14 March 2017

Tiga Purnama

Sungguh, suku pertama tahun ini berlalu terlalu pantas. Blog langsung tidak dijengah, dalam keluputan pada garis masa yang pantas berlari. Bukan tidak teringat, tetapi untuk mencuri sedikit masa dalam rutin untuk duduk seketika, berfikir, merenung dan menulis, untuk menggali dan mencari firasat dan perasaan di dalam lubuk sanubari itu terlalu sukar, bagai menangkap sehelai daun dalam ribut.


Hari demi hari berlalu, mengukur masa dalam jumlah helaian buku yang tidak terselak, cerita-cerita yang tidak tertulis, video dan filem yang tidak sempat ditonton, rakan-rakan yang tidak boleh ditemui, gunung dan bukit yang tidak terdaki, dan peluang-peluang yang dilepas terbebas dari tangan, terasa bagai sebuah kerugian hidup dalam kebutaan yang tiada arah.

Ada banyak kisah yang masih belum terabadi ke dalam tulisan, menanti waktunya ditumpahkan dari pena sebelum lupa dipadam masa. Ada juga rasa yang terbuku tetapi tidak tertulis, ada ilham yang menggumpal tetapi belum sempat tertumpah, ada seni yang wujud tetapi tidak terluah. 

Tiga purnama hidup dalam keributan, mencuba mencari ketenangan dalam sebuah kegilaan taufan kencang. Setelah hari-hari badai yang sukar semakin berlalu, cahaya mulai tampak di hujung horizon.

Serasa teruja berpeluang untuk menulis lagi, seakan seluruh jiwa ingin berteriak: “AKU SUDAH KEMBALI!”

Jangan gusar teman-teman – kerana kini, aku telah kembali.

2 comments:
Write curses
  1. Replies
    1. the fact that you're commenting here proves otherwise hewhewhew

      Delete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter