16 January 2012

DINIHARI

Mesej ketiga berbunyi. Gasak! Mata yang sedang lena kepenatan tidak mungkin dapat dibuka mudah. Frasa kontroversi menjadi terabai.
Dan frasa kontroversi dalam mesej itu ialah; “Malam ini”. Malam ini jugak. Setelah membalas mesej, saya sambung tidur semula. “Ok, nanti aku tanya.” Seperti ‘malam ini’ itu bukanlah malam ini, tetapi malam esok, atau malam kemudian. Yang penting bukan malam ni. Dan yang lebih penting ialah saya mesti tidur dulu.
Baru pukul 8.30 malam ketika itu. Badan yang kepenatan; 2 malam bersengkang mata.
Mata terpejam rapat.
Dan saya terjaga semula. Pukul berapa dah ni? Ke ruang tamu; melihat ada terlebih seorang manusia sedang tidur. Eh? Satu lampu kecil sedang menyala. Dan sebuah laptop ekstra. Jam pukul 3.40 pagi.
Saya kembali ke dalam bilik; mencari-cari telefon semula. Pasti jawapannya ada di situ. Terjumpa si Nokia 5230 bawah bantal. “Nak pindah malam ni.” – kata mesej terakhir. Oh crap. Nice. Dan saya tidur sepanjang malam; tidak menyedari apa-apa yang berlaku selepas Isyak tadi. Selamat datang; begitu. Tidak sempat menyambut ahli korum baru.
Saya kembali ke ruang tamu; duduk di atas kerusi panjang. Termenung lama-lama. Buat proposal atau baca buku? Nak makan tak? Lapar ke? Kenapa ini berlaku? Bila korang sampai? Macam mana datang? Siapa yang ambil kau? Pelbagai persoalan silih berganti. Tetapi jawapannya hanya satu; “Masa kau tidur tadi”. Bagus, Jadi tidak perlu ditanya. Sewaktu saya tidur tadi semuanya berlaku. Noktah di situ. Lama saya tenung jam. Tak tahu nak buat apa. Nak masuk tidur memang tak mampu. Mata dah tak letih.
Pergi ke dapur. Setitik air minum pun takde. Aigo. Masak air dalam cerek elektrik. Sugul. Tekak terasa perit. Kekurangan air yang nyata.
Rasanya sangat aneh selepas pulang bercuti. Seperti ada sesuatu yang silap. Perasaan bersalah. Dan mungkin perasaan bersalah itu lebih didasarkan kepada perkataan-perkataan yang sewajarnya tidak dihamburkan ketika bercuti. Dan akhirnya menyesali setiap butir kata yang terlepas dari bibir. Malu. Dan terasa hangat badan. Bukan seperti demam; tapi letih. Badan tidak biasa dengan kepenatan melampau dan aktiviti melanggar batas jam biologi.  
Tidak seronok tidur awal malam dan terjaga ketika dinihari. Sangat tidak. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dan kepala berasa berpusing. Dalam keletihan dan kebingungan, saya berjanji. Tiada lagi lain kali. Ini kali terakhirnya.










2 comments:
Write curses
  1. penat sangat tu.. tapi kalau > tidur memang badan jadi lesu..

    ReplyDelete
  2. elakkan tidur pagi. Guna konsep, early to bed, early to rise; makes man healthy and wise.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter