06 May 2016

WEDDING FAHIM, AADC2, PBAKL, BETEL LEAF DAN KL CAR FREE DAY

Hai y’all dan selamat sejahtera!


Minggu lepas waktu cuti hujung minggu dan cuti hari pekerja, tak sempat langsung nak merasa hujung minggu.

Hari Sabtu, 30 April 2016 hari perkahwinan Fahim dekat Taman Melati, betul-betul dekat masjid rumah Kak Long.
Selamat dah Fahim jadi suami orang, hilang dah geng bujang lagi sorang. 

Sehari suntuk dekat kenduri Fahim, sebab tunggu bos datang. Sampai habis kenduri bos tak datang huhuhu. Fahim suruh entertain kawan-kawan foreigner dia, jadi terpaksalah sebab kesian tengok rakyat asing yang tak arif budaya kita kan, masing-masing terkulat-kulat je kekeke.

Hari Ahad tu pulak, berjanji dengan rakan blogger *lol*, Naja dengan Keon nak berjalan dekat KL Car Free dekat Dataran Merdeka. Dari awal pagi dah kena keluar sebab janji nak jumpa pukul 7 pagi (I know right? Gila pagi-pagi dah kena bangun huhuhu). Ikut program hari Ahad pergi jalan-jalan dekat KL Car Free, lepas tu makan makanan India dekat Betel Leaf Cafe sekitar tu jugak, dan pukul 3.50 petang pergi tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 dekat KLCC.

I love KL, NOT! 

Actually kami sampai dekat Dataran Merdeka adalah dalam pukul 8 lebih, sempatlah jalan-jalan bergambar dekat sekitar Dataran Merdeka. Sambil pakai baju sukan konon-konon nak bersukan, tapi alih-alih jalan-jalan je sepanjang Dataran Merdeka. Lepas tu pergi makan hahaha. Orang datang nak bersenam, tapi yang penuhnya kedai-kedai makan mobile tepi jalan. 

Dalam pukul 9, kami pun masuk dekat muzium sekitar Dataran Merdeka. Adalah Muzium Muzik, Muzium Tekstil Negara, KL Arts apa tah. Lepas dah habis pusing-pusing muzium tu, kami pun pergilah ke Betel Leaf dekat sekitar Leboh Ampang. Leboh Ampang ni sekitar Dataran Merdeka jugak sebenarnya, pusing-pusing sampailah jugak ke Betel Leaf.

Kami parking dekat parking lot kena bayar RM8 sekali masuk. Sebab dah bayar mahal, terus cadang parking situ terus sepanjang hari sampai habis tengok AADC2.

Si Keon paling excited nak makan makanan India, sebab rindu katanya dah lama tak makan (Keon ni belajar medik dekat India). Keon lah yang introduce kami makanan India, mula order beriyani telur 3 set, lepas tu gobi manchuria lepas tu apa tah nama-nama makanannya. Ekceli patutnya order beriyani 2 je, sebab saya dengan Naja tak habis makan. 

Saya memang dah agak tak habis makan, sebab makanan India kan sangat berempah. Dulu makan dekat beriyani house dekat Serdang pun tak terhabis makan sorang. Keon je dengan selamba menghabiskan beriyani telur tu. Selama ni dia kata dia kuat makan tapi kami tak percaya, sampailah akhirnya tengok dia makan sendiri huhuhu

Tapi dekat restoran ni berlaku satu peristiwa tak boleh dilupakan. Waktu kami makan tu, ada satu keluarga India duduk meja sebelah kami. Mujur saya membelakangi deorang, sebabnya tengah-tengah makan tu tiba-tiba mak dia terkeluar darah dari hidung, banyak gila. Sampai penuh meja makan tu lepas tu habis pinggan mangkuk dengan cawan terbalik terkena darah dia. 

Saya ni jenis mabuk darah, lepas je nampak darah penuh atas meja tu terus rasa pening kepala takde selera nak makan.


Lepas tu mak dia macam pengsan, lepas tu anak menantu dengan cucu dia dah panik “Amma, bangun amma!” dia kata (saya rasalah, tapi dia cakap bahasa Tamil) sampai tertunggang terbalik pinggan mangkuk dekat meja dia. Lol drama sangat kan.

Keon syak amma tu makan ubat yang mencairkan darah sebelum tu, sebab darah tu banyak sangat keluar. Anyways, sampai ke sudah saya tak selera nak makan.


Jarang tengok KL tanpa kereta. Me and Keon, bakal Doktor yang sekarang kerja cikgu taska 

Lepas habis bayar semua, kami pun bergerak ke KLCC naik LRT dari Masjid Jamek. Waktu tu saya pergi ke kaunter sebab kad Touch n Go tak sah, sebabnya waktu bulan lepas naik Monorel saya salah pintu keluar. Lepas tu saya masuk balik dalam stesen sebab nak melintas ke pintu sebelah. Sekali tak boleh. Tengok dekat kaunter pulak takde orang.

Dah berapa kali cek dekat kaunter, dekat Cheras dia kata tak boleh cek sebab tak ada mesin nak cek kad Touch n Go. Dekat Gombak pun sama. Jadi alang-alang dekat Masjid Jamek tu saya suruhlah dia cek. Sekali kena denda RM7.50. waddehek? Maksudnya nak melintas stesen untuk pergi ke pintu seberang pun tak boleh rupanya. Takpelah baru tahu kan, terpaksalah dia deduct RM7.50 dari kad Touch n Go saya.

Sampai dekat KLCC, saya dengan Naja pergi masjid sebab nak mandi dan tukar baju, tinggalkan Keon dekat KLCC. Pukul 3.50 kami pun nontonin Ada Apa Dengan Cinta 2 di bioskop (lol)
Lepas habis tengok movie kami pun balik. Mula pergi Jusco Cheras Selatan sebab nak buffet sambil karaoke, sekali penuh. Lepas tu kami makan dekat Singgah D’klasik bawah pencawang dekat UPM, lepas tu kami pun balik. 

Esok pagi saya dengan Naja breakfast dekat tepi tasik, lepas tu ambil Keon dekat komuter Serdang. Kami pergi MAEPS untuk Pesta Buku Antrabangsa KL. 

Dekat pesta buku ni mula-mula saya macam taknak beli buku sebab duit tak berapa nak ada (huhuhu) tapi macam eh banyak pulak buku best. In the end, saya sempat beli 5 buku (dengan sedikit penyesalan sebab duit habis). 

Dan paling best, dapat jumpa dengan ramai gila author. Paling saya suka, Encik Lutfi Ishak, penulis kumpulan puisi Dondang Pembukaan. Saya dengan Keon jumpa dia dekat reruai (reruai is booth in Malay. Ikr? Like mende apa reruai ni ffs? Aku pun baru tahu dua hari lepas muahaha) ITBN masa dia tengah jadi ahli panel untuk satu forum. 



Me, Incik Lutfi dan Keon.  Naja seperti biasa jadi photographer
Saya dengan Keon pun terus fangirling like aaaa wudd Lutfi Ishak kot! Aaaaaaa Lutfi Ishak!

I know you guys mesti tak kenal Lutfi Ishak, tapi buku dia Dondang Pembukaan tu ialah satu mahakarya pemenang pertama Sayembara Penulisan Puisi. Saya dengan Keon beli dari tahun lepas dan buku tu memang sangat mengagumkan. Kami berdua selalu discuss pasal buku tu sebab bahasa dia sangat puitis dan tema puisi dia pun sangat mendalam. Sempatlah kami bergambar dengan Encik Lutfi Ishak. Lepas tu dia kata dia nak buat syarah untuk buku tu.  

  Kami mula dengar caras? Carah? Oh rupanya syarah hewhewhew. 

 See? Daripada Julai tahun lepas dah start baca buku dia hehe. Kalau korang minat puisi, silalah beli buku ni. Memang tak menyesal 

Lepas tu terjumpa dengan Mantot yang tulis blog Cursing Malay, Hamka Kereta Mayat (Naja kata muka dia pervert huhuhu) dengan Aloy Paradoks, lepas tu Rozy apatahnama penulis buku yang jugak pengurus Dato Siti. Oh terjumpa jugak Nadia Khan penulis buku Gantung. Rasanya ramai lagi author yang saya follow online tapi tak kenal muka sebab tak pernah tengok. Yang tahu deorang ni ada pun sebab deorang duduk dekat reruai (lol) promote buku memasing. 
Petang tu, kami makan Texas Chicken dekat MINES, lepas tu kami pun berpecah membawa haluan masing-masing. 

Ya, hasilnya inilah tangkapan dan hasil menuai padi di PBAKL MAEPS pada 2 Mei tersebut:

Itu saja peeps. See you next week. InsyaAllah saya pergi mencandat sotong minggu ni. Nanti boleh share experience. Tungguuuu hehehe

Bye and Assalamualaikum

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter