06 November 2015

Bintang, Mimpi dan Kesedihan


Seribu mimpi bagai bintang yang menari di langit tinggi
Betapa kuterbang tiada yang datang
Dan betapa kupuja semuanya
Aku hanya tersayat di kaki langit
Bagai seekor haiwan yang hina

Aku tidak butuhkan kekuatan
Cuma suatu keajaiban untuk mimpiku
Dan harapan yang bertahun kupendam
Biarlah merayap semuanya
Ke perdu cinta dan mimpi
Dan tarian bintang biarlah aku yang tarikan
Bersama seribu ingin dan harapan
Yang telah kau tunaikan buatku

Lalu kepada bintang, mimpi dan kesedihan
Aku menuntut segaris jawapan
Harus, ke manakah pundakku membawa jasad ini
Ke manakah melayangnya segala cita yang kausimpan
Di dalam bumi gersang
Adakah mungkin aku ditelan langit gelap
Dalam ghairahku memetik bintang?
Kerana mimpiku bintang yang masih megah untuk gugur
Dan kasihku, igauan ini yang masih subur
Dalam teriak halus dan gemersik bayu
Kusimpan hingga mati


Bedaduz,
Putrajaya.

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter