23 March 2017

Waterfall Abseiling and Flying Fox @ Sungai Kanching

Assalamualaikum dan hai y’all!
 



Bertemu lagi kita dalam edisi outdoor yang pertama bagi tahun 2017! *clap clap clap* *bongkokkan badan. Tima kasih~ tima kasih~*

Ramai yang dok tanya, awatlah lama sangat tak update blog? Masing-masing semua tazabar nak baca cerita buat outdoor *gitu perasan*

Biasalah, kekadang bila mood nak menulis tu takde. Tiap hari hidup balik pergi kerja, mood tu habis ditelan rutin. Dalam draf blog ni ada beberapa cerita outdoor nak ditulis, pertamanya pasal GEMA Selangor Backpackerz (GSB) Retreat ke Desa Balqis, Melaka bulan Januari yang lepas. Tapi yang ni macam jenis cerita sana abis sana, so tak tahu mana yang boleh cerita mana kena tapis 

Keduanya pasal Lata Bomoh Ali yang saya baru pergi minggu lepas dekat Nuang, ketiganya pasal BBQ dan tengok orang main air dekat Lata Lepoh dan keempatnya pasal waterfall abseiling dan flying fox (WAFF) ni lah.

Sepatutnya kami waterfall abseiling di Sungai Pisang, tapi last minute dapat tahu Sungai Pisang baru ditutup untuk kerja pembaikan tebing. Jadi kami pun last minute terpaksa tukar venue ke Sungai Kanching dekat Rawang.

Sampai sudah Sungai Ka-ching! *pasang lagu Shania Twain*

Mula-mula malas nak pergi pun WAFF ni, sebab baru je abseiling dekat Lata Charok bulan 11 tahun lepas. Tapi biasalah, nama kena veto lagi jadi AJK hmm. Dan pulak, dah ajak ramai member join, termasuklah geng Team Freedom, dengan Keon bagai, jadinya pergilah akhirnya. Kalau tak pergi nanti kena carut pulak tinggalkan deorang dah siap ambil cuti bagai

Pagi hari kejadian 5 Februari tu, lepas Subuh terus gerak ke rumah Ita dekat area Bukit Serdang. Mula-mula sesat jugak nak cari lorong rumah Ita, sebab banyak jalan tutup. Dalam pukul 6:30 kami gerak dari rumah Ita mengambil kak Khadijah dekat Pandan Indah (pun sesat-sesat jugak) dan akhirnya Naufal dekat Ampang.

Bergeraklah kami berempat menuju Rawang. Ingat jauhlah Sungai Kanching tu, rupa-rupanya dekat je dengan KL. Dalam 40 minit macam tu je. barulah jugak tahu sebenarnya Rawang ada jugak kawasan yang dekat dengan KL. Dahlah tak pernah dengar Sungai Kanching ni, bunyi macam kencing hewhewhew

Kami berkumpul dekat Tesco Rawang, lepas semua dah sampai tu kami pun berkonvoi ke Hutan Lipur Sungai Kanching (sebenarnya kereta kami paling lewat sampai, sebab Naufal kata biasalah VVIP) 

Dalam 5 minit je Tesco Rawang ke Sungai Kanching.

Sampai-sampai je, kami pun berkumpul dan diberikan taklimat ala demonstrasi aktiviti abseiling oleh pihak konsultan Ecotrac, sekali dengan do’s and don’ts, tips keselamatan dan briefing tentatif. Waktu tu adalah diselitkan cerita pengalaman sepanjang buat aktiviti ni, kisah tudung budak perempuan terbelit dekat tali abseiling, kisah orang terjun dalam air paras pinggang tapi jerit-jerit macam nak lemas tapi kaki tengah pijak dasar sungai dan sebagainyalah. 

Taklimat di tepian sungai

Akak Ecotrac demonstrasi

Lepas siap isi borang Indemnity Letter dan siap pakai harness, helmet segala bagai, kami pun memulakan pendakian, eh dah macam entry hiking pulak lol ~ Kami pun mulakan perjalanan masuk ke air terjun Sungai Kanching.

Helmet bergantung-gantungan

"Hadek hadek sila beratur! Meh hakak pasangkan harness!"



Mata tu pandang ke mana lahh tak sedia lagi nak amek gambar wehh awat tak habaq 1 2 3

 Pendakian bermula

Agak mendaki jugak, dalam 15 minit macam tu. Sampai-sampai je kami terus bersarapan nasik lemak dan kuih yang disediakan oleh pak cik kantin Katerer Adik Beradik A&A (Afiq dan Amar? Along dan Angah?)


Nah abam lanje gambar abam tengah bekpes

Sambil kami makan tu, datanglah monyet sekelian alam dok mengelilingi, memusingi (eh ada ke perkataan ni hewhew) memerhatikan kami makan. Ada jugak yang campak sisa dekat monyet tu. Habis dengan plastik pembalut makanan sekali monyet-monyet tu makan, kebuluran betul sekor2. Dalam 30 minit begitu, lepas dah siap setting semua, kami pun memulakan aktiviti abseiling dan flying fox.

Mana yang dapat helmet dengan harness semua dulu bolehlah main. Yang lain pulak main air dalam sungai.

Saya pun mula-mula riang gumbira terjun-terjun dalam air sambil tengok sorang-sorang buat flying fox. Sambil-sambil tu ada air teh free flow yang disediakan pakcik kantin A&A kita.
 
Nah abam lanje gambar abam tengah terjun pulak #PandalelaDugong

Waterfall abseiling dengan flying fox tu berjalan serentak. Tapi station untuk abseiling ada 2, untuk flying fox ada satu je. Jadi bila turun flying fox tu memang jadi perhatian satu Sungai Kanching laa semua pelancong mata dok tengok dekat kami. 

 Abam Hafizuddin beraksi

Kami mula aktiviti pagi tu, takde orang lagi. Tapi dalam pukul 10 orang ramai dah mula datang. Sungai Kanching ni pulak diwartakan sebagai kawasan pelancongan, bukan setakat monyet, warga asing berlambak-lambak kot. Ada ramai pak dengan mak Arab, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Vietnam, Filipina. Mat salleh pun ada jugak. 

Oh time ni ada Azahari dengan isterinya, Iffa datang jadi penonton sambil berpiknik. Azahari ni ialah ahli GEMA kedua yang saya kenal dekat tempat kerja sebelum jumpa waktu aktiviti GEMA. Yang pertama tentulah coach Fareez lolzz

Saya buat flying fox dulu, sebab waterfall abseiling dah berapa kali pernah buat kan. Keon buat abseiling dulu, dia kata dia turun sambil menjerit-jerit, dengan tali kasut tersangkut dekat celah batu bagai hahaha

 Bersama Doktor Keon

Saya dengan Ostad Fairus buat gilir berdua flying fox, kami rancang nak buat gaya terapung depangkan tangan dengan kaki. Flying fox ni dia akan berhenti dekat tengah sungai, dan dekat situ kami akan dijatuhkan ke dalam air. Jadi waktu nak dijatuhkan tu bolehlah buat free style. 
Lihatlah dunia! I'm a floating panda!

Waktu acah-acah terbaring di angkasa haagitu, ada photographer ambil gambar. Eksyen betul rasa masa tu, siap orang sekeliling tengok lagi.

Oops tergelincir! Tulun tulun! I'm falling!

Lepas dah turun flying fox tu, kami pun sambung mandi-mandi lagi. Lepas tu dalam pukul 12 makan tengahari pun diedarkan dalam bekas tapau. Lauknya ayam masak merah dengan kobis masak lemak. Sedap y’all! 

Lepas siap makan, aktiviti pun disambung semula. Masing-masing dah mula berani buat macam-macam gaya flying fox. Ada superman, kepala dekat bawah kaki di atas, terlentang, terbaring terkangkang.

Time ni tiba-tiba Amar dengan Afiq ajak saya naik lagi ke air terjun lagi atas. Nak tengok ada apa dekat atas.

 Inilah rupa air terjun yang telah kudaki

Saya pun macam bolehlah kot. Sebabnya dekat sini kena beratur nak main, sementara tunggu peserta siap abseiling semua, bolehlah kami menjelajah sekitar Sungai Kanching tu.
Mula jalan tangga ada lagi, tapi makin ke atas dah takde denai. Kena redah sungai. Sepanjang-panjang tu penuh monyet, dan jugak warga asing. Siap ada yang berpeluk-peluk dalam semak, dalam air, atas batu. Takpelah, laki bini kot #husnuzon

 Wehh tak larat weh panjat air terjun. Terdampar kejap panda dengan penjaganya hehuhehu

Bila jalan sungai tu dah tamat, si Amar dengan Afiq ajak panjat air terjun. Dah kenapa kannn? Ya ampun, sampai hati memaksa guwe yang panda ni memanjat batu licin.
Takut gila waktu buat waterfall hiking tu, macam-macam gaya nak memanjat sampai ke atas, sampai terkoyak rabak seluar tracksuit. Tracksuit berjasa pulak tu, sempat pakai panjat 3 gunung G7 sobs sobs sobs

 Lepas sampai puncak air terjun bertafakur kejap untuk menenangkan perasaan selepas seluar habis koyak rabak di celah-celah kehidupan

Yang tak seronoknya walaupun kami memanjat tu tempat yang takde orang, sampah berlambak-lambak berselerak, sekali dengan botol-botol dan tin-tin arak dan plastik cikedis. Tak senonoh betul pengunjung dekat sini hmmm *geleng-geleng kepala*

Lepas dah memanjat agak-agak sampai puncak, kami pun turun balik, tapi turun ni kami jalan dalam hutan dah, tak lalu dah sungai.

Sampai dekat bawah, saya pinjam kain pelikat Azahari (sebab seluar dah koyak hewhew), solat Zohor berjemaah. Time solat tu ada pak Arab join kami solat sekali. 

Lepas tu, seperti biasa, ambil port tepi sungai, baring atas ground, terus pejam mata.
So far buat outdoor lepas dari YYBTN, tak pernah tak tidur. Mesti cari can jugak nak lena kejap. Penadd awaaa mana ada buat outdoor tak penadd

 Demonstrasi aksi normal oleh hakak Tokie
 Demonstrasi aksi kaki di kepala, kepala di kaki oleh Rex Qiwamuddin An-Nuri
 
                                 Peserta wanita tunggal yang beraksi ala Superman
 

Demonstrasi aksi Superman oleh pengarah, Xifu Naz @ Yang Berbahagia Dato Paduka Ayahanda Nazirul 
Lepas tidur, tibalah masa paling mendebarkan iaitu waterfall abseiling. Lepas buat abseiling dekat Lata Charok haritu, saya sebenarnya dah jadi makin penakut pada ketinggian.
Dan kali ni, bila dah siap abang tu pakaikan tali dekat harness segala bagai, dia pun kata ‘OK, dah boleh turun!’


Inilah rupa waterfall abseilingnya. Seramzz awaa seramzz
 
Saya pulak dok tercengang, “Eh dah boleh ke? Saya belum sedia!”
Saya tengok balik dekat belakang, ya ampun takutsnya curamsnya licinsnya. Dengan air laju menderu-deru turun. Wuuu takud takuddd. Awaa saia taa kuadd

Masa tu tetiba ramai pulak penonton dekat tepi siap ada pak Arab tu siap rakam. Terserlah sifat pemalu guwe

Datang pulak kakasarah dan geng-geng gadis lain bagi support. ‘Boleh Bad! Jangan fikir banyak!’ kata kakasarah.

Saya pulak still ‘Takut la Bang, licin ni tergelincir nanti!’
‘Ya Allah abang, tali ni selamat! Abang kena turunkan kaki dulu, mula-mula memang susah, tapi dah turun nanti senang!’

Eh aku abangkan dia, dia abangkan aku balik hehuhehu
  
‘Saya tahu abang dah letih dah berdiri kaki bengkok macam tu. Abang turun je!’
Saya pun letak kaki sebelah, lepas tu naik balik.
‘Wuu kejap kejap! Tak sedia lagi!’

Lepas tu dah macam mana tah, lepas kena motivasi apa semua, saya pun turun selangkah demi selangkah ke belakang sambil dada macam nak pecah. Kali ni takut sebab dia terus dari tebing tu ke bawah, macam dekat Lata Charok ada gradual decline, yang ni terus 90 darjah kona menurun. 

Tapi alhamdulillah, bila dah dalam 5-6 langkah tu, hilanglah sikit rasa takut tapi tangan still genggam kuat-kuat tali mujur pakai gloves kalini.

Dah sampai dekat jeram bawah tu, lega gila rasa. Saya pun berenang ke tepian, naik atas balik. Lepas dah naik atas, saya cuba tali dekat sebelah dia pulak. 

Habis saya turun tu, dah takde siapa dah nak abseiling, semua dah letih. Kami pun berkumpul semula. Hari hujan kejap tadi, waktu hujan tu aktiviti berhenti sekejap lepas tu baru sambung main.

Sambil sejuk-sejuk tu, minum air teh panas wehhh nikmat. 

Tak lama tu, kami pun mulakan upacara penutupan. Semua tali digulung, sauh dibongkar hagituh, ground digulung, barang-barang disimpan, dan paling penting, sampah semua dikutip, Nazirul pun memulakan ucapan beliau. Tazkirah aka reflection diberikan oleh Ostad Fairus, dan kemudian kami pun berarak turun dalam pukul 5:30.  

"Kejap saya cuba tepuk tangan. Dengaq bunyi apa keluaq"
 Chop. Err lupa lak nak habaq apa dia

Lepas siap tazkirah, kami pun bergambar dan ada sesi penyerahan sijil kepada konsultan pakar kami iaitu Ecotrac. 


Kami takdelah poyo sangat hewhewhew

Dekat bawah lepas kami dah solat apa semua, semua peserta diberikan cenderahati dan ada penutupan untuk AJK. Alhamdulillah harini aktiviti berjalan dengan lancar, semua peserta pun nampak happy je. 

 AJK Post mortem kejap dekat parking dengan abam kantin

Itulah kisahnya untuk aktiviti WAFF kali ni. Ehh kalau boleh tak mau dah buat waterfall abseiling sebab makin penakut dah dengan ketinggian. Lagi fobia sebab turun dekat air terjun ngeeee~

Tapi serius aktiviti waterfall abseiling and flying fox ni adalah sangat selamat sebenarnya, cuma ketakutan kita sahaja yang menyebabkan kita rasa benda ni berbahaya. Lepas dah buat dua-dua, saya mestilah rasa lagi seronok flying fox, tapi waterfall abseiling lebih mencabar dan lebih thrill. 
 
Lepas keluar dari Sungai Kanching tu, ada sorang ahli rombongan kami kemalangan, mujurlah kemalangan kecil je. Malamnya pulak saya terlepas perjumpaan usrah fillah abadan abada hewhewhew dekat Bangi bersama senpai Aizuddin, Irsyad dengan Amirul. Tak larat, sampai rumah pun dah lepas Isyak. 

Err, rasanya itu saja nak cerita untuk edisi kali ni. Dan untuk anda semua, sudi-sudilah tengok page GEMA Selangor Backpackerz di Facebook dan instagram jika berminat nak menyertai aktiviti-aktiviti outdoor yang fun dan tidak mengazabkan hewhew insyaAllah aktiviti sepanjang tahun akan dikemaskini dari masa ke masa #iklansekejap hagituu

Assalamualaikum dan semoga berjumpa lagi dalam entry outdoor yang seterusnya! 












2 comments:
Write curses
  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Bro tq for the entry...suka suka saya minat sangat nak try..macam mana cara ea kena daftar dulu dengan ecotrac ke?tolong saya tq

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter