Tup2 dah jadik isu. Saya nak balik UPM besok, but my big sis kata balik Selasa. Hari Selasa my parents akan balik dari Taiping n family kami nak mandi sungai n picnic dekat Kg Penderas that day. Anyhow, macam mana saya nak balik Selasa dah ASEAN Convention tu start hari Selasa?
Kat sini la akak saya sound. Dia kata selalu je saya buat something over family. Pergi Kinta tak bagitahu keluarga pun…tup2 keluar dalam paper. Saya ingat deorg suka la saya keluar paper, rupa2nya bukan suka je, terasa pun ada. My sis kata tak sedap la Mak tau dari orang lain, sedangkan dia sendiri pun tak tau. Adeh, saya pun jadi bengong…selama ni memang saya admit, kalau nak pergi somewhere jarang bagitau Mak. Tapi lepas balik tu nanti saya cerita la dekat Mak. Tapi kali ni lain sebab Mak dengar daripada Mak Cik saya tu la jadi tak sedap. (macam makanan pulak boleh tak sedap kan?)
Saya pun rasa saya agak jahat dalam hal ni. Banding dengan ahli keluarga lain yg duduk asrama, saya la yang paling jarang contact Mak. Bukan tak rindu, tapi benda nih berlarutan dari Form 1 lagi. Masa Form 1, saya duduk dekat MRSM Kuala Klawang (sampai skarang, saya benci betul sekolah ni). Masa 2, saya sangat rindu Mak saya…tiap kali call je, saya mesti menangis. Saya dah la kena buli, kena ejek, kena pulau….Cikgu2 pulak kutuk belakang…
Tiap kali call Mak, hilang sikit penderitaan saya. Tapi lepas tu, saya still kena pukul. Maksudnya, tiap kali call Mak saya, time 2 la saya lari daripada reality….apa gunanya? Everytime saya call Mak saya, saya bergantung pada harapan palsu bahawa semuanya akan berakhir; the pain is not for ever; and so on and so forth. And then saya decided that the harapan is no more. Even Cikgu2 yang sangat saya ‘sayang’ punn tak boleh tolong saya, apatah lagi Mak saya yang saye just dapat dengar suara dari jarak 120km… so saya decided that saya should stop calling her dan berdepan dengan reality; face to face. Saya x sanggup call mak saya just 2 learn the fact that she can’t do anything to help me out of the misery.
Itulah sebabnya saya jarang call Mak saya from that moment on. Saya belajar untuk berdikari, by living alone. N I learned to hold grudge pada org2 yg put so much pain n bitterness dalam hidup saya, including my teachers. (yang deorg janji pada parents saya, ‘Kami akan jaga anak Tuan2 dan Puan2 macam anak kami sendiri’). Saya tak rasa Mak saya akan benarkan abang saya untuk tumbuk saya or tampar saya atas nama “pengajaran”. BULLSHIT. Siot betolla deorg tu.
Akhirnya dekat sini, benda tu dah jadi habit. Mujurlah saya ada handphone, boleh jugak Mak call kalau rindu, atau bila lama tak call Mak. Adik-beradik pun selalu kontek. Tak macam dulu. Sekarang tengok la apa dah jadi kat MRSM Kuala Klawang. Berapa kali keluar paper kes senior belasah junior. Maybe “berkat” doa orang teraniaya mcm saya yang tak pernah dapat keadilan. Cikgu2 dekat situ pun jenis menyimpan rahsia demi menjaga status. Orang Melayu cakap, “bangkai gajah tak boleh nyorok bawah daun” Lain kali nyorok la bawah kontena ke, bawah traktor ke…
Saya bukan nak kutuk tempat saya menuntut ilmu, tapi ada kalanya benda yang baik tak semstinya baik, n benda yang buruk tak semestinya buruk…. Hati yang baik tu lagi susah nak cari (ada kaitan ke?takpe la, balun je….)
Sekian saja…semoga anda diberkati Allah sehingga kita bertemu lagi ….
No comments:
Write curses