Sampai-sampai dia hon. Lepas tu terus pergi ke sekolah memandu. Dalam perjalanan tu dah fikir, ‘bestnya da dapat lesen! Nak celebrate!’ Sampai-sampai tengok nama. Sesi 1, no 63. Tunggu giliran sampai punyalah lama. Lepas tu dahlah tak tau prosedur nak buat ujian ni. Tak tau bila nak ambil slip, bila nak bagi balik slip dekat dia. Tanya dekat orang lain.
Dahlah tengah sakit perut. Dan2 je sakit perut time hari test.
Ok takpela, pergi toilet dulu. Balik dari toilet baru no 30 something. 33 orang lagi. Tunggu2 (lama jugakla'…), sampai giliran. Buat litar dulu. Dada dah kecut sebab nervous sangat.
Bukit OK. Parking OK. Tiga penjuru cam senget2 je. Keluar dari 3 penjuru, lega! Tengok result dekat JPJ, Alhamdulillah! Lepas!
Lepas tu buat jalanraya pulak. Tunggu lagi, lama jugaklah. Dalam 30 orang jugak lagi. Sampai turn dia panggil. Naiklah kereta kancil comel. Mula2 yakin gila, cek side mirror, signal segala bagai. JPJ sebelah diam je. OK, pedulikkan. Lepas tu start bawak.
Semua OK je. Sampai dekat gate keluar dari sekolah memandu tu, terlupa kasi signal. Takpe2, yakin JPJ ni sporting. Harap2 dia buat2 x nampak atau lagi bagus, dia tak perasan terus.
Nak keluar dari jalan tu nak masuk jalan besar, berhenti kejap. Wajib berhenti. Jalan tu berbukit sikit. Lepas tu masuk gear 1, lepas clutch sikit, turun handbrake. Eh, mati! JPJ sebelah diam.
Free gear, tarik handbreak. Start enjin balik.
Masuk gear 1, tekan minyak. Lepas clutch. Turun handbrake. Mati lagi!
Kejap2! Tenang2 kan dulu fikiran. OK, boleh buat ni. Tekan minyak sampai meter 3, lepas clutch sikit, tarik handbrake, lepas clutch sikit lagi……. ek ek ek ek! Mati lagi!
Takpe, hidup enjin balik. Masuk gear – “Dah2. Awak keluar sekarang!”
“Eh, saya boleh buat ni Encik. Boleh ni!” saya bantah JPJ tu. Sekejap je lagi, boleh ni!
“Sudah2. Awak turun! Bukan awak sorang je yang fail!”
“Encik, tolonglah encik, saya boleh buat ni! Saya boleh ni! Encik, saya kena dapat lesen hari ni!”
“Dah tiga kali saya bagi peluang, awak tak boleh buat jugak!”
“Tolonglah Encik! Saya nak balik rumah dah ni! Saya kena dapat lesen hari ni jugak!” ces, malu sungguh merayu2 kat JPJ tu. Macam merayu nak bercinta je. Jatuh my water face.
Anyways, saya keluarlah dari kereta. Dok sebelah dia. Pastu dia bawak pusing semula balik sekolah. Tak sampai 50 meter pun saya drive!
Bila dia dah pusing tu, saya diam. Rasa nak nangis gila2. Mujurlah ada lagi sikit ego. Kalau tak mau jadi citer best JPJ tu kat bini dia : “Ayang tau, tadi ada budak laki umur dalam 20 tahun nangis dekat abang mintak luluskan ujian dia. Mau je abang gelak tengok air mata jantan dia!”
Dia tanyalah, “Kerja dekat mana?” Ces, tak perlu nak tanya2. Saya dah takde mood. “Belajar.”
“Dekat mana?” “UPM”
“Takpelah, kalau belajar boleh ambil lesen lagi masa cuti!”
Saya pun cakaplah: “Saya dah abes blaja. Nak balik kampung dah!” Dalam hati dah nyumpah seranah tahap Lodge Master Degree 66. Tak paham ke, nilah minggu last nak ambik lesen!
“Tadi masa buat litar, lepas tak?”
“Lepas.” Kalau lepas litar, sah2lah boleh buat bukit. Cuma sebab nervous je, bukit dekat jalan raya tak lepas. Sampailah semula sekolah memandu. Dia bagi markah 12/20. FAIL. Komen: Calon perlu berlatih untuk menggunakan clutch dan minyak supaya enjin tidak mati.
Kalaulah JPJ ni ada dekat tempat saya, mesti dia paham betapa pentingnya kena dapat lesen hari ni. Pertama, sebab saya dah tak tahan kena maki. Rasa macam anak tiri pun ada jugak. Salah sikit kena maki. Salah sikit kena maki. Rasa cam takde maruah diri langsung. JPJ ni cakap senang, suruh repeat. Cuba kalau dia yang jadi saya? Setiap kali belajar memandu rasa macam nak menjerit je.
Dah fail ni, kena belajar lagi. Konpem la cikgu memandu tu akan cakap: “Apsal lah kau tak boleh lepas. Berapa kali kau nak cikgu ajar kau; Naik bukit minyak lebih dari clutch!” Kena tambah jam belajar, jumpa lagi cikgu yang sama. Memanglah bukan saya sorang yang fail, tapi orang lain kalau fail pun cikgu deorang baik. Cikgu deorang takde maki2!
Kedua, sebab ingat murah ke RM150 nak repeat satu test? Boleh beli handset iPhone cap China satu tau tak? Dahlah duit ni dari biasiswa saya, dah abes dekat seribu. Takkan JPJ tak boleh consider? Tau tak untuk student, mahal gila nak buat lesen? Bukan ada student’s price pon! Tau tak, saya belum jilid tesis lagi? Mana nak korek duit? Pastu tambah lagi RM150. Bapak mahal! Test dia bukan kena bawak sampai dua marhalah pun sampai nak guna minyak dua tangki!
Ketiga, dah nak balik dah. Dah habis belajar dah pun. Saya bukan duduk dekat U je,nak balik rumah dah! Dah grad dah! Tau tak, apa ertinya kalau kena amek test minggu depan? ARGHHH!!! Tangguh lagi balik umah, kena bayar sewa kolej pulak!
Memang seriously nak nanges. Mujurlah ada kawan2 memberi dorongan, kalau tak rasa cam nak terjun bangunan je.
Takpelah, bukan salah JPJ tu pun. Salah saya, sebab tak buat betul2. Cuma JPJ tu takkan paham masalah sebenar saya, n saya pun tak boleh nak expect dia faham. Cuma tension repeat test mahal nak mampus! Tolonglah kurangkan harga sikit!
Sekarang ni mood dah hancur lebur nak jawab test besok. Nak nangis! Isk3!
P?S: Maaf dan terima kasih kepada kawan2 yang memberi semangat dan mengucapkan ‘good luck’, hari nih takde luck la! Maybe kena cuba lagi minggu depan.
Tak apa. Boleh cuba lagi. Aku tau camner perasaannya bila fail JPJ. Aku lagilah. Parking dah fail, terus takda mood nak bawak jalan raya pulak. Nasib baik ada pertolongan dari Allah. Alhamdulillah. Lepas gak jalan raya. So kena repeat lagi sekali jerla.
ReplyDeleteYang penting sentiasa ingat Allah, k?
sabar ye tenet, x de rezki.dapat tenaga pengajar yg cilakak.Nape x minx tukar tnaga pgajar yg lain.Anyway, dpt tenaga pgjaar laki2 yg ok bgusla.Dapat yg bias,lg geram.Dgn pmpuan cun,seksi sket,eh,,,x pe2.kite wat pelan2 ye.Chaiss..
ReplyDeletemmg stress,,paham sgt,mcam budak2 AF yg kene singkirkan perasaan die kan?dlm2 ramai2,kite je spoil, tp x pe.Mnde leh repeat, next time, train harder and jgn nervous sgt.Anggap yg duk sblah tu mmber baik ko
ReplyDeletesabar syed....cube lagi....aku pon penah fail gak mase amik lesen kete......dh la kene tambah duet n then kene korban mase study aku just nak balik jb utk blaja balik n amik test.....tp alhamdulillah lepas la pastu dengan keadaan aku yg demam.....so aku harap ko sabo n ade hikmah die....
ReplyDeleteya2..segala yg berlaku pasti ada hikmahnya. kena berusaha lagi! tima kasih kawan2!
ReplyDeletesalam...nak kongsi citer gak, aku tngah amik lesen, test JPJ isnin lepas...ntah dimana silapnya, aku kandas time side parking... pegawai jpj bilang, aku langgar line kuning, walhal time training,QTI, idak plak aku pernah langgar line kuning... then 1 lagi, selama aku training, aku dpat kete yg clutch nyer panjang, tp time test tu, dpat clutch pendek, so semedang nyer mati kete tu...
ReplyDeletejalanraya, ok, aku lulus, tension gak la time jalanraya tu, sal dpat pegawai gred N17 yg agak kasar cara dia...
tp aku tak kisah, kandas kali pertama, just kecewa sal ada 1 insiden yg menyebabkan aku sakit hati... sorg auntie ni, dia kantoi tang bukit, klau kantoi bukit, takleh la proceed ke side parking ngan 3 penjuru, tapi aku tngok auntie ni dia proceed buat side parking, time side parking, punya la JELAS dia langgar line kuning, maun 5-6 minit gak la dia nak parking, then, leh plak dia proceed 3 penjuru...
baideway, lepas dia kandas bukit, dia ada sembang ngan sorg instructor, pastu, aku trdengar ayat 'SPRM' dekat 2 kali...aku tertanya2 la, camner la kantoi bukit, tp leh lepas wat side parking ngan 3 penjuru... hanya Allah je ang tahu... aku tak kisah aku gagal, tp biarla lesen yg aku dapat tu, HALAL
I experienced the same thing too. Hahahaha. Lulus litar, on the road failed sebab yang sama. And I'm from UPM too. Berjujuran air mata time tu dah lah dia boleh cakap, "apa masalah kau hah? Masalah rumah tangga?"
ReplyDeleteI experienced the same thing too. Hahahaha. Lulus litar, on the road failed sebab yang sama. And I'm from UPM too. Berjujuran air mata time tu dah lah dia boleh cakap, "apa masalah kau hah? Masalah rumah tangga?"
ReplyDeleteI experienced the same thing too. Hahahaha. Lulus litar, on the road failed sebab yang sama. And I'm from UPM too. Berjujuran air mata time tu dah lah dia boleh cakap, "apa masalah kau hah? Masalah rumah tangga?"
ReplyDeleteI feel you bro!!!! baru je fail on the road test semalam, jpj tester aku tu lagi la, tak bagi chance langsunh. aku terlanggar line sikit je terus fail kan. tak keluar pergi jalan lagipun, dah fail. aku tanya dia taknak bagi chance ke? dia kata tak boleh la bla bla. ikut peraturan la sangat! aku pun student gak, banyak benda lain kena buat, kena pakai duit. dia ingat kita punya duit turun dari langit kot senang senang je taknak tengok dulu overall kita boleh ke tak. dah la sekolah memandu aku tu pun macam si*l. sama je semua 🙄
ReplyDelete