16 December 2014

UNLUCKY

 

Tahu tak, bila dah bekerja, satu tabu yang kita tak boleh langgar ialah tidur lambat?

Yeahhh betul. Jangan ingat sebab kita dah dewasa kita boleh suka-suka buat apa yang kita nak. Turns out, bila jadi dewasa makin jadi macam budak sekolah.

Kena tidur awal, kena bangun pagi setiap hari. Sebelum tidur gosok baju. Kena pakai uniform *sort of* pergi kerja. Dekat workplace under constant supervision. Being adults are no fun!

Sebenarnya kan, saya expect kerja bidang environment ni dapatlah masuk hutan kerap. Masuk nature. Tapi rupanya asyik bekerja dalam urban environment je. Entah bila nak masuk nature. Kadang ada jugak terfikir kenapalah dulu tak ambil course perhutanan dekat U. Mana tahu rupa-rupanya nak masuk PERHILITAN kena ada degree Sains Biologi atau Perhutanan. Takde siapa bagitahu.

Masa praktikal, boleh je praktikal dengan gajah bawah PERHILITAN dengan degree alam sekitar. Masa praktikal la seronok. Riang gembira dalam hutan, main dengan haiwan liar, mandi sungai petang-petang. Rupanya alam pekerjaan tak seindah praktikal *sobs3*

So like I was saying, kalau tidur lambat malam kerja, esoknya masa kerja produktiviti kita akan terganggu.

Malam Ahad lepas, saya bukak tingkap luas-luas sepanjang malam sebab panas. Nak tidur tu tutuplah balik tingkap. Tak sangka lah pulak, dari tingkat 11 pun nyamuk boleh menyelinap masuk. Binatang!

Bila dah nyamuk gigit-gigit tu, grrrr. Memang tak boleh tidur. Sekejap garu kaki, sekejap garu tangan. Mata nak lelap gatal tempat lain pulak. Dah tutup tingkap panas pulak, rasa tak selesa panas. Sedar tak sedar, dah pukul 2 pagi.

Pagi esoknya, awal-awal dah kena bangun. Dengan penuh bad mood pagi-pagi kena mandi. Kena drive pergi kerja.

Disebabkan tak cukup tidur, rasa lalok je dekat tempat kerja. Dekat situlah mulanya episod-episod malang.

Pertamanya pagi tu, masa nak duduk dekat bilik meeting, saya tersalah duduk dekat pemegang kerusi tu. Kerusi tu berundur ke belakang, langgar meja kecik sampai habis barang-barang meja tu jatuh. Saya pulak terduduk atas lantai. Wooo malu! Siap masa tu engineer jerit nama saya kuat-kuat sampai satu office dengar.

Ya Allah lalok gila masa tu sampai perasaan malu tu tak wired sampai otak.

Lepas tu bila tak cukup tidur, rasa grumpy semacam. Bunyi whatsapp masuk pun rasa nak campak henset ke dinding. Rasa nak termuntah, benci, malas nak buat apa-apa. *agak-agaknya ni perasaan perempuan PMS, kot? Atau macam orang kena rasuk jin hewhew*

Petang tu balik dari kerja, sebab saya rasa penat gila, bawak kereta macam angau, sambil termenung. Dekat traffic light tak sengaja *atau sebenarnya tak sedar* terlanggar kereta MyVi dekat depan. Ok, that’s not the worst part. The worst is, lesen saya dah mati. DAN, road tax juga.

Mujurlah, bumper kami hanya bercium. Like, a peck on the cheek camtu je. Takde calar apa. Ya ampun masa tu rasa lega gila. Driver tu pun sporting. He didn’t even blame me.

Episod ketiga, dah sampai rumah, tetiba takde parking sebab ada pasar malam. Lagilah rasa macam nak mengamuk. Pusing-pusing, dengan kereta yang parking makan jalan, dengan jalan tutup lagi, dengan minyak kereta dah kelip-kelip nak habis. Tahu tak pusing tu macam mana. Pusing shop lot berselisih dengan kereta lain, lalu depan pasar malam, lalu jalan yang dari 2 lane jadi setengah sebab kereta yang parking haphazardly, tengah jalan ada anjing, pusing sekali lagi depan shop lot. Bila takde parking masuk balik jalan besar. Repeat.

Dah dapat parking lepas setengah jam macam tu. Kalau takde jugak parking lepas sejam mahu kena heart attack tahu.

Malam tu keluar pergi makan. Terfikir jugak takut balik kemudian tu takde parking. Nak sedapkan hati saya cakaplah selalunya pasar malam dah dekat pukul 10 dah lengang.

Boy was I wrong. Dekat rumah saya pukul 10 is the peak hour. The traffic? Twice as worse.

Balik dari makan tu nak cari parking balik, macam nak cari harta karun. Bukan setakat dekat, yang jauh berkilo-kilo pun penuh. Lagilah saya bawak kereta macam gila. Siap rasa nak gilis anjing sebab geram duduk tengah jalan *heyy jangan marah saya, pencinta haiwan. Kalau ada manusia kacau tengah jalan masa tu pun saya gilis dengan gembiranya tahu*

Akhirnya dapatlah jugak parking lepas nak accident dengan motor. Sampai je rumah, rasa macam !%@^*!(@). Ummm tak mencarut, cuma otak rasa dungu semacam sebab terlampau letih.

Seperti biasalah, rasa macam nak berhenti kerja. Nak buat benda lain. Nak jadi lecturer. Urghhh. I hate corporate world.

 

P/S: Not all unlucky though. Zalora emailed me asking me for a collaboration. Guess God Works in Mysterious Ways. 41(1)

2 comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter