeting suku tahunan dengan semua bahagian. Ya ampun letihhh mujur bangun awal. Ahli kembara lain semua ambil cuti harini nak berehat, saya je kerja sobs3

2- Lepas turun K2, asyik nak tidur je. Tidur malam awal macam mana pun, esok tu mesti bangun lewat. Lepas turun YYBTN asyik nak makan je. Turun Korga ni alhamdulillah selain sakit kaki sampai dekat seminggu, takdelah kemaruk apa-apa *selain benda-benda manis hewhew*

3- Lepas post gambar dekat fb, Ecah PM saya dekat WhatsApp sebab dia tak sangka saya berjaya panjat Korga hahaha. Kagum katanya hikhikhik malu titew tau. Pastu dia kata saya makin kurus muahahaha macam tipu je

4- Tertinggal beg dalam kereta Nik hadoilah. Tak tahulah gigih ke tak nak mengambilnya, dekat Shah Alam. Mujur bag daypack 10L yg kecik tu je tinggal

OK itu saja. Adios! 

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter