23 June 2015

KERETA ROSAK, DUGAAN BULAN RAMADHAN DAN BUDAYA PELIK ORANG MALAYSIA

Kereta saya si SAGA FL dah banyak kali tiba-tiba mati enjin, especially bila dekat bukit bila kereta tengah berhenti. Pelik kan, kereta auto susah mati enjin macam kereta manual. Bukan susah, tapi mustahil. Mula-mula saya biarkan je, sebab rasa-rasa macam bateri lemah. Lepas dia mati, saya hidupkan balik enjin. Takde masalah.

Tapi makin lama makin kuat meragam. Tiba-tiba mati masa gear D, masa kereta tengah laju. Tapi masa tu boleh lagi dihidupkan lepas bawak kereta ke tepi. Lepas tu tanya jugak kawan-kawan, sebab apa kan kereta auto boleh mati. Teori deorang, sebab tak tukar minyak gear. Ada kata sebab bateri lemah, ada kata sebab alternator rosak. Tapi semua macam tak boleh percaya.



Sampailah tanggal 11hb Jun 2015, hari Khamis. Waktu tu balik kerja, dekat pukul 7. Dekat area Seri Serdang. Tiba-tiba je enjin mati masa tengah drive. Terus kena hon dengan kereta belakang. Saya dengan tenangnya bawak kereta ke tepi, dekat depan rumah orang, lepas tu cuba hidupkan balik enjin. Eh tak boleh pulak. Cuba-cuba puluh kali, still tak boleh.
 
Dekat dua jam lebih saya cuba, sampai pukul 10 malam. Last sekali saya tinggalkan kereta dekat situ, lepas check kereta tu tak halang kereta atau rumah orang. Baliklah rumah mintak kawan tolong hantarkan.

Pagi esok tu saya datang balik dengan kawan saya, dia bawak mekanik dari workshop. Dia cek-cek, dia pun tak tahu apa yang rosak. Tengah dia cek tu tiba-tiba tuan rumah tu datang dari mana entah, marah-marah.

Dia Tanya “Siapa punya kereta ni?”
“Saya punya pak cik. Kereta ni rosak.”
“Kalau ya pun rosak, kenapa parking dekat sini? Tak tengok dulu ke depan belakang sebelum parking? Tolaklah pergi tempat lain! Tahu tak kereta saya tak boleh keluar sebab kereta awak?”

Pak cik itu sungguh pelik, sebab kereta saya tak halang pun kereta dia. Cuma kereta saya ambil parking kereta Savvy pak cik tu dekat bawah pokok, yang masa pukul 10 malam tu takde pun, maka pak cik tu terpaksa parking Savvy dia dekat belakang kereta Honda Civic dia. Maksudnya salah dia sendirilah sebab dia block Civic sendiri dengan kereta Savvy dia sampai Civic dia tak boleh keluar. Tak sangka pulak dia suruh isteri (atau adik atau kakak dia, tak tahulah) hantar email dekat abang saya (Sebab kereta tu atas nama abang saya) bagi warning. Siap guna email UPM lagi. 




Main assume je saya menumpang rumah jiran dia, padahal itu pertama kali saya parking dekat situ. Itupun sebab kereta rosak dan untuk satu malam je. Tak sangka sebab tu katanya saya tak berbudi pekerti mulia.  

Yang ironinya, dia tulis "Jadilah orang yang berbudi pekerti mulia dan memahami masalah orang lain bila membuat sesuatu perkara dan perbuatan". Even lepas saya dah explain kereta saya rosak pun dia still nak marah-marah, pekerti muliakah itu? Memahami masalah orang lainkah itu?

Lepas tu call insurans mintak tolong hantar tow truck. 

Duduk dekat bengkel 4 hari. Sampai minggu depannya hari Selasa malam baru siap, kena charge RM100 sebab katanya relay dah lemah, jadi mekanik tu tukar relay dia. Saya iyakan jelah, sebab tak tahu benda apa yang rosaknya. 

Oknya kereta tu sehari je boleh pakai. Esoknya mati lagi enjin, kali ni dekat bulatan Putrajaya dekat depan JPA masa nak balik kerja jugak. Saya call mekanik yang sama, suruh datang cek. Dia cek-cek, kali ni dia pun tak tahu apa yang rosak. Jadi dia suruh saya tinggal kereta dekat situ, dia hantar saya balik dan suruh saya call tow truck hantar pergi Proton.

Esoknya tu, 1 Ramadhan saya pun call insurans mintak hantar tow truck. Masa tu sebab takde kereta saya mintak tolong colleague saya tolong ambil dekat rumah nak pergi kerja dan pergi bengkel sekali. Tow truck tu dah sampai dekat kereta saya, jadi dia tunggu saya sampai dekat situ.

Tiba-tiba masa tengah on the way tu, dia call. “Boss, kereta you sudah kena saman woo.”
“Eh, kenapa pulak! Kan rosak?”
“Dia kata kalau rosak you tak boleh letak kon je. Kena tinggal nota tulis ‘ROSAK’!”
“Tapi kan you ada dekat situ nak ambil kereta tu. Takkan dia tak percaya kereta tu rosak?!”
“Dia kata dia dah tulis saman. Bila dah tulis tak boleh buat apa woo.”

Manusia bila akal taknak digunakan. Sebab dah tulis maka terus jadi muktamad? Ridiculous. 

“Takpe, takpe. You tunggu situ. Kejap lagi saya sampai. Kalau dah kena saman takpelah.”
“OK.”

Jadi  lepas sampai tu, betullah kereta saya kena saman. Saya mintak tow truck hantar pergi Proton Service Centre dekat Pinggiran Putra, dan lepas berjam-jam troubleshooting, rupanya yang rosak tu satu komponen kecik je, namanya diod harness. Harganya RM8.80 je pun. 

Katanya sebab benda tu rosak arus dari bateri tak sampai ke enjin. So sebab tu kereta mati.
Tapi disebabkan spare part takde, deorang terpaksa pergi sendiri ke Proton Shah Alam nak ambil spare part tu. Dan sebab hari tu 1 Ramadhan, memang jalan jam habis. Jadinya esok baru boleh siap. Kali ni kena RM94.15 sen pulak. Dekat RM100 lagi. Harga barang 9 ringgit, upahnya 80. Adoi.

Kesimpulan


Jadi sebab panjang sangat cerita ni, mari kita buat kesimpulan tentang budaya pelik orang Malaysia. 

Pertama, sikap angkuh sampai bila kita susah pun dia lagi nak tambah menyusahkan. Contohnya dalam kes pak cik pertama, yang bila saya kata kereta saya rosak, lagi dia marah suruh alih tempat lain. Dia tak teringin ke buat pahala menolong orang yang tengah kesusahan? Saya ingatkan lepas explain kata kereta rosak dia akan kata “Oh, kereta rosak. Mintak maaflah, saya ingat awak tumpang rumah jiran saya tapi parking depan rumah saya. Takpelah, tunggulah tow truck sampai” Lepas tu dengan suruh wife dia hantar email amaran daripada UPM, seolah-olah nak kata dia berkuasa sangat *padahal duduk rumah teres setingkat je pun.* 

Yang kedua, sikap penguatkuasa yang bila nak menyaman, taknak fikir keadaan orang. Memang dari segi undang-undang, saya salah sebab letak kereta dekat kawasan bukan parking. Tapi pertama, kereta saya rosak. Kalau boleh alih saya pun taknak letak dekat situ. Saya orang yang kesusahan. Kedua, dah ada tow truck pun menunggu nak ambil kereta saya. 

Kenapa dengan alasan dia dah tulis maka saman tu tak boleh ditarik balik? Dengan tow truck ada pun dia still nak saman macam tak percaya kereta tu rosak, kenapa? Kenapa taknak bertimbang rasa? Ketiga, hari tu ialah hari pertama Ramadan. Kalau hari-hari lain, dia nak bersikap angkuh takpe. Ni hari pertama Ramadan, tapi still nak jugak menyakitkan orang lain. Orang lain yang dalam kesusahan pulak tu. Kenapa taknak berhati nurani sikit? 

Pengajaran ketiga pulak, bila kereta rosak atau breakdown. Yang pertama, call insurans terus sebab dia akan handle tow truck kalau dia cover tow truck. Kedua, terus hantar kereta pergi Proton Service Center atau Perodua Service Centre, sebab deorang je yang betul-betul faham dan boleh selesaikan masalah kita bila berlaku breakdown. Harganya memang mahal sikit, tapi masalah selesai dan khidmat pelanggan dia pun OK dan boleh dipercayai. Masa hari tu pun lepas enjin saya tak boleh jugak hidup, deorang terus cek kereta pakai computer. Maksudnya deorang ada kepakaran untuk troubleshoot masalah kereta breakdown. 

Yang keempat, kalau kereta rosak, bersedialah untuk malang menimpa-nimpa. Kita kena bersedia dengan masyarakat yang tak memahami, penguatkuasa yang tak berhati budi dan duit yang melayang-layang. 

But in the end, yang penting kita sendiri kenalah berfikiran positif. Walaupun bermacam-macam yang kita kena, janganlah sesekali kita layan orang lain macam orang lain layan kita. Betul tak?

Renung-renungkan dan selamat berpuasa.

16 May 2015

The Doctor Who Quits Medic School and Becomes an Engineer

His name is Epy.
There is this extreme positivity in him so absurd it makes me want to puke.

He quits medic school in his clinical year, for he could not stand the sight of blood.

Which begs the question, why did he start anyway?

Epy is the random combination of things, or combination of random things. He could be so random, unpredictable and at most times, unpredictable. And he is my new colleague, replacing Fahim.

I love being friends with positive people. But extreme positive; NOT.

So here’s the history: Budak MRSM, excel, masuk PASUM, sambung medik UM (sumpah pandai gila!) Then tahun keempat medik, dia berhenti sebab tak tahan tengok darah.

“This is not like those stuff you see on TV. This is real shit. Accidents and people bleed. Man, I almost fainted having to stop a patient from bleeding” So he said.

Then he took mechanical engineering at UiTM. And now here he is, my colleague, a mechanical engineer. You know, doing one degree is hard enough, let alone doing two opposing disciplines; medicine and engineering. This man deserves a medal.

He’s 29, born in ’86. I’m 26, born in ’89. He’s a passionate person, one with too much energy he’s burning everyone else’s around him at the same time.

So there this one instance, when we were talking. And suddenly he laughed.

He moved closer to me, then very softly, he slapped my left cheek, repeatedly, as if caressing his cat. “Comellah kau ni!” then while he was still laughing, he left me; dumbfounded and disoriented.

Comel is the first word in his vocabulary to explain everything funny. Like that one time I struggled and carelessly trying to park my car while he sits next to me. “Comel doh kau!” and he laughs while giving me directions. Now I know calling people comel is just a way to express his glee.

There is this one instance right in front of our boss. I was eating my lunch from a Tupperware, and he came to me.

“Wey nak sikit.” He begs.
“Wey, sorry weh dah nak habis. Aku tak tahu kau belum makan! Ambeklah ni apa yang tinggal!”

The next second, his hand was on my chest, grabbing my boob. Yeah you read that right. He grabbed my boob. In front of our boss. At the workplace. Like it's high school all over again.

“Epy, depan boss pun?” and he walks away, laughing. Now I know “Nak sikit” means he wants to touch my boob (or rather, man-boob). Luckily our boss is open-minded enough to simply smile, shake it off and do not take that as sexual harassment.

See? He is that random.

“Saya tak pandai sangat, tapi saya ada teknik belajar.” He exclaimed to me, rather, y’know randomly. He is one of those guys who sometimes called himself ‘saya’, and other times ‘aku’.

“What technique?”

“Sekarang bagi saya sepuluh benda.”

“Sepuluh? Benda? Apa-apa je?” I know this sounds very cliché and cheesy, but I shit you not. This really happened.

“Apa-apa je. Things. Sepuluh.”


“OK…” I stuttered, trying to think. First of all, I think this conversation is simply uncalled for. And random.


“Hmm rumah. Batu. *rumah batu. Geddit? Geddit?* Besi, hmmm, tiang. Roda.”


“Roda?” he asked.


“Haah. Roda. Kenapa? Tak boleh ke?”


“Sure. Boleh.”


“Signboard. Lampu”


“Sekarang kita dah nombor berapa?” I asked him after I lost count.


“7. Bagi saya sepuluh”


“OK, lampu kan tadi? Daun.”


“Cukuplah kot. Ok sekarang saya boleh bagitahu balik semua benda tu, ikut turutan. Nak dengar?”

“OK”


“Rumah, batu, besi, tiang, roda, signboard, lampu, daun.”

“Wow.”

“And kalau awak tanya saya hari Isnin nanti pun, saya still boleh bagitahu semua benda tu ikut turutan.”

So he taught me how he could remember things that easily while he’s now driving.

“I’m not genius. I have friends who are genius themselves but I am not one. I just have this technique. Now you imagine ‘rumah.’ Can you imagine it?”

“Yeah I am”

“Now imagine batu.”

Naturally, I imagined ‘rumah batu’.

“I know you’re imagining rumah dengan batu bata. Don’t embed those two things. Remember them separately.”

“Okay.”

“Now here’s what I did. I bayangkan benda tu in animations. I bayangkan satu rumah, then atas bumbung rumah tu ada satu batu yang sangat besar. Now could you imagine that?”

“Yeah, I’m envisioning it.”

“Then lepas tu dekat batu tu ada besi yang membentuk tiang. Dia ketuk-ketuk batu tu sampai batu dengan rumah tu terpelanting.”

I was smiling because it was silly.

“Lepas tu rumah, dengan batu besar tu dia terpelanting, then dia berpusing-pusing menjadi roda.”

“Hm hm”

“Lepas tu roda tu lalu satu signboard. Dan bila je dia lalu signboard tu, signboard tu menyala macam lampu.”

“So that’s how I remember things” – he concluded.

“To be honest, I regret quitting medic school. It was fun. Batch kitorang semua bukan skema.”

“Now you tell me. Dekat UPM orientasi berapa lama?”


“Seminggu.”


“Dekat our fac, 3 bulan! Kena masuk kolam, kena ragging semua. Imagine, masa dalam lecture hall senior kitorang masuk dewan ramai-ramai, lecturer keluar. Senior kitorang tak bagi angkat muka sampai 3 bulan. So all the time masa jalan kena tunduk tengok tanah. Kalau jumpa senior you have to tell this “My most awesome super duper senior. I am your most humble fumble mangkuk hayun junior Epy yada yada *pardon me, I don’t remember the exact words. I’m not trained to recall things like he did hewhew*”


“Teruk sangat sampai ada yang call parents sampai dekan dengan TNC kitorang tahu. Tapi dekan kitorang backup senior. Dia kata “Saya dulu kena lagi teruk!” medic school mental kena tough. In the future kena lagi teruk. Benda ni semua train kita jadi kuat!”



And perhaps, that gave him his randomness.

“Tapi lepas 3 bulan tu, memang kitorang bonding gila. Senior tolong belajar semua!”

At some point, all his stories kind of put me in my place. He’s the window to a world I would never experience myself – or rather, the one that I chose not to pursue. I would quit medic school the first day, if not the fourth year like he did.

Then he talks about girls and smoking and whatever they do in medic school to give them the strength to keep going. Really, I never thought medic school could be that sexy. Well, but I’m saving that story for another time.

So now you know, the doctor who quits medic school and became an engineer. I befriended one.

14 May 2015

SEMALAM, KINI DAN MASA YANG BELUM TIBA

Apalah yang menghentak-hentak kotak hati
Kalau hanya rasa semalam yang menjengah pada celah retak pengharapan
Dibawanya tika yang paling jadam; yang paling hitam
Menyusur lalu klasik dan asyik, hujan yang panjang

Katakanlah pada kikis besi yang menopak pada hujung bucu
Jangan dibawa angin dari ribut di luar, masuk
Kita kan masih sunyi memutus kasih dan menghampar derita
Pada tebing cahaya mengidam sejalur sinar

Jangan disebut-sebut, ditunggu-tunggu masa depan yang belum singgah
Apakah belum sempurna sayangnya kita pada ruang secupak ini
Ada dendangan muzika yang menyentuh lembut gegendang telinga
Ada bisikan merdu yang melirik mata kita ke dalam sedalam-dalam jiwa

Apalah yang dibentak-bentak pada gemalai kata
Membawa bermusim sayang ke atas syurga
Jangan ditinggal lagi sesiapa antara kita berdua
Kalau segalanya sudah sempurna, istimewa

Kau, yang pernah meneroka usia, membuka nyawa
Yang meniupkan cinta dan harapan ke relung jiwa
Yang membelai sayang dan memberi cita
Ke manakah sudah hilangnya sumpah setia

Jangan lagi pulang kalau belum benar bakal bertemu jalan.
Mahukah kita bersama lagi termengkelan, tinggal berpimpin tangan?

Ah, cita-cita yang liar juga kita idamkan. 
Belum pernah berputus-putusan terdaya melawan
Hanyalah menangguk sepi di pinggir pengharapan
Sayang, aku juga yang harus ditinggalkan.

12 May 2015

Apa Yang Anda Tidak Faham Tentang Pedofilia

Kes pedofilia baru-baru ni tiba-tiba jadi gempar semula, bila seorang pelajar Malaysia dekat UK ditahan dan didakwa sebab memiliki dan mengedarkan video tidak senonoh dengan kanak-kanak. 
Bila berlaku macam tu, semua orang nak menyatakan pendapat masing-masing tentang betapa menakutkannya pedofilia kepada masyarakat.


Here’s some candy for you in case this entry is too harsh to digest!

Lepas tu bila explain sikit pasal pedofilia, bawah perenggan yang sama akan diletakkan ayat "Takut kan pedofilia ni?" Tapi bila kita menerangkan tentang kegiatan jahat pedofilia tanpa mengambilkira punca bagaimana seseorang itu menjadi pedofilia, kita sebenarnya menyebarkan perasaan takut kepada benda yang kita tak faham, macam kita sebarkan ketakutan kita pada hantu dengan jin.

Tapi bezanya pedofilia dengan jin ialah pedofilia ni manusia. Hantu dan jin tidak boleh difahami tetapi manusia boleh.

Dan jugak, dengan menyebarkan ketakutan kepada pedofilia, kita sebenarnya menjauhkan diri kita daripada penyelesaian sebenar kepada masalah ni.
Masalah pedofilia, masalah siapa?


1 – Pedofilia tidak sama dengan pencabul kanak-kanak

Dari segi saintifik, pedofilia adalah istilah yang digunakan untuk manusia dewasa yang TERTARIK secara seksual kepada kanak-kanak. Tapi dari sisi undang-undang, kebiasaannya pedofilia dirujuk sebagai orang dewasa yang telah MENCABUL kanak-kanak. Apabila dari segi definisi asas perbezaan itu dikaburkan, mudah untuk kita salah faham kepada golongan pedofilia.
Bukan semua pedofilia adalah penggila seks dengan kanak-kanak! Itu adalah definisi sempit yang kita takrifkan. Kenapakah definisi ini penting?
Kerana daripada semua kes berkaitan pencabulan kanak-kanak, hanya 20% sahaja telah dilakukan oleh pedofilia. Apakah maksudnya? Maksudnya hanya 20% sahaja kanak-kanak yang dicabul oleh manusia yang tertarik secara seksual kepada kanak-kanak, manakala 80% lagi kanak-kanak telah dicabul oleh orang NORMAL. Maksudnya orang yang otaknya NORMAL empat kali lebih menakutkan berbanding pedofilia. Ini juga bermaksud pencabul kanak-kanak tidak semestinya daripada kalangan pedofilia.
Kenapakah orang NORMAL mencabul kanak-kanak? Sebab pertama, kanak-kanak terutamanya dari kalangan keluarga 'available' dan senang.


2- Berapa ramaikah pedofilia di kalangan kita?


Sehingga kini, hanya terdapat 8 kajian yang dijalankan untuk mengetahui jumlah pedofilia dalam populasi masyarakat. 1 hingga 2 % adalah jumlah pedofilia yang dipersetujui ramai, tetapi kajian terkini yang dijalankan pada tahun 2009 dan 2011 di kalangan pedofilia dalam masyarakat oleh Sarah Goode, felo penyelidik kehormat di Universiti Winchester mendapati anggaran terbaik yang terkini ialah satu dalam lima orang lelaki dewasa, kepada tahap tertentu, boleh dirangsang oleh kanak-kanak. Wanita pedofilia pula dianggarkan sebanyak 5% daripada keseluruhan pedofilia.

Dalam survey berkaitan, 18% lelaki mengakui mereka mempunyai khayalan tidak senonoh dengan kanak-kanak.


3- Siapakah yang boleh menjadi pedofilia?


Antara golongan biasa yang dianggap boleh menjadi pedofilia ialah golongan yang pernah dicabul sebagai kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kajian oleh Hindman and Peters (2001) mendapati daripada 67% pencabul kanak-kanak yang ditangkap mengakui pernah dicabul sewaktu kecil. Setelah mereka melalui ujian poligraf, hanya 29% sahaja yang benar-benar dicabul sewaktu kecil. Bermaksud 38% daripada mereka menipu. Ini menunjukkan hanya 29% sahaja pedofilia yang berpunca akibat pernah dicabul sewaktu kecil dan selebihnya adalah mereka yang normal.
Dr James Cantor yang menjalankan penyelidikan selama berdekad-dekad terhadap pedofilia mendapati terdapat beberapa ciri-ciri biasa pedofilia, iaitu seperti berikut:
  1. Mereka lebih pendek berbanding lelaki biasa
  2. 3 kali lebih cenderung sebagai kidal, atau boleh menggunakan kedua-dua tangan (ambidextrous)
  3. Mempunyai IQ 10 ke 15 markah kurang dari purata
  4. Pernah tercedera kepala sewaktu kecil
Kajian klinikal oleh Dr Cantor juga mendapati pedofilia kurang 'white matter' di dalam otak setelah dijalankan imbasan MRI berbanding penjenayah lain, iaitu menunjukkan kerosakan dalam otak seseorang pedofilia. Dr Cantor menggelarnya 'cross-wiring' atau pendawaian silang, iaitu rangsangan yang sepatutnya membangkitkan perasaan untuk melindungi dan membesarkan kanak-kanak, merangsang perasaan ghairah kepada pedofilia. Memandangkan ciri-ciri ini ditentukan oleh genetic, ini merupakan satu indicator seseorang pedofilia itu sebelum dilahirkan telah 'ditakdirkan' menjadi pedofilia.
Pedofilia yang pernah dicabul sewaktu kanak-kanak pula mempunyai kecenderungan untuk terangsang dengan hubungan dengan kanak-kanak kerana sekiranya mereka dicabul oleh orang yang benar-benar menyayangi mereka, mereka akan percaya bahawa hubungan pedofilia itu ialah sesuatu yang perlu dan asli yang membentuk hubungan kasih sayang antara pedofilia dan kanak-kanak.


4- Penggunaan video lucah kanak-kanak MAMPU menyelamatkan kanak-kanak dari dicabul

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Milton Diamond, Eva Jozifkova, dan Petr Weiss pada tahun 2010 di Denmark, Republic Czech dan Jepun mendapati apabila bahan-bahan lucah kanak-kanak lebih mudah didapati di Negara-negara tersebut, mereka mendapati kes-kes pencabulan kanak-kanak seperti rogol, cubaan rogol dan cabul menurun dengan sangat ketara. Mereka membuat kesimpulan pedofilia menggunakan bahan tersebut sebagai ganti kepada kanak-kanak sebenar untuk melampiaskan nafsu, menyebabkan berlakunya pengurangan kes-kes tersebut.
Hasil kajian mereka membawa persoalan konflik antara etika manusia dan sains. Penyelidik tersebut memberi cadangan penggunaan bahan-bahan lucah yang tidak menggunakan manusia – seperti kartun, esei atau lukisan kanak-kanak adalah justified untuk digunakan sebagai ganti kepada pedofilia.
(Okay, I'm not justifying Nur's vast porn collection here, but you know what I mean. Not that his crime is victimless)
5- Tiada rawatan untuk pedofilia lebih bahaya daripada menunggu mereka mencabul kanak-kanak dan menghukum mereka
Dalam mana-mana budaya manusia sekarang, mereka menafikan kewujudan pedofilia sehinggalah mereka menafikan kewujudan penyelesaian masalah untuk isu ini. Dan apabila mereka mengetahui kewujudan pedofilia, mereka terus-menerus menyebarkan ketakutan dan panic kepada pedofilia tanpa penyelesaian yang konkrit mahupun fakta yang jelas.


"Scary kan pedofilia ni. Tengok gambar baby boleh terangsang!"
Statement seperti inilah yang menyebabkan golongan pedofilia takut untuk mendapatkan pertolongan. Sedangkan BUKAN semua pedofilia mencabul kanak-kanak. Malah ada antara mereka yang sebenarnya mengalami konflik dalam diri sendiri.
Apakah perasaan kita kalau orang kata "Scary kan orang agama Islam ni. Kalau mencuri tangan kena potong."
Point being is, kita tak faham benda tu, so jangan keluar statement bukan-bukan.
Pada masa kini, Jerman merupakan satu-satunya Negara yang berdedikasi untuk membantu pedofilia daripada mencabul kanak-kanak. Projek Pencegahan Dunkenfeld menawarkan rawatan percuma khusus untuk orang dewasa yang tertarik kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur tetapi tidak mahu menurut nafsu tersebut.
Tidak seperti Amerika Syarikat, Jerman tidak mempunyai undang-undang khusus untuk melaporkan jenayah pedofilia kepada pihak berkuasa. Sungguhpun begitu, untuk setiap 2 kanak-kanak yang meninggal dunia akibat didera di Jerman, 27 akan meninggal di Amerika. Ini menunjukkan pelaksanaan undang-undang yang ketat kepada pencabul kanak-kanak tidak dapat dibuktikan untuk membendung jenayah berkaitan kanak-kanak.
 
Virtuous Pedophiles (Virped), sebuah forum atas talian telah ditubuhkan untuk membantu pedofilia daripada mencabul kanak-kanak dengan memberikan dorongan moral kepada ahli-ahlinya. Laman web ini boleh diakses seluruh dunia dan menawarkan sokongan kepada semua orang tanpa mengira kaum, agama dan kerakyatan. Sehingga kini, forum ini telah mempunyai 800 ahli.
Kajian-kajian dijalankan untuk memahami pedofilia dalam masyarakat juga dilakukan untuk mencari punca sebenar masalah pedofilia bagi mengelakkan masalah lebih serius berlaku pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, semua penyelidik berpendapat kajian-kajian tersebut bukanlah sebagai sokongan untuk menghalalkan pedofilia, namun sebaliknya satu usaha konkrit untuk mencari penyelesaian.


ISU-ISU BERKAITAN PEDOFILIA

  1. Islam vs Sekular
    Dalam Islam, kanak-kanak yang baligh sudah dibenarkan untuk berkahwin. Hal ini sungguhpun dipersetujui oleh rata-rata umat Islam, namun tidak begitu diamalkan pada zaman sekarang. Menurut undang-undang secular pula, terdapat umur-umur tertentu sebagai penanda aras untuk menentukan kanak-kanak boleh membuat keputusan sendiri atau tidak. Oleh itu, kanak-kanak yang sudah baligh tetapi masih bawah umur akan dikira dirogol sekiranya mereka memberikan kebenaran untuk perhubungan kelamin.

     
  2. Kesanggupan kanak-kanak yang terlibat
    Memandangkan kanak-kanak dikira tidak matang, sejauh manakah sebenarnya mereka sanggup untuk terlibat dalam perhubungan pedofilia? Hal inilah yang menjadi titik pertikaian setiap kali isu berkaitan pedofilia dibangkitkan di dalam media.

     
  3. Tidak ada pencegahan, hanya hukuman
    Kebanyakan kerajaan/tamadun mutakhir tidak memperuntukkan sebarang penyelesaian atau pencegahan kepada pedofilia yang tidak pernah mencabul kanak-kanak. Sebaliknya, hukuman keras menanti mereka yang mencabul kanak-kanak. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk mencari penyelesaian kerana pedofilia tidak dapat dirawat sebelum terlambat. Pedofilia yang 'baik' iaitu mereka yang tertarik kepada kanak-kanak tetapi tidak berniat untuk mengapa-apakan kanak-kanak juga tidak dapat mencari pertolongan akibat ketiadaan system sokongan untuk membantu mereka.

KESIMPULAN:

Pedofilia tidak boleh disamaertikan sebagai pencabul kanak-kanak. Tindakan yang lebih progresif seperti yang dilakukan kerajaan Jerman perlu dilakukan untuk memastikan pedofilia diberikan sokongan yang secukupnya untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti jahat melibatkan kanak-kanak.



REFERENCES:

http://www.independent.co.uk/voices/comment/how-can-we-prevent-child-abuse-if-we-dont-understand-paedophilia-8438660.html
http://www.sciencedaily.com/releases/2010/11/101130111326.htm
http://www.virped.org/
http://www.cracked.com/personal-experiences-1658-5-ways-were-making-pedophilia-worse_p2.html

06 May 2015

TESTING UPDATE

SO I'm using Microsoft Word 2013 writing this. Not sure how it would appear on blogger, or would it be better than Windows Live Writer but giving it a try anyway.

And whoa it works!

But that won't be that cool because I'm not using my laptop.

3 Trend Masakini Stesen Radio

I’ve been wanting to write this since the day I started listening to radio back.
Dulu saya tak suka dengar radio masa tengah memandu. Selalu pasang lagu dalam pendrive sebabnya best boleh dengar lagu yang kita suka tanpa perlu dengar iklan dengan sembang-sembang dalam radio. Kadang-kadang tu iklan lagi banyak daripada lagunya. 

Tapi sejak hari tu pendrive saya hilang secara misterinya dan disebabkan saya tak mampu beli pendrive baru *sobs3* terpaksalah bukak radio masa drive. Pergi kerja, balik kerja. Daripada radio Hotfm sampailah Minnal fm, semua radio saya dengar (to be honest, lagu-lagu Tamil lagi best dan banyak variety dari lagu Bahasa lain). Tapi bila memanjang dengar semua radio saya perhatikan ada beberapa trend yang radio dekat Malaysia semua tengah follow sekarang, tak kiralah Bahasa Melayu ke, Tamil ke, English ke. Here goes.

1- Panggilan Hangit/Crappy Call


Rasanya start daripada Hotfm dulu, sampailah sekarang semua radio dah ada versi panggilan hangit masing-masing. Hari tu masa tengah drive saya dengar radio Tamil, tak tahulah dia cakap apa. Tapi gaya cakap macam tengah call orang. Daripada nada dia bercakap tu tahulah dia tengah buat prank dekat orang dia call tu. Waa radio Tamil pun dah ada panggilan hangit.

Pendek kata semua radio lah nak buat panggilan hangit. Tak kira Bahasa, semua ada panggilan hangit memasing.

Yang kelakar hari tu tak sure pulak radio apa, Flyfm rasanya. Dia dok prank sorang mamat Kelantan tu yang cakap English satu hapah tak reti. Yang DJ tu nak sewakan satu padang dengan badut untuk majis resepsi kahwin lelaki Kelantan tu. Lepas tu Dj tu cakap tunang laki tu yang nak. Tunang dia tu konon-konon ada dengan DJ tu.

“Bi, dia royak apa bi? Abang tak faham!” Last sekali dia jawab “Yes yes, can can can. If my tunang say yes, can can!”

Rupa-rupanya last sekali baru tahu tunang dia yang kenakan dia sebab nak galakkan dia belajar English.

2- Lelaki Lembut

(Mak Jemah, Abang Jem, Fifi)

Mula-mula kelakar la jugak dengar pagi-pagi ada Abang Jem dekat Sinar fm dengan tagline “I follow, I follow”. Lepas tu ada pulak Fifi dekat Hotfm dengan segmen Senduk-Senduk Fifi.
Tapi makin lama dengar makin menyampah pulak. Dengan lawak tak jadi, lepas tu over.

Sekarang ni dah ada Mak Jemah la pulak dekat Era. Orang kata lawak, tapi lawaknya tang mana pun tak faham. Yang ada dengar si Johan buat-buat kelakar jadi Mak Jemah adala.
Tapi radio-radio lain pun ada jugak watak-watak lelaki lembut ni ataupun watak lelaki menyamar perempuan. Yang segmen Ben & Hafiz radio-English-mana-entah pun ada watak aunty suara kepit.

Kebiasaannya watak-watak lelaki lembut ni disuruh buat panggilan hangit nak prank pendengar radio. Kadang dengar OK, tapi meluat jugak sebenarnya watak-watak lelaki lembut ni macam dibuat-buat sangat.


3- DJ daripada kalangan pelawak

Dulu start dengan Salleh Yaacob, lepas tu sekarang melarat-larat DJ daripada profesyen lain, terutamanya pelawak produk gagal Raja Lawak masuk konti radio. Radio ERA lah terutamanya, yang mana malap-malap dari AF, Raja Lawak tu semua dia pungut jadi DJ.

Start dengan radio yang pagi-pagi ada rancangan kelakar, semua radio nak buat segmen pagi kelakar. Tapi most of the time rasa macam bodoh je dengar radio pagi-pagi. JOHARA la, Hotfm pun lepas Faizal Ismail takde rancangan pagi dia tak kelakar langsung. Macam kena paksa gelak je.


Apa yang sepatutnya ada dalam radio…

1-      Pendidikan informal


Saya suka dengar Bernama fm dengan satu radio English tak pasti pulak namanya. Radio ni kerap berbincang topic-topik yang best. Kalau Bernama fm nanti dia bincangkan benda-benda berilmah secara santai, yang kalau kita dengar rasa makin pandai tanpa rasa bosan.

 Yang radio English ni pun sama. Dia banyak bincang isu-isu semasa, contohnya macam isu orang berhenti kerja makan gaji untuk mulakan bisnes sendiri, bincang pasal isu berkaitan jenama Apple etc etc. Dekat situlah baru saya tahu saham Apple je lagi besar dari seluruh transaksi saham dekat Bursa Saham Kuala Lumpur.  Dia tak perlu sampaikan macam kuliah pun tapi kita mendengar jadi seronok.

2-      Lagu yang kerap tapi tak berulang


Pernah tak bukak satu radio lepas tu dengar lagu Ed Sheeran – Thinking Out Loud? Lepas tu kita bahan nyanyi sama puas-puas, lepas habis lagu tukar radio lain pulak. Tetiba keluar lagi lagu yang sama. Yup. Berulang-ulang. 

Radio kita memang tiap jam akan ulang berpuluh-puluh kali lagu yang sama, kalau kita tukar radio lain pun lagu tu jugak yang bersambung. 

Kan best kalau pagi-pagi dengar lagu lain-lain dekat radio? Ini asyik Malaikat, lepas tu lagu Akim, lepas tu Stacy, lepas tu Mark Adam, lepas tu lagu Assalamualaikum Faizal Tahir. Nak jugak dengar lagu artis lain kan. 

So peeps that's all for now. Thanks for reading! 

30 April 2015

Bye Bye Fahim

I am writing this piece again with a recurring feeling of several months before. The fear of moving towards the future with one less companion.

It is strange really, for starter, my new circles of acquaintances were all have names starting with the letter F. My housemates – Fahmi and Fadhli. And my coworkers – two Faizals, Fahim, Fareez and Farhan.
It was a bizarre coincidence, but an interesting one too. 

So not long after that, I began to develop friendship with these people, Fahim particularly. I would call him a man, but that would not suit his childishness – so he was a boy of 26 – same age as mine. 

Most of the time, I had to conceal my true self while working. Act all serious, professional – because I was the youngest in my previous company among the officers. I could not show them my real colours, because I feared of being judged. But having Fahim as my companion, I could comfortably be myself – the funny kid I am – because Fahim is one too.

We clicked away just like that – particularly because we were born the same year, thus we understand each other a lot better. We are also both doing our Master’s degree, which is a fact that puts us on the same level ground. 

Fahim and I instantly became a dynamic duo, we worked the best as a team. We are different, two opposing poles, but that makes us complement each other. He is the Bad Cop, while I’m the Good Cop. He’s the yin and I’m the yang.  

We would meet clients together, and we developed camaraderie with the clients too with our cheekiness and carefree way of working. We would finish each other’s sentences; with laughs and stupid jokes, each time strengthening the notion that we have a fantastic teamwork and our clients can sense that too. 

We fought our enemies, with us being Bad Cop, Good Cop. Fahim would launch the aerial attacks, while I cover the ground. He would sound angry, and I would sound sympathetic towards the enemy. Boom! We managed to make the enemy feel angry and sad at the same time, but with us clearly winning the fight. The enemy would be exhausted from the fight, for when they are mad I would calm them down, and when they’re calmed down Fahim would provoke them up again. It’s a vicious cycle of abuse, but we played the game quite well, leaving the enemy speechless and defeated in the end. 

After so long a time, I finally have a career that is Okay with me being myself and I no longer have to act all stuck-up professional and uptight. I can simply be the stupid funny me and I don’t have to care either people thought of me as unprofessional or not. 

And one thing that I would have to say I love most about being friends with Fahim is that how he would always invite me to Jemaah with him to the surau during prayer time. Fahim is a constant reminder for me to remember God, and I feel grateful for that.

So after 3 months of our teamwork, finally Fahim decided to leave to focus on his study. It doesn’t quite leave me astounded, but I was not happy about it either. I told Fahim that I would be leaving if he’s leaving too for I see no point for me to stay if I have to do all the things by myself. 

But I know that some people appear in your life to elevate you higher, and once they’ve served that purpose, you’re going to the next level, leaving them behind. Perhaps Fahim has fulfilled that cause, and now I have to learn to leave with what he had taught me. Sometimes that is the way we learn things. 

Fahim taught me that it’s OK to be me in the corporate world, and being professional does not necessarily mean being any less funny. Because this is all just temporary, and it’s pathetic to be pretentious while living this short life.

Future is scary, and scarier with one less companion. But there are people we’ve lost along the way, and aren’t we all doing just fine? 

Farewell now, Fahim. I’ve said it before, and I’ll say it again. No one goodbye is easy to bid, especially this time. But it was an uplifting experience knowing you, and I am thankful for that.

03 April 2015

Nota Dari Tanah Suci


WP_002152
 
Masa dekat Mekah, Mak dengan Abah balik dari Masjidil Haram mesti rehat lama-lama dalam bilik, sebab dah tak larat. Kami nak pergi anak beranak ke Masjidil Haram mesti tengah-tengah berjalan tu saya menitik air mata sebab terasa berat sekali nak membawa Mak yang sakit lutut sambil menolak Abah atas kerusi roda. Terkedek-kedek kami berjalan ke Masjidil Haram dari hotel, dalam satu kilometer juga bawah suhu gurun yang kering. 
 
Tapi dugaan itu tanda kasih sayang Allah kepada kita. Kalau dekat tanah air pun kita diuji, dekat sana di Tanah Suci lagilah kita kena berlapang dada.
 
Dalam pada kita gigih mengerjakan ibadah, Allah kurniakan banyak benda yang kita tak sedari. Kadang-kadang Allah beri kita ukhwah dengan jemaah sesama kita, tanda kasih sayang Dia pada kita. 
 
Saya teringat seorang kakak – yang saya tidak pernah terlintas untuk bertanya namanya. Saya lihat keluarganya cukup bahagia – dia bersama ibu bapanya dan anak lelaki sulungnya yang beberapa tahun lebih tua daripada saya mengerjakan umrah bersama-sama. Betapa mulanya saya berasa iri hati melihat mereka saling bantu membantu sesama keluarga, ibunya yang tua kadang-kadang tidak larat berjalan bergilir-gilir ditolak ahli keluarganya. 
 
Saya pulak membawa Abah dengan Mak seorang, perlahan-lahan melangkah setapak demi setapak ke Masjidil Haram bersama-sama. 
 
Hubungan kami dengan keluarga kakak itu tidaklah bermula secara aneh, tetapi perlahan-lahan. Dari perbualan kecil ketika menunggu lif sampai, di dewan makan, seterusnya sewaktu berziarah tempat-tempat bersejarah di sekitar Mekah dan Madinah. 
 
Yang anehnya, dalam keluarga saya, saya yang paling ramah dengan jemaah lain. Mak dengan Abah mungkin penat, kurang bercakap di sana.
 
Sewaktu ke ladang kurma dekat Bukit Uhud dan pasar kurma di Madinah, ketika itulah hubungan kami dan keluarga kakak itu menjadi rapat. Kakak itu orang Kedah, dan anak lelakinya dia bahasakan sebagai Along.
 
Di ladang kurma, kakak itu teringin membeli kacang pistachio tapi harganya agak mahal.
Setelah kami tiba di pasar kurma, saya berjaya mencari kedai yang menjual kacang pistachio yang agak murah. Sewaktu naik bas, lekas saya memberitahunya.
 
“Along, pergi ikut beli kacang cerdik!” arahnya pada anaknya, menyuruh saya menemankan anaknya membeli kacang pistachio yang mereka pangil kacang cerdik. Dapatlah kami masing-masing membeli sekilo kacang pistachio.
 
Kakak itu ramah sangat orangnya, menggelarkan dirinya sebagai ‘Kitchen Officer’. “Suri rumah suri rumah tak mainlah, kita Kitchen Officer!” kata kakak itu, mengundang gelak saya.
 
Dalam pada kami berbual gembira, tiba-tiba dia bertanya “Bawak mak dengan ayah pergi umrah ka?”
Saya mengangguk kecil, setuju.
 
“Untunglah boleh pergi dengan mak ayah. Along tu ayah dia baru meninggal 6 bulan lepas”. Tiba-tiba suara kakak itu sedih, sambil menunjuk ke arah anaknya. 
 
“Kalau tak kami pergi satu keluarga lah ni.”
 
Saya mengangguk perlahan. Suara kakak itu mula menjadi perlahan. Saya terasa getar hati kakak itu yang baru kematian suami.
 
“Along dah kahwin ke kak?” saya mengubah topik.
 
“Dah, tapi bini dia tak bawak. Ayah akak yang belanja dia pergi umrah, dia sorang jelah pergi. Kalau dia taknak pergi, ayah akak bawak cucu lain!”
 
Begitulah, mungkin Allah memberi ingatan melalui kakak itu bahawa saya sebenarnya beruntung dapat mengerjakan umrah bersama-sama ibubapa. Selama di Tanah Suci, kerap kali saya berasa gundah terpaksa menjaga Mak dengan Abah. Bukanlah saya mengeluh, tetapi kebanyakan masanya saya merasa tidak mampu menjaga mereka baik-baik.
 
Kata-kata kakak itu mengingatkan saya erti bersyukur. Seperti anaknya yang dipilih untuk menunaikan umrah bersama-sama keluarganya, saya juga dipilih untuk membawa Mak dan Abah menjadi tetamu Allah. 
 
Dan ada masanya, saya tidak sedar Allah memberi bantuan kepada saya melalui jemaah-jemaah lain. Ada masanya saya terlambat memimpin Abah naik ke bas, tetapi jemaah-jemaah lain terlebih dahulu memimpin Abah dan melipat kerusi roda Abah ke dalam bonet bas.
 
Kakak itu juga tidak terkecuali. Sewaktu Mak terpisah mengikut jemaah wanita, kakak itu berkata kepada saya “Takpe, akak jaga Mak adik.” 
 
Allah, terharu saya sebentar. Rasa begitu melimpah-limpah kasih Allah kepada kita. 
 
Sampailah ke lapangan terbang untuk pulang semula ke Malaysia, hubungan kami dengan keluarga kakak itu kekal akrab.
 
Sebelum berangkat pulang, kakak itu menghulurkan saya senaskhah buku nota.
 
“Adik, tulis nama, nombor telefon, alamat. Nanti kalau akak singgah Pahang boleh singgah rumah adik!”
 
Saya menulis nama Mak dalam buku nota itu sebelum memulangkan semula buku itu kepadanya. Kakak itu kemudiannya menghulurkan buku nota itu kepada jemaah lain.
 
Tetapi sampai sekarang belum lagi mendengar khabar darinya sejak pulang ke Malaysia. Saya pula yang kesal tidak mengambil nombor telefon kakak itu.

02 April 2015

Young, Dope, Proud

Call it hormone, call it raging emotions.
The storms brew a thousand tiny needles, piercing through our soul. 
 
It’s a hopeless, futureless union, but it felt good.
 
The lights turned down low, only now dim rays illuminating the actions – slow but sure.
Our emotions are elevated to a euphoria height for a split second, followed by a rush of blood into our veins covering the tracks of excitement. 
 
But we never care, not for now. For something too beautiful to happen within our relatively short span of time is a wonder in itself. This is the forbidden fruit of love; of hope; and of deviance itself – culminating into this one moment of infatuation when nothing else matters. 
 
Heaven is a place on earth with you. You make me crazy, you make me wild. Your golden brown skin glimmers under the light, an awkward laugh broke the serene silence, but after so long I felt so much alive. Like a baby, like a child – life becomes so weightless, thin – simple. 
 
It’s how I defined those blue nights when the past seems small and the future seems manageable. The touch of the fingers works so much wonder that we could not have known better. 
 
It’s things as simple as that we hold dear to our hearts. For just a brief moment, a bright light, an explosion of feelings, the height of emotions all coexist in us. The pursuit to achieve that one small moment again later determines the crossing of our paths. 
 
We long for that one fleeting moment of happiness – always.








Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter