15 December 2014

Cerita Asrama Starting from 2002


12 tahun dah berlalu. Ingatkan lepas bertahun-tahun berlalu, kita akan lupa. Tapi macam masih lagi segar dalam ingatan. Masih hijau dalam kenangan. Malah bertitik tolak dari tahun 2002, hidup kita mula tercorak, sikit demi sikit jadi hidup kita sekarang.

Untuk kami yang lahir tahun 1989, tahun 2002 bermaksud tahun kami masuk tingkatan 1. Waktu nilah kehidupan kami semua mula berubah.

Ada yang masuk sekolah biasa, sekolah asrama, SBP, MRSM. Masa tu tak wujud lagi sekolah kluster rasanya. Bila dah masuk tingkatan 1, anjakan ekstrem berlaku. Daripada zaman sekolah rendah belum mumayyiz masing-masing ralit main Digimon tengok kartun, terus berubah ke dunia baru.


Masuk sekolah asrama, abang-abang senior suara dah pecah, muka jerawat jeragat, badan mak aih tinggi-tinggi macam pokok pinang. Kita masuk sekolah menengah hingus tak habis kesat lagi, baju belum reti seterika. Basuh seluar dalam pun tak reti. Dah kena menghadap senior-senior yang gergasi. Kalau orang kata apa rasanya masuk penjara, rasanya masa tu dah mula terasa.

Bila masuk asrama lagi dahsyat ceritanya. Abang senior datang bilik sembang pasal ‘chest fruit’ perempuan, paksa kita sembang sekali dengan dia. Tah pape, sedangkan masa tu suci kudus lagi minda kita *eceh!*

home

Tapi masa tu kita dah mula nampak masa depan. entah kenapa, semua orang macam air, senang mengalir masuk ke dalam group masing-masing. Group main bola, group atlet, group rajin belajar, group suka pergi surau, group pembuli, group adik-adik, group nerd main kad Yu-Gi-Oh, group nerd baca komik. Tanpa kita sedari, masa depan kita bermula dekat titik tu. Masa sekolah rendah belum lagi kenal identiti kolektif, kita kawan je semua orang, takde geng.

Kawan-kawan yang kita kutip masa tu, sampai sekarang pun jadi kawan kita. Yang mana dulu group main bola, sampai sekarang masih lagi group main bola. Tapi itulah, masa tu kita fragile. Kita macam span, absorb je apa-apa nilai kawan-kawan sebaya, jadi pegangan kita.

Kita tak tahu, kalau masa tu kita tak jumpa, mungkin pegangan kita sekarang akan berbeza.
Dan masa tulah, kita start buat benda-benda yang kita kesali sampai sekarang.

Benda-benda yang kalau kita boleh patah balik masa, kita nampak diri kita yang lama buat benda tu, terus kita tampar tak payah tunggu-tunggu.

Dan kalau bukan sebab tahun 2002 kita masuk sekolah tu, tahun 2005, lepas PMR, kita dah masuk tingkatan 4 kita tukar sekolah lain. Tapi sebab kita dah ada dalam satu sistem yang functional, yang tetap, yang rigid, kita stay lagi bawah sistemnya.

Dekat sini pulak, SPM dah menjelang, kita tak banyak pilihan. Kita diingatkan cuma ada 3 kerjaya kita boleh pilih – Doktor, Engineer, Akauntan. Adalah sebut farmasis, biotek sikit-sikit. Tapi luar daripada tu, kita tak nampak masa depan macam mana ada untuk kita. Tak nampak ada course kulinari, course sains perhutanan, course pendidikan. Sebab takde siapa yang ingatkan kita adanya dunia luar daripada sistem kita yang rigid, yang functional.

Masa tu kalau boleh patah balik, saya nak berbisik pada diri saya – jangan lupa masa depan tu indah. Masa depan kita bukan sistem ni yang dictate, tapi diri kita.

Lepas habis SPM, dengan result yang tak menyerlah, tersisihlah kita dari rakan sebaya. Perasaannya kita nampak deorang semua masuk dalam train, tinggalkan kita sorang-sorang dekat stesen. Yup begitulah deskripsinya. Kita rasa lonely.

Deorang dapat buat foundation, IB, A-Level, fast track. Kita masuk matrik. Deorang sebelah kaki dah confirm dapat buat course engineer/akauntan/doktor, dapat fly luar negara, kita kena bersaing balik dengan budak sekolah biasa.

Masa tu terputuslah hubungan. Kita nak berborak pun dah tak rasa sekufu. Nak kata deorang hidung tinggi, tak juga. Mungkin kita terlebih sensitif.

Tapi sekejap lepas tu, kita semua yang berpecah balik, tiba-tiba bersatu semula. Hidup kita jadi berbeza, tapi kita masih orang yang sama. Degree kita tak sama, universiti tak sama, persahabatan tu tetap juga sama.

Tahun ni dah tahun ke-12, sejak tahun kita masuk form 1 dulu. Cepat betul. Dulu belum 13, sekarang dah 25. Rasa tak percaya lagi kuat dari rasa percaya.

Tapi semuanya kembali ke titik tahun 2002 tulah. Kalau, kalaulah, misal kata, kita tak pergi sekolah tu, adakah kita akan duduk depan laptop sekarang ni, cerita pasal semua benda ni?

Mungkin sama sekali tidak. Hidup kita akan jadi berbeza, hanya kita tak tahu berbeza yang macam mana.

Paling ketara mungkin group whatsapp yang mana kita ahlinya, akan jadi lain.

Dan paling ketara mungkin, orang pertama kita cinta bukannya dia.



























4 comments:
Write curses
  1. masa yang lepas tu sejarah, tu sebagai panduan untuk kita hadapai masa depan.. kalau semua orang boleh ubah masa lampau, makin huru hara masa depan kita.

    ReplyDelete
  2. betul tu :)
    benda yang berlaku semuanya ketentuan. yang belum berlaku yang patut kita risaukan

    ReplyDelete
  3. if i got the chance to live it again, i would choose the same path. :)

    if you know what i mean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're lucky to have found your soulmate :)

      but hey, i would live it all over again too just to rectify my mistakes. hehe

      Delete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter