Assalamualaikum dan hai y’all!
Lineup perkasa Kembara Korga 2016
Setelah lama
mendiamkan diri (tibah!) kerana kesibukan kerja hewhew, akhirnya tibalah update
terbaru dari saya selepas beraktiviti hiking di puncak tertingi Banjaran
Titiwangsa, Gunung Korbu (2,183m) dan puncak keempat tertinggi Semenanjung,
Gunung Gayong (2,173m) pada 5, 6 dan 7 November 2016 yang lalu. Selalunya
memang trip ni orang panjat Korbu dengan Gayong sekali, jadi dipanggil KorGa ajelah
(Korbu + Gayong)
Kali ni saya
membuat kejutan (lol!) sebab dahlah takde perancangan langsung nak pergi, lepas
tu nak panjat bukan satu, tapi dua G7 terus pulak tu, dan sebab keduanya memang
tak bagitau sesiapa pun, termasuklah Coach Fareez hewhew. Yelah, kekadang anak
didik nak jugak buktikan pada guru dia boleh berjaya sendiri dengan ilmu yang
guru dia ajar tanpa perlu guru teman setiap masa kan hehehe
Beberapa hari nak
pergi, barulah saya confirmkan kehadiran dengan Eira yang mula kenal waktu YongYap Bubu Tok Nenek (YYBTN). Eira kata ada tempat kosong sebab ada orang tarik
diri last minute, jadi memang last minute gila saya join ni takde preparation
langsung huuu. Tapi Eira kata takpe, nanti dia teman saya jalan slow sesama
haha. Eira kata dia dengan Akim takkan biarkan saya jalan sensorang macam dekat
YYBTN huu terharu
Carpool 5, baru 12 jam berkenalan hewhew
Lepas Eira
masukkan saya dalam group WhatsApp tu, terus riuh buat macam rumah sendiri
hehe. Dalam group tu lepas baca dia punya tentatif, mak aih hari kedua kena
jalan sampai pukul 9 malam huu amende dekat YYBTN yang expect sampai pukul 6
petang pun sampai pukul 12 malam, ni kalau jangka sampai pukul 9 malam ni
agaknya sampai pukul berapa nak oiiii
Tak macam YYBTN,
dua bulan sebelum trip dah prepare fizikal dengan barang-barang bagai, tapi
Korga ni beberapa hari nak bertolak barulah start cari barang. Tapi sebab dah
pergi YYBTN, dah tahu dah barang apa nak beli hagituhh dah acah-acah senior
hiker la kan. Vaseline wajib ada kalau taknak melecet, gummy candy pun wajib
ada takut ketar-ketar tak cukup gula dalam darah. Fizikal takyah cakaplah,
memang tak prepare langsung huu. Jogging takde, exercise takde. Lepas habis
YYBTN, mana ada dah panjat gunung huhuhu paling-paling pun panjat Berekeh dekat
Sg Siput nu haa setakat tinggi 454 meter. Konon-kononnya lepas panjat G7
seketul nak berehat lamalah taknak workout sebab letih muahaha
Tapi disebabkan
confirm last minute jugaklah, saya tak sempat nak nervous lama-lama haagitu.
Tahu-tahu je dah sampai hari kejadian. Pada hari kejadian, boss taknak sign
borang cuti wuuu lama tunggu sampailah dah pukul 6 lebih, lepas segala pujuk
rayu barulah dia sign.
Dekat luar gate Empangan Sultan Azlan Shah
Malam tu jugak
first time berkenalan dengan rakan-rakan baru yang kena carpool sekali dah
macam orientasi pulak hewhew. Eira kata, dia arrange carpool baik punya, kasi
saya carpool dengan budak-budak yang awesome (yelah tu haha) Deham ambil saya
dekat rumah, kemudian kami gerak ke rumah Nik dekat Seksyen 7 Shah Alam. Lepas
berkenalan dengan Deham, dia kata sebenarnya saya ganti kawan dia nama Johan
yang pernah ikut naik Yong Belar. Johan tarik diri last minute, so disebabkan
ada kosong Eira ajak saya join.
Saya dengan Deham
boraklah pasal pengalaman masing-masing hiking. Deham terkejut saya dah sampai
Kenderung, sebab dia kata Kenderung hardcore nak panjat. Ya, saya memang setuju
– saya kata dekat Deham. Saya memang dah panjat, tapi slow gilalah hahaha.
Dapat naik Kenderung tapi orang last sekali sampai kot segan2 waktu tu memang
lemah gila rasa.
Geng Carpool 5 tengah bekpes
Sampai rumah Nik,
kami lepak kejap. Lepas tu Nik kata saya ni macam Johan, eh dah dua kali orang
kata saya ni macam Johan *padahal Johan yang macam kita hewhewhew*
Nik rupanya jual
barang-barang outdoor, dekat rumah dia ada banyak gila seluar tracksuit,
cantik-cantik pulak tu. Sempat saya try satu, tapi nak beli belum mampu hewhew Lepas
ke rumah Nik, kami ambil Wardy dekat foodcourt depan rumah dia. Lepas tu kami
pun singgah makan kejap *dekat kedai lain, bukan foodcourt tu*, terus bergerak
ke Tanjung Rambutan.
Teringat pulak
masa first time mendaki Kenderung Kerunai (K2), masa naik kereta dengan orang
baru pertama kali jumpa; Ecah, Aziz dengan Din. Dahlah deorang jenis riuh gila,
belum kenal pun dah meriah kereta. Sekarang ni saya macam dah mula terbiasa
terpaksa berkenalan dengan orang baru setiap kali pergi hiking, makin dah
hilang segan mehehehe
Nik dengan Deham
dah lebih setahun hiking, tapi baru panjat satu G7 iaitu Yong Belar seminggu
sebelum saya panjat YYBTN. Kiranya dalam kereta Carpool 5 ni saya dengan Wardy
paling hijau dalam dunia hiking.
Kami sampai dekat
Masjid Tanjung Rambutan lebih kurang pukul 2 lebih, sampai-sampai je terus bersiap
nak tidur. Kami kereta pertama sampai *petanda kami ni juara XD #perasan* Tapi
tak berapa nyenyak pun, sebab dekat masjid tu banyak nyamukk
Pagi esoknya,
lepas bangun Subuh kami pun bersarapan, berjumpa dengan ahli-ahli kembara yang
lain gitu dan terus bergerak ke Empangan Sultan Azlan Shah. Waktu pagi tu
dahlah tanjat jap titew ada ahli-ahli group yang belum pernah jumpa dah tahu
nama saya sebelum sempat berkenalan pun. Wuuu malunya rasa macam artis #perasan
Menunggu pintu empangan dibuka. Eh dah macam banduan lol
Kami sampai dekat
empangan time tu pintu gate dia still kunci, kami pun menunggu dekat luar
pagar. Sampai dekat empangan ni boleh pulak tersedar rupanya saya tertinggal
kunci dekat masjid. Terpaksa suruh Nik patah balik nak ambil kunci adoilaa.
Tanya dekat Eira takpe ke kami nak patah balik kejap tertinggal kunci, Eira
kata takpe gate tu bukak pukul 9. Waktu tu baru dalam pukul 8.30.
Kami patah balik
masjid, mujur betul kunci tu ada dekat bawah wakaf. Huu leganya... lepas tu
faham-fahamlah kan lepas breakfast, masing-masing semua dan-danlah memulas nak
buang segala isi perut. Sempatlah kami berjemaah menyahtinja sebelum mula
mendaki.
Kami sampai
semula empangan, tengok kereta semua dah takde, dah masuk gate. Gelabah jugaklah
kami masuk-masuk je jauh gila kot nak mencari di mana parking nak masuk ke
hutan Korga. Beberapa kali tersilap simpang. Akhirnya sampai jugak lepas 15
minit perjalanan dari pintu utama.
Sampai je
takdelah lambat sangat, sebab semua orang pun tengah dok mengemas lagi.
DAY 1: KEM KIJANG
Lepas agihkan
ration, kemas-kemas beg, tukar kasut, ambil gambar, sarung beg dekat belakang
(beratnyaaa T.T), briefing oleh abang guide, kami pun mulakan perjalanan masuk
ke dalam hutan. Kali ni macam ada geng pulak, kami geng kereta 5; saya, Wardy,
Nik dengan Deham jalan sama-sama geng kami.
Abe
Ee yang padu bersama penyokong beliau. Tengok beg dia besar aihhh. Dalam
tu bukan setakat bubuh daging kambing, kambing hidup pun boleh letak
Pertama kena daki
Bukit Nenas bak kata abang guide, jalannya OK lagi lah mencanak cubit-cubit
manja-manja je, ada lagi jalan kereta. Makin lama makin masuk ke dalam, jalan
kereta dah diganti dengan denai hutan, tiba ada hutan buluh macam Yong Yap.
Tapi hutan buluh dia tak annoying lah macam YYBTN, manja-manja jugak. Kalau kat
YYBTN tu hutan buluh dia semua stok pukul kepala je, taknak langsung kasik can,
ada yang kena merangkak bagai. Dekat sini hutan buluhnya bolehlah lalu dengan
mudah.
Pendakian dimulakan
Menuju puncak! Gemilang cahaya~~
Menuju puncak! Gemilang cahaya~~
Kem Pacat
Tapi ada pokok
duri-duri kecik awaa, habis berbulu baju kita kena duri. Dalam pukul 10:50,
kami sampai ke checkpoint kami yang pertama iaitu di Kem Pacat. Waktu ni nampak
dah pace masing-masing, kali ni jurang masa agak besar antara orang pertama
dengan orang terakhir. Lepas tu Eira cakap dekat kita “Bad, you perform well!”
Huu mana ada, sebab pagi ni tak mencanak, jalan pun OK je mendatar, bolehlah
jalan je huhuhu
Geng Carpool 5 di tepi Air Terjun Termin. Dari kiri: Ideham Maalghunnah, me the cute panda, Wani Ardy dan Janna Nick
Lepas rehat
sekejap ambil gambar, kami teruskan lagi pendakian kami sampai ke satu air
terjun rahsia di tengah belantara (cewah!) namanya Air Terjun Termin. Waktu
jalan ke Air Terjun Termin ni, saya perasan yang saya, Deham, Nik dengan Wardy
yang naik sama kereta pace agak sama, dan pace kami lebih kurang sama laju
dengan Zaidi dan Am dan Izzi dengan Akmal.
Sampai dekat sini lebih kurang pukul
12:40, dan agak lama jugak kami rehat dekat sini untuk merarau (lunch hehe) dan
solat jamak taqdim Zohor Asar. Sampai je, Abe Halim yang laju bak kilat dah
sampai, tengah bukak dapur bancuh Neslo. Pergh terbaik awaa tengah hutan ada
Neslo. Beruang panda kebulur tak malu disorong Neslo lah jawabnya
hewhewhew
Seekor
panda yang kepenatan sedang tidur di tepi air terjun. Lols ada jelah
orang amek gambar kita tido. Buat pengubat rindu lettew
Lepas makan tuh,
sempat jugaklah saya melelapkan mata ngantokk penaddd awaa
Ada jugak orang
yang mandi dekat air terjun ni. Yelah kan, entah bila lagi boleh jumpa. Bukan
selalu hiking berjam-jam nak jumpa air terjun rahsia.
Abang Zaidi! Dan kita sedang minum air sungai
Lunch kami simple
je, nasik lemak yang ditapau dekat kedai pagi tadi oleh gogo (in case anda tak
tahu, gogo ni maksudnya penganjur aktiviti hiking. Kira macam nama manja untuk
pengarah program la). Lepas solat, kami teruskan lagi pendakian untuk ke Kem
Seroja. Kali ni Nik dengan Deham laju mencicit ke depan, tinggal saya dengan
Wardy jalan berdua.
Jalan ke Kem
Seroja ni makin mencanak, tapi belum tahap sewel lagilah, bolehlah mendaki
tanpa mental koyak. Yang paling tergezut nampak Abang Ee bawak beg besar kemain
ehh, besar 90liter, dalam tu dia bawak daging kambing dan ration berat-berat. Dahlah
bawak beg berat, boleh lagi memotong kami ni. Terkesima sekejap.
Kem Seroja y'all! Baju hijau tulah Abe Halim, pengerusi Persatuan Dapur Haram Korga. Lazatnya Neslo dia hmmm
Kami sampai ke
Kem Seroja lebih kurang pukul 2:50. Sampai-sampai je nampak ada satu kumpulan
hiker dekat sini. Deorang tanya dekat kumpulan kami kalau kami ada ubat
gastrik. Takde la nak oiii mintak hampun.
Lepas tu, dekat sinilah, berlaku
peristiwa yang saya tak boleh lupakan. Kali ni pertama kali depan-depan mata
saya nampak waktu hiking orang usung
orang sakit guna hammock yang diikat dekat batang pokok. Dahsyat la nak
usung balik kawan deorang yang sakit bawak turun sambil masing-masing bawak beg
berat dekat belakang huu #salute
Katanya yang
sakit perut tu sebab perut kosong tak makan kot, so perut dia pedih sebab tak
terima sebarang makanan. End up sakit gastrik. Adoi pengajaran tuh buat kami,
kalau mendaki jangan kasik perut kosong.
Nik, Daoh dan Deham sedang berehat di Kem Seroja
Dekat Kem Seroja
ni saya ambil air dekat sungai, lepas tu buang air (mehehe), tidur lagi
(mehehehe) sambil menunggu orang seterusnya sampai. Lepas rehat kurang lebih 15
minit, kami teruskan pendakian kami ke checkpoint terakhir hari ini iaitu Kem
Kijang.
Ke Kem Kijang ni
agak dahsyat jugak mendakinya, ada sampai satu anak sungai tu kami kena turun,
lepas tu naik balik mencanak. Dekat tepi sungai ni saya dengan Wardy berhenti
kejap, Wardy pulak macam dalam keadaan terkejut sebab tak sangka kena bawak beg
berat mendaki berjam-jam. Dia pulak dahlah first time panjat gunung, terus naik
G7 pulak tu. Dahsyat betul.
Waktu sepanjang nak
ke Kem Kijang ni, saya berbuddy dengan Wardy. Wardy ni kata je first time dia
panjat gunung, tapi gaya macam dah biasa je huuu lagi kuat fitness dia sampai
dia boleh mencucuk dekat belakang, saya pulak yang asyik berehat je. kali ni
pace kami sama dengan Izzi dengan Akmal, kadang kami laju, kadang deorang laju.
Asyik potong-potong je, tapi last sekali Akmal dengan Izzi yang sampai dulu
dekat Kem Kijang.
Sampai dekat Kem
Kijang dah ada beberapa orang yang sampai, lebih kurang sepuluh orang,
termasuklah kami yang satu carpool kereta 5 (nama tak rasmi kumpulan kami
hehehe). Bila balik tu, baru tau yang Kem Kijang ni dulunya tapak perkuburan
orang Asli jilakeee seramsss. Mujurlah hari tu tak tahu lagi, kalau tak memang
taknak dah pergi trip ni hewhewhew
Saya Deham dengan
Wardy pun turun mandi dekat sungai sementara belum Maghrib, air sungai dia
pergh sejuddnyaa awaa terus mengecil 2 inci perutku
Lepas mandi manda
dengan gembira sambil menggigil, kami pun balik ke tapak khemah, tukar baju,
sidai baju, lepas tu pasang fly dengan ground.
Waktu ni jugaklah
pertama kali diuji dengan ujian memasang khemah huuuuu
Selama ni kan
kalau pergi camping asyik mengharap orang je yang pasang fly dengan ground,
saya mana pernah pasang, dok tepi jadi mandur. Kan dah tak reti nak pasang
waktu si Nik mintak tolong. Waktu ni sebab krew tak ramai, kami pulak sampai
awal, kami pun tolong-tolonglah pasangkan khemah. Kami Geng Carpool 5 ni
(hewhew), disebabkan dah ngam, kami pun malam ni tidur berempat satu khemah
dekat tepi tebing sungai. Waktu nak memasang khemah kami tu Nik suruh tolong
ikat, saya pun ikat jelah guna skill sendiri. Mujurlah tegak jugak khemah kami
ngeee~
Lepas siap pasang khemah, kami pun duduk bawah
khemah sambil menunggu dinner siap. Tapi dinner pulak tak siap-siap, Nik pun
bukak dapur masak maggi. Lepas kami gilir-gilir mentekedarah maggi, kami pun
solat jamak Maghrib Isyak, lepas tu terus tidur. Awal gila, dalam pukul 8 dah
tidur.
Lebih kurang pukul 10, tiba-tiba dengar orang
panggil. ‘Bad Gema oo Bad Gema. Bangun Bad Gema, makan!’ ingatkan amende,
rupanya Akim berdiri tepi khemah suruh kami berempat turun makan sebab dinner
dah siap. Amendelah panggil ai Bad Gema lol
Keadaan tapak khemah kami sebelum pasang fly dan ground hehe
Dinner kami kambing bakar dengan nasi putih, tapi
sebab agak kering tak berkuah dan nasiknya sedikit mentah, ramai yang tak habis
makan. Lagipun mungkin faktor semua dah mengantuk. Tapi sebab masih lapar, si
Nik bukak lagi dapur, bancuh teh cicah biskut Tiger. Dekat Kem Kijang ni tak
sesejuk Kem Agas, kiranya elevation dia tak berapa tinggi. Tak pakai
windbreaker pun tak rasa sejuk. Tapi saya sarung jugak windbreaker sebab taknak
kena gigit serangga.
Kali ni siap dah pakai gloves bagai, masuk dalam
sleeping bag, tidur. Esoknya kata guide pukul 5 pagi dah nak gerak, dan esok
pulak ikut tentatif kena berjalan sampai 9 malam. Jadi tidur malam ni kena
cukup. Sekali malam tu kena jugak gigit dengan agas eee kongajaq! Penat je aku
pakai lengan panjang, glove segala bagai! Kena jugak gigit dahlah ngantuk gila
huuu
Esok pukul 4 saya terjaga, tapi takde pun orang,
semua diam je. tidur balik. Pukul 5 bangun lagi, takde jugak orang. Kata pukul
5 dah nak gerak. Tidur balik hehe. Pukul 6 baru bangun solat Subuh, makan
breakfast keutiau goreng, membuang dekat sungai, tukar baju, pek barang, terus
mula mendaki.
DAY 2: PUNCAK KORBU DAN GAYONG
Kami mula mendaki lebih kurang 6:30 pagi. Langit
dah mula nak cerah. Tapi kami masih pakai headlamp dekat kepala. Kami pun terus
je mendaki dan mendaki mengikut guide dekat depan. Pada hari ni kami panjat
bawak daypack, jadi kami cuma bawak barang yang penting seperti air dan
makanan, ubat dan windbreaker, barang lain tinggal dekat Kem Kijang. Mula saya
jalan depan jugak, lepas tu tiba-tiba alarm dalam beg berbunyi taknak senyap,
terpaksa berhenti kejap nak tutup.
Waktu berhenti tu Wardy catch up dengan saya, kami
pun berjalan sama. Berjalan pagi ni pulak pace kami sama laju dengan Daoh. Kejap
kami potong Daoh, kejap dia potong kami. Kali ni pendakian dah mula mencanak,
kami pun kalau letih, berehat. Takdelah push sangat (sebab tengok tentatif
sampai malam kan, tenaga kena jaga. Lagipun laju macam mana pun dah tahu kami
sampai kem malam jugak nanti hewhew #demotivated)
Abam SB di Last Water Point
Sampai dekat Last Water Point (LWP) lebih kurang
9:00 pagi, waktu ni kami yang ada lebih kurang 10. Selain abang guide dan kami
Geng Carpool 5, Am dengan Zaidi, Daoh, Izzi dengan Akmal, dengan Zaza, Zaki, SB
dengan Kak Ida. Waktu ni fikir eee malunya kalau aku tak boleh panjat harini,
sebab budak sama kereta aku semua perform. Kalau aku sorang je tak lepas mesti
kena bahan dalam kereta nak balik nanti hewhewhew
Waktu tu terfikir jugak kalau tak larat sangat,
nak berhenti sampai Korbu je, taknak naik Gayong. Tapi nanti segan laa titew
dengan Geng Carpool 5 yang perform nak kojol hewhew. Serius teringat waktu
dekat Kenderung Kerunai, carpool dengan Ecah, Din dengan Aziz yang
masing-masing power nak mati. Din setiap minggu panjat Nuang, dia shoot ke
puncak macam lipas kudung, Aziz pulak berlari turun dari gunung macam lari
pecut 100m, Ecah takyah cakaplah tenaga sentiasa ada tengah memanjat tali pun
boleh menjerit macam komando. Tiga-tiga ni waktu mendaki K2 antara yang paling
power, which makes me think, apalah nasib aku asyik dapat satu kereta dengan
orang yang fit gila kan dah malu sorang je yang gebu.
Saya sorang je yang panda montel dalam kereta
hewhew nak mendaki mengah-mengah kena berhenti.
Kami semua pun ambil air dekat LWP ni. Saya
cukupkan air 3 liter nak mendaki, dah taknak pengalaman jilat-jilat daun dekat
Bubu dan Tok Nenek berulang huuu bila ingat balik perasaan air takde tu
seksanya lahaiii
Lepas guide tengok lepas kami ni takde siapa dah
yang sampai, dia suruh kami terus mendaki sampai ke Puncak Botak. Katanya lepas
Puncak Botak ada puncak Chuban, anak Korbu dan akhirnya Korbu. Wuuu ada 3 lagi
checkpoint. Jarak setiap checkpoint lebih kurang 1 jam setiap satu.
Kami pun teruslah lagi memanjat untuk ke Puncak
Botak. Nik dengan Deham seperti biasa, pantas je shoot dekat depan, saya dengan
Wardy di belakang. Mujurlah Wardy walaupun pace dia laju gila, dia sanggup tunggu
saya huuu terharu titew dengan asyik mengah, setiap 5 minit nak berhenti.
Bersama buddy, Wardy di puncak Botak. Belakang tu ialah puncak Korbu
Kami sampai puncak Botak dalam pukul 10:00 kot
(tak tengok jam hehu), berehat kejap. Waktu ni kasut semua dah kotor sebab nak
sampai ke sini jalan dah berlumpur. Dari puncak Botak ni, masyaAllah dah boleh
nampak view gunung Korbu dengan Gayong yang lawa gila walaupun kadang-kadang
awan menutup.
Kami berehat kejap, sama jugak lepas kami, dah
takde orang dekat belakang, kami pun terus mendaki ke Chuban.
Puncak Botak jugak, cuma dari angle berbeza. Belakang tu nampak Gunung Gayong sikit, dan Banjaran Titiwangsa
Dan menaiki Chuban ni rupanya part mendaki Korga
yang paling hardcore, paling susah, paling nak membunuh, paling mintak nyawa ya
ampuuuunnn time ni baru tahu apa erti penyesalan. Mendaki ke puncak Chuban ni
mencanak dia ada part yang literally 90 darjah, kena naik pakai tangga, all in
all ada 14 tangga semuanya nak naik ke Chuban. Jantung rasa macam nak
letup-letup dah mengepam darah, kepala pun pening rasanya.
Ada part yang bila dah lepas naik, pandang
belakang, terus rasa nak pitam bagai tengok curam dekat belakang awaa huuuu punya
treknya pacak mintak nyawa kau.
Tangga...
...dan tangga...
...dan tangga lagi...
Saya toksah cakaplah, time ni habis keluar semua
skil Kungfu Panda. Ada satu part tu, kelakar campur ngeri time nak panjat tu
kaki memang dah habis kangkang nak mencapai ke atas, rasa nak terkoyak
peranakan, sambil ketakutan ketar-ketar mengangkang tu pundi kencing mengecut
pulak sebab ketakutan. Dahlah kaki rasa nak terkoyak, nak terkencing pulak at
the same time kannn muahahaha! Pengalaman oh pengalaman.
Lepas mencanak-canak tak hengat dunia, sampailah
kami ke puncak Chuban. Kami berhenti ambil nafas kejap dekat Chuban, lepas tu
terus mendaki ke Korbu. Rupanya antara Chuban dengan anak Korbu lebih kurang 5
minit je. ciss aku ingat sejam. Kami tahu itu anak Korbu pun sebab guide yang
bagitahu, kalau tak memang tak perasan pun dah lepas anak Korbu.
Nak naik ke puncak Korbu jalan dia berlecah je,
sampai habis dah kasut tenggelam dalam lumpur. Saya dengan Wardy bertiga jalan
dengan guide. Ada satu part tu guide berhenti, tak bagi kami potong dia sebab
dia tengah wok wok hewhew
Sebab dekat sini dah sangat sejuk, kami pun tak
berapa minum air. Tapi entah kenapa backpack 10L yang saya bawak ni rasa
menyakitkan bahu. Mungkin sebab air 3kg tu membuatkan tali backpack tu jadi
halus, lepastu bagi tekanan dekat bahu.
Kami terus je berjalan, tiap kali penat berehat. Makin
nampak cahaya, makin eksaited rasa dah dekat. Perjalanan ke puncak Korbu ni
bagi saya feel dia lebih kurang macam mendaki Yong Yap + Bubu. Sampai je puncak
Korbu, AAAAAARGGH! Rasa nak menjerit ya Allah, terus rasa hilang penat.
Berjaya! Di puncak Korbu, 2,183 meter dari aras laut
Huu tak
percaya gila dah berjaya panjat gunung G7 saya yang kedua. Saya orang yang
kesembilan sampai dari 30 orang. Rasa macam tak percaya ya jugak nak nanges,
nak jerit, nak lompat huuu. Geng Carpool 5 semua berjaya panjat Korbu waktu tu.
Geng yang berjaya sampai puncak dulu hehe. From left: kak Ida, Izzi, Akmal, Daoh, Zaidi, Am.Duduk: Zaza, me!, SB dan Zakisheh
Kami sampai puncak Korbu pukul 11:45 pagi. Cuaca
cerah je dekat atas, tapi still sejuk gilaaa. Lepas puas bergambar, isi perut
makan makanan ringan semua, kami teruskan lagi pendakian ke Gayong. Waktu tu
dah fikir eee macam mana ni, aku dah mental. Penat. Nak tinggal dekat Korbu
rasa macam tak berbaloi pulak *sebab dah bayar hehe*. Saya pun ikut jelah ke
Gayong.
Dari
Korbu ke Gayong. Yang baju oren lagi sorang tu namanya Abe Panny.
Belakang tu, boleh nampak puncak Chuban, anak Korbu dan Korbu
Pendakian dari puncak Korbu ke puncak Gayong
mengingatkan saya kepada perjalanan dari Bubu ke Tok Nenek. Feel dia lebih
kurang sama, mungkin sebab struktur mukabumi dia lebih kurang.
Mula-mula lari-lari lagi sebab semua cerun
menurun, sekali ada satu tebing tu, rendah je, tinggi macam busut. Saya nak
melangkah naik guna kaki kiri, lepas saya lompat naik, tersalah pijak,
terpeleot pulak kaki kiri. Terus rasa sakit.
Dekat belakang pulak kami semua takde ubat.
Terpaksa jalan laju nak kejar orang depan sambil kaki sakit. Sekali jalan laju
tiba-tiba terjumpa degan sorang budak perempuan duduk tengah berehat, baru
turun dari Gayong.
Lepas tu dia terkejut pandang saya. ‘Eh, eh! Kenal
tak kita?’ dia tanya.
Terus je saya jawab ‘Tak!’ lol
“Ala, yang panjat K2 sama-sama!’
‘Oh, haah!’ lepas dia bagitau panjat K2, baru
ingat muka.
‘Nama apa ek? Lupalah!’ saya tanya dekat dia.
‘Wani!’
Lepas kami borak-borak kejap, saya mintak diri nak
kejar orang depan sebab nak mintak ubat, tak sempat tanya lanjut lagi. Sampai
dekat depan, mujur Akmal ada ubat spray untuk muscle sore. Saya bukak kasut,
lepas tu spray. Am pun ada ubat jugak, dia suruh sapu minyak angin dekat kaki.
Dia tanya boleh jalan tak? Saya kata boleh. Dia kata selagi boleh jangan bagi
injured lagi teruk. Lepas tu Am bagi garam dalam paket, suruh saya kemam bawah
lidah sampai habis dan minum air seteguk dua sebab dia takut cramp.
Nampak kabus je belakang tu hmmm
Takud kita awaa, tak pernah injured sebelum ni
panjat gunung. Semontel-montel saya paling teruk pun melecet kaki je huhuhu *melecet
pun sebab paha montel hewhewhew*Teringat balik orang yang kena usung sebab kena
gastrik dekat Kem Seroja semalam. Itu takpelah sebab dekat bawah lagi, yang
sakit tu pulak kurus, yang ni saya dekat ketinggian lebih 2000 meter dari aras
laut dengan berat badan XXX kg lagi, dengan takde pokok nak buat kayu
pengusungnya huuu kalau injured gimana dong takudd menyusahkan orang.
Waktu tu Am suruh sapu-sapu kaki dengan minyak
warna merah, terharu jugak orang belakang sanggup tunggu, tak potong sampailah
saya siap merawat diri sendiri dengan bantuan hero bernama Am hewhew
....bersambung....
Thanks for sharing.. tergelak besar baca part panjat tangga😂
ReplyDelete