Actually lepas habis periksa hari tu, balik rumah. Lepas tu kat rumah saya takde internet, so tak boleh nak update blog. Senang cerita, rehat dulu la dari blogging. Lagipun kat rumah tak sempat nak buat apa2. Tidur pun dah tak cukup sebab kena jaga anak sedara.
Kena tukar lampin, basuh berak, bancuh susu, kena bermain sekali. Anak sedara dahlah nakal, asyek nak kena pukul je. Ho3. Ambik, ambik ni! Jaga 3 orang sekali pulak tu! Semua umur bawah 3 tahun, so masih menyusu n tak tau apa2.
Kadang-kadang penat melampau-lampau, sampai memang tak larat nak jalan. Nak lagi kalau anak sedara taknak dengar cakap.
Bergaduh, sepahkan rumah. Makan nasik guna pusat (maksudnya comot melampau2 sampai nasi tumpah ke perut), bertumbuk, berak 4 kali sehari. Aigoo!
Kalau kita marah pun bukan faham pun. So terpaksa sabar jelah… Lagipun kalau berak 4 kali sehari tu kita nak wat camne. Dah benda tu natural… Yang geramnya kalau nak basuh memang melekat dekat jari objek likat berwarna kuning tersebut…ngeee!
Lepas tu balik UPM sekali lagi sebab nak ambil lesen P baru siap. Setelah lama menunggu lesen…
Sob sob! Akhirnya berjaya jugak! N pergi interview sekali, tapi tak dapat. Takpelah, dah tak rezeki.
Lepas tu balik semula rumah. Jaga anak sedara semua. Lepas tu balik semula UPM, setelkan Master. Tak setel pun. Lecturer tu tak reply email saya pun. Tunggu punya tunggu…
Last sekali balik semula UPM. Jadi pembantu sukan MASUM (padahal tak pernah join sukan pun. tetiba jadi sukarelawan. hu3). Duduk KTDI. Bilik dia selesa, tapi kecik compare dgn kolej asal. Tapi takpe na, janji makan tanggung berak cangkung. Elaun kasi, baju dapat. Ok la tu.
Dalam menyukarelakan diri, ada jugak la mencari-cari kerja tetap. Member ada ramai yang dah dapat ofer kerja, saya ni merangkak-rangkak lagi hantar resume. Jeles beb! Interview pun tak dapat. Hari tu syarikat dekat Pasir Gudang call, suruh datang interview 20 hb ni. Tapi dekat JB tu! Tak maulah saya! Tak mau jauh sangat dari rumah. Kalau dapat kerja kat JB, baik kerja Singapore je alang-alang. Ye dok? Gaji besar lagi.
Begitulah kehidupan gue sehari-harian selepas grad.
Takde yang menariknya. Adalah jugak bunuh kala jengking (menarik ke?), pergi Genting Highlands, hmm, takde da agaknya. Itu jelah. Genting Highlands kan, sekarang ni nak runtuh tau. Tanah dia dah tak stabil. Masa saya pergi aritu, sepanjang kereta kabel nak naik atas, ada at least dua tanah runtuh dekat Genting. Dekat dengan bangunan pulak tu. Ngeri kot! Kalau runtuh habislah semua.
Pastu masa tengah lepak-lepak dekat atas tu ambik udara fresh, nampak ada sorang laki tu tengah berzikir. Tengok betul-betul, rupanya laki Cina. AGaknya sebab nak menang judi kot dia baca mantera apa.
Lepas ni mungkin blog ni takkan seaktif dulu, sebab banyak kang-, eh, kekangan. Kekangan masa, tanggungjawab etc etc (alasan apa lagi nak bagi ni ek?).
Ok la ye, sekarang nak menonton movie. Petang ni dah start perasmian MASUM. Dapat jumpa budak2 U satu Malaysia.
That’s all dudes. Jumpa lagi nanti lepas MASUM!
No comments:
Write curses