“Terima kasih sebab datang. Sebelum Siti teruskan dengan lagu seterusnya, Siti ada satu permintaan kepada anda.”
Tepukan beransur mati. Hadirin ingin mendengar sabda penyanyi kesayangan mereka.
“Siti sebenarnya teringin nak perform kepada anak-anak miskin dekat kampung Siti dalam hutan belantara nun jauh di Taman Negara. Siti dah lama berhajat nak menyanyi kepada mereka sejak Siti mula jadi penyanyi dan menang Anugerah Juara Muzik buat pertama kali.”
Suara Siti bertukar sayu.
“Mereka lah sebab Siti berjaya sehingga sekarang. Setiap jatuh Siti, Siti terbayangkan anak-anak miskin di kampung Siti, Siti membayangkan harapan mereka terhadap Siti, lalu Siti bangkit semula.”
“Mereka masih hidup dalam kemiskinan, makan kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang.”
Suara Siti hampir pecah menjadi tangisan. Setelah beberapa minit cuba menahan sebaknya, akhirnya Siti bersuara semula.
“Pada kesempatan ini, Siti ingin merayu pada hadirin semua. Anak-anak miskin di kampung Siti tidak mampu untuk membayar kos persembahan Siti. Jadi Siti rayu pada hadirin semua agar dapat menyumbang sedikit sebanyak yang mampu kepada Tabung Anak Miskin Siti untuk sumbangan kepada kos persembahan Siti, supaya anak-anak miskin di kampung Siti dapat melihat persembahan Siti secara live.”
“Andalah harapan anak-anak miskin ini, tanpa anda tidak mungkin mereka dapat menyaksikan persembahan Siti secara live. Kos upah menyanyi Siti, kos pentas, props, ahli muzik.”
Sementara Siti berucap, sebuah tabung lutsinar diedarkan antara hadirin. Masing-masing menghulurkan duit sebanyak mungkin, kerana setiap ringgit yang mereka dermakan dapat dilihat oleh seluruh dewan. Masing-masing tidak ingin mengaku kalah.
“Terima kasih, datuk-datuk, datin-datin, tan sri-tan sri sekalian. Kerana andalah, anak-anak miskin di kampung Siti dapat melihat persembahan Siti!”
Ada hadirin yang merasa sedikit rengsa dan hairan mendengar percakapan Siti, tapi kerana majoriti sudah menghulurkan duit, mereka cuma mendiamkan diri dan berbuat yang sama. “Aneh, kalau dia nak beramal menyanyi, kenapa kita pula yang perlu menderma. Dia menyanyi jelah dekat kampung, perlu ke mintak duit lagi? Dia dah kaya”, fikir mereka dalam kepala, sambil tangan mereka mencari-cari not RM50 dalam dompet, separa ikhlas separa tidak.
“OK, sekarang sebab semua dah menderma, Siti nak nyanyikan lagu Siti seterusnya, Seindah Luar Biasa!”
TAMAT
Adakah anda berasa aneh membaca cerita di atas? Kalau anda tidak merasa aneh, anda sebenarnya bermasalah. Cerita di atas adalah analogi sebuah kisah benar di Malaysia. Anda ingin tahu apa kisah benar itu?
See this picture? OK, sekali pandang nampak OK. Eh, biasalah kan orang nak beramal. Mesejnya jelas. Nak bagi anak-anak ni masa depan yang lebih cerah. Nak pasang lampu dekat rumah dia. This is a noble cause. Moleklah tu nak ubah kehidupan orang yang susah. Maybank kutip derma untuk anak-anak miskin yang takde lampu dekat rumah. Cuba baca ayat tu balik.
MAYBANK. KUTIP. DERMA. UNTUK. ANAK. MISKIN.
Eh, kenapa Maybank kutip derma untuk anak miskin? Bukan Maybank dah kaya raya ke makan duit aku dengan macam-macam caj tersembunyi tiap-tiap bulan? Apsal Maybank kutip derma lagi ni? Tengok gambar ni pulak:
Kesiannya budak ni buat kerja sekolah guna pelita. Patutlah Maybank kutip derma nak bagi dia lampu dekat rumah.
See what is wrong? Maybank kutip derma.
Waddehel? Kenapa Maybank kenapa. Kenapa kau tak terus derma je pakai duit yang kau
Macam analogi kisah penyanyi bernama Siti di atas. Dia mampu untuk beramal, tapi instead of terus beramal, dia mintak duit dari orang ramai dulu, konon-konon dengan alasan boleh beramal sama-sama. Which is bullshit. Kalau dah mampu beramal, kenapa tak terus je buat baik? Kenapa perlu hebah satu dunia mintak derma bagai?
For those who didnt know, Maybank tengah buat satu charity project called project HEART (Helping Every Asian Rise Together) untuk sedekahkan mentol lampu ke rumah-rumah orang miskin dekat pedalaman di Malaysia dan Filipina. Untuk menjayakan projek ni, Maybank meminta sumbangan daripada rakyat Filipina dan Malaysia yang mempunyai akaun Maybank. Selain itu, Maybank mintak deorang share beramai-ramai pasal projek ni dekat facebook/twitter supaya lebih ramai yang ada akaun Maybank boleh bagi sumbangan.
If you think this is full of bullshit, so do I.
Maybank banyak duit. Daripada macam-macam cara. Setiap kali orang apply kad kredit, kena charge. Kad kredit dan kad debit, ada yuran tahunan. Kena charge lagi. Orang buat pinjaman, ada interest. Keluar duit dekat ATM lebih 4 kali sebulan, kena charge 50sen. Semua benda dekat Maybank kena charge. Nah, Maybank banyak duit.
Lepas tu tiba-tiba Maybank buat satu projek untuk orang miskin, dengan cara mintak sumbangan lagi daripada customer dia. Mana pergi duit yang berjuta-juta dia rip off dari pelanggan dia? tak cukup lagi ke duit tu untuk menjayakan projek HEART ni? Kenapa kena mintak lagi duit daripada pelanggan yang sama dia charge untuk macam—macam hidden cost?
Pernah dengar tak kisah Kim Kardashian yang buat lelongan amal untuk mangsa Taufan Haiyyan dekat Fillipina? Ya, Kim Kardashian. Daripada hasil lelongan tu, 90% masuk poket dia. Cuma 10% je duit dia salurkan untuk beramal. Which is definitely something to be cursed at.
Adakah Maybank merancang benda yang sama? Menilai kejahatan caj tersembunyi Maybank sebelum ni (Maybank adalah bank yang paling banyak dikeji di Malaysia among my family and friends, and I am sure yours too), ada tak agaknya kemungkinan duit dari sumbangan derma untuk install lampu di rumah-rumah anak-anak ni akan masuk dalam poket dia dulu?
I definitely do not understand why a wealthy corporation like Maybank think they can get away by doing this sort of charity facade. Deorang ada exemption tax kalau buat program charity, tapi takkan nak buat charity dengan cara asking for more money? Buat jelah charity guna duit kau, kenapa nak kutip duit orang lain dulu? Why wealthy corporation like Maybank think that people would be OK with this kind of idea; robbing and ripping off people more and more in the name of charity? Dia ingat orang bodoh ke?
Kalau syarikat pampers ke, syarikat beras ke, dia ada cakap. Setiap 10sen dari hasil jualan akan diderma ke anak yatim or rumah kebajikan whatsoever. Tapi Maybank? How much would they spend on this? Adakah duit tu dia akan buat untuk promote lagi projek HEART ni supaya lagi ramai menyumbang?
I don’t care kalau orang cakap Maybank nak attract perhatian orang ramai supaya sedar tentang isu ni. That might be correct on a level, but on another level it does not explain Maybank asking for donation. Maybank asking for donation, in itself is a controversial statement. Sedangkan duit dia yang dia dapat dari pelbagai cara, bersih dan kotor, kasar dan halus dah banyak.
There is even one concern yang Maybank guna alasan anak-anak miskin ni untuk kaut keuntungan dengan memanipulasi perasaan simpati. Macam cerita anak-anak yatim Warga Prihatin yang dipergunakan sebagai sebab mengaut derma. Konon-konon derma tu akan dibagi ke anak-anak yatim tu, tapi sebenarnya tak tahu duit tu pergi mana.
Kalau ada orang nak backup Maybank, I would take them as orang yang berperangai macam Maybank. Kuat curi duit orang dengan cara halus, lepas tu bila nak buat baik announce satu dunia dan mintak duit orang, jadi sebenarnya bila dia buat amal orang nampak macam jasa dia, padahal duit tu bukan duit dia.
Go to hell Maybank.
Business is not charity dude...
ReplyDeleteyeah, that's the point. they are turning charity into business.
Delete