Tapi saya tak kisah. Saya suka jugak dekat dia. Saya tahu ramai lagi orang yang suka dekat dia sebab rupa dia. Berapa kali saya perasan orang tengok muka dia dan senyum. Lagi-lagi perempuan. Orang laki pun ada jugak. Tapi Akmal buat dek je. Kadang-kadang dia senyum balik.
Tapi saya tak jeles. Sebab antara saya dan Akmal, dah ada hubungan istimewa. Kalau boleh, saya nak satu dunia tahu betapa bertuahnya saya sebab ada Akmal. Saya nak bagitau satu dunia betapa sayangnya saya pada Akmal.
Bila Akmal tak sihat, saya pun susah hati. Tapi saya tak bagitau dia saya risau. Saya senyap je. Akmal dari dulu tak pernah bercakap dengan saya. Tapi saya faham kenapa.
Sekarang ni, bila jauh, rasa rindu je nak jumpa Akmal. Nak cium dia, cubit pipi dia. Mandikan dia. Siapa sebenarnya Akmal ni?
Nilah dia! Akmal is my latest nephew, baru 6 bulan. Cute kan dia? Comel sangat-sangat! Ni gambar dia atas bahu abah dia masa kitorang pergi Genting.
Akmal anak sedara saya yang ke-5 (keenam dalam perut lagi), anak sulung kakak saya yg nombor tiga. Buat masa ni, dia lah yang bongsu antara semua anak sedara saya. So sayang lebih lagilah setakat ni.
Masa pergi mana-mana je, semua orang nak main dengan dia. Orang Iran, India, Vietnam. Semua excited tengok Akmal. Akmal biasa je, dia kadang-kadang tergelak tengok orang acah dia. Sebab comel benor dia ni. Mata besar, pipi tembam. Semua orang geram. Bercakap tak pandai lagi. Reti buat bunyi je. Gelak pun dah pandai. Gelak ngekek2. Macam main dengan budak comel.
Birthday Akmal dekat dengan birthday saya. Setakat ni, semua anak sedara saya yang laki lahir bulan yang sama. Sama dengan saya la semuanya.
Bulan 7 ni, saya kena start babysit dia. Sampailah raya. Hehe. Tak sabar nak main dengan dia. Tapi part basuh berak tu, susah sikitlah. Hu3. Jangan nangis ye nanti Akmal!
Rupanya Akmal si budak kecik. Aku ingatkan AkmaLamka la tu. Abang tersayang budak-budak BSAS~
ReplyDelete