03 May 2011

Fakta-fakta menarik yang anda tidak tahu jika tidak rajin membaca

Fuh! panjangnya tajuk entry kali ni. Hari ni saya nak share beberapa fakta yang menarik yang saya rasa perlu dikongsikan. Susah sebenarnya nak jumpa fakta-fakta nih kalau tak cukup membaca. Hehehe…. Jadi, silakan membaca dan belajar perkara baru:

Jenayah
ruth-ellis
Ruth Ellis
1 – Wanita terakhir yang dihukum gantung di Britain ialah Ruth Ellis pada 13 Julai 1955. Beliau didapati bersalah membunuh kekasihnya, David Blakely kerana David seorang pemabuk yang kerap menderanya. Beliau juga telah dua kali menggugurkan kandungan atas arahan David. Tukang gantung Ruth, Alfred Pierrepoint bersara selepas menggantung belau. Menurut Alfred, Ruth ialah ‘wanita paling berani pernah saya gantung. Alfred bersara kerana bagi beliau, hukuman mati tidak akan mengurangkan pembunuhan, sebaliknya membawa kepada dendam kesumat.

Haiwan
cow
“Makan rumput je pun dah boleh naik 500 kg. Kena diet gini!”

2- Spesies yang paling banyak menyumbang kepada biomass dunia ialah lembu, iaitu sebanyak 650 tan. Seekor lembu dianggarkan seberat 500kg dan jumlah lembu di dunia dianggarkan sebanyak 1.3 bilion. Walaupun serangga dikatakan menyumbang paling banyak biomass, tetapi itu hanya berlaku sekiranya semua spesies serangga digabungkan.

She-wolf_suckles_Romulus_and_Remus
“Sedap pulak susu serigala ni! Nyam2! Lagi sedap dari susu mak!”

3 – Menurut lagenda, Remus dan Romulus, pengasas Rom telah disusukan oleh serigala sewaktu kecil. Mereka diselamatkan oleh serigala tersebut setelah datuk saudara mereka, Amulius membunuh datuk dan menculik ibu mereka, dan meninggalkan mereka untuk mati kelaparan.

Sains
Thomas Alva Edison
Thomas Alva Edison
4 – Thomas Alva Edison bukan pencipta sebenar mentol. Beliau telah membeli paten mentol daripada pencipta asal mentol, Heinrich Goebel yang menciptanya pada 1854. Paten tersebut dibeli oleh Edison dengan membayar jumlah yang sangat kecil kepada isteri mendiang Heinrich, walaupun harganya yang asal jauh lebih mahal. Selepas Heinrich, Joselph Wilson Swan telah berjaya mencipta mentol yang boleh berfungsi dengan sempurna. Edison juga berjaya memiliki paten Swan dengan cara bergabung dengan Swan dalam satu syarikat, iaitu Ediswan United Company dan kemudiannya membeli keseluruhan saham Swan untuk mendapatkan paten mentol tersebut. Edison kemudiannya juga dinamakan sebagai tokoh pencipta yang paling keji dalam sejarah.

jaws11
“Worgh! Make budok!”
5 – Pemanasan global dikatakan akan menyebabkan serangan jerung menjadi lebih kerap. Setakat ini, terdapat peningkatan serangan jerung sebanyak 300% daripada tahun 2007 ke 2008, dan juga dari 2008 ke 2009. Pemanasan global akan meningkatkan suhu air laut, yang menyebabkan habitat jerung akan berubah. Pertukaran habitat jerung ini dikatakan menghampiri kawasan laut yang terdapat ramai manusia.
Sejarah

ogedei
Odegei Khan

6 – Umat Islam dikatakan mundur sekarang akibat daripada penjajahan Mongolia. Tentera Mongolia, yang diketuai oleh Genghis Khan pada kurun ke-13, dan kemudian anaknya Ogedei Khan, telah berjaya menghancurkan Asia Tenggara, subkontinen India, dan Timur Tengah termasuk kota ilmu umat Islam: Baghdad. Dikatakan ketika itu, Sungai Tigris menjadi hitam akibat dakwat daripada kitab-kitab ilmu tokoh-tokoh Islam yang dicampakkan oleh tentera Mongolia ke dalamnya. Tentera Mongolia kemudiannya berjaya menumpaskan Austria, Hungary, dan Empayar Roman, dan setelah menumpaskan Poland, mereka menuju ke arah Jerman. Kerana kematian tiba-tiba Ogedei, mereka terpaksa berpatah balik ke Mongolia sebagai sebahagian ritual untuk melantik pemimpin baru. Sekiranya mereka meneruskan penjajahan ke atas Eropah, Eropah tidak akan maju seperti sekarang. Kerana penjajahan Mongolia, kota Baghdad tidak dapat mengembalikan semula keagungan ilmu Islam kerana terpaksa bermula semula, sebaliknya Eropah terus berkembang sehingga sekarang. 

P/s: umat Islam mundur takde kaitan dengan Freemason ya!

4 comments:
Write curses
  1. Browsing your blog and suddnely saw this statement "“Worgh! Make budok!”- LOL! can't stop laughing for 3 mins. :D

    ReplyDelete
  2. Fakta yang pertama adalah seorang pembunuh. Dan dipanggil "beliau" dalam ayat anda. Bukankah beliau tuh digunakan untuk orang yang dihormati?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah benda remeh sebegini yang selalu anda gosipkan? Lame~

      Delete

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter