31 March 2012

Silap Langkah


Menapak jalan yang menjauh, tentukan arah yang kumau.
Tempatkan aku pada satu peristiwa yang membuat hati lara
– Kris Dayanti & Melly Goeslow, Cinta


Kita selalu nak dewasa cepat. Cepat-cepat nak buat apa yang orang besar buat. Kita selalu ingat jadi dewasa ni seronok, boleh buat macam-macam. Lepas dari kongkongan keluarga. Lepas dari segala peraturan.
Bila kita besar, kita boleh pergi clubbing, boleh mengundi, boleh lepak sampai pagi buta, boleh keluar rumah takde siapa risau.
Tapi ada masanya kita tersilap percaturan. Kita terlampau seronok dalam dunia kita yang kononnya dewasa, kita terlupa yang semua benda dalam hidup ni hanyalah pinjaman.
Kita lupa keluarga kita, kawan-kawan kita, kereta kita, rumah kita, kecantikan kita, duit kita, laptop kita semua tu hanya pinjaman. Dan bila satu-satu nikmat tu ditarik, kita sedar kita hanya manusia lemah di tangan Tuhan. Kita sedar semuanya hilang satu persatu dan kita rasa menyesal. Dan mungkin Tuhan membenarkan kita berhibur dengan perkara-perkara sementara itu untuk mengingatkan kita bahawa setelah segala kegembiraan duniawi itu pergi, yang tinggal hanya perasaan kesal, sedih, bersalah dan kecewa. Yang tinggal nanti hanya kita yang tua.
Tuhan ingin meningatkan bahawa yang abadi hanyalah cinta kepadaNya. Bahawa hanya Dia yang abadi. Dan yang menyakitkan tentang menjadi dewasa ialah kesakitan tu dapat direct kepada kita. Masa kita kecik dulu, kita tak faham erti sakit. Keluarga kita akan melindungi kita dari penderitaan. Keluarga kita akan bertanggungjawab atas segala kesakitan yang menimpa kita. Kita rasa selamat.
Bila dah dewasa, kita direct contact dengan kekecewaan. Kita cuma boleh bergantung pada diri sendiri, takde siapa akan melindungi kita. Keluarga kita bukan lagi benteng pertahanan untuk kita daripada penderitaan.
Kita mula mengerti bahawa penderitaan itu sesuatu yang wujud dan berkesan kepada kita. Kesakitan bila kehilangan perkara-perkara yang kita suka dan cinta, yang menjadi sebahagian daripada zon selesa kita.
Semuanya akan hilang satu demi satu, itu sudah pasti. Takde apa yang akan kekal dalam dunia. Akhirnya kita akan sendiri jugak.
Dan bila kita mula rasa rindu, kita harap semuanya akan kembali. Tapi selalunya semua tu takkan datang semula.
Kita silap langkah bila kita terlalu menyayangi sesuatu sehingga tidak mampu melepaskannya pergi. Dan itu adalah asas kepada penderitaan kita. Kita silap langkah bila kita percaya semuanya akan kekal abadi, semuanya akan kekal selamanya. Kita selalu percaya bahawa perasaan cinta itu akan menyebabkan dunia terhenti, akan menyatukan dua insan, akan menghidupkan yang mati, mewujudkan yang tiada, akan berkekalan sehingga akhir masa. Tapi hakikat hidup tidak sebaik itu. Akan tiba masanya perasaan cinta itu akan mati bersama dengan terkuburnya jasad kita. Ia tidak kekal.
Hari ini tanggal 31 Mac 2012, hari saya kehilangan sesuatu yang mungkin tidak akan kembali. Dan saya bersyukur selama ia ada, ia telah mengajar untuk berterima kasih dan menerima qada dan qadar Allah dengan hati terbuka tanpa rasa kesal. Ia berjaya mengajar saya bahawa tidak ada sesuatu yang kekal selamanya.
Selamat tinggal. Dan kita akan memasuki fasa kehidupan baru, sekali lagi.

No comments:
Write curses

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter