2
Dalam diam, semuanya masih tak sempurna. Terasa kekurangan sesuatu. Terasa rindu kepada sesuatu yang masih belum menjelma.
3
Segalanya terlepas dalam genggaman macam gelas kaca terjatuh atas lantai. Sebelum sempat disambut dah pecah berderai. Hancur lebur. Luluh semua jadi kepingan. Bunga layu sebelum berkembang.
4
Kalau 3 tahun dibahagikan kepada fasa; Tahun 1: Fasa penerokaan potensi, Tahun 2: Fasa perhubungan, Tahun 3: Fasa penilaian semula. Fasa terakhir fasa paling berat, bila kita sedar mana silapnya kita semasa melalui Fasa 1 dan 2.
5
Segalanya dah berakhir pun. Saya berdoa supaya kita akan berjumpa lagi jika ada rezeki. Sungguh banyak lagi kata-kata yang tidak terucap antara kita. Kata-kata untuk menyatakan betapa sayangnya saya pada kamu. Sayang pada segala-gala. Kenangan kita. Saya akan rindu kamu, dan menunggu peluang bertemu lagi.
6
Kesilapan banyak mengajar saya menjadi manusia dan Muslim yang lebih baik. Tindakan yang silap boleh memusnahkan diri.
7
Kata selamat tinggal tanpa air mata. Kita mesti jumpa lagi. Mesti.
Selamat tinggal zaman First Degree.
banyak silap saya buat kat fasa 1 dan fasa 2...
ReplyDeleteok skang...saya bersedia untuk memperbaiki fasa 1 dan 2 dengan menjadi budak rajin belajar!
yeah! semoga berjaya cik Qin-Qin!
ReplyDeletesemoga berjumpa lagi yer...n semoga berjaya mengharungi hidup yg lebih mencabar di luar sane yer tenet....tp...xpe ke aku panggil ko tenet nih? kalo x boleh, aku minta maaf setulus hati ye....ade mase ruang n peluang kite gosip2 lagi tau....
ReplyDeletewaa...srnok nyerr da abs...sy ade setaun lagi ni nk abs dgree.....;p
ReplyDelete