I’ve been wanting to write this since the day I started
listening to radio back.
Dulu saya tak suka dengar radio masa tengah memandu. Selalu
pasang lagu dalam pendrive sebabnya best boleh dengar lagu yang kita suka tanpa
perlu dengar iklan dengan sembang-sembang dalam radio. Kadang-kadang tu iklan
lagi banyak daripada lagunya.
Tapi sejak hari tu pendrive saya hilang secara misterinya
dan disebabkan saya tak mampu beli pendrive baru *sobs3* terpaksalah bukak
radio masa drive. Pergi kerja, balik kerja. Daripada radio Hotfm sampailah
Minnal fm, semua radio saya dengar (to be honest, lagu-lagu Tamil lagi best dan
banyak variety dari lagu Bahasa lain). Tapi bila memanjang dengar semua radio
saya perhatikan ada beberapa trend yang radio dekat Malaysia semua tengah
follow sekarang, tak kiralah Bahasa Melayu ke, Tamil ke, English ke. Here goes.
1- Panggilan Hangit/Crappy Call
Rasanya start daripada Hotfm dulu,
sampailah sekarang semua radio dah ada versi panggilan hangit masing-masing.
Hari tu masa tengah drive saya dengar radio Tamil, tak tahulah dia cakap apa.
Tapi gaya cakap macam tengah call orang. Daripada nada dia bercakap tu tahulah
dia tengah buat prank dekat orang dia call tu. Waa radio Tamil pun dah ada
panggilan hangit.
Pendek kata semua radio lah nak buat
panggilan hangit. Tak kira Bahasa, semua ada panggilan hangit memasing.
Yang kelakar hari tu tak sure pulak radio
apa, Flyfm rasanya. Dia dok prank sorang mamat Kelantan tu yang cakap English
satu hapah tak reti. Yang DJ tu nak sewakan satu padang dengan badut untuk
majis resepsi kahwin lelaki Kelantan tu. Lepas tu Dj tu cakap tunang laki tu
yang nak. Tunang dia tu konon-konon ada dengan DJ tu.
“Bi, dia royak apa bi? Abang tak faham!”
Last sekali dia jawab “Yes yes, can can can. If my tunang say yes, can can!”
Rupa-rupanya last sekali baru tahu tunang
dia yang kenakan dia sebab nak galakkan dia belajar English.
2- Lelaki Lembut
(Mak Jemah, Abang Jem, Fifi)
Mula-mula kelakar la jugak dengar pagi-pagi
ada Abang Jem dekat Sinar fm dengan tagline “I follow, I follow”. Lepas tu ada
pulak Fifi dekat Hotfm dengan segmen Senduk-Senduk Fifi.
Tapi makin lama dengar makin menyampah
pulak. Dengan lawak tak jadi, lepas tu over.
Sekarang ni dah ada Mak Jemah la pulak
dekat Era. Orang kata lawak, tapi lawaknya tang mana pun tak faham. Yang ada
dengar si Johan buat-buat kelakar jadi Mak Jemah adala.
Tapi radio-radio lain pun ada jugak
watak-watak lelaki lembut ni ataupun watak lelaki menyamar perempuan. Yang
segmen Ben & Hafiz radio-English-mana-entah pun ada watak aunty suara
kepit.
Kebiasaannya watak-watak lelaki lembut ni
disuruh buat panggilan hangit nak prank pendengar radio. Kadang dengar OK, tapi
meluat jugak sebenarnya watak-watak lelaki lembut ni macam dibuat-buat sangat.
3- DJ daripada kalangan pelawak
Dulu start dengan Salleh Yaacob, lepas tu
sekarang melarat-larat DJ daripada profesyen lain, terutamanya pelawak produk
gagal Raja Lawak masuk konti radio. Radio ERA lah terutamanya, yang mana
malap-malap dari AF, Raja Lawak tu semua dia pungut jadi DJ.
Start dengan radio yang pagi-pagi ada
rancangan kelakar, semua radio nak buat segmen pagi kelakar. Tapi most of the
time rasa macam bodoh je dengar radio pagi-pagi. JOHARA la, Hotfm pun lepas
Faizal Ismail takde rancangan pagi dia tak kelakar langsung. Macam kena paksa
gelak je.
Apa yang sepatutnya ada dalam radio…
1- Pendidikan informal
Saya suka dengar Bernama fm dengan
satu radio English tak pasti pulak namanya. Radio ni kerap berbincang topic-topik
yang best. Kalau Bernama fm nanti dia bincangkan benda-benda berilmah secara
santai, yang kalau kita dengar rasa makin pandai tanpa rasa bosan.
Yang radio English ni pun sama. Dia banyak
bincang isu-isu semasa, contohnya macam isu orang berhenti kerja makan gaji
untuk mulakan bisnes sendiri, bincang pasal isu berkaitan jenama Apple etc etc.
Dekat situlah baru saya tahu saham Apple je lagi besar dari seluruh transaksi
saham dekat Bursa Saham Kuala Lumpur. Dia
tak perlu sampaikan macam kuliah pun tapi kita mendengar jadi seronok.
2- Lagu yang kerap tapi tak berulang
Pernah tak bukak satu radio lepas
tu dengar lagu Ed Sheeran – Thinking Out Loud? Lepas tu kita bahan nyanyi sama
puas-puas, lepas habis lagu tukar radio lain pulak. Tetiba keluar lagi lagu
yang sama. Yup. Berulang-ulang.
Radio kita memang tiap jam akan
ulang berpuluh-puluh kali lagu yang sama, kalau kita tukar radio lain pun lagu
tu jugak yang bersambung.
Kan best kalau pagi-pagi dengar
lagu lain-lain dekat radio? Ini asyik Malaikat, lepas tu lagu Akim, lepas tu Stacy,
lepas tu Mark Adam, lepas tu lagu Assalamualaikum Faizal Tahir. Nak jugak
dengar lagu artis lain kan.
So peeps that's all for now. Thanks for reading!
BFM (Business FM) ke maksud awak tu?
ReplyDelete:-bd
ReplyDeleteI love this entry. I hope there will be improvement :D
ReplyDelete