30 June 2011

MASUM n Interview FSTEP

Ok, skrg Masum dah habis pun. Hari ni hari last. 30 Jun 2011. And hari ni jugak interview Bank Negara. Ingatkan dapat kerja dengan Bank Negara, rupanya bukan.

Cerita dia camni. FSTEP ni program Bank Negara, tapi yang akan sponsor kita merangkap membayar elaun kita ialah bank2 lain, seperti Maybank, Ambank, Public Bank, OSBC dan sebagainya. Bank2 ni akan bayar elaun kita RM2200 sebulan sepanjang kita mengikuti program FSTEP ni, n kita of courselah kena ikat kontrak dengan bank ni tadi. Setiap seorang peserta FSTEP akan ditanggung oleh satu bank. So tadi ada 3 bank yang datang, n daripada 3 bank tu, Public Bank berminat dengan resume saya.

Sampai pagi tadi, breakfast dekat fudcort dia, pastu daftar. Dalam 20 minit, dia panggil buat ujian English Proficiency Test dalam bilik komputer. Siapa yang dapat bawah 25 dari 40, akan terus dihalau balik kampung tanam jagung.

Markah lulus ialah 26 ke atas. Siapa yang dapat 33 dan ke atas kena buat ujian Part 2 untuk test English yang lebih detail.

Saya lepas Part 1, n kena buat Part 2. maksudnya markah saya dalam 33/40 dan ke atas. Lepas ujian berkomputer, kena tulis karangan. Cabut nombor untuk dapatkan tajuk karangan. Tajuk karangan saya ialah “What I expect to do if I am chosen as FSTEP participant”. Tak boleh lebih 70 perkataan, masa dia bagi 30 minit. Dahlah tajuk cam x best je.

Saya tulis:

“If I am chosen as a participant for FSTEP, I would prepare myself for a whole new knowledge and experiences that FSTEP might brought upon. I would prepare myself mentally, physically and spiritually to etc etc etc” Mengarut je tulis. Takde idea.

Pastu buat dalam 2 minit je, sebab 70 perkataan je pun.

Masa tu baru pukul 10 lebih. Tunggu punya tunggu, pukul 12.00 dia suruh rehat. 1.30 baru start balik sesi interview. Saya dalam pukul 2 tadi pegawai FSTEP panggil.

Dia cakap “Public Bank tengah review resume awak. Deorg interested nak ambik awak” Ceh, bangga jugak la. Dalam hati menyebut “Pubic bank, pubic bank.”

Masa tu tunggu luar bilik tu. Dalam 5 minit deorg review resume saya, lepas tu dia panggil masuk. Kenalkan diri. Ada dua orang, dua2 Chinese. Yang perempuan namanya Winnie (the Pooh), yang laki dah tak ingat. Dua2 umur macam 45++.

Masuk je cakaplah ‘Hi’.

Pastu mulalah sesi interview. Berikut ialah terjemahan interview tersebut:

I : Ok, so awak budak Environmental Science. Awak memang pilih ke awak dipilih?

S: Saya pilih, tapi pilihan kedua. Pilihan pertama Biotech (sebenarnya Foodtech, tapi dalam interview tadi lupa. Tersasul terus)

I: Pilihan pertama apa?

S: Biotech (terus terlupa).

I: Awak suka sangat biotech dengan environment ni? Awak kenapa pilih dua course ni masa masuk U? Apa yang bestnya?

S: Sebab dua bidang ni ialah bidang yang belum berkembang dekat Malaysia. Contohnya environment, dekat Malaysia kita memang dah ada undang2 untuk alam sekitar, tapi still berlaku kejadian tanah runtuh. COntohnya Highland Tower n yang kedua baru-baru ni dekat rumah anak yatim tu (tak ingat nama rumah anak yatim…). Ini menunjukkan walaupun bidang ni dah ada, bencana alam masih berlaku dan ini maksudnya bidang ni masih lagi baru dan tak berapa maju dekat Malaysia. So saya pilihlah bidang ni.

I: So awak amek environment. Kenapa awak nak masuk FSTEP ni sedangkan kos awak takde kaitan?

S: sebab bagi saya, takde halangan nak masuk keja apa2 pun. walaupun saya bidang environment, tak semestinya saya tak boleh kerja bank. Walaupun saya environment, saya ada jugak amek course Prinsip Ekonomi, Statistik. Daripada ramai2 kawan saya, saya sorg je yg A. Yang lain B- (unsur hiperbola).

Lagipun, budak sains biasanya lagi tough dibandingkan dengan budak2 ekonomi, finance, etc etc. (masa ni harap deorg bukan degree holder bidang2 tersebut) Kitorg ada fieldwork, kena masuk hutan (Sungai Congkak je…) buat labwork, masuk sungai (Sungai Congkak jugak…). Kitorg lagi tough kalau ikut course kitorg.

Kitorg suka face new challenges, sebab tu kitorg lagi reluctant, resistant, resilient. Walaupun saya ambek course environment, saya yakin saya boleh compete dengan budak2 cos lain yg specialise dalam kerja bank ni sebab kitorg memang terlatih untuk menerima cabaran baru dan menghadapi tekanan.

I: Cara awak cakap awak sangat minat environment. Macam mana awak nak apply environment ke dalam kerja ni?

Dalam ekonomi, ada istilah externalities. (baru study Economic Principles, Mceachern dalam kereta pagi tadi). Externalities bermaksud apa-apa yang ekonomi lakukan kepada sumber-sumber asli, maka kos tersebut akan ditanggung oleh alam sekitar. Yang nilah kaitan ekonomi dengan alam sekitar. So bagi saya, sebagai student alam sekitar, saya boleh relate apa yang saya belajar dengan ekonomi.

I: Awak kenapa masuk FSTEP. Kenapa tak masuk je bank lain supaya ada pengalaman kerja bank. Lepas tu baru apply FSTEP.

S: Saya dah apply, tapi kena reject.

I: Apa syarikat yang reject awak tu?

S: Er, er. Eh, terlupa lah.

I: Mana boleh lupa. Benda penting ni!

S: em, IMC, Stenta Films, etc etc (padahal tak apply bidang finance pon dkt company ni semua…).

I: (Angguk2 puas hati)Awak tak apply kerja environment ke?

S: ada, tapi tak dapat. Sebab selalunya kilang-kilang memang ada environment officer, tapi nak pakai sorang dua. kitorg plak grad ramai2.

I: berapa company awak dah apply?

S: 20 lebih. (tak tipu ni)

I: Ok, awak ada terima scholarship apa2 tak?

S: (Alamak, soalan perangkap!) Ada, saya dapat scholarship JPA.

I: Berapa tahun baru JPA lepaskan awak?

S: 1 taun.

I: So camne awak nak keje dengan kitorg ni? Kitorg pon ada bond jugak!

S: saya harap JPA akan batalkan kontrak. sebab JPA pun takde kerja sekarang. kerja kerajaan dibekukan. so saya harap saya akan available la. lagipun saya nak buat penangguhan kalau dapat kerja. maybe lepas 10 taun, baru kerja dengan SPA.

I: maybe la.

S: huh, ha’ah. maybe.

I: awak tau berapa ribu awak put at stake ni? kami tanak awak serba salah. kalau dengan kami kontrak rm45,000. dengan JPA berapa?

S: RM50,000.

I: see? dah RM95,000 yang terlibat. dekat RM100,000. awak takkan mampu nak bayar.

S: (diam tanda setuju).

….Bersambung….

3 comments:
Write curses
  1. hahaha.. cpat la smbung!!!! nak tau!

    ReplyDelete
  2. Hi, I've been googling for FSTEP Management Trainee Program. Yesterday I got a call from UOB(United Overseas Bank) that I've been shortlisted for an interview next week. So I'm confused right now whether the position is to work for UOB or other banks?

    FYI, I'm a Mass Communication graduate. It's nowhere I can find my place in Banking industry. But, I just want to try my luck.

    Is there in any chance I can directly contact you to find details about this? HPhone number perhaps? Just want to share some experience with you. You can email me at haniffali2@gmail.com

    Thank you.

    Regards,
    Haniff

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter