Kami berkumpul bertiga, tiga penjuru pada sebuah meja sisi empat.
"In this night and at his hour,Yunuss membentangkan sekali lagi kisah para anbiya', sebuah hadis sahih yang belum pernah didengari kami, hampir pada tahap tersembunyi. Malam ini, bicara kami terus ke dalam, menggali ke suatu sejarah lampau tentang anbiya'; Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang pernah menjejak kaki di bumi. Bahkan kisahnya lebih panjang lagi menjangkau ke prasejarah; jauh sebelum wujud rekod bertulis, jauh ke zaman-zaman purba; sebelum Nabi-nabi dilahirkan lagi.
We call upon the ancient power..."
Kisah tentang dua orang sahabat Nabi yang melihat lukisan-lukisan wajah para Rasul Allah yang disimpan rapi dalam pintu-pintu misteri di Rom, yang direkod di dalam hadis sahih, sehinggalah ke kisah Nabi Adam menghadiahkan 40 tahun dari umurnya kepada Nabi Daud.
Kami duduk pada bucu membentuk segitiga. Antara deruan nafas kami direntang udara panas, bicara berlangsung syahdu. Kami tidak juga mengerti apakah kesimpulan atau pengajaran yang bakal kami raih, tetapi sepanjang pertualangan kami, sedikit demi sedikit kisah mula tersingkap.
Kami berpendapat, pertemuan ini dirancang Ilahi, sesungguhnya. Pada detik ini, pada bulan ini, pada tahun ini - pertemuan ini telahpun tertulis, hanya kini teremansipasi kepada realiti.
Kami sedikit rengsa mengapa tidak dipertemukan lebih awal. Tetapi sesuatu yang harus berlaku, perlu berlaku pada waktunya. This point of time.
"Aku tertarik dengan sejarah Nabi, kerana setiap kali aku baca mengenai kisah-kisah Nabi, semuanya akan berkait semula kepada sejarah kita - bangsa Melayu." Yunuss berbicara.
"Malu, sejarah kita lebih tersimpan oleh orang asing. Kalau tengok dalam filem Queen of Langkasuka, Raja Ahmad Ghafur Shah, dari Pahang dah pandai bermain senjata api. Waktu Puteri Ungu membidik sasaran pakai busur, Raja Ahmad Ghafur tembak pakai pistol. Kenapa dalam buku sejarah bangsa Melayu hanya dikatakan berperang dengan lembing, tombak dan keris, sedangkan sejarawan luar bersetuju sebulat suara pertarungan Portugis dengan Melaka adalah sengit kerana kedua-dua pihak berbalas tembakan senjata api." saya menghujah.
"Yup, zaman tu senjata api kita dah ada nama pun." celah Yunuss.
"Lela Rentaka. Malah ada bukti yang dulu ada kilang mencairkan besi untuk membuat senjata api dekat lembah Bujang. Kenapa kita tak diajar benda ni semua dekat sekolah?"
"Bangsa Melayu gugur atas dasar pengkhianatan. Jatuhnya Melaka kerana ada duri dalam daging. Kalau tidak peta Melaka jatuh ke tangan Portugis, tak mungkin Melaka akan jatuh."
"Orang Melayu tahu tak, waktu membina kota A'Famosa, waktu Portugis tak cukup batu bata, deorang robohkan makam-makam sultan Melaka."
"Aku nak tahu, apa daily log orang zaman dulu waktu kejatuhan Melaka. Apa yang orang Melaka masa tu fikirkan masa Portugis mula menjajah Melaka. Apa yang deorang buat, apa yang deorang fikir? Kenapa kita takde rekod semua ni?" Aizuddin pula memulakan ceritanya.
"Macam aku pelik kenapa waktu zaman kejatuhan Turki Uthmaniyah dan Mustafa Kamal Attaturk merampas tampuk kuasa, menukarkan Turki sebagai tamadun Islam kepada negara sekular. Aku pelik kenapa rakyat dia tak membantah?" Aizuddin meneruskan hujah.
"Lepas aku tengok dokumentari, rupanya waktu tu sebab Uthmaniyah ni tamadun dia besar, banyak bangsa. Dekat ibu negara tamadun Uthmaniyah deorang dah biasa dengan orang asing yang pelbagai budaya, jadi bila kerajaan Uthmaniyah tukar menjadi sekular, deorang dah biasa dengan unsur-unsur hedonisme."
"The thing is, benda ni semua recorded. Kenapa sejarah kita takde semua rekod ni? Seolah-olah bangsa kita bangsa yang dipadamkan sejarahnya."
"Yup, sejarah kita memang seperti sengaja dipadamkan."
"Kenapa?"
Kami membentang teori-teori sulit mengapa sejarah bangsa Melayu yang diajar di sekolah begitu memalukan, seolah-olah bangsa Melayu bangsa yang bangsat - hanya pandai kerja-kerja perkampungan - nelayan, bertani. Buku sejarah yang dikeluarkan kementerian fokus kepada isu-isu remeh, sedang permata sebenarnya terbenam dalam lumpur, langsung dibiarkan cahayanya terus malap.
Akhirnya generasi muda hanya merasa malu dipanggil Melayu apabila Melayu hanya dilompokkan dengan konotasi negatif - pemalas, tidak menepati masa, bodoh, kalah berperang, berperang pakai keris lawan dengan senapang Portugis, mana nak menang. Betapa memalukan. Tetapi lebih menyedihkan apabila kementerian tegar dengan naratif sejarah mereka - dalam buku teks masih kekal menulis bangsa Melayu bangsa yang alah, hanya pandai menjadi kuli dan menoreh getah, dicabul berkali-kali oleh penjajah.
Sungguhpun ada usaha untuk memperbetulkan kembali yang sebenarnya, nasib sejarah kita dibiarkan kepada 3-4 orang penulis buku teks yang sudah mangli dengan menyamakan Melayu sebagai kaum pedih tragis yang mangsa dalam semua keadaan, naratifnya disambung pasca merdeka sehingga perlu dibantu dengan subsidi dan kuota-kuota khas. Langsung tiada kebanggaan.
"Banyak lambang kebanggaan kita. Piramid terbalik yang dijumpai di perairan Jepun. Ukiran di Candi Borobudur." Kata Yunuss.
"And there's a theory yang firaun berasal daripada perkataan 'perahu'. Emas-emas yang dikeluarkan daripada bumi kita sehingga dikenali sebagai Suvarnabhumi. Mana pergi semua khazanah kita?" saya menyambung.
Terlalu banyak persoalan, tetapi tiada jawapan. Ini mendukacitakan kami.
"Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin pun kita hanya ada yang copy. Original nya dah dibawa keluar oleh Portugis."
Kami rengsa kepada setiap persoalan yang tiada jawapannya. Yang ada hanya permukaan, dalamnya bagai sebuah lautan gelap, begitu payah untuk disauh. Terlalu banyak misteri.
"Bad tahu pasal deep web?" tiba tanya Yunuss.
"Tahu."
"Pergi deep web pakai browser apa?"
"Tor. Kenapa?"
"Well, betullah tu. Dekat deep web ni semua benda tersembunyi ada."
"Deep web tu apa?" tanya Aizuddin.
Kami menerangkan kepadanya, deep web adalah jajahan internet yang tidak akan dicapai oleh Google. Seperti sebuah bongkah iceberg, facebook, twitter, Google dan segala-galanya berada hanya di puncak iceberg, yang lainnya bersembunyi di bawah laut. WikiLeaks berjaya menjelajah sedikit ke dalamnya, mencuri emel-emel sulit; child pornography juga berada di sana. Jajahan misteri ini terbentuk lapisan demi lapisan, semakin jauh ke dalam semakin gelap misterinya.
Saya memperkenalkan kepada mereka tentang konsep VPN, mengubah IP kita kepada server negara lain, seterusnya mengenkrip data yang bertukar untuk menyembunyikan identiti kita dan apa yang kita cari di laman sesawang. Aizuddin kelihatan teruja.
"Macam mana korang boleh tahu semua ni?"
"Just natural."
Yunuss mencapai pula buku dari almarinya. Kami membuka kisah lain tentang ilmu-ilmu. Kisah Asif Barkhiya yang boleh mengangkat mahligai Balqis dalam sekelip mata. Ilmu lipat bumi.
Kisah Bilal bin Rabah, yang sewaktu hayatnya di bumi, tapak kakinya sudah kedengaran di syurga. Kenapa sewaktu dada Bilal ditindih dengan batu panas, yang terkeluar dari mulutnya bukan 'Allahuakbar' ataupun kalimah-kalimah membesarkan Allah yang lain, tetapi hanya 'Ahad'? Mengapa 'Ahad'?
Tentang tentera Terracotta yang melindungi makam Maharaja Qin, yang setiap 10,000 mereka mempunyai wajah yang berbeza. Setiap daripada mereka mempamerkan huruf berbeza, kata Yunuss. Ilmu huruf.
Semakin malam berlabuh, semakin banyak informasi yang kami luahkan dan kongsikan. Kami tidak mempercayainya sepenuhnya, melainkan sekiranya disebut dalam al-Quran atau hadis. Tetapi ini sendiri membuka jendela kecil kepada sebuah lautan gelap tidak berdasar.
Sebuah deep web.
No comments:
Write curses