23 June 2015

KERETA ROSAK, DUGAAN BULAN RAMADHAN DAN BUDAYA PELIK ORANG MALAYSIA

Kereta saya si SAGA FL dah banyak kali tiba-tiba mati enjin, especially bila dekat bukit bila kereta tengah berhenti. Pelik kan, kereta auto susah mati enjin macam kereta manual. Bukan susah, tapi mustahil. Mula-mula saya biarkan je, sebab rasa-rasa macam bateri lemah. Lepas dia mati, saya hidupkan balik enjin. Takde masalah.


Tapi makin lama makin kuat meragam. Tiba-tiba mati masa gear D, masa kereta tengah laju. Tapi masa tu boleh lagi dihidupkan lepas bawak kereta ke tepi. Lepas tu tanya jugak kawan-kawan, sebab apa kan kereta auto boleh mati. Teori deorang, sebab tak tukar minyak gear. Ada kata sebab bateri lemah, ada kata sebab alternator rosak. Tapi semua macam tak boleh percaya.



Sampailah tanggal 11hb Jun 2015, hari Khamis. Waktu tu balik kerja, dekat pukul 7. Dekat area Seri Serdang. Tiba-tiba je enjin mati masa tengah drive. Terus kena hon dengan kereta belakang. Saya dengan tenangnya bawak kereta ke tepi, dekat depan rumah orang, lepas tu cuba hidupkan balik enjin. Eh tak boleh pulak. Cuba-cuba puluh kali, still tak boleh.
 
Dekat dua jam lebih saya cuba, sampai pukul 10 malam. Last sekali saya tinggalkan kereta dekat situ, lepas check kereta tu tak halang kereta atau rumah orang. Baliklah rumah mintak kawan tolong hantarkan.

Pagi esok tu saya datang balik dengan kawan saya, dia bawak mekanik dari workshop. Dia cek-cek, dia pun tak tahu apa yang rosak. Tengah dia cek tu tiba-tiba tuan rumah tu datang dari mana entah, marah-marah.

Dia Tanya “Siapa punya kereta ni?”
“Saya punya pak cik. Kereta ni rosak.”
“Kalau ya pun rosak, kenapa parking dekat sini? Tak tengok dulu ke depan belakang sebelum parking? Tolaklah pergi tempat lain! Tahu tak kereta saya tak boleh keluar sebab kereta awak?”

Pak cik itu sungguh pelik, sebab kereta saya tak halang pun kereta dia. Cuma kereta saya ambil parking kereta Savvy pak cik tu dekat bawah pokok, yang masa pukul 10 malam tu takde pun, maka pak cik tu terpaksa parking Savvy dia dekat belakang kereta Honda Civic dia. Maksudnya salah dia sendirilah sebab dia block Civic sendiri dengan kereta Savvy dia sampai Civic dia tak boleh keluar. Tak sangka pulak dia suruh isteri (atau adik atau kakak dia, tak tahulah) hantar email dekat abang saya (Sebab kereta tu atas nama abang saya) bagi warning. Siap guna email UPM lagi. 




Main assume je saya menumpang rumah jiran dia, padahal itu pertama kali saya parking dekat situ. Itupun sebab kereta rosak dan untuk satu malam je. Tak sangka sebab tu katanya saya tak berbudi pekerti mulia.  

Yang ironinya, dia tulis "Jadilah orang yang berbudi pekerti mulia dan memahami masalah orang lain bila membuat sesuatu perkara dan perbuatan". Even lepas saya dah explain kereta saya rosak pun dia still nak marah-marah, pekerti muliakah itu? Memahami masalah orang lainkah itu?

Lepas tu call insurans mintak tolong hantar tow truck. 

Duduk dekat bengkel 4 hari. Sampai minggu depannya hari Selasa malam baru siap, kena charge RM100 sebab katanya relay dah lemah, jadi mekanik tu tukar relay dia. Saya iyakan jelah, sebab tak tahu benda apa yang rosaknya. 

Oknya kereta tu sehari je boleh pakai. Esoknya mati lagi enjin, kali ni dekat bulatan Putrajaya dekat depan JPA masa nak balik kerja jugak. Saya call mekanik yang sama, suruh datang cek. Dia cek-cek, kali ni dia pun tak tahu apa yang rosak. Jadi dia suruh saya tinggal kereta dekat situ, dia hantar saya balik dan suruh saya call tow truck hantar pergi Proton.

Esoknya tu, 1 Ramadhan saya pun call insurans mintak hantar tow truck. Masa tu sebab takde kereta saya mintak tolong colleague saya tolong ambil dekat rumah nak pergi kerja dan pergi bengkel sekali. Tow truck tu dah sampai dekat kereta saya, jadi dia tunggu saya sampai dekat situ.

Tiba-tiba masa tengah on the way tu, dia call. “Boss, kereta you sudah kena saman woo.”
“Eh, kenapa pulak! Kan rosak?”
“Dia kata kalau rosak you tak boleh letak kon je. Kena tinggal nota tulis ‘ROSAK’!”
“Tapi kan you ada dekat situ nak ambil kereta tu. Takkan dia tak percaya kereta tu rosak?!”
“Dia kata dia dah tulis saman. Bila dah tulis tak boleh buat apa woo.”

Manusia bila akal taknak digunakan. Sebab dah tulis maka terus jadi muktamad? Ridiculous. 

“Takpe, takpe. You tunggu situ. Kejap lagi saya sampai. Kalau dah kena saman takpelah.”
“OK.”

Jadi  lepas sampai tu, betullah kereta saya kena saman. Saya mintak tow truck hantar pergi Proton Service Centre dekat Pinggiran Putra, dan lepas berjam-jam troubleshooting, rupanya yang rosak tu satu komponen kecik je, namanya diod harness. Harganya RM8.80 je pun. 

Katanya sebab benda tu rosak arus dari bateri tak sampai ke enjin. So sebab tu kereta mati.
Tapi disebabkan spare part takde, deorang terpaksa pergi sendiri ke Proton Shah Alam nak ambil spare part tu. Dan sebab hari tu 1 Ramadhan, memang jalan jam habis. Jadinya esok baru boleh siap. Kali ni kena RM94.15 sen pulak. Dekat RM100 lagi. Harga barang 9 ringgit, upahnya 80. Adoi.

Kesimpulan


Jadi sebab panjang sangat cerita ni, mari kita buat kesimpulan tentang budaya pelik orang Malaysia. 

Pertama, sikap angkuh sampai bila kita susah pun dia lagi nak tambah menyusahkan. Contohnya dalam kes pak cik pertama, yang bila saya kata kereta saya rosak, lagi dia marah suruh alih tempat lain. Dia tak teringin ke buat pahala menolong orang yang tengah kesusahan? Saya ingatkan lepas explain kata kereta rosak dia akan kata “Oh, kereta rosak. Mintak maaflah, saya ingat awak tumpang rumah jiran saya tapi parking depan rumah saya. Takpelah, tunggulah tow truck sampai” Lepas tu dengan suruh wife dia hantar email amaran daripada UPM, seolah-olah nak kata dia berkuasa sangat *padahal duduk rumah teres setingkat je pun.* 

Yang kedua, sikap penguatkuasa yang bila nak menyaman, taknak fikir keadaan orang. Memang dari segi undang-undang, saya salah sebab letak kereta dekat kawasan bukan parking. Tapi pertama, kereta saya rosak. Kalau boleh alih saya pun taknak letak dekat situ. Saya orang yang kesusahan. Kedua, dah ada tow truck pun menunggu nak ambil kereta saya. 

Kenapa dengan alasan dia dah tulis maka saman tu tak boleh ditarik balik? Dengan tow truck ada pun dia still nak saman macam tak percaya kereta tu rosak, kenapa? Kenapa taknak bertimbang rasa? Ketiga, hari tu ialah hari pertama Ramadan. Kalau hari-hari lain, dia nak bersikap angkuh takpe. Ni hari pertama Ramadan, tapi still nak jugak menyakitkan orang lain. Orang lain yang dalam kesusahan pulak tu. Kenapa taknak berhati nurani sikit? 

Pengajaran ketiga pulak, bila kereta rosak atau breakdown. Yang pertama, call insurans terus sebab dia akan handle tow truck kalau dia cover tow truck. Kedua, terus hantar kereta pergi Proton Service Center atau Perodua Service Centre, sebab deorang je yang betul-betul faham dan boleh selesaikan masalah kita bila berlaku breakdown. Harganya memang mahal sikit, tapi masalah selesai dan khidmat pelanggan dia pun OK dan boleh dipercayai. Masa hari tu pun lepas enjin saya tak boleh jugak hidup, deorang terus cek kereta pakai computer. Maksudnya deorang ada kepakaran untuk troubleshoot masalah kereta breakdown. 

Yang keempat, kalau kereta rosak, bersedialah untuk malang menimpa-nimpa. Kita kena bersedia dengan masyarakat yang tak memahami, penguatkuasa yang tak berhati budi dan duit yang melayang-layang. 

But in the end, yang penting kita sendiri kenalah berfikiran positif. Walaupun bermacam-macam yang kita kena, janganlah sesekali kita layan orang lain macam orang lain layan kita. Betul tak?

Renung-renungkan dan selamat berpuasa.

1 comment:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter