05 September 2014

Thesis Submitted!!

Cara hantar thesis UPM
Thesis masterku yang sudah complete!

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, akhirnya saya berjaya menghantar thesis Master ke Sekolah Pengajian Siswazah untuk dinilai pemeriksa. *campak mercun letup-letup* *campak konfeti!!*
 
*Kekoknya tak update blog dah lama T.T*
 
Selepas 3 tahun beremuk redam menadah air mata siang malam, terberanaklah jugak satu tesis hasil perhubun segala bentuk penderitaan zahir batin. Nak diceritakan serba serbi pengalaman buat Master ni, nak kata susah sebenarnya tak berapa susah, tapi susah sebab nak motivate diri sendiri tu cabaran paling besar sekali.
 
Kitalah yang kena bertekad tiap hari nak menghabiskan perjalanan yang selalu nampak macam takde penghujungnya *hewhewhew*
 
Sepanjang tiga tahun ni jugaklah macam-macam benda berlaku, daripada kawan-kawan ramai memasing tinggal makin sikit, daripada mula-mula gembira buat research sampai baca perkataan berkaitan research kita rasa nak termuntah, daripada rasa macam-macam sampai takde perasaan.
 
Jadi setelah mengharungi segala benda bagai, tukar supervisor, tukar projek, sample rosak, queue nak guna alat panjang, motivation takdak, paper kena reject, tak dapat elaun, kena pindah randah kolej, lepas genap 3 tahun akhirnya terasa terbalas jugak segala kepayahan tu.
 
Tapi buat Master actually satu pengalaman berharga yang sangat bernilai buat diri kita. Hanya orang terpilih saja yang akan melaluinya, dan semua itu adalah takdir dan rezeki Allah. Ada orang yang nak sangat buat, tapi sebab macam-macam rintangan hanya tinggal mimpi. Sampai sudah bila kita berbual dengan dia dia sebut “nak sambung, nak sambung, tapi....” Ada yang nak buat tapi sebab takde duit, terpaksa lupakan impian tu. Jadi kita yang berpeluang menempuh alam Master ni kenalah pergunakan peluang ni sebaiknya.
 
Memang ada masa rasa malas gila. Sampai dalam tempoh 2-3 bulan tak buat apa-apa, bukak laptop tengok movie dengar lagu. Dalam tempoh tu mulalah bukak jobstreet, cari kerja sebab rasa buntu. Semua tu kalau tak terasa masa buat Master, bukan buat Master research namanya. Itu semua sebahagian penting pengalaman mengerjakan Master.
 
Actually saya masa sem 6 dah start aktif cari kerja, konon-konon berharap lepas habis writing thesis je terus dapat kerja. Lepas tu dapat kerja dekat syarikat construction, tak sampai seminggu dah lari. 9coolpudencyBalik semula UPM.
 
Lepas tu dapat kerja titled “engineer” dekat JB. So sampai sekaranglah kerja engineer ni, baru nak masuk dua bulan. Masa buat kerja engineer nilah saya betul-betul serius menyiapkan thesis Master sebab nak cepat grad. Alhamdulillah, orang kata kalau dah kerja susah nak siapkan thesis, tapi bagi saya masa bekerjalah lebih motivated. *sebab kerja tak best dan nampak Master ni tiket untuk pergi jauh dari kerja sekarang hekhekhek*
 
Oh tapinya hantar thesis ni bukannya maksud Master dah siap. Sebab lepas ni akan ada Viva voce dan jugak correction submission dan hard cover thesis. Tapi takpelah, sebab the beginning of the end dah bermula. Sebab bila dah submit thesis maksudnya kita dah mula bergerak ke titik akhir pengajian. Dan itulah yang paling penting sekali.
 
Ada orang pelik sebab buat Master sampai 3 tahun. Budak2 lain buat Master ada setahun ada dua tahun. Awat lama sangat? Jawapannya ialah: destinasi sama, tapi jalannya lain2. Ada ditakdirkan dapat jalan dekat; ada yang dapat jalan lambat. Tapi mana-mana jalan kita lalu sekalipun, asalkan kita tak putus asa dan terus berjalan sampai ke hujung, itu sendirinya adalah satu kejayaan. Itulah sebenarnya pengajaran paling penting saya belajar daripada buat Master.
 
Jadi itulah ceritanya buat masa sekarang. Saya akan lebih aktif berblog lepas ni. Yup, saya memang jarang aktif berblog sebab nak cepat siapkan thesis Master. Sebabnya tiap kali nak update blog mesti terfikir “Daripada aku guna masa aku depan laptop ni tulis blog, baik aku tulis thesis!” Jadi banyaklah idea-idea blogging terpaksa simpan dulu.
 
Dan mungkin jugak lepas ni saya akan tulis pengalaman di U lebih kepada retrospektif daripada masa langsung. Sebabnya dah tak duduk dekat U Emo.HaLinh.Vn_173
 
Tapi saya masih lagi seorang budak U; once budak U, forever budak U.
 
Dan jugak, insyaAllah lepas siap Master dan takde aral melintang, saya akan kembali ke U untuk menyambung pengajian Ph D.
 
“PhD dekat UPM lagi ke?” ada orang tanya. Itu, nanti kita tunggu. Hehehehe cuoibua

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter