28 October 2014

GAJI



This could be me, but I don’t even have the money to buy the tie. And also the shirt for that matter. And the watch and the belt and the pants. And also I’m too fat to be this guy.
 
 
 
Bulan ni gaji masuk lambat betul rasanya. Sebab 31 hari bulan jatuh hari Jumaat, kena complete satu minggu penuh baru dapat paycheck.
 
Disebabkan gaji malu-malu nak masuk, saya dengan tak malunya terpaksa pinjam duit Mak. Ya, dah tua bangka pun masih lagi memintak-mintak dengan Mak. Ya ampun maluuu *lari sembunyi tepi almari* runintears
 
image

Bukan salah saya rasanya. Sebab bulan ni macam-macam duit kena advance. Pergi sampling memang keluar duit sendiri, makan minum, tuang minyak, lepas tu tayar bocor kena paku masa pergi Johor Port, kena ganti dua bijik, dua lagi kena tampal, buat balancing semua habis dekat RM400. Lepas tu kena bayar yuran final sem dekat UPM, pun habis RM400. Kereta RM450, sewa rumah RM350. Haa, kiralah semua. Lebih 1k jugak kan habisnya. Gaji pulak lepas potong EPF SOCSO, insurans semua berapa kerat je tinggal. Nak jadi cerita, minyak pulak tiba-tiba naik harga tapi claim perjalanan kompeni tak naikkan pun. Ciss!
 
Tapi kena sentiasa bersyukur. Alhamdulillah. *bukan perli* Sekurang-kurangnya, saya masih mempunyai pekerjaan tetap dan keluarga yang boleh membantu di saat-saat sukar.
 
Jadi sebab kepokaian melanda, terpaksalah saya kembali ke diet mee Maggi sementara menunggu gaji masuk. Yaa, dah tua bangka pun kena makan maggi. Tapi daripada makan pasir, lagi baik makan Maggi kan.
 
Sekarang ni waktu pagi saya beli kuih RM2, dapatlah 6 ketul. 3 makan breakfast, 3 makan masa lunch. Malam pulak dinner makan nasik lemak ayam RM6. So sehari spend RM8 untuk makan *sementara tunggu gaji masuk* Ya saya pokai. Tak malu nak admit. Hewhew
 
Haritu disebabkan kedai nasik lemak ayam favourite saya tutup sebab weekend, pergilah makan malam dekat kedai sebelah dia. Kedai sebelah dia ni saya tak berapa gemar sebab makanan dia tak kena citarasa saya. Saya target memang habis RM6 je untuk dinner, saya pun ambiklah nasik putih dengan lauk ayam goreng, sayur sikit-sikit je, dengan tempe. Lepas tu order teh o panas.
 
Saya bajet nasik RM1.50, ayam sebab kecik RM2.50, sayur sikit je ala-ala timun seketul, paling busuk pun 50sen, tempe takkan mahal sangat kan RM1 la paling mahal pun, teh o panas RM1. So nasik + lauk habis RM5.50, minum habis RM1. Semua dalam RM6.50 laa. Tapi ternyata perkiraanku silap!
 
Bila nak bayar tu, suruh gadis cashier tu kira, sekali dia kata nasik RM7.50, air teh RM1. Semua sekali RM8.50. Masa tu kan automatically dalam otak “HOTAK KAU NASIK RM7.50! MAHALLAH GILA!”
 
Terus bad mood dan bengang. Mulut dia main sebut je harga berapa dia nak tanpa betul-betul ambil kira portion yang kita makan. Pura-pura congak laju-laju la. Nak je saya sound balik “Dik, nasik berapa ringgit? Ayam berapa ringgit? Sayur berapa ringgit? Kau bela ayam sendiri ke mahal sangat? Sayur tu baru petik dekat Cameron ke?” 1gru
 
Seriously masa tu saya ambil sikit sangat makanan sebab on budget, jadi bila kena mahal jugak terus ban kedai ni sampai mati. Kalau tahulah kedai ni mahal cenggitu sekali, baik makan dekat KFC je.
 
Zaman sekarang tak beragak kan orang berniaga ni. Mahal kemain ikut suka dia. Padahal dahlah kedai illegal tepi jalan takde permit, sewa kedai tak payah bayar, cukai apa semua takde, tapi harga nak standard macam kedai normal.
 
Zaman sekarang kan, putting political influence aside, memang terasa macam susah sangat nak survive. Kompeni bayar gaji kalau boleh seminimum mungkin, tapi expect kita kerja 200% daripada gaji. Lepas tu karang kalau kita jump company yang bayar lebih, kata kita tak sabar, orang muda asyik jump company. Dah kalau kau sayang employee, why not buktikan bayar gaji yang setaraf dengan kemampuan dia?
 
Ada setengah kompeni asyik komplen. Staf pemalas, tak reti mende. Dah masa kau grad dulu, kau pandai sangat ke semua benda? Terus tahu buat kerja segala benda? Tak kan? Semua benda nak kena start dari bawah. Lepas tu bila kita tak tahu buat kerja mulalah pulak komplen. Pastu bayar gaji ciput sebab alasan dia “Fresh grad tahu apa? Sebab tu kita bayar gaji you murah!” Tapi dia sendiri cakap “Zaman sekarang susah nak hidup” Dia tahu tapi still bayar gaji kita semurah mungkin. How hypocritical!
 
So disebabkan bengang dengan kedai makan tu yang menjana pelbagai carutan sampai tetiba tercarut kompeni sekali, esok malamnya saya kembali semula ke kedai nasi lemak ayam RM6. Selalunya yang serve saya sorang abang tu, tapi haritu dia takde. Yang serve saya haritu sorang mak cik. So saya pun orderlah nasik lemak ayam goreng macam biasa yang betul-betul bajet RM6. Masa dah siap order mak cik tu pun cakaplah
 
“Enam ringgit”
 
Sebab dia cakap macam slow, dan jugak sebab saya memang terbiasa tanya dua kali, saya tanyalah untuk kepastian.
 
“Berapa mak cik?”
 
“Enam setengah”
 
Damn you mok cik! In a second terus naik 50 sen. Kalah Bursa Saham Kuala Lumpur. Mak cik ingat ni main saham ke, tiap saat harga boleh berubah? Kalau tanya kali ketiga mau naik RM1.
 
Jadi dengan muka ketatnya saya hulur not 20 ringgit sekeping. Mak cik tu tanpa wajah takut atau bersalah terus ambil duit tu lepas tanya “Ada 50 sen dik?” Terus saya kata takde.
 
Cuba kalau saya tak halalkan 50 sen ni dekat mak cik ni, dekat akhirat nanti mak cik kena cari saya tahu – kata saya dalam hati. Saya golongan asnaf tahu makcik. Saya memang takde duit. Mak cik buatlah perangai yahudi camni, tak redha saya nanti. Begitulah antara carutan dalam hati saya sambil memandang muka mak cik tu dengan penuh kemarahan.
 
Eiiii lah perangai manusia. Kalau tamak tu ada dalam hati, 50 sen pun dia boleh bedal. Teringat perangai Pak Cik Kalkulator. Sama dengan perangai mak cik 50 sen ni!

4 comments:
Write curses
  1. "Ada setengah kompeni asyik komplen. Staf pemalas, tak reti mende. Dah masa kau grad dulu, kau pandai sangat ke semua benda? Terus tahu buat kerja segala benda? Tak kan? Semua benda nak kena start dari bawah."


    Tanpa sedar, membaca ayat ni sambil mengangguk setuju.

    Agaknya makcik tu caj 50 sen kot untuk setiap ulangan suara. *geleng kepala*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes! ada pun orang bersetuju!

      kekeke. betul tu. mak cik tu caj suara dia.

      Delete
  2. tu la hengko tanya banyak sape suruh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. pengajaran penting ni. jangan tanya banyak harga makanan dekat kedai hu3

      Delete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter