08 September 2014

Cerita Menghantar Thesis Master (1)

Cara hantar master thesis UPM
Yes! Terabadi juga momentnya dalam fesbuk!

Hari tu hari Rabu, 27 Ogos 2014.

Memang saya sudah lama nekad, dua hari terakhir sebelum sem ni berakhir, saya akan pulang semula ke UPM untuk menyudahkan hutang yang lama tertunggak – menghantar thesis. Dan sem ini hanya berbaki lagi dua hari – 28 dan 29 Ogos. Minggu depannya dah masuk sesi baru 2014/2015.
 
Jadi walaupun daripada hari Isnin bos tak masuk ofis, saya nekad nak balik UPM tanpa borang cuti yang bertandatangan sah. Dalam hati saya dah kata, kalau dia nak buang saya sebab saya nak menyiapkan Master, saya tak kisah. Sebab bagi saya pelajaran mesti letak nombor satu sebelum benda lain.
 
Jadi petang Rabu tu lepas habis kerja terus saya pulang ke rumah sewa. Pek barang-barang yang patut, saya bajet dalam 2-3 hari keperluan. Terus saya drive balik ke UPM tanpa tangguh-tangguh.
 
Dan sungguh dalam kereta tu rasa jiwa mula bergumbira nak kembali ke UPM. Tanpa saya sedari, selama ni, saya rasa sangat bahagia berada dekat UPM, for many obvious reasons. Tapi tulah semua orang kata kena ‘move on’ takkan selama-lamanya nak stay satu tempat lama-lama. Itu memang tak mungkin terjadi. Saya pun terpaksa go with the flow; tinggalkan UPM, explore kehidupan baru.
 
Malam tu saya sampai UPM dalam pukul 10.15, daripada bertolak pukul 7.00. Average speed saya drive 120km/j, sebab memang excited nak balik semula. Nak jumpa supervisor, coursemates, juniors, fakulti. Hehe. (/s)
 
Tapi lalu je depan UPM. Sebabnya dah takde siapa dah kawan-kawan dekat UPM yang nak tumpang tidur. Saya balik Cheras malam tu dekat rumah Hafiz, my schoolmate. Besok tu barulah balik UPM.
 
Masa balik UPM tu actually tak siap lagi thesis betul2. Still ada lompong2. Table of content, list of figures, abstract. Balik tu memang banyak benda nak kena setel. 1, tak boleh hantar thesis sebab examination committee belum endorse. Maksudnya thesis saya kalau hantar takde siapa yang akan periksa. 2, sebab status pengajian saya terminated sebab pendaftaran dah dibuka untuk sem baru. Saya kira tak berdaftar. Jadi pagi tu je dah kena bersilat naik ke Sekolah Pengajian Siswazah aka School of Graduate Studies aka SGS untuk setel semua urusan.
 
Masa dekat kaunter, saya tanyalah tarikh terakhir hantar thesis. Rupanya akak tu cakap 2 September, which means dari hari tu, iaitu hari Khamis, masih ada 5 hari tinggal untuk submit. Wah dah cukup bagus! Saya ingatkan 29 Ogos hari Jumaat tu paling penghabisan sekali. Tapi saya kena bayar RM50 untuk review of termination, lepas tu isi borang sekian2. Lepas isi borang kena jumpa Doktor Penyelia untuk endorse pulak. Then kena tunggu pejabat timbalan dekan fakulti luluskan. Wah panjang benar prosedur birokrasi!
 
Makanya saya pun berkira-kira nak submit thesis minggu depannya, hari Selasa lepas cuti ganti merdeka. Tapi masalah baru pulak timbul – nak stay dekat mana. Baju-baju pulak stok 2-3 hari je. Tapi takpelah, isu lagi genting ialah nak menghantar thesis on time. Yang lain tu semua boleh fikir kemudian.
 
Jadi hari tu dapatlah jumpa most of my friends yang masih ada dekat UPM. Looi, Carmen, Kak Gee, Yiing Chiee, Ana, dan jugak jumpa supervisor. Melepaslah segala rindu bagai *haktum!*. 2 minggu sebelum tu jumpa Shukor dekat JB, dia bawak makan kacang pool. Melepaslah akhirnya rindu dekat semua orang. Hahahaha
 
Sempatlah jugak berbual-bual menyampaikan amanat dekat adik-adik junior. Saya melawat semula lab tempat buat projek Master dulu. Wah supervisor dah ada student baru! Amirul namanya. Nampaknya dia nilah yang bakal menyambung kerja-kerja dengan Doktor Penyelia. Jaga kelas, pergi fieldwork. Bagus-bagus.
 
Masa borak dengan Amirul tulah saya perasan ada something yang buatkan saya rasa gembira duduk dekat UPM. The word is ‘respect’. Baru saya sedar selama ni dekat fakulti saya dihormati ramai orang, in a sense that ramai yang tanya pendapat bila buat FYP, projek Master, on lab procedures. Yang bertanya pendapat saya dan menghormati pengetahuan saya sebagai seorang student Master. Which is something yang saya tak dapat dekat tempat kerja baru. Most probably sebab saya budak baru dekat tempat kerja, while dekat fakulti saya senior. Maka respect itu perlu di’earn’, bukan diberi. Saya bermula semula dengan kosong. And sadly even more, expertise yang saya dapat daripada buat projek Master tak boleh diapply dekat tempat kerja, which is a waste. 26(1)
 
Then malamnya pulak jumpa Gedil, Hafifi dengan Kimok. Sempatlah celebrate birthday si Hafifi yang dah belated dekat sebulan. Rasanya memang lain sebab semua dah bekerja waktu tu. Sebelum tu kalau jumpa, ada lagi yang masih belajar.
 
Besoknya hari Jumaat tu saya stay fakulti dari pagi sampai petang menyiapkan apa-apa yang patut. Kalau ikut perancangan asal, hari ni patut saya dah submit thesis. Tapi sebab dah tukar minggu depan, saya still siapkan thesis, menambah bahagian yang perlu, edit bahagian yang patut.
 
Esoknya hari Sabtu, tiba-tiba (ex)roommate ajak keluar. Kebetulan lebih kurang sebulan sebelum tu harijadi dia. keluarlah kami berempat pergi karaoke (dulu upacara wajib bulanan hehehe); saya, Kimok, Hafifi dengan roommate. Celebrate pulak birthday dia. Memang sepanjang duduk sebilik dengan roommate, tak pernah lagi termiss sambut. Dan dia pun tak pernah miss sambut birthday saya *amaran untuk roommate: sila sambut birthday aku tahun ni! you’ve been warned!*
 
Dekat Greenbox karaoke tulah kami menyambut birthday dia, surprisenya yang menghantar kek tu pekerja Greenbox tu. Dia memang ada service untuk celebrate birthday. Roommate terkejut tak sangka sambut birthday dia sebab dekat 2 bulan dah masa tu. Hekhekhek. Mestilah sambut sebab semua orang deserve untuk diingati walaupun setahun sekali.
 
Jadi lepas tu weekend tu saya stay fakulti je menambahbaik thesis on the last minute. Hari Isnin tu cuti ganti Merdeka, 1 September. Saya stay rumah De dekat Shah Alam, sengaja jumpa anak-anak sedara nak cium peluk lepas rindu. Sejak keje dekat JB manalah ada kesempatan nak bercuti lagi *sobs3* xp1

Malam tu stay up sampai pukul 4 pagi sebab nak finalisekan thesis.
 
Malam tu, saya bancuh teh strawberry satu jag, goreng keropok tengah malam, kunyah bsikut raya yang baki raya, buat maggi bubuh telur dua butir. Sebab stress. Saya memang jenis kalau tengah writing thesis, mulut tak berhenti kunyah, walaupun rasa macam nak termuntah. Selalunya mesti habis Nescafe atau Milo satu jag, at least. Setengah orang perlukan rokok to keep going, saya perlukan makanan je. *alasan cover sebab badan menggebu macam marshmallow* hewhew vomong
 
Esoknya balik semula ke UPM.
 
Mulalah bekerja menyiapkan benda-benda yang tinggal. Masukkan table of content, finalise thesis, buat report turnitin, burn soft copy dalam CD. Memang rasa nervous dan tension gila, sebab dah hari last nak hantar. Dengan tak breakfast lagi. hac7
 
Masa tu rasa bersyukur gila ada Yiing Chiee. Dialah yang tolong managekan thesis yang diprint ikut bahagian satu-satu, dialah yang tolong burnkan soft copy dalam CD. Siap teman hantar thesis tunggu amek nombor giliran sampailah hantar thesis.
 
Sebelum bergerak ke SGS sebelum lunch hour tu jumpa dengan Doktor Penyelia kali terakhir. Mood kami berdua agak positif sebab masing-masing happy akhirnya dah ada satu produk daripada hasil 3 tahun kami berganding bahu. Doktor Penyelia ajak join family dia lunch sekali, tapi sebab masa tu dah janji dengan Yiing Chiee nak lunch sekali, jadi terpaksa tolak. *sedih walaupun gembira sebab akhirnya kerjasama dengan Doktor Penyelia dah menemui penamatnya* Time to say goodbye to the glorious 3 years we shared.30(1)
 
Kami sampai dekat SGS tu yang kelakarnya ramai gila nak hantar thesis, lepas tu thesis semua berbalut plastik kuning. Obvious sangat print dekat kedai sama lol. Lepas ambik nombor giliran tu boleh pulak saya dengan Yiing Chiee main-main dekat sofa tempat tunggu viva macam budak kecik. Sebab rasa seronok gila dah.
 
Masa lepas hantar thesis tu ya Allah, rasa macam satu gunung dekat belakang kita yang kita pikul tiba-tiba dah hilang. Perasaannya macam tak tahu nak describe macam mana. Macam rasa menang cabutan bertuah dapat kereta. Then teringat roommate kata, “masa hantar tu kau rasa macam weih! Moment penting hidup ni! Kau rasa kena ingat moment ni!” Apa lagi, check in la sekali:
 

Lepas tu kami pergi makan Chicken Rice Shop dekat Alamanda *sebab ada diskaun student hehehe*
 
Masa tulah kami bersembang buat kali penghabisan. Saja tease Yiing Chiee ejek dia sebab dia sorang je tinggal dekat UPM buat PhD.
 
Saya kata nak sambung buat PhD, tapi tak tau nak buat dekat mana. Saya kata nak buat dekat UPM, tapi dah lama dekat situ. Dah kena move on.
 
Then dia cakap “Kalau nak sambung; sambung dekat mana-mana pun sama. Biarlah kalau orang kata macam-macam pun, tapi you dah happy duduk dekat UPM, buat apa nak kisah cakap orang? Sambung jelah dekat UPM.” Or lebih kurang begitulah kata dia.
 
Betul jugak kan. Kalau dah bahagia, kenapa kena ikut cakap orang yang kata kena move on la, apelaa. Kalau dah bahagia, kenapa sengaja nak menderita sebab ikut cakap orang lain? Dah kalau rezeki kita dekat sini?
 
Hmmmmmmmm….. (Bersambung)

2 comments:
Write curses
  1. Tahniah Tenet! Alhamdulilah. Aku sangat gembira mendengarnya. You earn my respect, my dear!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear! we can do it together! convo together next year! :D

      Delete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter