Yup, I know it sounds funny. When was the last time you fall into a drain?
Saya baru jatuh longkang besar. No,I should capitalize it. LONGKANG BESAR. Besar mana longkangnya? Saiznya lebih tinggi dari 2 meter, lebarnya boleh masuk 3 orang berdiri sebelah menyebelah. Besar! Kalau terperosok dalam memang tak dapat keluar tanpa bantuan orang lain.
Ceritanya bermula pada pagi Selasa, 30 Disember 2014.
Seperti biasa rutin hari bekerja Isnin hingga Jumaat, bangun dengan perasaan grumpy, mandi siap-siap, terus turun nak pergi dekat kereta. Sebab malam tadi ada pasar malam, terpaksa parking jauh sebab parking semua penuh.
Dalam pukul 6:50 pagi tu dah keluar dari rumah, ambil lif turun ke lobi. Sebab saya baru pindah, tak dapat parking dekat dalam rumah. Parking nuuuun jauh dekat luar.
Untuk sampai ke kereta, saya kena seberang longkang. Dan yesss, di sinilah berlakunya tragedi Disember ku.
Sebaik saja kaki saya menjejak penutup longkang konkrit, licin – penuh dengan lumut-lumut hijau yang dibasahkan dengan hujan waktu malamnya, terus tergelincir masuk ke longkang. Jumlah masa – kurang dari 1 saat.
Dalam masa satu saat itu, agak sukar untuk mengatakan apa yang sebenarnya saya fikirkan. Tapi perkara pertama dalam otak dalam bahasa emosi ialah ‘I’m screwed! Totally screwed!’
Sebaik tergelincir menjunam dalam longkang, sebelum sempat kaki mencecah lantai longkang yang dalam, mungkin juga kerana ketajaman sudut jatuh, saya terpaut ke dinding longkang. Yaa, terpaut secara tak sengaja. Tangan saya berpegang di hujung tebing longkang.
Kaki saya langsung tak mencecah tanah. Dalam fikiran saya tahu kalau saya lepaskan tangan, saya takkan boleh panjat semula longkang ni.
Dalam keadaan tu, dengan kekuatan yang datang tiba-tiba (atau dengan muscle memory yang masih teringat latihan di PLKN), kaki saya terus diangkat ke atas dinding, sampailah ke tebing. Dengan kekuatan tangan dan kaki yang dipautkan ke dinding, terus saya angkat badan naik. Alhamdulillah, dengan first try dah berjaya *agak bangga sebenarnya boleh berjaya dengan kemampuan diri sendiri* hehehe
Sebaik sampai ke tebing, benda pertama saya fikirkan ialah kotor mana baju? Baju tak berapa kotor, tapi seluar kotor dan koyak. Dengan galas 2 beg laptop dekat belakang dan mujurlah dua-dua tak jatuh, saya jalan masuk kereta. Pulas kunci, hidup enjin. Lama duduk dalam kereta termenung sebab masih terkejut.
Terus saya mesej Kimok bagitahu tak jadi carpool dengan dia. Saya pun bawak kereta cari parking depan rumah. Naik balik rumah dengan baju dan seluar yang kotor.
Sampai-sampai rumah terus basuh baju. Terus mandi buat kali kedua pagi tu. Masa mandi tulah baru sedar kecederaan dekat tubuh sebab badan rasa pedih-pedih kena air. Tangan kiri luka dekat jari kelingking, tapak tangan terkoyak. Tangan kanan luka dekat siku masa nak panjat dinding sebab saya gunakan siku sebagai topang, lepastu jari-jari bengkak sampai nak bengkokkan jari tak boleh.
Dekat betis ada calar panjang, lutut belah kiri pun luka.
Tiba-tiba tanpa dijemput perasaan sayu datang. Sebab selain daripada orang dekat tempat kerja, saya fikir siapa lagi yang boleh saya ceritakan bila dalam kesakitan. Nak telefon Mak takut Mak risau beria. Nak bagitahu kawan lain, siapa je yang peduli. Entahlah, rasa sedih semacam je. Kalau fikir balik, antara sebab saya tahu saya kena panjat semula longkang tu sebab saya takut takde siapa akan datang selamatkan saya.
Lepas mandi tu saya mesej colleague dengan bos, bagitahu hari ni masuk lambat sebab jatuh longkang. Deorang reply, tapi saya letak phone ke tepi, terus tidur *hehehe*.
Sebab lepas jatuh tu, terus rasa macam sangat penat. Saya cuma bangun bila mesin basuh dah berhenti.
Tengahari tu bila nak datang ofis sakitnya jari nak pegang stereng pun tak boleh. Dengan tapak tangan kiri yang terkoyak dan jari-jari tangan kanan yang kembang sebab bengkak, saya terpaksa genggam stereng guna ibu jari dan jari telunjuk saja.
Sampai dekat ofis tu, bos gelak-gelak sakan bila saya cerita pengalaman saya jadi hero Hollywood nak panjat longkang. Katanya “Kenapa tak ambil off terus?”
Kalau saya cuti nanti deorang tak percaya pulak saya jatuh longkang. Kenalah tunjukkan bukti luka-luka bagai.
Itulah pengalamannya jatuh longkang sempena harijadi ke 25. Huhuhu.
alahai kesian nko dik. akk pon tergelak gak mula2. tapi bila terpikir balik sayu jerk hati bila jauh dengan orang terdekat yang boleh dibawak mengadu. macam akklah mula2 nak mulakan hidup dulu....
ReplyDeleteItula kak. ada masa bila fikir kelakar, ada masa bila fikir sedih
ReplyDeleteT.T