14 December 2014

25, finally

 

Yeap, akhirnya dah masuk suku abad jua usiaku.

Urghh sudah mula rasa tua. Petang tadi lepas baca buku John Grisham, (beli dekat Big Bad Wolf 8 hengget saja hewhew) saya tertidur sekejap. Lepas tu entah kenapa masa tidur tu saya terfikir yang tahun depan dah nak masuk umur 26. Lepas tu teringat pulak yang lepas usia kita masuk 25, umur kita lagi dekat dengan 30 daripada 20.

Saya pun freaked out, lepas tu terjaga. Lepas tu bad mood sekejap. Alaa tak syoknya makin tua ni kan.

Sebenarnya, to be honest, saya masih stuck dekat tahun 2011. Kalau orang tanya tahun ni tahun apa, dalam otak terlintas tahun 2011. Kalau teringat balik sebenarnya dah tahun 2014 macam tak percaya. Paling jauh pun saya rasa tahun 2012. Tak terfikirlah tahun depan dah 2015, dalam 17 hari macam tu je tinggal.

Kalau kita compare balik gambar masa form 5 atau masa degree dengan gambar sekarang, sungguh tak percaya. Dulu kurus (tapi masa tu dah gemuk compare dengan orang lain kekeke), sekarang gemok! Dulu muda remaja, sekarang dah nampak macam adult.

Paling takut bila dah dewasa ni kan, semua tanggungjawab kena pikul. Dulu masa belajar, buat kesilapan tu adalah proses. Sekarang kalau buat kesilapan merasalah dalam meeting kena bambu.

Oh status saya sekarang? Masih seorang budak U. Cuma berehat sekejap daripada belajar, sebab tengah tunggu viva voce untuk Master’s. insyaAllah, tahun depan kalau takde aral, lepas dah siap Master saya akan sambung PhD. Sebabnya rasa-rasanya dunia korporat ni bukanlah untuk saya.

Lepas bekerja sebagai engineer, saya sekarang dah bertukar kerjaya. Sekarang bekerja di Wilayah Persektuan Putrajaya, masih dalam bidang environment. Saya tinggal dekat area Seri Kembangan sekarang, dan dari rumah saya yang tinggi mencakar langit ni boleh nampak kawasan Serdang, termasuklah UPM, The Mines dan kawasan sekitarnya.

Sebenarnya kan, terasa tak boleh move on lagi. Terasa nak masuk balik dalam U. Dulu kehidupan rasa sungguh sheltered, selamat dan terancang. Sekarang kan, tak tahulah nak describe macam mana. Kalau nak pergi bank ke, nak setelkan urusan rasmi, hidupkan lesen ke, susah sangat rasanya.

Pulak tu, duduk rumah sewa nak kunci rumah kena berapa lapis punya kunci. Dengan mangga, dengan pintu, dengan grill. Kalau keluar lambat sampai ofis takde parking, jalan jam. Faham tak kenapa orang Malaysia ni mudah kena sakit jantung? Sebab stress setiap hari ulang rutin macam ni tahu.

Oh by the way, sekrang kan tengah Big Bad Wolf Book Sale. Sebenarnya buku yang saya beli daripada Big Bad Wolf tahun 2011 pun tak habis baca lagi. Masa tu kan, Big Bad Wolf belum trending lagi. Acah-acah hipster sangat.

Sekarang ni, Big Bad Wolf dah jadi event yang common je. Tak rasa special sebab setiap tahun ada. Pulak tu, buku tahun lepas yang kita ingat rare sekali tahun ni dia jual balik. Dan jugak, kalau pergi Big Bad Wolf asyik jumpa hijabster je. Semua cakap English dengan accent mat salleh.

“Like seriously, I was looking for this book for ages!”

“What was I looking for just now?”

“Oh my God! It’s Agatha Christie’s!”

Kan? Cuba bertenang je cari buku tanpa perlu kuat-kuat nak bagitahu sumeorang awak cakap English. Sungguh hijabsterrs. Hahaha. Ok gurau je. Baguslah tu praktis cakap English walaupun cuma setahun sekali kan.

Err itu jelah kot nak cerita kali ni. Kalau sesiapa terasa pemurah nak kasik saya hadiah sempena harijadi lepas, sila lah email saya. Kahkahkah!

Bye peeps. Assalamualaikum dan kalau tak sempat nak ucap nanti, happy new year!

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter