Oh nikmat.
Malamnya sebelum tidur, semua dokumen yang nak dibawak dah disiap masuk dalam file. Surat beranak, surat tak beranak segala bagai dah pack siap-siap.
Pagi-pagi tu dah pergi fac, nak print resume, ambik kasut pergi fieldwork. Ingatkan lepas interview nak terus shoot pergi landfill tu dekat Puchong, jadi saya pun siapkanlah baju sukan dalam beg terus, nak tukar dekat sana.
Jadi dengan perasaan yang cool dan relaks, saya pun datanglah ke fakulti veterinar UPM untuk interview pegawai tadbir kontrak. Sebab haritu dah cakap awal-awal saya ada fieldwork lepas interview, dia dah setkan saya candidate paling awal interview.
Pada hari ini, 27 November 2013, terjadilah 2 peristiwa yang menyebabkan saya percaya Tuhan telah memperkenankan doa saya (rujuk previous entry):
Peristiwa #1
Sampai-sampai je dekat bilik menunggu tu, mak aih yang lain semua pakaian dah macam nak pergi dinner. Semua dengan kot, blazer, tie matching colour bagai. Saya: baju kemeja lengan pendek, takde tie. Mana kita tahu. Interview yang lepas pakai habis formal, roomate cakap tak payah pakai tie. Sebab tie tu lambang orang dah bekerja or something.
Lepas tu saya terlupa nak sign attendance. Teruslah bergegas sebab dia tanya siapakah gerangannya Encik Bedaduz yang belum sign borang attendance.
Sekali kan awak, tahu tak. Dekat borang attendance tu dia tulis jawatan ‘pembantu pegawai tadbir N17’, or something liddat la. Keyword dia ialah ‘N17’. Aku hantar haritu N41. Apsal tetiba hari ni dipanggil interview N17?
Tapi dah datang, takkan kau nak berontak bah? Tetiba nak mengamuk kan.
Kami redha sajor. Lepas tu ada 6 orang candidate semuanya. Semua pakaian bukan calang-calang, kalau kau suruh dia bukak baju situ mahu 7-8 keping jugak baju dengan seluar dia semua. Dengan blazer, kot, vest, baju kemeja, inner, singlet, seluar slack, tight fit. Semua complete.
Saya yang paling simple ni pun dipanggillah ke sebuah bilik tempat bakal diinterview. Interview paling singkat sepanjang hayat. Dalam 10 minit je, tak tipu. Nak tahu kenapa 10 minit je? Beginilah ceritanya.
Dalam tu, masuk-masuk je, 3 orang panel. Semuanya perempuan.
Seorang tu Timbalan Dekan Fak Veterinar, sorang tu lecturer (kot),sorang lagi tu pegawai something2. Kira dalam bilik tu ada 2 orang pangkat Dr.
Jadi bermulalah interview paling singkat dan paling enriching dan paling inspiring pernah saya pergi.
“Tell me about yourself” kata Timb Dekan,merangkap ketua interviewer.
“My name is bla3. I’ve got my first degree in Environmental Science from here, UPM. I love science bla3. My passion is research. I am currently in my 5th semester of my Master in Environmental Analysis and Modeling.”
“Hold on. If you love science, why would you go for this interview?”
“Because I was planning on furthering my studies in PhD, but I have the financial burden and I also have a family to be taken care of. So I thought I’ll be working here for a while because this work would be on contract; while I figure out my PhD.”
“Are you married?”
“Err, no. I mean my parents.”
“Bedaduz, you have a very impressive CV!” tiba-tiba sorang lagi Dr tu cakap.
“Oh why, thank you!”
Masa tu rasa macam terkejut dan speechless. Pujian tu tiba-tiba je. Tak pernah orang puji CV saya.
“You have so many achievements! Looking at your CV, I can tell that you would be very successful in academic line! These sijil kepujian dekan, anugerah perdana Yayasan Pelajaran Peladang! I am very impressed!”
“Yes, and I even have a newspaper cut to prove that!” *tunjuk keratan akhbar 3 tahun lepas*
“We are actually looking for an administrator with very good PR skills. You are good in whatever you do now. And you said you’re planning on doing a PhD?
“Yes yes.”
“Who’s your supervisor?”
“Dr Fir. She’s very new. Only two years of teaching.”
“Oh, that’s why I don’t know her.” --- masa ni tiba-tiba dapat rasa macam dejavu.
“Why did you choose her as your supervisor?"
“Young – new energy, new start.”
“Would you do Ph D under her?”
“Perhaps!”
“Looking at your CV now, I only have one thing left wondering. Why didn’t you do Ph D instead of doing Master in the first place?”
“Because I want to see myself grow; step by step. By doing Ph D directly, there are things that will be left out.”
“We are very impressed with your CV, and we believe that you will become a very good academician. This work is not for brains like you. Yes, we said it’s on contract but we are contemplating of absorbing whoever chosen for this post into permanent staff. Whoever we selected will be working under me; they’ll be working under my Timbalan Dekan office”
Deorang semua senyum dan mengangguk-angguk. Bukan angguk simpati, tapi angguk approve. Angguk yang jenis “we’re happy to see you and to tell you this. You’re good and you should know that. We want to see you successful being who you are, not what you’ll become under this financial burden.”
“I see. I see.” This time it feels very surreal. Macam dapat satu semangat baru, ada orang bagitahu kita yang apa yang kita buat selama ni betul. Yang kita berada di landasan yang tepat dan dia menggalakkan kita untuk sampai ke hujung; jangan belok-belok. Rasa melayang-layang. Rasa gembira teramat-amat.
“So you said you don’t want an academician working for you?” saya tanya buat kali terakhir.
“Yes. And I think you will be very successful in academy line someday. You’re impressive. Your place is not here.”
Yesza! Akhirnya ada orang yang bagitahu saya just the thing that I needed. The correct thing to hear this time.
Saya keluar dengan perasaan bangga. Dan makin kuat percaya, saya mesti ada Ph. D. Saya mesti berjaya.
Peristiwa #2
Setelah habis interview, bergegaslah saya lari ke bas nak pergi fieldwork. Gila lah, terus pecut dari veterinar balik fac, dengan pakai baju kemeja bagai. Mujurlah sempat tukar walaupun dalam tandas Doktor dengan Wana asyik missed call suruh cepat, sebab bas dah nak bergerak.
Kali ni fieldwork dengan batch 2012/2013 Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar, pergi landfill dekat Puchong untuk subjek Sains Tanah. This time berada bersama dengan budak-budak junior, perasaannya mesti seronok. Berbanding dengan buat kerja lain atau berada dengan kumpulan lain, masa dengan budak-budak undergrad-lah rasa paling sempoi. Agaknya, mungkin jugak betul cakap interviewer pagi tu. Mungkin saya sesuai jadi academician.
Jadi sepanjang hari daripada pagi sampailah petang kami duduk dekat landfill tuh bersama-sama buat kerja sampai sunburn sunkissed suntan toksah cakaplah. Masing-masing badan semua dah bau macam lembu duduk bawah panas terik. Walaupun penat, tapi sebab ramai, masih ada perasaan seronok.
Tapi biasalah dah kalau namanya sains. Walaupun sehari suntuk dah dekat field, balik tu kena masuk lab pulak untuk pastikan sampel elok untuk analisis.
Lepas dah habis fieldwork tu kami pun ramai-ramailah masuk lab semula nak siapkan sampel untuk analisis. Hari dah lewat petang, tapi sampel belum siap. Saya mengajar dekat deorang macam mana nak siapkan sampel tanah untuk analisis.
Tengah-tengah terang dekat depan tu, sorang student ni masuk dari luar. Dia tanya “Abang Bedaduz, pinjam masa sekejap boleh?”
Of courselah boleh dik, sekejap je pun.
Tiba-tiba masuk kawan dia dua orang, bawak kek. Lepas tu satu kelas nyanyi “Happy birthday to youuuu! Happy birthday to youuuu!”
Wah, deorang betul ke celebrate birthday aku ni? Tengok muka semua pandang aku. Betullah agaknya. Waaaa terharu! Sambil deorang nyanyi sambil tulah muka saya macam tak terkata nak explain macam mana. Gembira, bangga, terharu, suka, tertanya-tanya. Yelah, mana deorang tahu birthday saya semalamnya kan? Siapa yang bagitahu? Bukannya friend deorang pun dekat fb. Rupanya birthday saya dekat dengan birthday lab staff hari tu, Cik Din. Maka kami berdua pun diraikanlah petang tu.
Rupa-rupanya Doktor yang bagitahu dekat budak-budak ni birthday kami minggu tu. Sebab tu deorang sambut.
Lepas tu kan, terus teringat doa masa solat hajat malam tu.
1- Doa berjaya dalam interview.
2- Kalau kerja esok bukan rezeki saya, maka tunjukkanlah rezeki saya di mana
3- Berikan saya kekuatan untuk menyiapkan Master secepat mungin
4- Murahkanlah rezeki saya
See? Bila tertanya-tanya tu, mungkin inilah jawapannya. Mungkin kebahagiaan yang Allah bagi bersama budak-budak junior ni satu petanda rezeki saya sebenarnya dalam bidang ni.
Kejayaan masa interview pagi tu bukan dalam bentuk dapat kerja tu, tapi kejayaan sebab ditunjukkan dekat mana sebenarnya rezeki saya. Bila mana semua panel sebulat suara kata “awak patut sambung lagi. Buat Ph. D. Jadi academician.”
Ha, direct dapat jawapan. Nak tahu rezeki dekat mana kan? Allah bagi jawapan terus harini.
Balik bilik je malam tu, terus cerita dengan roommate.
Dia pun kata:
“Aku dah start nampak kau mula nak cari kerja – buat partime sebab takde duit. Sebab tu dah lari matlamat asal kau. Aku sengaja diam tak bagi pendapat aku sebab aku nak kau sendiri experience pergi kerja semua, buat kerja partime tak payah pakai otak. Hari-hari masuk office. Lain rasanya dari buat research.”
“Lagi satu, walau sekecik mana benda research yang kita buat, benda ni jihad. Sebab kalau kau tak buat benda ni, ada orang lain buat? Sekecik mana sumbangan kita, itu still kira satu contribution.”
“Kau fikir orang lain dah ada kereta ada rumah dah kahwin sekarang ni. Tapi cuba kau fikir, dalam tempoh 2 tahun ni. Deorang ada kereta, kita takde kereta. Tapi bila kita dah ada Master nanti, kita beli kereta.
Deorang still takde Master. So buat apa kita rasa rugi? Sekejap je nanti kita dah boleh catch up balik, tapi nanti deorang yang tak boleh catch up dengan kita.”
Maka itulah penutup perbincangan dengan roomate malam tu.
Yes, motivasi kadang-kadang datang dengan cara tak terduga.
Dan jugak, kejayaan dalam interview bukan satu hala. Kadang-kadang kejayaan dalam interview bermakna kita direject daripada buat kerja yang tak layak untuk kita, supaya kita boleh pergi cari kerja lain yang lebih sesuai dengan kita.
Jadi itulah penutup kisah dua part cerita birthday saya yang ke 24 tahun ini. Kepada semua yang wish, I could never stress enough how much I appreciate your wish. You had really made my day.
Tapi tak sempat nak balas, takut kalau balas satu, yang lain terasa. So tak balas semua sekali. Muahahaha.
Assalamualaikum. Moga beroleh pengajaran
tertarik dengan ayat "Sekejap je nanti kita dah boleh catch up balik". rasa nak balik study. tapi apa kan daya. sudah terlambat. btw, nice sharing.. moga Allah mudahkan. tq
ReplyDeletetq. Amin. baliklah study, tak pernah terlambat selagi hayat dikandung badan. ada satu hadis Nabi, baginda kata kalau terjadinya hari kiamat bila seseorang tu sedang memegang biji kurma, tanamlah dulu biji kurma tu.
Deletemaksudnya bila dah kiamat pun, belum terlambat untuk buat sesuatu.
;) gudluck bicara hati!
happy belated birthday! and congrats sbb trus dpt jawapan dari Allah swt. Sronok! meremang baca entri awk kali ni, ntah kenapa. ;)
ReplyDeleteterima kasih! semuanya sebab izin Allah :)
Deletefaktor kewangan selalu menjadi punca student hilang punca.
ReplyDelete:)
kak ab
betul sangat!! :'(
Delete