10 October 2014

Apa yang perlu anda tahu jika anda ialah Bakal Graduan/Pelajar Sains Alam Sekitar

environmental consulting serbia
 
Hai peeps, and especially juniors! Apa khabar semua? Kalau anda ialah bakal pelajar atau pelajar semasa Sains Alam Sekitar UPM, UM, UKM, UiTM, UMS, dan lain-lain U, anda telah bertemu entry yang paling sesuai dengan permasalahan yang bermain di minda, iaitu apakah peluang kerjaya sebagai pelajar Bacelor/Ijazah/Sarjana Muda Sains Alam Sekitar selepas tamat pengajian. Kalau anda bukan pelajar Sains Alam Sekitar, bolehlah jugak baca entry ni untuk menambahkan pengetahuan. Dan jugak boleh rekemenkan course ni kepada sedara mara dan kawan-kawan.
 
Dan kalau anda masih di sekolah, bolehlah nanti pilih course ni masa isi borang UPU.
Ramai sebenarnya orang yang tak tahu tentang peluang kerjaya dalam bidang Alam Sekitar. Saya dulu pun masa dapat offer course ni terus termenung sekejap, sebab fikir nanti nak kerja apa? Sampai final year pun tak dapat lagi idea nak kerja apa tahu.
 
Semua orang ingat kalau masuk Alam Sekitar ni, end up kerja macam Karam Singh Walia. Jadi wartawan bongkar pencemaran alam sekitar. Even bila Mak sembang-sembang dengan jiran-jiran pun dia kata nanti kerja wartawan Alam Sekitar macam Karam Singh Walia. Orang lain pulak yang keluarga kami kenal, semua kata last sekali jadi cikgu sebab tak dapat kerja.
 
Ada lagi mulut celupar kata Alam Sekitar ni course tendang *kalau ada orang kata dekat awak macam ni, sila tendang mulut dia* Konon-konon Alam Sekitar ni tak laku laa, course murahan la. Actually kalau nak tahu, course alam sekitar ni ada peluang kerjaya yang memang spesifik untuk kita, tapi sebab takde siapa yang guide, dan course kita tak popular di mata masyarakat seperti courses yang lain, jadi tak ramai orang yang berbincang pasal course atau kerjaya Alam Sekitar ni. Dan course Alam Sekitar ni dalam industri yang memerlukan dia, sangat-sangatlah penting.
 
Jadi saya sebagai orang yang *sedikit* senior dan baru sahaja memulakan kerjaya dalam industri, dan juga mempunyai kawan-kawan lain dalam industri, nak kongsi tentang peluang kerjaya once kita dah menggenggam Ijazah Sains Alam Sekitar dalam tangan. Here goes.
 
 
1 – Government (DOE, Lembaga perlesenan nuklear, SWM, PBT)
 
logo-mosti jabatan_alam_sekitar
 
Nombor satu peluang kerjaya mestilah dalam government. Paling ketara ialah peluang untuk masuk DOE (Department of Environment) dan jugak Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran/Daerah/Bandaraya) sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar gred C41. Selalunya untuk Majlis-majlis perbandaran, peluang kerjaya adalah terhad kerana hanya ada seorang Pegawai Alam Sekitar untuk satu-satu Majlis dan lebih terbuka kepada anak-anak tempatan negeri/daerah. Pegawai Sains Alam Sekitar C41 pun ada ditawarkan untuk Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan yang latest ialah untuk Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Kalau kerja government ni, compare dengan kerja bidang lain, kurang teruk sebab lebih kepada penguatkuasaan undang-undang. Hands on kurang.
 
 
 
2 – Construction
 
 
PCL employees on a jobsite in PPE (Personal Protective Equipment).
 
Bidang construction ialah bidang paling tough untuk graduan Alam Sekitar tapi senang nak masuk berbanding bidang lain. Nak tahu penting tak pentingnya Environmental Officer (EO) dalam bidang construction ni, kalau EO untuk satu-satu tapak pembinaan tu takde, JKR boleh mintak projek tu dihentikan.
 
Peruntukan untuk EO ni diwartakan dalam Undang-undang, dan kandungan kontrak Bill of Quantity dan Environmental Management Plan antara JKR dengan kontraktor tu menyebut dengan spesifik keperluan untuk adanya seorang EO di tapak pembinaan.
 
EO dalam bidang construction ni perlu memastikan kontraktor mematuhi undang-undang berkaitan Alam Sekitar, terutamanya EQA 1974 dan ISO140001. Kerja construction ni letih kalau company tak jaga alam sekitar sebab dalam setahun, lebih kurang ada 7 audit untuk alam sekitar untuk satu2 tapak construction. Kalau kita tak memastikan kompeni patuh pada undang-undang, JKR ada kuasa menghentikan projek pembinaan, atau teruk lagi, kena kompaun ratus-ratus ribu.
Biasanya untuk kompeni besar macam WCT, SP Setia, Mah Sing dan IJM, pakej gaji dan faedah pekerja sangatlah berbaloi-baloi.
 
Job scope atau job nature untuk construction ni selalunya memastikan sisa terjadual diurus dengan baik, pembinaan tu mempunyai kawalan untuk tidak mencemarkan sungai, dan kawasan perumahan buruh dalam keadaan yang bersih.
 
Pekerjaan dalam construction ni selalunya mengikut projek, lepas habis projek tu, kena pindah site lain pulak. Satu-satu projek selalunya mengambil masa kurang lebih 2 tahun, tapi depends jugak pada skala projek. Construction ialah bidang yang tough sebab asyik kena pindah ikut site. Contohnya kalau kerja buat jalan, kena pindah dekat site tu masuk dalam hutan. Lepas siap projek tu, kena pindah lagi.
 
 
3 – Consultancy
 
Kalau dekat Malaysia, bidang consultancy adalah penting dalam alam sekitar, terutamanya bila berkaitan dengan dokumen-dokumen undang-undang seperti Environmental Impact Assessment (EIA), Detailed EIA (DEIA), Environmental Monitoring Plan, Environmental Management Plan, dan lain-lain lagilah dokumen legal.
 
Consultant bertanggungjawab menyediakan EIA untuk suatu projek yang disyaratkan untuk mempunyai EIA bawah peruntukan EQA 1974. Consultant ni selalunya mempunyai lesen daripada DOE. Tapi kalau nak mula dalam bidang consultancy, gaji basic tak banyak, cuma lepas pengalaman dah besar dan dapat lesen daripada DOE, baru boleh buat duit.
 
Kalau dekat negara luar, consultant jugak selalunya boleh dijadikan rujukan untuk satu-satu kompeni nak ‘go green’, which means dia bayar konsultan untuk bagi pandangan dan penyelesaian untuk kompeni tu dalam menghijaukan operasi kompeni. Tapi dekat Malaysia, saya tak pasti pulak ada ke tidak.
 
 
 
 
4 – Monitoring
 
 
EPADay815244_500x298
 
 
Monitoring ni boleh jugak dilakukan oleh konsultan alam sekitar, terutamanya untuk projek-projek yang ada EIA, tapi dalam perkara-perkara lain contohnya kebisingan, indoor air quality, soil and sediment monitoring, pendedahan bahan kimia, ruang tertutup, udara termampat, ada kompeni khusus yang melakukan kerja-kerja monitoring.
 
Kompeni ni biasanya memerlukan satu orang kompeten untuk menjalankan kerja-kerja monitoring yang berkaitan alam sekitar. Kompetensi tu pulak perlu didapatkan daripada NIOSH. Selalunya kerja dalam bidang monitoring ni lebih kepada aspek Environment, Safety and Health. Disebabkan sijil NIOSH tu mahal, ada ujian dan memang susah nak dapat (untuk satu-satu kompetensi, hanya lebih kurang 10-15 saja orang kompeten di Malaysia), bayaran untuk satu-satu projek boleh mencecah RM400 sehari.
 
Bidang ni biasanya jugak dikaitkan dengan konsultansi. Contohnya selepas monitoring, kalau didapati sesebuah kilang tu beroperasi melebihi standard kebisingan yang dibenarkan, syarikat ni boleh memberikan suggestion kepada kilang tu untuk mengurangkan kesan kebisingan, seperti pakai ear plug, ear muff dan pasang penebat bunyi. Sama jugak macam konsultan, kalau masuk monitoring ni gaji tak banyak, lepas dapat kompetensi baru gaji besar dan dapat komisen untuk setiap projek.
 
Untuk melihat lebih details tentang kompetensi yang boleh diambil, bolehlah klik sini.
 
 
5 – NGO
 
Dekat Malaysia, NGO seperti World Wide Fund for Nature (WWF), Malaysian Nature Society (MNS) dan earthagain adalah antara NGO yang boleh dijadikan pilihan kerjaya. Tapi NGO sebenarnya agak susah nak masuk, sebab dekat Malaysia NGO alam sekitar kurang agresif berbanding negara-negara luar. Disebabkan dia kurang agresif, selalunya workforce dia kecil dan tak ramai. Kebarangkalian nak masuk NGO agak rendah bagi pemegang degree alam sekitar.
Kerja-kerja NGO di Malaysia masih lebih terarah kepada kesedaran sivik alam sekitar.
 
 
6 – Academician (Lecturer/Cikgu)
 
Untuk menjadi academician dalam bidang alam sekitar, IPTA selalunya dah mintak at least PhD untuk menjadi pensyarah, while IPTS selalunya degree/Master. Cikgu pulak macam biasa, degree. Selalunya academician untuk alam sekitar bayarannya agak lumayan. Jadi kalau-kalau malas nak masuk industri, masuk jadi lecturer pun OK.
 
Lecturer alam sekitar biasanya ada beberapa kepakaran dalam beberapa bidang, terutamanya dalam bidang air, udara dan tanah yang ketiga-tiganya pula merangkumi aspek biologi, kimia dan fizik. Daripada bidang-bidang ni baru dipecahkan kepada bidang yang lebih spesifik dan gunaan (applied), seperti meteorologi, ekotoksikologi, kesihatan alam sekitar, geologi, sains marin, dan biodiversiti.
 
Selain itu, terdapat jugak kepakaran dalam bidang berkaitan pengurusan, seperti polisi, undang-undang dan etika alam sekitar. Tambahan pula, kemajuan teknologi dalam bidang alam sekitar juga mewujudkan bidang gunaan baru menggunakan sistem komputer seperti Geographical Information System (GIS), remote sensing (penderiaan jauh), sistem pintar (expert sistem) dan pendekatan chemometric menggunakan statistik. Pendek kata, bidang alam sekitar ialah bidang yang luas dari segi kerjaya akademik.
 
Untuk meneruskan kerjaya dalam bidang akademik, anda sangatlah digalakkan untuk menyambung pengajian ke peringkat Master dan PhD.
 
7 – Research
 
Institut macam NAHRIM, LESTARI, ASMA dan macam-macam lagilah perlukan kepakaran dalam bidang alam sekitar. Terutamanya untuk melakukan pelbagai penyelidikan berkaitan, well, alam sekitar. Sebenarnya untuk memahami sains alam sekitar, anda kena tahu apa komponen alam sekitar. Simple; benda hidup, air, udara dan tanah. Jadi mana-mana research yang kena salah satu komponen ni dah boleh dikira sains alam sekitar. Cuma methodology saja yang akan berbeza.
 
Untuk masuk bidang research berkaitan alam sekitar, keperluan selalunya mesti pandai membuat persampelan (sampling), kerja makmal (labwork), data analisis, dan menulis laporan (report writing). Selalunya nak masuk research kelebihan diberikan kepada mereka yang pernah menerbitkan kertas penerbitan atau makalah dalam jurnal berwasit.
 
Selain institut – institut penyelidikan, IPTA yang berstatus Research University pun boleh dijadikan pilihan untuk mencari kerjaya berkaitan penyelidikan. Tapi biasanya satu fakulti/institut cuma ada seorang Research Officer berjawatan tetap, dan selebihnya boleh ambil skim kontrak Research Assistant sambil buat Master atau PhD.
 
8 – Industri berat
 
 
Environmental-Engineering-Jobs
 
Kilang-kilang sekarang memang nak pakai graduan alam sekitar, especially kalau berkaitan dengan waste water. Biasanya yang jaga bahagian treatment/waste water ni akan dikenali dengan nama Environmental Engineer. Walaupun tugasnya dengar macam berat, tapi keperluan Environmental Engineer lebih kepada sistem komputer dan keperluan selalunya mesti memahami dan biasa dengan aplikasi AutoCAD, selain basic yang mantap dalam rawatan air sisa.
 
Jadi kalau anda belajar subjek Rawatan Air Sisa, which is totally different dengan Rawatan Air Minum, please lah buat betul-betul dan fahami aspek teknikal rawatan air sisa dan standard EQA 1974 untuk parameter-parameter air sisa sebab subjek tu sangatlah berguna kelak untuk menjadi Environmental Engineer. Environmental Engineer dekat kilang-kilang biasanya memerlukan kita untuk menjaga operasi sistem berkaitan rawatan sisa.
 
Selain Environmental Engineer, industri jugak sangat memerlukan EHS (Environmental Health Safety) Officer/Engineer/Executive/Personnel, atau pendek katanya, Pegawai EHS. Biasanya aspek paling berat yang diberi penekanan ialah Safety & Health, Environment tu macam hiasan je (lol) Jadi untuk masuk bidang EHS ni, selalunya mereka memerlukan kita untuk mempunyai latihan dan berdaftar dalam bidang safety dengan NIOSH dan DOSH, dan paling OK kalau kita ada kompetensi sampai Green Book.
 
HSE-1
 
Selain itu, penekanan diberikan kepada mereka yang mempunyai latihan atau kepakaran dalam audit ISO14001, OHSAS 18001 dan ISO9001.
 
9- Lain-lain
 
Selain peluang kerjaya yang disebut di atas, terdapat jugak beberapa peluang kerjaya lain. Sebagai contoh, setiap bangunan kerajaan memerlukan seorang EMR atau Environmental Management Representative. Tapi yang ni JKR dah tenderkan ke syarikat swasta, jadi walaupun kita kerja dekat bangunan kerajaan kita sebenarnya kira pekerja swasta. Yang ni sedih sikitlah sebab selalunya kerjanya kontrak dan tak ada kenaikan gaji atau pangkat.
 
Kalau anda jenis berhati kental, jangan lupa boleh berhijrah ke luar negara untuk peluang kerjaya yang lebih luas. Boleh ke negara-negara teluk ataupun negara-negara jiran untuk kerjaya sebagai Environmental Engineer.
 
 
Maklumat Tambahan:
 
1- Kerjaya dalam bidang alam sekitar biasanya kena berebut dengan degree Civil dan Chemical Engineering (menyibuk je deorang kan? Ameklah kerja lain hewhewhew)
 
2- Untuk menjadi graduan alam sekitar yang lebih kompeten, anda perlulah menyiapkan diri untuk mengambil kepakaran atau kursus-kursus untuk nilai tambah. Oil & Gas Safety Passport, CIDB Green Card, Safety Training, ISO 14001: Environmental Management System ni patut dah sikit-sikit tahu waktu grad so bila nak cari kerja takdelah termangu-mangu bila orang tanya. Tambahan pula, sebab kerjaya Alam Sekitar ni nak naik pangkat agak lambat, dengan cara ambil sijil-sijil nilah gaji kita boleh naik cepat.
 
NOTA: Penerangan di atas hanyalah berdasarkan pengetahuan terhad penulis dan bersifat asas sahaja. Untuk penerangan lebih terperinci, digalakkan otai-otai industri tuliskan dalam blog memasing. hewhewhew

56 comments:
Write curses
  1. best post. saya pelajar diploma senibina landskap. Ade niat nak lari bidang sikit tapi masih dalam bidang alam sekitar. saya ade la sedikit sebanyak ilmu tentang EIA. tapi post ni pon sedikit sebanyak membantu kepada pertanyaan saya "Apa sebenarnya prospek kerjaya Pengurusan Alam Sekitar?" Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. saya sekarang pelajar ijazah dlm jurusan alam sekitar. boleh cadangkan tempat yg sesuai untuk saya buat latihan industri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada kesesuaian. kalau teringin merasa kerja gomen, boleh apply DOE, Majlis Perbandaran/Daerah, Jabatan Pengairan & Saliran dll

      Kalau teringin buat conservation, boleh apply PERHILITAN dsb

      Kalau nak merasa swasta, boleh cuba kompeni konsultan yang buat EIA.

      good luck btw!

      Delete
  3. Ini untuk bachelor science environment or bachelor art environmental studies?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari segi kerjaya, rasanya kedua-duanya agak sama

      Delete
  4. Helps me a lot! Thanks!!! Haha dari dulu mmg bercita nak masuk this course just takut tak layak je. Mcm mana nak pohon? Bio kena A ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tengok dekat syarat setiap universiti. lain universiti lain syarat. good luck btw!

      Delete
  5. Assalamualaikum..
    Saya nak ambil kursus kompitensi ttg EMS ni..
    Ada kat mana ya..?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, saya student bachelor of environmental management dr UPM. Adakah prospek kerjaya kos saya sesuai dengan prospek kerjaya yg diatas? Saya keliru kerana prospek kerjaya di atas sains alam sekitar sedangkan saya pengurusan alam sekitar. Ianya kelihatan sama tetapi berbeza. Apa pandangan encik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah still relevan...Benda yg tak Tau tu still lg bleh bljr Masa dh masuk keje nnti..-Env consltnt-

      Delete
    2. Assalam boleh saya tahu kalau bachelor in environmental management dia belajar tentang apa ye?

      Delete
    3. Env. Management more kepada pengurusan, e.g, polisi, urban planning (studio), ISO, Lifecycle Assessment (LCA), EIA, etc. Kalau Sains Alam Sekitar banyak kepada Lab, subjek mcm Sains Marin, Geologi, etc. Student from UPM

      Delete
  7. Assalammualaikum :)
    Boleh saya tahu akak belajar sains alam sekitar di U mne ? Dan kalau Uitm mne yg ade sains alam sekitar ni ?

    ReplyDelete
  8. Kalau ukm kan kne interview guna video kan..Saye perlu cerita pasal ape je pasal sains sekitaran ni ye hm??

    ReplyDelete
  9. Saya dapat course ni untuk degree so family dah mula tanya ape bidang kerjaya. Takut jugak la

    ReplyDelete
  10. Saya dapat course ni untuk degree so family dah mula tanya ape bidang kerjaya. Takut jugak la

    ReplyDelete
  11. graduated pada 2015...now dalam bidang safety of envrnmnt.alhamdulillah setelah sekian lama kerja lari dari tajuk ahahaha

    ReplyDelete
  12. Salam,saya nak tanya macam mana dengan skop pembelajaran untuk kos ini.

    ReplyDelete
  13. maksud skop pembelajaran tu mcm mana ya? kalau dari segi subjek, kena ambil semula fizik, kimia dan biologi alam sekitar. kemudian akan pergi lebih mendalam kepada subjek sains gunaan seperti meteorologi, hydrology, sains tanah. selain tu, kena ambil juga kelas berkenaan etika alam sekitar, perundangan, dan perancangan bandar. berkaitan teknologi, akan belajar statistik, Geographical Information System, dan remote sensing.

    kalau dari segi kelas, ada kelas yang ada teori dan ada yang ada amali.

    ReplyDelete
  14. Boleh saya tanya? Pengurusan alam sekitar dengan pengajian alam sekitar sama ke? boleh sy tahu sub apa yg diajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengajian alam sekitar ialah nama fakulti, dan pengurusan alam sekitar ialah salah satu subjek yang diajar di bawah fakulti pengajian alam sekitar.

      pengurusan alam sekitar lebih kepada subjek pengurusan seperti undang-undang, organisasi, dsb

      Delete
  15. Boleh share tak pathway after spm sambung study dekat u mana? And now kerja mcm mana? Saya berminat dgn kos ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas SPM boleh pergi matrikulasi dalam bidang sains/kejuruteraan, STPM, atau diploma dalam bidang sains, kemudian boleh memohon course alam sekitar di universiti tempatan

      Delete
  16. Boleh tak graduan bachelor biology atau microbiology dpt kerja environmental engineering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends pada requirement atau skop kerja. perhatikan kalau dalam iklan dia tulis 'degree in environmental science or equivalent'. good luck ya. hope it helps :)

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. boleh tak graduan dlm bachelor environmental technology ni krja kat jabatan air?

    ReplyDelete
  19. Boleh saye tahu kalau kos pentadbiran alam sekitar belajar tentang ape ye?

    ReplyDelete
  20. Hi,saya student dlm bidang pengurusan biodiversiti.Adakah peluang pekerjaan dlm bidang ini sama seperti pengajian alam sekitar?

    ReplyDelete
  21. Hi. Saya baru ditawarkan sarjana muda sains (kepujian) teknologi persekitaraan. Saya masih ragu2 untuk menerima tawaran tersebut kerana saya merupakan lepasan diploma kejuruteraan awam dan ketika spm dahulu saya merupakan sub-science student (biologi digantikan dengan Engineering drawing). So saya takda basic lansung dalam subject biology. Takut saya tak boleh bawa course ni. Apa pendapat tuan adakah patut saya terima walaupun tiada basic dalam biology and dari segi chemistry, saya kurang berpengalaman mahupun pengetahuan? Adakah course ini sangat susah atau sebaliknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. sy pon mcm awak. sy rasa awak patut pergi sbb peluang pekerjaan envitech bnyk. course ni ade juga minor eng. untk biology tk bnyk sngt sbb dia more to chemistry. sbb awk ambil eng so mesti dh biasa dgn calculus drpd sy yg last belajar addmath form 5 haha. jngn tkut. klau usaha pasti boleh. (sy pon tkut juga sebenarnya bila tengok course outline dia tp klau kita usaha mesti boleh! goodluck)

      Delete
    2. Tapi calculus dengan chemistry sangatlah berbeza. Takut tak boleh survive nanti. Course dulu more to calculation than theory (lebih kurang 90% calculation), dan saya rasa course ni lebih kepada theory. Masih dalam dilema untuk terima atau tidak

      Delete
    3. Salam. Pendapat peribadi saya, Biology Alam Sekitar sudah dalam kategori sains gunaan, iaitu lebih mudah berbanding biologi tulen. Biologi gunaan lebih kepada applied, iaitu aplikasi gunaan di dalam industri.

      Delete
  22. Terima kasih untuk perkongsiannya. Sangat membantu saya dalam mencari dan explore peluang kerjaya dalam bidang alam sekitar ini dan jugak beri pencerahan kepada saya dalam mempersiapkan diri dengan kompetensi² yg disebutkan di atas. Terima kasih lagi sekali yaa. Semoga sukses selalu.

    ReplyDelete
  23. Saya dapat environmental health. Adakakah kos tersebut sama dgn sains alam sekitar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak. environmental health salah satu cabang environmental science, yg kaitannya lebih dekat dgn bidang medical

      Delete
  24. Nk tanya course ni perlukan subject bio ke?..Sebab sya students matrik tapi tak ambil bio

    ReplyDelete
  25. so, i got an offer for environmental science and my mom got mad at me and nagged about how low the job opportunities were :( . but i wanna ask umm if i accept the offer, and then, do we choose our class particularly and that will lead on more specific branch of this course? or does the university already determine the class for us?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi congrats for the offer! it really depends on you, as you go along, you might find several subjects that peek your interest. since we were required to complete 12 credit hours (if I'm not mistaken) of university subjects, you can take this opportunity to register for subjects from different faculties. I chose Bahasa Mandarin level 1 & 2 from the Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi and Undang2 Keluarga Islam from Fakulti Pendidikan.

      about the job opportunities, as I highlighted on the blogpost above, there are so many industry offering placement for environmental science graduates.

      I'm sure your mom felt the same way like my family when they first learned about the offer, but fret not. now I can say I'm at a good place :D

      Delete
  26. Hi saya nk tanya pndapat awak. Saya diploma mechanical engineer and then saya ditawarkan course teknologi persekitaran di usm. So soalan saya kat sini patut ke saya smbung study di ipta(usm) dgn course lain dri diploma atau saya masuk ipts(unikl) dgn course yg saya ambil wktu diploma dahulu iaitu mechanical engineering???

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak faktor yg perlu diambilkira. antara yang saya jadikan prioriti ialah:

      1- MINAT (sangat penting ya, sbb kita bukan setakat belajar, bekerja pun dalam bidang yg kita belajar)

      2- prospek kerjaya

      3- biasiswa/pinjaman yang available

      4- universiti/tempat belajar

      Delete
  27. Thank you. Penuh info. Saya masih dalam perjalanan karier sgt jauh ke arah menjadi EO, graduan bidang environmental science. Semakin dikenali pula course sya kira asing msa study dlu.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum, saya dapat tawaran belajar di UPM kos bachelor sains dan teknologi alam sekitar, saya tak pasti sama ada nak terima ataupun tidak, sebab waktu diploma saya belajar di UTM KL kos Perancangan Bandar dan Wilayah. Dan saya mintak kos ni sbb saya ada belajar subjek Environment waktu diploma, tapi patut ke saya terima sebab bukan belajar environment je tapi kan kos di UPM yang saya dapat tu ada subjek FiziK Dan Kimia yang saya dah lama tinggal time sekolah, dan Biology yg saya tak pernah belajar. Dan kos Sains dan Teknologi Alam Sekitar ada pengiraan yang saya takut saya tk boleh bawak. So saya dalam dilema nak terima atau tidak tawaran ke UPM ni. Boleh bagi pandangan?

    ReplyDelete
  29. Ada tak syllabus atau study plan untuk subjek ni

    ReplyDelete
  30. kalau course ni selalunya berapa org ya ambilan ..ramai tak?

    ReplyDelete
  31. tqsm for sharing. saya dari student upm jugak. dari bachelor env management. skrg tgh intern dkt company env consultant and services. saya nk tnya, Projek yg mcm mana memerlukan EO ya? adakah EO hanya di site dan kilang. ada yg ada EIA dan xdak EIA. confuse. google pun xbyk . hahaha thanks tuan.

    ReplyDelete
  32. bang,saya nak tanya,saya nnti nak spm,pastu saya tak amik pulk aliran sains tulen,saya terambik akaun dan agama,adakah saya masih boleh sambung bidang sains alam sekitar ni dengan subjek ini, apa pendapat abang,dan ape saya bole sambung nnti ye bang,

    ReplyDelete
  33. tumpang tanya,ape beza sains gunaan dan sains alam sekitar ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usually Sains Gunaan ni lebih kepada satu cabang ilmu untuk meneroka/menerangkan fenomena alam, lebih kepada aplikasi. Sains Tulen ni lebih kepada teori

      Delete
  34. Thank you, info yang menarik untuk tambah pengetahuan saya. Boleh saya tahu, dulu intern bahagian ape ya and dekat mana? Saya Masih confuse nak intern mana? Saya course sains dan teknologi alam sekitar. Selain go intern dekat consultant company or go for safety. Bahagian apa lagi ye boleh saya apply?

    ReplyDelete
  35. salam saya nak tanya saya dari diploma landscape horticulture dan takda basic bio ape sume tu awak rasa saya boleh catch up ke atau try course lain je?

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter