23 March 2012

Kita tak serupa…

 

“Memang ko nasib baik, dah grad je dapat keje. Keje related dengan course pulak tu”

“Bestnya ko dapat GRF. Aku dapat SGRA je”

“Bestnya ko ada kereta. Aku nak beli motor pun tak mampu”

“Untunglah orang tu anak orang kaya, semua dapat. Semua boleh beli.”

“Untunglaa orang tu dah keje. Cukup bulan tukar sport rim baru, tukar stereng baru.”

“Untunglaa orang tu hensem. Ramai peminat”

Noktah. Cemburu. Cemburu.

Entah sejak bila saya melihat mereka semua, saya mula mengetap bibir menahan cemburu. Betapa bencinya. Betapa sakitnya hati bila menyedari kekurangan sendiri. Betapa pilunya bila kita tak dapat apa yang orang lain dapat.

Dalam otak mengira-ngira betapa malangnya menjadi diri sendiri. Kenapa aku tak banyak duit? Kenapa aku takde kereta? Kenapa aku tak dapat GRF? Kenapa hidup aku tak macam orang lain?

Dalam hati mula rasa sedih. Kecewa. Tertekan. Hampa dengan diri sendiri. Kenapa aku jadi aku; kita bertanya pada diri sendiri. Kenapa aku tak macam dia, tak macam mereka?

Sedangkan kita lahir tahun yang sama, kita masuk U tahun sama. Kita konvo tahun sama. Apa yang membezakan kita?

Kita diam. Bila orang lain keluar tak ajak kita, kita terkilan. Kenapa korang tak ajak aku? Aku ni annoying ke di mata korang? Kalau aku ada korang rasa malu ke? Atau korang tak suka aku menumpang korang?

Dan lalu kita hidup cara orang miskin. Sedar diri. Biarlah takde beli baju baru dekat setahun. Kasut tukar bila dah rosak. Kita pergi fakulti naik bas, lagi rela daripada menumpang. Orang tu tiap minggu baju baru. Duit simpan kepuk-kepuk. Kita nak simpan duit seratus sebulan pun tak larat. Dia minggu-minggu tayang baju branded. Bila dipuji dia suka. Beli seluar macam beli nasik bungkus; takde masalah. Nak beli angkat terus. Beli kasut apatah lagi. Kasut kerja lain, kasut fieldwork lain, kasut bawak kereta lain, sandal pergi jalan-jalan lain, selipar balik rumah lain.

Kita kasut satu, selipar satu. Itulah kita buat pakai pergi kerja balik kerja, jalan-jalan. Bila kita takde duit, dia cakap kita boros. Bila kita mengadu ada masalah kewangan, dia salahkan kita tak pandai menyimpan. Bila kita takde duit nak makan, dia keluar diam-diam taknak bagitau. Sampai hati.

Biarlah kita. Kita orang miskin. Dan nauzubillah, janganlah kita memperlekehkan rezeki Allah. Apa yang Allah bagi tu sempurna. Setiap manusia lain rezekinya.

Dan walaupun kita miskin, kita harap kita masih ada hati budi. Hormat pada kawan-kawan, tidak kedekut dengan rezeki. Biarlah secupak kita kongsi dari dapat segantang tapi berkira walau sebutir. Biarlah kita miskin harta dari miskin kawan-kawan, miskin akhlak.

Ya Allah, ampunkanlah aku kerana berasa cemburu dengan rezeki yang Kau kurniakan kepada hambaMu yang lain. Ya Allah, murahkanlah rezekiku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.

Mood: bermuram durja

9 comments:
Write curses
  1. you have the same thoughts as me..

    ReplyDelete
  2. kan syed... bile tgok org len kite pon rase nak.. tp kadang kite pon mungkin terlepas pandang ape rezeki yg tuhan bg pada kite..

    ReplyDelete
  3. relaks la bro..kalau bab GRF tu aku dah berbuih da bercerita..biasalah dugaan master..percayalah once ko dah abih master ko akan rasa betapa nikmatnya master yang ko dapat..jangan putus asa

    ReplyDelete
  4. its sound very3 sad :'( but Allah knows... rezeki setiap individu berlainan... insyallah.. anda dimurahkan rezeki kelak... amin... bersyukur anda sebab dilimpahkan sifat2 terpuji rasulullah saw..xberkira.. tidak merenggangkan hubungan persahabatan.. n sentiasa bermuhasabah diri.. belas kasihan... masih memikirakan org lain walaupun berada dlm kesempitan (xberkira) ....terbaeeekkkk la syed!!

    ReplyDelete
  5. ak pon cemburu kt ko dh grad, ak nie bile la nk grad..

    ReplyDelete
  6. kadang2 kita tak nampak kelebihan yang ada pada kita. Qada' dan Qadar Allah tu pasti, siapa tahu nasib kita akan datang? Sungguh kita tak ada harta dan kemewahan, tapi syukurlah kita masih punya kesihatan yang baik, anggota tubuh yang lengkap & nikmat2 lain yang masih mampu dirasai. Terlalu murah jika nikmat2 tu kita nilaikan dengan kebendaan dunia. Terlalu murah..Jadi, bersyukur dan bersabarlah..

    ReplyDelete
  7. Kalau ada orang yang paling faham post ni, orang tu aku.

    ReplyDelete
  8. Entahla. Ketika baca ni aku rasa, diri aku dah beruntung.... Mungkin kita tak serupa?

    ReplyDelete
  9. bro, kekadang mmg kita nak mengeluh itu ini. tapi percayalah Tuhan takkan uji kita dengan benda yang kita takkan mampu lalui. usaha utk dapat apa yang kita nak tu lagi penting. dan selalu pandang bawah juga tatkala melihat kat atas.

    positif k :)

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter