Sebenarnya bila masuk UPM saya rasa bersyukur sangat. Kemudahan semua lengkap. Nak pergi kelas ada bas, nak study ada library, kolej semua complete. Bilik besar, tandas cantik. Walaupun kolej ni macam dah uzur, tapi saya rasa selesa. Terima kasih UPM. Bilik saya dekat UPM lagi besar dari bilik saya dekat rumah. Air dekat kolej lagi kuat dari air dekat rumah. Dan uSpot UPM ialah ISP yang kedua terlaju di Malaysia. Rumah saya takde internet pun. Hah, nak apa lagi? Tapi orang lain tidak begitu bersyukur.
Sewaktu server SMP down, semua menyumpah. Cakap sistem hampeh. Kutuk-kutuk Pentadbiran UPM. Padahal biasa la tu kalau renovate. Kalau rumah kita tengah renovate pun takkan kita expect dalam keadaan sempurna. Lepas renovate baru cantik. Tapi kalau tak renovate macam mana nak jadi cantik? So maksudnya kepayahan tu adalah sementara untuk dapat sesuatu yang lebih baik.
Bila ada apa-apa masalah, semua nak salahkan UPM. Rasuah, pecah amanah. Staf BHEP tak buat kerja. Saya sendiri pun tak cakap staf UPM betul. Selalu je saya pergi BHEP waktu pejabat nampak staf BHEP tengah ngeteh dekat kafe. Tapi takkan semua salah deorang? Kenapa tak fikir salah diri sendiri dulu? Dan kenapa kalau dapat apa-apa yang baik daripada UPM tak pernah cakap terima kasih? Hilangnya budi daripada mahasiswa. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat-buat tak nampak.
Ternampak abang yang repair paip tadi waktu saya nak mandi. Dalam kotor2 tepi longkang, dia menjamah nasik bungkus. Baju dia pun comot-comot. Tengah rehat sekejap untuk makan tengahari. Cuba bayangkan kalau itu ayah kita. Tak rasa sedih ke? Dahlah buat kerja kotor macam tu, kena tuduh tak buat kerja pulak.
Kalau ikutkan, kawan saya yang duduk U dekat oversea takde bas nak pergi kelas. Kelas jauh dari asrama, jalan kaki je. Yuran mahal nak mampus. Dekat UK kerajaan Malaysia tanggung beratus ribu ringgit untuk seorang student Malaysia dapatkan degree. Kita yuran dah cukup murah pun tak reti bersyukur. Lepas tu tuduh-tuduh orang zalim. Bila tanya apa bukti? taknak tunjuk. Suruh cari sendiri. Padahal dia sendiri menzalimi diri sendiri.
Ops, tersasar lak. Tiba-tiba terkutuk golongan tu. Teringat peristiwa perjumpaan JPA. Ada seorang ahli kumpulan tu yang sibuk bertanya soalan. Rupanya dapat tajaan JPA. Dia hidup dekat UPM pun atas belas orang lain, tak perlulah nak menjadi begitu buta hati. Kalau betul kerajaan @ UPM zalim, jangan ambil duit biasiswa. Takkan nak makan duit orang zalim kot? Oh lupa. Duit tu rakyat yang punya. Bukan kerajaan. Hehehe… Tapi teringat pulak dekat USA pun kerajaan tak tanggung student masuk kolej. Dekat Malaysia semua student dapat bantuan kewangan. Em, sebab apa agaknya ye? Zalim betul kerajaan kita!
Dan lagi satu. Ada blog politik pembangkang linkkan blog saya kepada blog dia. Mindar***t.com. Tapi dia block saya daripada bukak website dia. Agak kurang ajar di situ. Suka hati nak link-kan blog saya tanpa kebenaran. Kalau cakap pasal agama semua tahu. Tapi masuk rumah orang tak reti ketuk pintu. Bila dah masuk dia pulak kurung kita dekat luar. Benci-benci! Sudah2, taknak cakap politik dah.
Kesimpulannya, jadilah manusia yang pandai bersyukur dan berterima kasih. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Kadang-kadang kesusahan tu datang bukan sebab kezaliman, tapi sebab untuk mendapat sesuatu yang lebih baik, kesusahan itu perlu dilalui terlebih dahulu. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmatNya ke atas bumi Malaysia.
“Ya Allah, aku bersyukur! Alhamdulillah atas kurniaanMu. Jauhkanlah aku dari sifat bakhil dan bongkak"
patutlah nampak diorang mandi kat tangki tadi :P
ReplyDeleteoooo...cuci mata ye syida? hehehe!
ReplyDeleteAku stuju 200 peratus. Kita patutnya bersyukur. Aku ada gak terlepas ktuk pak cik Ali... terasa lak bila baca post ni. Thanks bedaduz...
ReplyDeleteAku sekarang terpaks melakukan 'perpindahan permandian' di kolej lain sementara tunggu kes ini selesai. :D
Lagi satu aku ada terbaca pasal satu golongan UPM yang mengutuk segala macam apa yang UPM buat. Konon UPM tak hargai pelajar mereka. Hey! What a rude attitude there u have. Kalau tak suka, pergi KUIS k. Tak reti bersyukur langsung! Patut la tak berkat apa yang diorang belajar.
Ingat! Berkat itu datang apabila kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau kutuk-kutuk nanti mana nak datang berkat k. Dosa korang dengan pihak yang dikutuk tu hanya terampun kalau si dikutuk tu ampunkan k.
Aku bersyukur kerana aku ada lagi 2 semester untuk mejadi pelajar UPM yang baik, bersyukur dan taat. Semoga UPM terus maju menjadi universiti yang berilmu berbakti kepada masyarakat Malaysia, Asia, dan antarabangsa.
Alhamdulillah....
ReplyDeleteBersyukur sgt2 sbb dpt kmudahan yang sgt2 selesa kt UPM ni....
paling pnting uSpot....
teringat masa aq first year kt sini...
sangat sedih sbb internet sangat slow... huhu...
kini, xlagi.... internet bleh dgunakan pada bila2 masa sahaja...
Terima kasih UPM!!!!!!!
Hort: skrg dah ade air da..hehehe...tau pown...kutuk2 boleh, tpi dlm mase yg same, jgn lupe jasa org tu kt kite..kalo ade peluang, kite balas jasa die ye..hehehe
ReplyDeleteZiera: tau pown...mase 1st year dlu laju bebenor internet UPM...skg kedua terlaju tau, lepas USM!
Dan percuma gitu~
ReplyDeletealhamdulillah atas kurniaan :)
ReplyDelete