Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Baru-baru ni ada sorang kawan cerita dia kena tipu RM30,000 dengan satu skim MLM. Yang sedihnya dia dah buat personal loan 30k, satu sen pelaburan tak dapat balik. Kawan saya ni ada degree, umur 30 tahun, nak kata dia terlalu muda tak matang, atau takde pendidikan, memang bukan dia orangnya.
Sampai sekaranglah duduk menanggung hutang dengan bank bayar bulan-bulan.
Jadi maksudnya MLM ni mangsanya tidak kira sesiapa, pangkat darjat mahupun latar pendidikan. Tak sangka kawan sendiri boleh terkena, ingatkan kawan-kawan kita semua celik. Apa yang menyedihkan, walaupun lepas kena tipu berpuluh ribu ringgit, kebanyakan mangsa MLM ni sel otak tak berhubung, deorang takkan menyalahkan skim yang dia sertai, malah dia menyalahkan diri sendiri pulak sebab katanya tak cukup berusaha sehingga gagal dalam skim yang dia sertai.
Kalau anda didekati kawan lama yang kononnya nak menunjukkan jalan menuju kekayaan, dan anda ragu-ragu adakah skim mereka tu betul ke tak, anda telah berjumpa entry yang bakal menjawab persoalan anda - adakah skim MLM ni sebenarnya penipu?
Di sini saya senaraikan beberapa tanda MLM anda tu tak lebih hanyalah skim Ponzi yang menipu. Here goes:
7- Ada Lesen Jualan Langsung
Kenapa ada lesen jualan langsung ni adalah salah satu tanda MLM ni menipu? Sebabnya, malangnya dekat Malaysia, MLM ni adalah sah di sisi undang-undang. Maksudnya, walaupun MLM ni adalah suatu skim yang berat sebelah dan banyak yang tidak bermoral, skim ini sebenarnya tidak menyalahi undang-undang Malaysia.
Jadi kebanyakan MLM yang menipu ni dia akan memastikan dia memiliki lesen jualan langsung ni, lepas tu mempromosikan kaw-kaw yang dia punya skim halal di sisi undang-undang Malaysia. Siap tayang sijil lagi kepada anda. Ini untuk membuatkan anda yakin yang skim dia ni sah dan tidak illegal.
Tapi harus diingat, di kebanyakan negara di dunia, termasuklah China, MLM ni dianggap skim piramid dan adalah HARAM di sisi undang-undang. Dan juga, walaupun ia tidak menyalahi undang-undang, tidak bermaksud ia bermoral.
Jadi sekiranya dia beria promote dia ni ada lesen jualan langsung, percayalah, ini sebenarnya tanda pertama yang anda kena perhatikan.
Mengikut Akta Jualan Langsung, MLM adalah sah, tetapi MLM ini mestilah tidak merupakan skim piramid, iaitu MLM ini mestilah menjual produk. Oleh itu, kebanyakan MLM ini akan menutup kegiatan mereka dengan cara menawarkan produk apabila anda membayar yuran penyertaan.
Ini membawa kita kepada point seterusnya.
6- Ada Produk, Tapi Harga Mahal nak Mati
Kebanyakan MLM sekarang, katanya "Anda bayar RM3000 dan anda akan dapat produk bernilai RM5000! Sebenarnya dekat sini anda dah untung RM2000!"
Untuk pengetahuan anda, SEMUA skim MLM ni mempunyai produk untuk mengelakkan dia jatuh ke dalam kategori skim piramid. TETAPI, produk yang dia jual sebenarnya berganda-ganda mahalnya dari harga pasaran. Produk yang dijual adalah semata-mata untuk cukup syarat supaya tidak dikategorikan sebagai skim piramid atau lesen jualan langsung mereka akan ditarik.
Contohnya, dia kata dia jual 12 sachet minuman kesihatan dengan harga RM300, satu sachet harga dalam RM30. Yang ni memang sah-sah penipu, cuba tengok supplemen glucosamine Blackmore, syarikat farmasi terkemuka pun satu botol baru RM30. MLM ni pulak jual satu sachet bancuhan minuman 3-in-1 dah RM30. Kalau tak percaya cuba Google tengok harga supplemen-supplemen kesihatan yang lain, oleh syarikat-syarikat farmasi yang terkemuka. Anda akan perasan berapa banyak bezanya harga syarikat farmasi tu dengan produk MLM tu.
5- Ada Produk, Tapi Tak Berkualiti
Ada sesetengah MLM, produknya memang berkualiti (walaupun skim dia still menipu). Tapi kalau harga mahal nak mati, produk pun hampeh, then apa point awak nak join. Produk entah hape-hape dia jual, tapi kononnya boleh sembuhkan kanser lah, penyakit kulit lah. Kalau betul dia boleh sembuhkan semua penyakit tu, kenapa tak jual dekat farmasi? Kalau betul produk dia tu berjaya sembuhkan kanser, confirm dah dapat anugerah Nobel.
Untuk pengetahuan anda, semua ubat-ubatan perlu diuji secara klinikal dalam beberapa fasa sebelum betul-betul boleh dikatakan berkesan dan dipasarkan untuk kegunaan. Satu ujikaji boleh mengambil masa bertahun-tahun. Tapi produk MLM ni cuma berdasarkan testimoni pengguna yang boleh ditipu dan bukan berasaskan ujian klinikal yang bertauliah.
Saya ada seorang kawan yang ayah dia stop ambil ubat darah tinggi lepas pakai gelang magnet yang dijual oleh sebuah skim MLM. Katanya gelang magnet tu boleh mengubati darah tinggi. Dalam masa beberapa hari, ayah dia kena strok.
Bila berlaku macam ni, anda ingat MLM ni nak bertanggungjawab?
4- Ada Produk, Tapi Tak Fokus Untuk Menjual Produk
MLM ni matlamat pertamanya BUKAN nak menjual produk, sebab produk tu hanyalah untuk mengaburi mata penguatkuasa daripada dilabel skim piramid dan mata anda sebagai prospek. Kalau anda perasan, dia akan cerita pasal keajaiban produk dia sekejap je, lepas tu fokus dia akan beralih kepada macam mana dia akan bantu anda untuk tarik orang masuk lagi, kemudian cerita pasal kekayaan kalau join skim dia, pasal percutian kalau berjaya capai target sales etc etc.
Kalau betul produk dia berkualiti dan dia nak memasarkan kepada orang ramai, sepatutnya latihan perlu diberikan kepada bagaimana nak menjual produk, bagaimana nak pasarkan produk, nak penetrate market, sebaliknya MLM ni lebih fokus kepada bagaimana nak meyakinkan orang untuk join skim dia, termasuklah dengan menunjuk-nunjuk kereta dan kemewahan dia.
3- Fokus Kepada Kekayaan Berbanding Faedah/Nilai Tambah/Kemahiran
Jika MLM anda bercerita tentang faedah-faedah menyertai mereka dari segi imbuhan kewangan berbanding nilai tambah sebagai seorang manusia atau pekerja, maka di situ adalah satu tanda amaran bahawa mereka ini sebenarnya menipu.
Untuk mengaburi mata anda, ayat-ayat seperti 'Bila lagi nak berjaya? Takkan tengok orang lain je' 'Saya dulu miskin, sekarang pakai BMW' 'Semua orang boleh berjaya, nak tak nak je!' 'Taknak ke bawak mak dengan ayah mengerjakan haji?' adalah digunakan untuk bermain dengan sentimen perasaan anda. Sambil tu, dia pun tayang kereta mewah dia, iPhone dia, MacBook dia konon-konon hasil MLM dia.
Jika benar MLM ini benar-benar fikirkan kesejahteraan anda, sepatutnya pakej mereka dilengkapi perlindungan insurans nyawa, faedah medikal/dental, kad diskaun/rebate untuk ahli yang setimpal dengan harga ribu-ribu awak bayar, sebaliknya lepas anda bayar duit anda takkan dapat apa-apa pun (kecuali penyesalan). Banyak tu beb, bayar ribu-ribu tu boleh cover insurans berpuluh-puluh bulan. Awak bayar free je dekat dia bagi dia kaya.
Walaupun nampak dia kaya, awak kena ingat, dia kaya sebab downline dia punya duit. Bukan langsung duit keuntungan menjual produk. Itulah namanya Ponzi scheme.
2- Suruh Anda Buat Pinjaman Bank
Saya pernah jugak didekati, dicoaching, dibrief oleh seorang MLMers ni, dia suruh saya buat loan RM30,000. Dia kata 'Kita hidup ni kena bijak. Kita jangan guna duit sendiri, kita laburkan duit orang. Kalau saya jadi awak, saya pinjam bank 30K, lepas tu ambil pakej XXX ni.'
Wah bodoh gila dia suggest macam tu. Apa maksud dia loan bank tu duit orang, bukan duit kita? Kalau kita pinjam itu duit kitalah! Kita bayar balik bulan-bulan! Orang hutang PTPTN RM25,000 pun umur 40 belum habis bayar. Lagi bodoh dia buat calculation macam mana dengan join skim MLM dia, boleh balik modal semula RM30,000 tu, tanpa kira kadar faedah pinjaman. Sah-sahlah bila buat personal loan jumlah pinjaman kita akan meningkat beberapa ribu sebab ada faedah pinjaman beberapa peratus.
Bila benda asas macam tu pun dia dah fail, saya terus tak boleh nak percaya semua benda yang dia cakap.
Dah tu pulak, kalau saya tak berjaya dapatkan balik RM30,000 tu, siapa yang nak bayar loan saya? MLM tu ke?
Lagi satu, daripada dia janji kalau saya melabur 30k tu boleh bawak parents pergi haji, bercuti, pakai kereta mewah, baik loan tu saya bayar direct semua benda tu, tak payah labur dekat dia. Apa ke bodoh nak labur dekat dia tak tahu dapat ke tak pulangan, apatah lagi balik modal. Cuba pinjam 30k, lepas tu terus pergi bercuti, tak payah labur dekat dia. Lagi senang kan?
1- ANDA KENA CARI ORANG LAIN
Macam mana pun cantik skim MLM ni, bila dia kata nak balik modal atau nak dapat untung je kena cari orang lain, maka ketahuilah bahawa SKIM INI SEDANG MENIPU DUIT ANDA!
Cakaplah cantik macam mana pun, puitis macam mana pun, dengan penggunaan perkataan apa sekalipun, tapi kalau pokoknya dia kata nak dapat bonus/dividen apa semua dengan cara cari downline, maka angkatlah kaki siap-siap, sebab inilah petanda yang sahih bahawa MLM ini menipu.
Cuba sekarang awak dengan muka tak malu pinjam duit RM3,000 dari 4 orang kawan on the spot. Segan tak? Deorang sanggup tak bagi? Cuba bayangkan nak balik duit awak yang awak dah lebur/labur dekat MLM tu, awak kena cari 4 orang yang sanggup bayar sama banyak macam awak? Tengok deorang sanggup tak.
MLM ni akan janji dengan awak, dia akan bagi coaching, latih awak supaya awak punya gigi lebih lembut dari lidah, pandai merayu-rayu orang. Tapi sanggup ke nak merayu berapa ramai orang nak dapatkan duit beribu-ribu setiap sorang? Awak pun ada maruah, tak malu ke nak merayu duit orang?
Cuba bayangkan pulak, kalau awak berjaya dapat 4 orang bawah awak, macam mana pulak nanti 4 orang tu nak balik modal? Setiap sorang kena cari lagi 4. Lepas tu kena cari lagi 4 orang bawah 4 orang tu. Bila akan berakhir cycle MLM ni? Ini namanya transfer of burden. Untuk mengkayakan orang atas, berpuluh-puluh orang di bawah akan kerugian. In the end, yang untung sebenarnya kompeni-kompeni MLM ni, yang duduk atas-atas ni. Yang Tan Sri, Datuk-datuk, atas tu.
TAMBAHAN: ada antara MLM ni menggunakan muka-muka popular untuk buat anda tertipu. Ingat tak Umie Aida dulu menggelupur bila kantoi MLM dia tipu sijil KKM, SIRIM dan halal, dan AC Mizal yang gulung tikar skim MLM dia lepas kantoi gelang magnet dia harga murah je, tapi dia jual ribu-ribu siap kantoi palsukan testimoni pelanggan. Ada jugak MLM ni gunakan ahli politik, pemimpin, selebriti agama nak buat kita percaya. Siap ada akauntan lah, pekerja bank lah. Satu je nak cakap. Akauntan pun ada jugak yang bodoh. Yang join MLM nilah yang bodoh. Lagi bodoh nak jahanamkan hidup orang suruh join skim MLM dia.
Jadi teman-teman yang bijaksana, ingatlah bila ada orang datang janjikan kemewahan cara senang, janganlah sesekali terpedaya. Ramai je kawan-kawan kita dulu yang buat MLM, tapi lepas tahu MLM tu memang tak mengkayakan, akhirnya diam je sekarang. Dia dah malu sendiri.
Ada pulak disebabkan paksa kawan masuk MLM, akhirnya putus kawan, putus sedara.
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Awak fikir senang je bagi duit dekat MLM ni terus dapat duit, sebenarnya awak dah kena kencing.
Tapi kalau awak habis baca ni, awak nak jugak join MLM tu, silakan. Saya tak rugi apa-apa pun. Awaklah fikir sendiri, daripada bayar RM3,600 tu ke MLM tu, berapa banyak percutian boleh pergi, berapa banyak smartphone boleh beli dengan duit banyak tu? Berapa banyak boleh bagi dekat parents. Awak bayar je, terus kena cari lagi 4 orang nak balik modal. Good luck lah ye nak merayu lagi 4 orang.
Kalau saya ada RM3,600 tu, saya nak buat belanja pergi Bandung, borong perfume banyak-banyak lepas tu jual balik. Kalau sayalah.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
7 Habits of Highly Effective People
6 days ago
Good Info
ReplyDeleteAnda harus tau bezakan MLM dgn skim cepat kaya scam...
ReplyDeleteKenapa anda kata MLM menipu?
Kalau dah ada lesen bermakna dibernarkan kerajaan. Tapi lesen apa? Setakat lesen SSM tu hanya lesen kebenaran berniaga dari ROC/ROB.
Kalau pemasaran cara MLM pula kena ada lesen khas dari KPDNHEP.
Syarikat MLM sekurang2nya ada lima produk untuk mendapatkan lesen AJL.
Dalam perniagaan MLM tidak perlukan modal yang besar untuk menyertainya.
Dan tiada konsep ROI... iaitu yg join kemudian tunggu dapat untung.
Dalam MLM, hasilnya adalah daripada jualan dan pengembangan kumpulan.
Kalau tiada jualan dan tiada kumpulan, maka tiadalah hasilnya !!
ADA FAHAM KA??
Kesian... budak U mana ni?
ReplyDeleteMasuk U dgn soklan bocor ke ape ek?
Pegi join skim cepat kaya tapi kata MLM plak adoiii