31 March 2012

Silap Langkah


Menapak jalan yang menjauh, tentukan arah yang kumau.
Tempatkan aku pada satu peristiwa yang membuat hati lara
– Kris Dayanti & Melly Goeslow, Cinta


Kita selalu nak dewasa cepat. Cepat-cepat nak buat apa yang orang besar buat. Kita selalu ingat jadi dewasa ni seronok, boleh buat macam-macam. Lepas dari kongkongan keluarga. Lepas dari segala peraturan.
Bila kita besar, kita boleh pergi clubbing, boleh mengundi, boleh lepak sampai pagi buta, boleh keluar rumah takde siapa risau.
Tapi ada masanya kita tersilap percaturan. Kita terlampau seronok dalam dunia kita yang kononnya dewasa, kita terlupa yang semua benda dalam hidup ni hanyalah pinjaman.
Kita lupa keluarga kita, kawan-kawan kita, kereta kita, rumah kita, kecantikan kita, duit kita, laptop kita semua tu hanya pinjaman. Dan bila satu-satu nikmat tu ditarik, kita sedar kita hanya manusia lemah di tangan Tuhan. Kita sedar semuanya hilang satu persatu dan kita rasa menyesal. Dan mungkin Tuhan membenarkan kita berhibur dengan perkara-perkara sementara itu untuk mengingatkan kita bahawa setelah segala kegembiraan duniawi itu pergi, yang tinggal hanya perasaan kesal, sedih, bersalah dan kecewa. Yang tinggal nanti hanya kita yang tua.
Tuhan ingin meningatkan bahawa yang abadi hanyalah cinta kepadaNya. Bahawa hanya Dia yang abadi. Dan yang menyakitkan tentang menjadi dewasa ialah kesakitan tu dapat direct kepada kita. Masa kita kecik dulu, kita tak faham erti sakit. Keluarga kita akan melindungi kita dari penderitaan. Keluarga kita akan bertanggungjawab atas segala kesakitan yang menimpa kita. Kita rasa selamat.
Bila dah dewasa, kita direct contact dengan kekecewaan. Kita cuma boleh bergantung pada diri sendiri, takde siapa akan melindungi kita. Keluarga kita bukan lagi benteng pertahanan untuk kita daripada penderitaan.
Kita mula mengerti bahawa penderitaan itu sesuatu yang wujud dan berkesan kepada kita. Kesakitan bila kehilangan perkara-perkara yang kita suka dan cinta, yang menjadi sebahagian daripada zon selesa kita.
Semuanya akan hilang satu demi satu, itu sudah pasti. Takde apa yang akan kekal dalam dunia. Akhirnya kita akan sendiri jugak.
Dan bila kita mula rasa rindu, kita harap semuanya akan kembali. Tapi selalunya semua tu takkan datang semula.
Kita silap langkah bila kita terlalu menyayangi sesuatu sehingga tidak mampu melepaskannya pergi. Dan itu adalah asas kepada penderitaan kita. Kita silap langkah bila kita percaya semuanya akan kekal abadi, semuanya akan kekal selamanya. Kita selalu percaya bahawa perasaan cinta itu akan menyebabkan dunia terhenti, akan menyatukan dua insan, akan menghidupkan yang mati, mewujudkan yang tiada, akan berkekalan sehingga akhir masa. Tapi hakikat hidup tidak sebaik itu. Akan tiba masanya perasaan cinta itu akan mati bersama dengan terkuburnya jasad kita. Ia tidak kekal.
Hari ini tanggal 31 Mac 2012, hari saya kehilangan sesuatu yang mungkin tidak akan kembali. Dan saya bersyukur selama ia ada, ia telah mengajar untuk berterima kasih dan menerima qada dan qadar Allah dengan hati terbuka tanpa rasa kesal. Ia berjaya mengajar saya bahawa tidak ada sesuatu yang kekal selamanya.
Selamat tinggal. Dan kita akan memasuki fasa kehidupan baru, sekali lagi.

27 March 2012

Bullied

 
I don’t care if those people will ever read this. I don’t care if they’d ever know what had they done to me. But a truth is as cruel as a lie. A truth is what they owe me, or rather, what I owe those people that longed to know. A truth.
I saw this trailer today, and it almost reduced me to tears.

 
“13 million kids will be bullied in the US this year”
“Kids will be kids, boys will be boys. They are just cruel at this age”
I lived at a boarding school. Where status was as important as wealth, larger than life. We lived in an unanimous code of silence; when the senior is always right and the junior is expected to follow their conduct. Not in any day of my being there have I heard that a junior is right and a senior is wrong if the junior is being severely beaten.
For goodness’s sake, juniors were beaten for petty, many wrong reasons that should have never been an issue. You can get severely beaten if you stare at a senior, if you didn’t greet them with salam, if they regard you as disrespectful. And even worse, you will be beaten if you were just, different.
I was, unfortunately, fell into the latter category. Different. And to make matters worse, I was not just bullied by the seniors. My own peers single me out of the population, for I was different. And to think that my best of friends didn’t support me at all during the predicament was a disappointment of a lifetime. My friends did blame me though, for in their eyes, I was too different. I stood out from the crowd. They did ask me, however, to conceal my true self. My true nature, which of course, is as hard as hiding an elephant inside a bush. However, they regard it as a choice. To stay hidden from the crowd. They thought that I shouldn’t expose myself to the crowd, which I duly followed, but never did at all solve the matter.
They never understood me; they didn’t even stay during the worst. When I was severely teased, emotionally tortured, and publicly humiliated, my friends were never there to pull me through. They were only there for me after every torture to blame me more for my awkwardness. That I drew too much negative publicity. Though they never did harshly pinpoint me for the problem that I faced, the way they single me out simply showed me that friendship was not a ticket of survival from being terribly bullied (or so I thought then, for now I view friendship very differently). I was shocked by their cold attitude towards me.
Who was I to blame my friends? I was nobody. So every day I hid my disappointment inside and prepare for every single laugh that they will throw at my face, shoving them down my throat. Yes, I was a laughing stock. Nothing much than a joke. I will never knew if they regard me as a human being, for they treated me nothing less like a monkey in a cage. They loved to laugh at me; they loved to make fun of me. I never fully understand why they can be so cruel. I never did, never will. It’s as if they will never stop bullying me.
You know what’s even worse than being abandoned by your friends? It’s when your teachers fully support the bullies. The one with all the power to stop the bullies, yet they abused the power to inflict more pain on a single person the whole school hates. The most different one. You can see from the video, how the teacher reacts to the mother’s complaint:
Mother: He’s not safe on the bus (there was footage of her son being punched, strangled, head pushed to the front seat)
Teacher: I’ve been on that bus. They are just as good as gold.
I can name you every teacher that gives second, third, fourth, fifth, infinity chances to the bullies. But very few of them shed some lights on victims like me. We were forced to live with the forgiven bullies. We were forced every day to face the fear of our lives. Even after the case being heard by the authorities, it never stop the bullies from tormenting the hell out of me. The teachers never did consider our true feelings. They only considered the school reputation (my school was among the best schools in Malaysia in public exam), and the bullies’ position in the school. They were too forgiving to people who had broke the law to the point of tarnishing the lives of the ones that should have been protected more.
I was very small back then, and I remember being slapped by this big guy who was twice as big as me. A senior ordered him to do so. And I remembered my body twisted twice after that, and I cried consequently. And the senior came to me with a mirror in his hand, and he asked me to look at myself in the mirror.
“Cuba tengok muka kau, hodoh kan bila kau menangis?”
“Try to look at your face when you’re crying, it’s ugly isn’t it?”
I don’t know why they should be that cruel. They were just 15, but they already had minds like criminals. I thought that I will forget everything by time, but it stuck in my mind like some song that I totally hate but couldn’t seem to forget.
I remember the faces of the bullies, my ‘alleged’ friends, my double standard teachers. I tried so hard to forgive them, but I couldn’t. What they had done to me had shaped me into this insecure person. They changed me into a person with a very low self esteem. That even until now, I never truly feel proud of myself. This, and many more that they had done.
They had taught me that the world will always be cruel to the different. They had taught me that injustice will always prevail. They taught me that friends will leave you when you are in trouble.
Allow me to repeat this sentence: “They are just cruel at this age”
Cruelty during your pubescence can inflict so much pain to a person that it might lasts for a lifetime. And even for me, I never saw justice being upheld. I never had my faith restored to my school. I was just another student that the school can dismiss and replace. And now I’m telling this straight to your face; screw you boarding school. Screw you, double standard teachers. Screw you, BULLIES.
LiveJournal Tags:




















23 March 2012

Kita tak serupa…

 

“Memang ko nasib baik, dah grad je dapat keje. Keje related dengan course pulak tu”

“Bestnya ko dapat GRF. Aku dapat SGRA je”

“Bestnya ko ada kereta. Aku nak beli motor pun tak mampu”

“Untunglah orang tu anak orang kaya, semua dapat. Semua boleh beli.”

“Untunglaa orang tu dah keje. Cukup bulan tukar sport rim baru, tukar stereng baru.”

“Untunglaa orang tu hensem. Ramai peminat”

Noktah. Cemburu. Cemburu.

Entah sejak bila saya melihat mereka semua, saya mula mengetap bibir menahan cemburu. Betapa bencinya. Betapa sakitnya hati bila menyedari kekurangan sendiri. Betapa pilunya bila kita tak dapat apa yang orang lain dapat.

Dalam otak mengira-ngira betapa malangnya menjadi diri sendiri. Kenapa aku tak banyak duit? Kenapa aku takde kereta? Kenapa aku tak dapat GRF? Kenapa hidup aku tak macam orang lain?

Dalam hati mula rasa sedih. Kecewa. Tertekan. Hampa dengan diri sendiri. Kenapa aku jadi aku; kita bertanya pada diri sendiri. Kenapa aku tak macam dia, tak macam mereka?

Sedangkan kita lahir tahun yang sama, kita masuk U tahun sama. Kita konvo tahun sama. Apa yang membezakan kita?

Kita diam. Bila orang lain keluar tak ajak kita, kita terkilan. Kenapa korang tak ajak aku? Aku ni annoying ke di mata korang? Kalau aku ada korang rasa malu ke? Atau korang tak suka aku menumpang korang?

Dan lalu kita hidup cara orang miskin. Sedar diri. Biarlah takde beli baju baru dekat setahun. Kasut tukar bila dah rosak. Kita pergi fakulti naik bas, lagi rela daripada menumpang. Orang tu tiap minggu baju baru. Duit simpan kepuk-kepuk. Kita nak simpan duit seratus sebulan pun tak larat. Dia minggu-minggu tayang baju branded. Bila dipuji dia suka. Beli seluar macam beli nasik bungkus; takde masalah. Nak beli angkat terus. Beli kasut apatah lagi. Kasut kerja lain, kasut fieldwork lain, kasut bawak kereta lain, sandal pergi jalan-jalan lain, selipar balik rumah lain.

Kita kasut satu, selipar satu. Itulah kita buat pakai pergi kerja balik kerja, jalan-jalan. Bila kita takde duit, dia cakap kita boros. Bila kita mengadu ada masalah kewangan, dia salahkan kita tak pandai menyimpan. Bila kita takde duit nak makan, dia keluar diam-diam taknak bagitau. Sampai hati.

Biarlah kita. Kita orang miskin. Dan nauzubillah, janganlah kita memperlekehkan rezeki Allah. Apa yang Allah bagi tu sempurna. Setiap manusia lain rezekinya.

Dan walaupun kita miskin, kita harap kita masih ada hati budi. Hormat pada kawan-kawan, tidak kedekut dengan rezeki. Biarlah secupak kita kongsi dari dapat segantang tapi berkira walau sebutir. Biarlah kita miskin harta dari miskin kawan-kawan, miskin akhlak.

Ya Allah, ampunkanlah aku kerana berasa cemburu dengan rezeki yang Kau kurniakan kepada hambaMu yang lain. Ya Allah, murahkanlah rezekiku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.

Mood: bermuram durja

11 March 2012

Kita Dulu

 
“Ptg ni awak tolong saya jaga amali. Saya kena pegi meeting jam 3 ptg”
Begitulah ringkasan mesej yang saya terima dari Doktor Supervisor sewaktu dalam bas nak ke fakulti. Terus jantung berdegup laju. Jaga amali? Jaga amali? Tak pernah ada dalam kamus hidup Master saya kena jaga amali.
Alamak. Macam mana? Kena jaga amali? OK, chill. Jaga amali je pun.
Tak boleh! Jaga amali susah! Kalau budak-budak ni tanya yang bukan-bukan nanti tak reti jawab! Saya pun bukan hebat lagi buat lab.
Nak reply mesej Doktor taknak? Takpelah, tak tau nak reply macam mana lagipun. Tunggu sampai fakulti dulu.
Dekat bilik Doktor:
“Saya taknak jaga boleh Doktor? Orang lain kan ada?’
“Takde orang lain! Saya nak awak!”
“Tak reti!”
“Boleh. Awak kan nak buat Ph.D nanti?”
“Mana saya reti jaga amali! Saya ajak orang lain sekali boleh?”
“Awak sorang lah. Kalau ada ramai sangat orang nanti arahan jadi tak sama. Lagipun ni kan method awak untuk research!”
“Hmmmmm...Minggu ni je kan? Minggu depan orang lain?”
“Minggu depan orang lain. Awak gilir-gilir. Saya dulu dari 3rd year dah kena jaga amali. Masa degree tau. Itu saya tengok student Master fakulti ni boleh senang lenang.”
OK. Gagal dalam perdebatan dengan Doktor. Masaklah! Petang ni kena jaga amali. Pergi makan dulu.
Petang tu pergi lab.
Doktor bagi penerangan. “..and, if you have any problem, your Big Sister and your Big Brother will help you!”. Doktor pun tunjuk dekat Ai Phing dengan saya. Senyum-senyum. Kontrol. Satu kelas pandang kami. Tenang yo! Ai Phing dah biasa. Dari first sem. Saya baru lagi.
Habis penerangan, Doktor tanya: “Any question?”
Then ada sorang budak perempuan ni tanya:
“How to know if the digestion has completed?” Oh, sah budak ni tak baca lab manual sampai habis.
“COLOURLESS!” kata student lain ramai-ramai. Doktor senyum, dan memberi pandangan approval. “Yesss!” kata Doktor. Budak perempuan tu diam terus.
Lepas penerangan, group tu dibahagi dua. Saya ikut group Doktor.
Mujurlah lab assistant semua ada. Takdela rasa tertekan sangat nak tengok budak-budak ni buat kerja lab.
Masa tengok budak-budak ni buat lab, boleh nampak segala panorama yang dah lama ditinggalkan. Oh darn. Menggamit memori betul. Nampak balik reflection diri kita dekat budak-budak ni. Time nilah rasa macam dah tua. Ada yang baru je sampai terus bergegas buat lab. Orang lain belum sempat duduk dia dah ambik barang, timbang sampel segala bagai.
Adik-adik ni semua ada energy, enthusiasm, passion bila buat lab. Semua bergerak pantas, masing-masing bising. Dan ada jugak yang masa orang sibuk buat lab, dia termenung dekat meja. Oh, sama macam saya dulu! Masa orang buat lab, monyok semacam. Malas nak bergerak. Bila nak buat FYP, baru terpaksa gagahkan diri belajar buat lab.
Ada yang gelabah siapkan jawapan untuk soalan Exercise. Masa tu saya jalan-jalan dekat meja sorang-sorang, memang rasa nak tergelak. Sebijik macam kami dulu. SEBIJIK!
Walaupun berbeza tahun, perangainya masih sama.
Tengah-tengah jalan, ramai yang tanya:
“Abang, abang, yang ni calculation dia macam mana?”
“Abang, abang, yang saya buat ni betul tak?”
“Abang, abang, kenapa kena guna asid nitric je? Kenapa tak boleh guna asid sulfurik?”
Kelakar. Ada yang saya boleh tolong, saya jawab. Kalau saya tak berapa sure, saya suruh deorang Google. Lagi kejam, buat deorang lagi konpius. “Korang rasa kenapa? Korang rasa betul ke salah?”
Lepas tu masing-masing gelabah. Saya nak tergelak betul!
Saya pun tolonglah deorang buat lab sikit. Macam-macam soalan lagi deorang tanya.
“Cukup panas ke hot plate ni?”
“Macam mana warna colourless?”
“Kenapa kena tutup beaker ni masa digestion?”
Yang paling kelakar, ada satu group ni instead of menggunakan 5% asid nitric, dia guna air longkang untuk dilute sample dia. Lepas tu sedih sebab sampel dah rosak.
“Besok kitorang nak datang nak buat balik boleh?” deorang tanya.
Bila jaga lab ni, rasa macam kita dah tua. Tapi rasa seronok. Kita teringat balik saat muda-muda dulu, bila bergembira ramai-ramai. Walau dalam lab pun. Dan paling seronok bila Nampak budak-budak ni macam kita dulu. Clueless, semangat, blur, malas, suka bergurau, happy tak kena tempat, clumsy.
Budak-budak ni mesti tak tau yang masa dia dah habis belajar nanti, inilah antara benda yang akan dirindui.
Dekat pukul 5, Doktor mesej:
“Dah habis lab?”
“Belum lagi.” saya reply pendek.
“Be strong, Big Bro.”
 
Saya: senyum panjang.
 
 

LiveJournal Tags: ,

















































06 March 2012

Budak Kampung

Lama dah tak dengar orang kutuk-kutuk orang kampung. Tak suka. Definitely tak suka.
“Weyh, ko perangai sakai dowh. Ko dari kampung mana ni?”

Pernah tak dengar orang cakap macam tu dekat sesiapa? Pernah kan. Dekat Malaysia,mentaliti orang Melayu sangat silap tentang orang kampung. Kenapa entah, satu cara nak men-downgrade-kan orang ialah dengan menyebut orang tu orang kampung.

Tadi saya tengok satu video. Video seorang minah Vlogger. Dia bergaduh dengan sorang minah rempit ni, dan antara benda yang dia trash talk-kan ialah: “Kau dari kampung mana hah?” tanya minah rempit tu. “Kampung-kampung tak mainlah! Aku budak D.A.M.A.N.S.A.R.A!” minah Vlogger tu jawab, dengan mengeja satu-satu perkataan DAMANSARA.

So what the hell dengan orang kampung pun? Kenapa nak kutuk sangat orang kampung ni? Mentaliti yang sangat silap di situ.

Kalau malu sangat mengaku orang kampung, you should remember something. Selama-lama negara ni merdeka, berapa orang Perdana Menteri kita datang dari kampung? Menteri-menteri kita? OK, let’s say you don’t feel proud of the government. Cikgu-cikgu yang mendidik kita? Pensyarah-pensyarah kita? Semuanya datang dari Key Ell ke? Lecturer yang speaking fluent Mat Salleh tu ramai je dari kampung.

So what do you hold against orang kampung? Kenapa kalau nak menjatuhkan martabat orang kena mention dia datang dari kampung? Adakah maksudnya dengan label orang kampung maka mereka takkan maju dan takkan berpendidikan tinggi?

Adakah kononnya nak kata orang kampung ni tak bertamadun; tak moden; tak open minded? Shame on you people.

Orang kampung memang in some ways tak open minded. Kalau nampak perempuan pakai seksi kena cerca. Nampak jantan bawak betina naik kereta pun dah kena kutuk, apatah lagi yang bawak perempuan naik motor. Memang orang kampung tak pandai sangat English.

Tapi open minded sangatlah orang bandar kalau nampak orang beromen depan mata OK, tapi kalau nampak orang pakai tudung labuh mencemik muka? Kalau nampak laki pakai gelang pakai rantai tak mengapa, tapi kalau pakai kopiah nak muncung mulut? Open minded sangatkah kita kalau benda yang buruk nampak elok, tapi benda yang elok jadi buruk? Itu sebenarnya minda sempit, bukan open minded.

Lagi satu, asyik-asyik nak kutuk Meleis-Meleis. Ingat darah dalam badan dia darah bangsa Eropah agaknya. Kalau orang buat silap sikit, Meleis. Kalau orang tu tak open minded, Meleis. Racist pada kaum sendiri. Padahal dia pun sifat sama je macam bangsa dia. Darah sama. Kulit sama warna. Rambut sama hitam. Mata sama bulat. Apa yang memuliakan dia? Just sebab open minded dan pandai English maka kita kira terkeluar daripada kategori Meleis? Kiranya kita lebih mulia? Maka orang lain termasuk kategori Meleis, dan kita tidak?

Tak ke sedar sifat kita asyik nak mengutuk dan melabel bukan-bukan pada orang tu pun satu sifat yang tidak open minded?

Kalau duduk bandar maka adakah manusia menjadi lebih mulia? Lebih bertamadun?

Tahu tak, patutnya kita gembira kita still ada kampung. Kalau dekat Korea, ingat deorang tahu ke apa makna kampung? Dekat Singapore ada ke kampung? Dah takde.

Tahu tak berapa untungnya duduk kampung? Bangun setiap pagi burung berkicau. Ayam berkokok waktu subuh. Sekitar kita semua hijau, udara nyaman. Boleh mandi hujan tengah laman rumah. Kalau nak makan apa-apa, semua boleh petik sendiri, boleh sembelih sendiri. Semuanya dapat free, takde side effects. Dan orang kampung walaupun nampak miskin, sebenarnya berharta. Duit tak banyak spend. Semua boleh tanam sendiri. Nak makan buah ada tengah laman rumah. Nak makan sayur ada belakang rumah.

Orang bandar bangun dengar bunyi loceng, pergi kerja kena harung traffic jam. Tertekan. Bunyi bising. Dan ada kesan pada kesihatan. Orang bandar ada apa? Kereta hutang, rumah hutang. Hidup orang bandar pun bergantung pada orang kampung. Agaknya dekat mana ayam yang orang bandar makan tu diternak? Mana sayur-sayur dekat bandar tu datang? Adakah dekat bandar boleh buat agriculture?

Dan kampung ini sebenarnya macam tempat bermula kita. Identiti kita. Sesuatu yang boleh kita banggakan untuk ditunjuk pada dunia. Kalau setakat bandar ada bangunan tinggi, semua negara dah ada. Tapi kampung-kampung kita, sesuatu yang sangat unik. Eksklusif milik kita. Negara lain tak jumpa der, rumah papan kayu berukir.

Berapa daripada kita yang selalu rindu nak balik kampung, pulang ke tempat asal. Tempat paling banyak nostalgia. Berapa ramai yang merancang lepas bersara nak beli tanah dan duduk bercucuk tanam di kampung? Tak ada masalah rasanya kalau kita datang dari kampung pun. Kampung nilah tempat yang memelihara warisan kita. Kalau rumah-rumah kampung semua nak roboh ganti dengan bandar, adakah berbaloi kita korbankan warisan kita untuk jadi maju?

Seronok ke duduk setiap hari dengan udara kotor, traffic jam, rumah tak nampak tanah. Jiran-jiran tak bertegur sapa. Remaja dah tak berakhlak depan mata. Adakah orang bandar bangga dengan semua ni, dan menganggap orang kampung lebih hina sebab orang kampung takkan dapat semua ni? Adakah orang bandar masih menganggap orang kampung hina?
Pelik.























Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter