06 March 2012

Budak Kampung

Lama dah tak dengar orang kutuk-kutuk orang kampung. Tak suka. Definitely tak suka.
“Weyh, ko perangai sakai dowh. Ko dari kampung mana ni?”

Pernah tak dengar orang cakap macam tu dekat sesiapa? Pernah kan. Dekat Malaysia,mentaliti orang Melayu sangat silap tentang orang kampung. Kenapa entah, satu cara nak men-downgrade-kan orang ialah dengan menyebut orang tu orang kampung.

Tadi saya tengok satu video. Video seorang minah Vlogger. Dia bergaduh dengan sorang minah rempit ni, dan antara benda yang dia trash talk-kan ialah: “Kau dari kampung mana hah?” tanya minah rempit tu. “Kampung-kampung tak mainlah! Aku budak D.A.M.A.N.S.A.R.A!” minah Vlogger tu jawab, dengan mengeja satu-satu perkataan DAMANSARA.

So what the hell dengan orang kampung pun? Kenapa nak kutuk sangat orang kampung ni? Mentaliti yang sangat silap di situ.

Kalau malu sangat mengaku orang kampung, you should remember something. Selama-lama negara ni merdeka, berapa orang Perdana Menteri kita datang dari kampung? Menteri-menteri kita? OK, let’s say you don’t feel proud of the government. Cikgu-cikgu yang mendidik kita? Pensyarah-pensyarah kita? Semuanya datang dari Key Ell ke? Lecturer yang speaking fluent Mat Salleh tu ramai je dari kampung.

So what do you hold against orang kampung? Kenapa kalau nak menjatuhkan martabat orang kena mention dia datang dari kampung? Adakah maksudnya dengan label orang kampung maka mereka takkan maju dan takkan berpendidikan tinggi?

Adakah kononnya nak kata orang kampung ni tak bertamadun; tak moden; tak open minded? Shame on you people.

Orang kampung memang in some ways tak open minded. Kalau nampak perempuan pakai seksi kena cerca. Nampak jantan bawak betina naik kereta pun dah kena kutuk, apatah lagi yang bawak perempuan naik motor. Memang orang kampung tak pandai sangat English.

Tapi open minded sangatlah orang bandar kalau nampak orang beromen depan mata OK, tapi kalau nampak orang pakai tudung labuh mencemik muka? Kalau nampak laki pakai gelang pakai rantai tak mengapa, tapi kalau pakai kopiah nak muncung mulut? Open minded sangatkah kita kalau benda yang buruk nampak elok, tapi benda yang elok jadi buruk? Itu sebenarnya minda sempit, bukan open minded.

Lagi satu, asyik-asyik nak kutuk Meleis-Meleis. Ingat darah dalam badan dia darah bangsa Eropah agaknya. Kalau orang buat silap sikit, Meleis. Kalau orang tu tak open minded, Meleis. Racist pada kaum sendiri. Padahal dia pun sifat sama je macam bangsa dia. Darah sama. Kulit sama warna. Rambut sama hitam. Mata sama bulat. Apa yang memuliakan dia? Just sebab open minded dan pandai English maka kita kira terkeluar daripada kategori Meleis? Kiranya kita lebih mulia? Maka orang lain termasuk kategori Meleis, dan kita tidak?

Tak ke sedar sifat kita asyik nak mengutuk dan melabel bukan-bukan pada orang tu pun satu sifat yang tidak open minded?

Kalau duduk bandar maka adakah manusia menjadi lebih mulia? Lebih bertamadun?

Tahu tak, patutnya kita gembira kita still ada kampung. Kalau dekat Korea, ingat deorang tahu ke apa makna kampung? Dekat Singapore ada ke kampung? Dah takde.

Tahu tak berapa untungnya duduk kampung? Bangun setiap pagi burung berkicau. Ayam berkokok waktu subuh. Sekitar kita semua hijau, udara nyaman. Boleh mandi hujan tengah laman rumah. Kalau nak makan apa-apa, semua boleh petik sendiri, boleh sembelih sendiri. Semuanya dapat free, takde side effects. Dan orang kampung walaupun nampak miskin, sebenarnya berharta. Duit tak banyak spend. Semua boleh tanam sendiri. Nak makan buah ada tengah laman rumah. Nak makan sayur ada belakang rumah.

Orang bandar bangun dengar bunyi loceng, pergi kerja kena harung traffic jam. Tertekan. Bunyi bising. Dan ada kesan pada kesihatan. Orang bandar ada apa? Kereta hutang, rumah hutang. Hidup orang bandar pun bergantung pada orang kampung. Agaknya dekat mana ayam yang orang bandar makan tu diternak? Mana sayur-sayur dekat bandar tu datang? Adakah dekat bandar boleh buat agriculture?

Dan kampung ini sebenarnya macam tempat bermula kita. Identiti kita. Sesuatu yang boleh kita banggakan untuk ditunjuk pada dunia. Kalau setakat bandar ada bangunan tinggi, semua negara dah ada. Tapi kampung-kampung kita, sesuatu yang sangat unik. Eksklusif milik kita. Negara lain tak jumpa der, rumah papan kayu berukir.

Berapa daripada kita yang selalu rindu nak balik kampung, pulang ke tempat asal. Tempat paling banyak nostalgia. Berapa ramai yang merancang lepas bersara nak beli tanah dan duduk bercucuk tanam di kampung? Tak ada masalah rasanya kalau kita datang dari kampung pun. Kampung nilah tempat yang memelihara warisan kita. Kalau rumah-rumah kampung semua nak roboh ganti dengan bandar, adakah berbaloi kita korbankan warisan kita untuk jadi maju?

Seronok ke duduk setiap hari dengan udara kotor, traffic jam, rumah tak nampak tanah. Jiran-jiran tak bertegur sapa. Remaja dah tak berakhlak depan mata. Adakah orang bandar bangga dengan semua ni, dan menganggap orang kampung lebih hina sebab orang kampung takkan dapat semua ni? Adakah orang bandar masih menganggap orang kampung hina?
Pelik.























11 comments:
Write curses
  1. Tiba2 makcik rasa bangga jadi orang kampung. :)

    ReplyDelete
  2. patutnya orang bandar yg sgt narrow minded tue baca entry nie! bru la tahu nilai kemelayuan diorg kat mana....
    nice entry! really like it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang bandar tu nenek moyang, or maybe mak bapak deorg pon dari kampung...deorg je yg feeling lelebih...

      Delete
  3. yeszzz...rumah saya nampak tanah

    ReplyDelete
  4. aku suka gyla ! ! ! im FULLY kampung :) and kalau boleh . after kawen nnti pun still nak stay kg :) haha .

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter