20 January 2012

KESIAN…

Susah nak kata bila saya mula rasa sesuatu yang tidak enak itu sedang bermain di minda. Sewaktu mula jejak kaki melangkah keluar dari rumah, telah mulanya saya rasakan sesuatu. Kesian. …
Saya meninggalkan rumah tanpa meninggalkan apa-apa makanan yang siap dimasak. Kesian dekat kalian berempat. Tak sedap hati saya memikir bila awak lapar nanti siapa nak tolong masakkan?
Awak masak telur goreng pun hangus. Nak gelak pun ada; tapi nanti kena marah. Awak masak telur, api besar macam gunung berapi. Masak mee pulak api kecik macam api lighter. Habis kembang mee sebelum sempat masak. Masak ayam goreng luar hangus; dalam mentah.
Awak lagi sorang masak mee rasa tawar hebeh. Masak cekodok macam goreng tepung semata-mata; bawang takde, garam pun takde. Manalah saya tak kesian bila keluar tak masak apa-apa untuk awak. Sekurang-kurangnya adalah nasik goreng ke, gulai ke. Paling kureng pun cekodok tepung. Bila saya tinggalkan rumah macam tu rasa susah hati pulak.
Entah kenapa, rasa macam dah jadi suri rumah. Bila saya keluar je, mesti rasa tak tenang. Budak-budak ni dah makan ke? Deorang masak apa agaknya? Boleh ke deorang masak? Adoiyai. Dah macam Mak.
Petang-petang duduk rumah; mesti Mak panggil tolong dia masak. Masa tengah lena tidur pulak tu. Mak laung-laung dari dapur, suruh datang siapkan lauk.
“Abah dah lapor dah tu; keknya masak pun belum siap lagi! Dah pukul 4 dah ni ha; dah ketor dah! Tak siap-siap masak lagi!”
Ye Mak. Saya pun pergi ke dapur; kacau-kacau apa yang patut.
“Ni nak masuk apa ni Mak?”
“Ambik ayam tu. Dah menggelegak isi garam aji. Mak nak buat sambal ni. Dah tak larat berdiri. Keknya takde siapa nak nolong. Harapkan anak dara semua keluo. Harapkan anak jantan aku je boleh diharap.” – Sayalah tu!
“Ye Mak. Kak Long mana?” – sengaja nak alihkan fokus Mak. Nanti Mak ngomel-ngomel. Hehe.
“Bawak anak-anak berjalan”
“Ya?”
“Dari pagi tadi keluo tak balik-balik!”
“De?”
“Tengah tidurkan anak dia!”
Nice. Mentang-mentang bilik saya paling dekat dengan dapur, mesti jadi sasaran utama. Selalu tak dapat tidur petang. Kakak dengan adik perempuan saya awal-awal dah cabut. Tinggallah anak jantan sorang tolong Mak kacau gulai.
Masa tengah tolong masak nilah Mak turunkan tips-tips penting.
“Kacau gulai tu. Jangan bagi pecah santan.”
“Kalau nak masak gulai, jangan blender. Tumbuk lada dengan kunyit. Baru dapat warna kuning.”
“Kuah laksa jangan tambah air kalau panas. Tambah santan.”
“Nak masak asam tempoyak tak payah tumbuk apa-apa. Tumbuk lada je.”
“Jangan kacau kasar sangat. Nanti daging hancur.”
Dan macam-macam tips penting lagilah Mak ajar. Daripada tak reti apa-apa, semua ilmu memasak Mak ajar dekat saya. Tapi ada jugaklah yang tak dapat catch up lagi. Sebab malas nak fokus. Masak ikut je arahan direct Mak; malas nak hafal. Dengan nama-nama rempah pun kantoi lagi. Entah mana ketumbar, jintan manis jintan putih. Main sebat je kalau Mak suruh amek. Lagi senang, bagi Mak satu bekas terus; suruh Mak pilih rempah yang mana.
Sebab tulah sekarang rasa macam Mak pulak. Lepas habis masak, panggil semua makan sekali. Kalau ada yang taknak makan, paksa jugak. “Karang lauk habis nanti nak makan apa?” wah. Sebijik tiru ayat Mak!
Lalu bila time-time takde dekat rumah mulalah rasa kesian. Siapa nak masakkan untuk deorang ni? Deorang pandai ke nak masak? Padahal sekor-sekor dah besar; ada kereta motor. Pandai-pandailah cari makan sendiri. Tapi tak boleh jugak. Rasa kesian jugak. Camne tu?
Nak kata saya masak sedap, tak jugak. Setakat gulai-gulai, goreng-goreng, tom yam bolehlah. Yang kompleks-kompleks tak mampu. Janji gendang gendut tali kecapi.
Ada orang kata, tak kisah ke masak tiap hari; beli barang dapur; angkut sampai rumah? Entah, saya terfikir jugak. Tapi benda ni macam ibadah jugak; kalau niat ikhlas kan dapat pahala? Lagipun saya pun nak makan jugak, bukannya semata-mata masak untuk deorang ni je (kalau masak aku tak makan, baik aku letak racun tikus tak payah masak). Sebab deorang tak pandai masak, takpelah kalau saya yang masak. Deorang boleh setelkan bahagian lain. Cuci rumah ke, buang sampah ke. Lagipun lepas memasak nih, jadi puas hati. Macam ada kepuasan sebab dapat menolong orang lain (selain mengisi perut sendiri).
Bila dah takde dekat rumah, terasa bersalah yang amat pulak. Tak taulah. Adakah sebab saya ni terlalu baik atau sebab... erm, sebab apa entah? Tak taulah. Rasa tak sedap je hati kalau keluar tak masak. Macam tak tunaikan satu tanggungjawab. Macam mengabaikan satu amanat penting.
Yang penting, berterima kasih dekat Mak, sebab Mak lah saya boleh survive (aka tak perlu makan Maggi tiap-tiap hari). Terima kasih Mak! Kalau tidak, goreng telur mesti hangus. V^^
 
 
tom-yam-talay1-300x241
Tom Yam Seafood. Sedikit berkaitan dengan cerita di atas.




LiveJournal Tags:
































8 comments:
Write curses
  1. Mak ada 4 anak lelaki. Sekurang2nya mak mahu mereka pandai masak nasi dan goreng telur/ikan serta bancuh minuman sendiri. Tidaklah nanti terpaksa makan biskut/roti cecah air bila mak tak ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Mak. yang lelaki pun perlu dididik untuk masak-memasak ni. saya setuju sangat!

      Delete
  2. betul..aku rasa ko ni terlalu baik la syed..
    tapi tak pe, buat baik berpada-pada..
    selagi orang menghargainya kita pun rasa senang hati..

    ReplyDelete
  3. buat ikhlas kerana Allah. Ganjaran tu pasti ada. Seronok ada sahabat yang care pasal kita. Persahabatan kerana Allah itu memang mulia.

    ReplyDelete
  4. baiknya awak masak untuk kawan2. banyak pahala tu kan bagi orang belajar makan.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter