There's a name without a picture, but I can't forget his face
Tell me where did he go, I want to know
Where did Johnny go?
More than sad, it makes me mad to know somebody knows
There's a lying in your silence. Tell me where did Johnny go?”
- Hanson, Yearbook
Sudah pukul 2 petang. Entah berapa kali saya check jam daripada pagi tadi; setiap kali akan diakhiri dengan janji “5 minit lagi! 5 minit lagi!”. Oh sudah sangat lambat. Kelas 2.30. Rasanya baru saja tidur 20 minit lepas, tapi rupanya dah lebih 2 jam saya tidur. Menggelabah saya bangun dari katil.
Saya kemaskan laptop dekat bawah katil. Letak atas meja, on balik. Sambung kepada printer, print assignment watershed modeling yang baru siap buat malam tadi. Benci kelas Ahad! Benci kelas Ahad! Saya menyumpah-nyumpah dalam hati. Lepas print, saya siapkan diri ala kadar. Sembur-sembur mana patut, basuh muka, basahkan rambut. Pakai baju roundneck. Hari Ahad je pun!
Masa nak sampai foodcourt,nampak bas dah bergerak. Damn! Lambatlah macam ni! Tunggu saya! Tapi dah tak sempat kejar, bas tu dah gerak dulu. Memang lambat!
Saya naik bas lagi satu, tapi kosong. Maksudnya lambatlah bas ni nak bergerak; kena tunggu penuh dulu. Oh, nak beli motor! Nak beli motor! Saya protes dalam hati. Pakcik Drebar betulkan speaker bas dia, saya duduk diam-diam. Sebab tak tau nak buat apa, saya bukak handphone. Handphone saya dah elok, tapi saya still pinjam Hafifi punya. Malas nak tukar-tukar simcard, delete message, sent items semua. Hari tu lebih 2 hari screen tak bernyala sebab masuk air hujan masa masuk ladang buah UPM.
Masa tengah browse phone, saya bukak phonebook. Check semua contacts. Bas pun lambat lagi bergerak. Masa tu contacts yang ada hanya a few yang ada dalam simcard saya. Yang saya save dalam phone takde. Tiba-tiba rasa nak mesej nama-nama yang dah lama tak dengar berita.
Contact: KPZ nasir
Nasir ni kawan saya masa orientasi dulu. Saya kenal dia masa budak KPZ dengan KOSASS (atau K5, dah tak ingat) datang sembahyang jemaah untuk program motivasi Dr Shatar dekat Dewan Bendahara KTP. Saya tegur dia sebab dia duduk sebelah saya, then dekat situ kami start kenal. Dia budak English, tapi saya tak ingat specific course dia. Lepas tu dia mintak nombor saya. Saya pun bagilah.
Kami selalu jumpa dekat foodcourt, jarang borak-borak sebab jumpa sekejap je. Kadang-kadang dia cerita masalah dia sebab dia kurang yakin nak cakap English. Kami borak-borak biasa-biasa je, tak pernah lepak-lepak keluar. Lepas tu masa second sem, dia mengadu dekat saya, sebab dia kena ragging dekat blok.
Masa tu dia jadi pengurus pasukan memanah untuk kolej dia, tapi kolej dia tak hantar wakil. Sebab wakil kolej semua ada hal. Dia dah bagitau Pusat Sukan, Pusat Sukan OK, tapi dia tak bagitau pihak kolej. Sebab tak hantar wakil, kolej dia kena demerit. Disebabkan benda tu, dia kena torture dengan senior. Benda tu buat dia jadi depressed.
Mula-mula dia kata nak tukar kolej, lepas tu nak extend. Saya nasihatkan dia, kata lebih baik tukar kolej, tapi jangan extend. Dia kata dia dah mintak borang kolej serumpun, tapi dia tak tau nak tukar ke tak. Sejak daripada tu, saya dah tak nampak dia. selalu dekat foodcourt, dia akan makan dengan kawan dia. tapi lepas tu, saya nampak kawan dia je, tak nampak dia dah.
Dipendekkan cerita, lepas 3 tahun, saya pun mesej nombor dia tadi. Nombor pertama saya mesej hari ni.
“Salam. Nasir, do you still use this number?”
Dia tak reply, sampailah malam tadi, pukul 8.43.
“Yup, i still use this no – nasir”
Saya pernah mesej dia sekali dulu lepas dia menghilangkan diri, tapi dia tak reply. Kira ni kali pertama dia reply mesej saya dalam tempoh 3 tahun ni. So kami pun bersembang, update pasal diri masing-masing.
Rupanya dia berhenti belajar terus lepas kena torture dengan senior kolej. Sekarang dah kerja dekat USM. Sayangnya, cuma sebab kena ragging je dia dah berhenti belajar. Dia cakap nak buat PJJ dekat UiTM lepas ni. Saya doakan dia berjaya.
Contact: YPP Syukri
Saya kenal Syukri masa Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran Peladang, tahun 2009 jugak. Kami dapat sebilik dekat Hotel Concorde masa tu. Syukri pemenang nombor dua untuk tahun tu, saya pulak pemenang utama. Kami kenal satu hari satu malam je, esoknya dah berpisah. Kali last Syukri mesej saya masa birthday saya untuk tahun 2009 tu, which was 3 hari lepas majlis penyampaian anugerah tu, and birthday Syukri pulak 4 hari lepas birthday saya (kebetulan). Dia ambil course Remote Sensing dekat UTM. Sekolah pulak dekat SAKTI, Johor.
Lepas 2 tahun, saya cuba contact dia semula, nak tanya khabar berita. Sekarang dia kerja dekat PJ, duduk dekat Ampang. Saya bagitau dia saya masih dekat UPM, dia pun bagitau dia selalu datang UPM sebab present product GIS dengan attend meeting. Dia pernah present dekat ITMA, Fakulti Pertanian dengan Fakulti Kejuruteraan. Tapi belum sampai Fakulti Alam Sekitar lagi. Lepas tu dia suruh saya add dia dekat facebook.
Contact: nina PNB
“Salam.dah habis belajar belum.stil dgn Pnb ke?”
Saya mesej Nina lepas mesej Nasir. Saya tak sempat pun berkenalan dengan Nina ni. Kami cuma kenal masa ambil ujian untuk biasiswa PNB dekat Menara PNB, itupun sebab dia duduk sebelah saya.
Saya just ambil nombor dia sebab nak tau dia dapat ke tak biasiswa PNB lepas tu. Kami sempat jugak borak-borak sekejap, katanya dari UMP. Masa tu dia kata dia apply JPA, tapi tak dapat. So kira PNB ni last resort dia la. Saya pun cakap dengan dia, saya dah dapat JPA, tapi sengaja datang nak ambil test ni. Just untuk pengalaman. Lepas tu dia macam pelik.
Dia kata, kalau dia dapat JPA dia takkan ambil test PNB ni. So kami berbual setakat tu je. Saya mesej dia sekali lepas keputusan ujian tu keluar. Dia lepas, dan saya pun lepas. Tapi saya terpaksa tolak biasiswa PNB sebab dah dapat JPA. Daripada 52 orang penerima biasiswa tahun tu (2009), saya sorang je yang tolak.
Tadi dia reply mesej saya, katanya masih belajar. Dia tanya siapa saya. Lepas saya kenalkan diri, terus dia tak reply. Mesti sebab dia dah tak ingat saya, lagipun sebab takut saya ngorat dia.
Contact: UPM r8 abg zul
Ni roommate saya masa first year. Second year saya sebilik dengan Hafifi, final year pulak duduk sorang. So kiranya dia jelah roomate saya dekat UPM yang dah terputus hubungan. Kali last saya mesej dia pun masa first year dulu. (Come to think of it, roommate saya dekat UPM dua-dua orang Terengganu. Hmmm, kebetulan)
Orang lain panggil dia Atuk, tapi saya sorang je panggil dia Abang Zul. Sebab saya segan nak panggil dia nama pelik-pelik baru first day masuk UPM. Dia pendiam, tapi sangat baik. Dia ambil course Pendidikan Sains Pertanian. Mula-mula saya contact dia dia tak tau siapa. Mungkin dah tak simpan nombor saya. Rupaya sekarang dia dah berjaya menjadi seorang guru, dia mengajar dekat Kuantan.
Saya bagitau dia, dekat dengan rumah saya je Kuantan tu. So nanti maybe boleh jumpa. Keluarga saya pun selalu tanya saya pasal dia bila saya balik, sebab keluarga saya sempat jumpa dia masa hari pendaftaran dulu, jadi deorang kenal la dengan Abang Zul.
Kalau nak diingat, masa tu memang nervous sebab dah fikir macam-macam pasal roommate. Mujur dapat roommate yang baik, saya pun jadi terkawal sikit masa 1st year. Takdelah buat bising dalam bilik ataupun main-main. So bila saya tak main-main, saya study je. Bagus gila.
Bila difikir balik mereka semua, saya mula rasa rindu masa dulu. Sekarang ni bila dah jadi student Master, kehidupan dah tak macam dulu. Rasa kesunyian tu macam pasir jerlus yang slowly menarik saya ke dasar. Mereka ni macam ranting-ranting tempat saya berpaut sebelum kena tarik lebih dalam.
Saya pun terfikir, susah jugak kita nak selalu contact semua orang yang kita kenal. Memang susah. Kadang-kadang kita ingat deorang, deorang pulak tak ingat kita. Hmm. Saya mengeluh panjang, memikirkan bila agaknya dapat berjumpa semula dengan kawan-kawan lama.
Kadang-kadang bila berpisah, itu mungkin kali terakhir kita melihat mereka. Itu semua takdir Allah, kita tak tau. So kita hargailah orang yang ada depan mata kita sebelum suatu hari nanti kita menyesal bila dah tak dapat berjumpa.
7 Habits of Highly Effective People
4 days ago
No comments:
Write curses