05 May 2011

Belajar Memandu (2)

Apa akan berlaku kalau belajar bawak kereta dengan dua cikgu memandu yang berbeza?

“Tekan clutch, jaga brek!” kata Cikgu Memandu 2. “Tapi Cikgu Memandu 1 kata tak payah tekan clutch. Just brek je!” kata saya.

Dua hari lepas masa bawak kereta, Cikgu Memandu 1 suruh tekan brek je masa nak berhenti. Dia kata kalau kereta accident dan kita tekan clutch nak brek, boleh menyebabkan kereta terbakar. Kalau nak u-turn, jangan tekan clutch, tekan brek sampai meter 0. Saya buatlah macam dia cakap, tekan brek je, sampai meter 0. Lepas tu enjin mati. Dia marah2 pulak. “Jangan bagi enjin mati!”
“Kau kalau dah masuk gear 2, tekan brek perlahan2, kalau tekan cepat2 enjin mati!” kata dia. Tapi macam mana nak tekan brek perlahan2 sampai meter 0 tanpa menyebabkan enjin mati? Konpius! Cikgu Memandu 2 pulak suruh tekan clutch supaya enjin tak mati. Mana nak ikut ni.

“Jauh lagi ni. Padam balik signal tu!” kata Cikgu Memandu 2 masa dekat satu simpang. “Tapi Cikgu Memandu 1 kata dah sampai sini boleh bagi signal!” protes saya.

Tapi macam mana? Takkan dari jauh tak boleh bagi signal? Dah terbiasa dengan cara Cikgu Memandu 1. Dia ajar bagi signal, tukar lane kanan, turun gear 3, sampai tiang lampu no 2 turun gear 2, lepas clutch, tekan brek, U-turn. Cikgu Memandu 2 suruh bagi signal bila dah dekat, turun gear 3, turun gear 2, tekan clutch jaga brek, U-turn. Tak macam gelabah pulak kan nak bagi signal bila dah dekat, lepas tu tukar gear 2 kali.

Nak ikut ajaran mana?

“Apsal kau tak berhenti dekat garisan putih? Dekat sini wajib berhenti!” maki Cikgu Memandu 2. “Sebab takde kereta. Cikgu Memandu 1 kata, kalau takde kereta jangan berhenti!” balas saya sambil buat muka selamba.

Alamak, konflik lagi. Dah takde kereta, kita jalan jelah. Cikgu Memandu 1 ajar terus je jalan kalau takde kereta dekat depan. Tak payah nak berhenti. Mujur Cikgu Memandu 2 boleh terima.

“Dekat sini pakai gear 1 je boleh. Bukan nak bawak laju pun. Kalau bawak gear 2 takut enjin mati” arah Cikgu Memandu 2. Tapi Cikgu Memandu 1 suruh bawak gear 2 dekat sini – saya protes dalam hati. Tak berani dah nak lawan.

Ikutlah kata Cikgu Memandu 2. Gear 1 pun OK. Slow sikit. Senang nak bawak.


Tengah2 bawak, tiba2 Cikgu Memandu 2 beristighfar. “Astaghfirullah, astaghfirullah!”. Saya dah takut da. Kenapa? Kita nak accident ke ni? Kereta ni nak meletup ke? 02002

Rupanya dia berzikir, semata2 berzikir. Takde apa pun. Saya ingat ada benda buruk yang berlaku. Fuhh! Cikgu ni, dahlah tengah tension drive!

Last sekali: Ikut kaulah besok macam mana. Cikgu dah ajar banyak kali. Ikut pemahaman kau la. Yang ni ulangan je, bukan sekali cikgu ajar. Berulang kali dah!

Cikgu ni cakap macam dah give up je. JANGANNN!! Besok nak lulus supaya tak payah dah nak tension kena maki setiap kali belajar memandu!
-Terus tertekan. Besok hari penentuan!- thjfbq001660702027a Er, Monkey, mana bole surrender lagi! Kena buat betul2!
P/S; Kawan2 suma, esok saya buat test JPJ. Doakan saya berjaya ya! Please3!

7 comments:
Write curses
  1. moga dapat jpj baek n lulus =)
    amin ...

    ReplyDelete
  2. buat je ikut peraturan masa mbik lesen.. dah dapat lesen nanti ikut je kesesuaian...semoga berjaya

    ReplyDelete
  3. hehe...semoga berjaya!!!
    stress pulak dengar...makin rsa fobia pulak nk ambik lesen....

    ReplyDelete
  4. my turn for jpj test is this friday..so tension when get a teacher like him..nway, pray for me....:)

    ReplyDelete
  5. my turn for jpj test is this friday..so tension when get a teacher like him..nway, pray for me....:)

    ReplyDelete
  6. yepp. saya pun alami benda sama. cikgu satu dua tiga, semua ideologi berbeza. kita yg pening. haha

    ReplyDelete
  7. mmg pon saya pon alami perkara yang sama ...terutamanya biler saya diajar 3 guru yg berlainan semasa blaja bukit...haiyhhh pening2

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter