For those who followed my blog closely (okay, I know very few..hehe) you might have read several of my experiences about learning how to drive. Boleh cek dekat link ni:
1- Belajar memandu
2- Belajar memandu (2)
Truth is, I passed my driving test about a year ago, on 13th of May.
Bangga la kan akhirnya dapat jugak lesen memandu lepas struggle macam nak mati tiap kali hari Sabtu taknak pergi belajar memandu. Dengan siap fail sekali lepas tu kena repeat bagai. Aduhai. Masa tu merayu-rayu bagai dengan Pegawai JPJ tu macam merayu dia ajak kawen dengan saya. Dahlah masa tu dah nak habis degree dah. Minggu depannya lepas repeat tu baru lepas. Mujurlah.
Lepas tu dekat beberapa bulan tak berani langsung pegang stereng, bila orang suruh bawak bagi alasan tak biasa lagi. Lepas tu bila orang suruh bawak kereta auto kata tak reti bawak auto, bila suruh bawak Kelisa kata kecik sangat sampai tak nampak jalan. Kadang-kadang kata tak yakin bawak kereta orang. Haha. Kalau takde alasan sangat saya cakap “Korang nak masuk longkang bagilah aku bawak!”
Lepas tu masa cuti sem sebelum bukak sem ni, Siti suruh saya drive kereta adik dia. kereta Kelisa manual (sila refer perenggan di atas). Mula-mula saya tolak, tapi bila difikir-fikirkan macam OK jugak boleh praktis bawak kereta, saya pun terima jelah.
Bawak kereta lepas dah lama tak bawak punyalah ketar lutut. Padahal bawak sekitar UPM je. Gear banyak kali mati pulak tu. Dekat depan pondok guard mati, dekat traffic light mati. Bila mati tu mulalah pucat tak reti nak buat apa.
Sikit-sikit, saya beranikan diri bawak – dari perlahan ke laju sikit, lepas tu dari sekitar UPM ke sekitar Sri Serdang ke Putrajaya. Nak kata cemerlang tidaklah, asek kena hon je.
Sepanjang bawak kereta tu, bila nak pergi jauh sikit kena ajak orang teman, tak berani. Banyak jugaklah cikgu memandu saya masa tu. Siti, Bro, Shukor etc etc. Sikit-sikit deorang turunkan ilmu. Rupanya lepas lesen P semata-mata tak cukup lagi nak bawak kereta. Deorang yang ajar nak tengok side mirror, bagi signal, ambik bulatan macam mana. Ada jugak pengalaman ‘cikgu memandu’ saya mengamuk masa saya drive. Ada ke patut? Haha. Standard lah kan buat silap.
Tak lama lepas tu, saya bawak kereta abang pulak. Dia mintak tolong jagakan sepanjang dia outstation dekat Sabah. Masa nilah baru berani nak masuk KL sorang-sorang. Barulah belajar gilanya bawak kereta dekat KL.
For starters, by default kita akan anggap semua orang bawak kereta ni jahat. So automatically kita tak rasa kesian dekat pemandu lain. Bila deorang buat salah sikit, hon, maki, high beam. Sebagai pemandu yang proudly lekat sticker P dekat belakang, agak rasa meluatlah kalau kereta-kereta lain ni mengacah-acah kita. Sikit-sikit nak mencucuk padahal kita tengah dok sebelah lori. Mungkin dia nak suruh kita masuk bawah lori agaknya.
Bila kita anggap semua orang bawak kereta ni jahat, kita rasa bawak kereta ni depressing. Kita pun macam dah masuk satu arena yang kita anggap semua orang nak bermusuh dengan kita, so kita pun automatically akan bawak dengan biadab jugak.
Kita tak rasa kesian kalau tengok deorang bawak slow, instead kita akan maki. Lalu sebelah rupanya pak cik tua. Kalau nampak orang buat salah sikit mulalah keluar carutan.
Ada sebenarnya driver yang baik, tapi bila orang dah layan dia teruk, dia pun nak defend diri kena jugaklah jadi kasar.
Kalau drive dekat jam (especially dekat MRR2 yang tak pernah tak jam), lagi bengang kalau orang asyik mencelah. Kita drive taknaklah rapat dengan kereta depan sangat, lepas tu deorang nampak gap sikit sibuk nak tukar lane mencelah depan kita. Kita pulak kena mengelak dia.
Kalau sesat tu tak payah cakaplah. Mujurlah saya pakai GPS, malas nak memikir sangat. Masuk kereta, on GPS, cari destination, drive je. Takdelah stress gila anjing nak fikir jalan mana.
Orang selalu kata untunglah saya dah berani drive. Tapi sebenarnya saya bukanlah driver yang hebat. Berapa kali kena hon, high beam, maki dengan ‘cikgu memandu’, tak pernah ingat jalan, masa driver blur-blur semacam – akhirnya sampai ke tahap ni. Tapi kalau tak berani nak conquer fear kita, sampai bila nak jadi penakut kan? Sometimes you have to power through, it’s the only way for growth.
Kenapa pulak tiba-tiba saya menulis pasal driving ni kan? Sebab Isnin minggu ni salah seorang saudara kita telah pergi menemui Penciptanya dalam sebuah kemalangan. Beliau yang menaiki sebuah motor telah berlanggar dengan sebuah kereta dekat Lebuh Silikon UPM menghala ke fakulti pertanian. Yang bawak kereta tu nak shortcut tak nak lalu jam, so dia lalu dekat situ. Kesian budak tu, muda lagi. Baru second year. Kalau ikut salah, memang driver kereta tu la salah sebab jalan tu jalan budak tu, kereta tu yang patutnya berhenti.
Page twitter leUPMtweeps mengenai kemalangan tersebut
Ada ramai cakap dekat saya, kalau saya accident deorang tak pelik sebab deorang kata saya ni cuai. Lepas tengok kemalangan ni, kadang-kadang fikir balik selama ni saya bawak tak tentu hala alhamdulillah tak pernah accident. (Of course la ada jugak accident kecik, tapi tak serius la) Tapi bila fikir benda-benda macam nilah melemahkan semangat kita. Mulalah dok pikir kan best kalau tak payah drive dah? Nak ada driver sendiri ke. Nak naik komuter memang dah tak rela sebab dahlah slow macam siput vavi, lepas tu sesak. Nama je train baru, tapi sama jugak menunggu dekat setengah jam baru sampai train.
Kalau nak drive sendiri, inilah risiko yang kita kena tanggung. Memang kita mintak dijauhkan tragedi macam ni semua, tapi malang tak berbau. Tapi kepada yang masih takut-takut, atau yang masih belum buat lesen, jangan risau. Memandu takdelah susah atau bahaya sangat, Cuma kena selalu hati-hati. Hehehe.
P/S: Kepada keluarga allahyarham, takziah diucapkan. Semoga beliau tergolong dalam golongan mereka yang beriman. Amin.
LiveJournal Tags: accident upm
selalunya, penunggang motosokal yang jadi mangsa pemandu kereta yang tak bertanggungjawab.
ReplyDeletesaya pun pernah kena.
:) saya pun bru je buat lesen hari tue...hihi agak bangga gak la sebab boleh lepas test jpj sekali je walaupun x pernah bawak kete langsung before start belajar memandu...tp lepas dpt lesen P terus je menjauhkan diri drpd keta sbb takut >.< bukan dekat KL je pemandu biadap, even dekat pekan2 kecil mcm kuala k****** pun pemandu agak biadap ditambah dengan pejalan kaki nye yg perasan kebal huhu...time tue mmg da berazam nk mengelakkan diri drpd memandu selagi boleh :P
ReplyDeletetp ayah pula selalu je buat suprise...time nk hantar ke mana2 mesti tetiba dia berhentikn keta dan suruh saya bawak...haha...agak cuak sebenarnya tp bila ayah da yakin dgn kita, kita pun kena gak rasa yakin dgn diri sendiri...alhamdulillah, setakat ni x pernah lg accident, nyaris2 accident lak banyak kali :P
saya rsa skill pemanduan kita akan bertambah apabila kita yakin dengan diri sendiri dan memandu sebanyak mungkin, lebih2 lagi kt tmpt2 yg mmg mencabar...tp tue la, saya x penah pun bawa keta jauh2 kalau guna manual, x berani :P susah nk kawal lebih2 lagi kt bandar sesak mcm kajang dsb....keta auto lebih mudah dan senang, dan semestinya rasa yakin lebih bertambah...kesimpulannya, jika kita da rsa yakin dan sentiasa peka dan berhati-hati, insya-Allah kita boleh elakkan kemalangan...
Salam dik, akak ni lagi lama tak drive sejak berhenti kerja. Jadi ketar lutut pula kalau hubby suruh bawa. Kereta pula akak agak memilih sb mengambil kira soal ketinggian akak yg agak kurang...hehe..kalau bawa wira, proton ke....memang seat kena rapat ke stereng, tak selesa sungguh. Jadi alasan taknak guna kereta orang tu memang boleh dipakai campur dgn tak boleh bawa kereta tu, kereta ni...hehe. Bagaimanapun bagus jika kita ada lesen ni, terdesak boleh juga diharap. Cuma sygnya akak tak pandai kereta auto, belajar dulu mana ada auto?
ReplyDeleteKes buli jalanraya sampai bila pun takkan habis selagi minda manusia ni tak berubah, panas baran, tak sabar, pentingkan diri dan tak fikir keselamatan diri dan org lain.
hahaha, ingat saya sorang yang liat bawak keta. currently post grad gak kat UTM skudai. Kene bawak keta sedan, da la akak nyer. Owh dulu saya belajar keta and dpt lesen kat serdang. Memang jalan area Serdang n UPM tu bleh bg kita hangin satu bdn esp. kat belakang kita tu teksi. Siap hon bagai. Skang ni da banyak kali bawak keta drive dari Melaka ke JB baru la tak teruk sgt bawak keta. anyway, nice writing! keep up the good work.
ReplyDeleteApabila aku lalu sahaja di tempat itu, hati aku merundum pilu. Hanya nak lalu di situ sahaja, nyawa boleh melayang. Oh, sungguh pilu. Hanya kerana ingin pergi ke kelas menyambut seruan belajar, nyawa boleh melayang. Oh, sungguh sedih.
ReplyDeleteKemalangan. Bukan meninggal sebab apa. Hanya kerana kemalangan. T.T Semoga Allah menempatkan allahyarham di kalangan orang beriman. Ameen.