19 February 2012

Jadam


“Ke manakah kau? Ke manakah?” aku berbisik sunyi kepada sang angin. Moga bisikan halus itu sampai kepada kau. Semoga gelora sang angin mampu tersampai kepada kau dalam panjang gelombang tertentu; moga kau mendengar.

“Ke mana kau?” kataku cemas; masih dengan berbisik.

Baru semalam kau katakan kepadaku kau suka kepadaku. Kau kata kau cemburu aku suka kepada orang yang selain kau. Kata kau “lepaskan dia untukku”.

Dan malam ini kau lesap semula ke dalam kejamnya pekat malam. Kau menghilang semula.
Malam kelmarin, ketika aku sedang hampir ingin berbicara kepadanya, “bahawasanya aku terasa aku mula mencintai ...”dan lalu kau memintas dan tersenyum kepadaku.

“Aku pun suka pada kau”
“Eh, siapa?”

Dan kau mengarahkan telunjuk kau sepintas; tepat mengenai dadaku. Lalu kau tersenyum.
“Kau.”

Lalu aku terdiam. Aku memendam perasaanku terhadapnya; dan kini kau datang dengan kejujuran kau yang memusnahkan kejujuran aku. Kau menghancurkan peluang untukku mencari bahagia dengan mempergunakan ketidakmampuanku untuk menghancurkan hati kau.

Aku tidak sampai hati memalukan kau di hadapannya. Untuk menolak kau di hadapannya. Dan kau mempergunakan kelemahan aku untuk mencari bahagia kau.

Lalu aku tersenyum kepadanya. Aku pergi. Kau mengekori. Dan kata kau “kita harus bersama. Aku sudah lama menyukai kau.”

Dan aku menunduk serta-merta. “Kenapa setelah lama aku menunggu, baru kau mengatakannya sekarang? Kau tahu aku sudah lama mengasihi kau lebih dari batas yang harus!”

Dan kau mencuka. “Maafkan aku”. Kata kau. Permohonan maaf kau sama seperti jadam. Menyembuh tetapi pahit. Pahit.

Dan kini kau menghilang pula. Aku kegelisahan. Ketakutan. Kesejukan.

“Pulanglah. Pulanglah. Kita harus bicara.” Aku berbisik. Kali yang penghabisan.

Dan kau pahit dan gelap seperti jadam. Kau penyembuhku. Dan kau sudah larut ke dalam pekat malam.
Dan akhirnya aku tersedar aku masih di kuburan, bila mataku mengizinkan aku melihat nisan-nisan yang berceracak. Dan bagai tersedar dari sebuah mimpi, aku tersedar aku sedang berdiri di sebelah pusara kau. Yang masih merah. Dengan emosi. Masih merah dengan dendam.

“Kembalilah, kita harus bicara.” Dan kali itu kuhitung, sudah hampir kali keseratus lima puluh air mataku gugur. Dan gugur lagi buat sekelian kalinya bila aku menyedari perbualan kita semalam hanyalah mainan mindaku. Kesedaranku menghalang aku daripada melupakan kau. Dan itu menghantuiku untuk merasa bahagia semula.

Dan suaraku terus merendah ke dalam esak tangis kesalanku sewaktu aku menyebut namamu. Benar-benar di tanah kuburan. Betul-betul di sebelah pusara kau. Dan dalam kekesalan yang agung, aku berharap kau mampu menjelma semula. Berharap kau mampu bangkit semula. Berharap supaya kau menemaniku semula. Berharap supaya kau muncul di hadapanku dan tahu aku menyesali setiap satu perkataan kejam yang aku lemparkan terhadap kau.

Dan aku benar-benar berharap bahawa mimpi boleh membawa semua penderitaan itu pergi. Benar-benar aku berharap bahawa kemaafan kau kepadaku tidak dibawa pergi ke sana bersama pemergian kau yang terakhir.

18 February 2012

Nanah

Kudis-kudis buta merebak di kaki. Semua hadiah dari nyamuk jahanam. Malam-malam kena gigit dengan nyamuk dekat kaki; saya garu-garu dengan kuku kaki. Me gusta! Sedap-sedap garu-garu sambil mata pejam, bibir ketap-ketap. Walhasil, bekas gigitan nyamuk digaru-garu dari busut kecik jadi berdarah. Dari berdarah jadi kudis. Dan besok bila pergi fakulti pakai stokin dan kasut, peluh-peluh yang terperap dekat 9 jam dekat bahagian kaki merubah kudis jadi berair. Dari berair jadi makin gatal. Sebab gatal digaru-garu lagi sambil ketap-ketap bibir.


Dan malamnya nyamuk jahanam gigit-gigit lagi bahagian kaki yang belum berkudis. Lalu busut kecil gatal muncul, digaru sampai berdarah dengan kuku kaki. Bibir mengetap; mata elok terpejam.


Besok kudis yang belum betul kering ditutup stokin dan kasut; terperap sampai 9 jam. Cuma dibuka untuk solat Zuhur. Lalu kudisnya berair; dan kudis yang berair dari hari-hari sebelumnya menjadi bernanah.


Dan belum sempat satu pun kudis bernanah itu sembuh, amanah menyempurnakan kajian datang lagi. Mengumpul sampel dalam ladang kelapa sawit. Belum lagi dikira Broga yang dipanjat. Makin teruk kudis-kudis sebab peluh. Dari bahagian atas tumit, dekat kekura kaki pun dah berkudis.


Bila mandi sabun Antabax dicop “Fresh” disapu bagai nak rak, ditenyeh-tenyeh dekat kaki. Tapi malamnya nyamuk menggigit lagi. Nak kata darah manis, bukan bertunang lagi tuan empunya badan! Berkudis-kudislah lagi, berkuping-kuping. Berair, bernanah. Sakit hati yang teramat dengan si nyamuk! Dah pasang semua jenis ubat nyamuk; yang berasap, yang elektrik, yang sembur. Semua tak jalan. Spesies mutant mana entah nyamuk-nyamuk betina ni semua.


Lalu dah buat keputusan taknak pakai kasut pergi fakulti. Demi kemaslahatan diri sendiri dan demi afiat segera bahagian kaki berkudis khususnya. Bagaimanalah nak berkasut kalau hanya memudaratkan diri. Tapi bagaimanalah nak bekerja di makmal kalau tidak berkasut? Nanti tertumpah asid bagaimana? Setiap hari main dengan asid menghakis.


Susah. Susah. Lagi-lagi bila ditegur mereka yang prihatin. Mana kasut ni? Tak boleh tak pakai kasut buat lab! Bagaimanalah. Kita tak tau mana lagi mudarat; kudis yang memang bernanah atau risiko asid tumpah?


Dugaan. Harus selalu berfikiran kritis. Harus. Nanti kita ketemukan jawapannya. Bagaimana buat kerja makmal kalau tidak berkasut? Saya sudah sedia dengan hipotesisnya. Dan bersedia dengan pertanyaan prihatin mereka, tentunya. Saya terpaksa kak, saya terpaksa! (sila baca dengan nada Tipah Tertipu)







13 February 2012

Darjah Satu

Semalam saya keluar gunting rambut naik basikal. Dalam perjalanan balik tu, hujan turun selebat-lebatnya. Saya singgah dekat masjid kejap. Lepas dah reda sikit baliklah kolej.

Dekat kolej, tengok ramai gila budak sekolah. Dari sekolah mana entah. Riuh semuanya. Budak-budak sekolah rendah pakai baju T-shirt merah. Tak taulah deorang datang dari mana buat apa dekat sini. Lawatan sambil belajar kot.

Boleh pulak terlupa bawak kunci masa tu kan. Terpaksalah tunggu roommate balik. Tunggu dekat luar.
Tiba-tiba bila dengar budak-budak ni riuh-rendah, teringat masa masuk sekolah dulu. Kelakar pulak rasanya.
Mula-mula masa kecik mestilah kita tak tahu umur sendiri kan. So tak tahu pun umur kita cukup tak nak masuk tadika, umur berapa nak masuk darjah satu.

#1
Dulu saya tadika sekejap je dekat Tadika KEMAS, tapi tak lama sebab saya kuat mengamuk. Dulu kena berteman. Setiap hari Mak atau abang dengan kakak saya kena tunggu saya dekat tadika sampai habis tadika pukul 12. Saya tak boleh ditinggalkan sorang-sorang dekat tadika, nanti saya mengamuk (malu2...). pernah sekali saya mengamuk, saya tumbangkan satu almari penuh permainan. Ha, mampu?

Cikgu ambik bulu ayam, dia rotan-rotan kaki saya. Saya lari dekat celah almari, murid-murid lain berkumpul belakang cikgu buat kecoh. Ceh, gelabah je budak-budak kecik ni! Cikgu rotan-rotan kaki saya puas-puas hati, masa tu saya bersandar dekat dinding. Saya pun sepak-sepak la cikgu sebab cikgu rotan saya. Budak-budak tadika lain semua jerit-jerit dekat cikgu suruh pukul kuat lagi. Batu api semua. Saya bukannya budak nakal atau jahat, tapi saya seorang yang memberontak dengan cara sendiri.

So dipendekkan cerita, last sekali saya pun diberhentikan sebab terlampau banyak melakukan kemusnahan. Mak pun tak larat nak teman hari-hari dekat tadika. Duduklah rumah main lego dengan adik-adik saya. Lagi syok! Budak-budak lain kena pergi tadika, saya duduk rumah main lego, petang main pasir. Kadang-kadang Abah bawak pergi kebun getah dia.

Sampailah satu pagi tu, Mak suruh saya siap cepat-cepat. Mak bawak saya keluar rumah senyap-senyap, takut adik-adik saya nak mengikut. Kami pun naik bas pergi bandar Temerloh.

Rupanya Mak belikan baju sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, dan kelengkapan-kelengkapan lain sekolah yang sewaktu dengannya untuk saya. Rupanya saya dah cukup umur nak masuk sekolah rendah. Oh yeah! Konon-kononnya excited la.

#2
Hari pendaftaran tu, Mak dengan Abah bawak saya pergi sekolah. Mestilah tak tau apa-apa. Pelik sangat, sebab dia buat taklimat dekat kantin sekolah. Pulak tu, takde pulak dia jemput ibu bapa duduk. Semua berdiri.

Budak-budak lain dah siap pakai baju sekolah, tapi saya pakai T-shirt biasa je. Tak start sekolah lagi pun masa tu, pendaftaran je dulu. Masa Mak dengan Abah dengar taklimat tu, saya main dekat longkang. Baik gila akhlak! Penatlah Mak marah-marah saya masa tu. Tapi saya bukan nakal, kuat main-main je. So tak dengar cakap Mak. Saya main lompat-lompat dekat longkang kantin sekolah.

#3
Darjah 1 dulu sekolah sesi petang. So hari pertama De siapkan saya pergi sekolah tengahari tu. Baju saya dulu baju biasa je. Tak ingat dah brand apa. Dulu jenama paling grand ialah Canggih. Ada satu rumour antara budak sekolah yang cakap baju Canggih ni mahal sebab tak payah gosok.

Dia akan licin sendiri. Sampai sekarang saya tak sure betul ke tak. Lepas tu kasut sekolah saya jenama Twinkle, percuma dengan jadual untuk setiap pembelian. Dekat jadual tu ada gambar budak sekolah main biola and ada keluar not muzik dari biola dia. Mak sikatkan rambut saya, tak reti sikat sendiri. Hehe. Sampai Darjah 6 Mak sikat rambut.

Hari pertama sekolah, Abah hantar saya dengan La naik kereta lama Abah. La masuk darjah tiga. Abah teman saya masuk dalam kelas. Abah suruh saya duduk dekat satu meja, lepas tu Abah berdiri dekat belakang kelas. Mata saya melilau dekat sekeliling kelas; tengok ‘rakan-rakan sedarjah’ yang lain; sekali sekala saya pandang Abah dekat belakang, takut kot-kot Abah balik.

Abah borak-borak dengan parents budak lain. Saya ingat masa tu saya tenung botol air minum saya jenama Sphere, yang ada gambar burung ceduk air laut. Sumpah ingat lagi! Tak lama tu cikgu masuk. Cikgu perempuan. Cikgu senyum je. Lepas tu cikgu suruh semua parents balik. Saya tak faham, tapi Abah datang dekat saya. Abah cakap “Abah balik dulu ye!”

Saya jadi bingung sekejap. Kenapa Abah tak bagitau apa yang saya kena buat ni? Apa yang saya kena buat dekat sekolah? Saya pandang Abah keluar dari pintu, lepas tu rasa macam nak nangis. Saya tak tau kena buat apa dah.

Saya tak ingat sangat dah lepas tu apa yang jadi. Tapi saya ingat nama cikgu tu Cikgu Hayati; saya still ingat muka dengan suara dia. Dan jugak bau perfume dia. Bila saya bau perfume macam perfume dia, automatically saya akan ingat masa saya darjah satu dulu. Dan saya ingat Cikgu Hayati dah kenal sorang classmate saya, which is Amil Amirul namanya. Tak salah saya, Amirul ialah anak sedara dia.

Jadi cikgu jadi sangat friendly dengan dia. Dan Amirul jadi ketua darjah masa tu. (Ni salah ingat. Amirul kata bukan dia. Rupanya Aqim Marzuki ketua darjah, Amirul penolong jek!) Saya tak ingat dah apa yang berlaku, tapi saya tahu hari pertama sekolah dulu saya tak nangis pun. Tapi takut-takut jelah.

Petang tu balik sekolah, masa tu saya kencing dekat longkang sebelah rumah saya (budak kecik lagi masa tu OK, mestilah tak segan). Lepas tu sepupu saya excited datang dekat saya sebab nak tau pengalaman masuk sekolah. Kurang asam betul! Terus tak jadi kencing.

#4
Saya ingat masa 1st test dekat sekolah, saya bawak balik kertas ujian Matematik. Lepas tu bawak balik rumah, Mak dengan abang dengan kakak saya betulkan jawapan saya. Besok saya pulang dekat Cikgu kertas tu dengan muka innocent gila babas, tergelak cikgu. Saya dapat 100% ujian tu.

Saya ingat lagi, saya tak berani buang air dekat tandas sekolah. Selain busuk, rasa tak selesa sangat nak buang air dekat tempat lain selain rumah. Rasa geli. Tambahan pulak tandas sekolah saya selalu sangat ada benda dalam mangkuk jamban. Budak-budak kecik bukan reti nak flush atau at least jirus najis dia.

Pernah sebab nak terkencing sangat, saya sepak-sepak kaki meja. Cikgu pun tanyalah “Awak nak kencing ke awak hentak-hentak kaki ni?” kalau benda ni berlaku masa sekarang, mesti saya panggil cikgu ni troll. Sebab dia senyum troll. Dia dah tau saya nak kencing, tapi sengaja buat-buat tanya.

“Eh, takdelah cikgu!” saya terkejut cikgu tau saya nak kencing. Tapi kalau cikgu kasi saya kencing pun bukan saya nak kencing dekat sekolah! Tak sanggup! Lepas lama-lama tu baru saya boleh kencing dekat sekolah, dah tak tahan tahan dah.

Tapi paling tak boleh lupa classmate saya nama Akmal pernah berak sekali dalam kelas. Masa tu bau busuk. Banyak kali cikgu tanya siapa berak, tapi dia tak mengaku. Lepas lama-lama barulah dia kata dia berak. Cait! Pengotor betul! Mujur rumah dia dekat. Cikgu suruh dia balik terus. Tapi sebelum tu tak salah saya cikgu yang basuh berak dia. hahaha.

Yang ni tak dapat dipastikan sumbernya sebab takde siapa tahu apa yang berlaku masa cikgu hantar dia pergi tandas. Sebelum balik dia lambai-lambai tangan dekat kitorang dari luar kelas. Muka seronok je dapat balik awal.

Mula-mula keluarga saya ingat saya takkan excel sangat masa darjah satu. Sebab tadika pun tak habis. Tapi dalam masa berapa bulan je, saya dapat nombor top ten. Pelik jugaklah, sebab masa tu tak tahu apa-apa pun. Belajar ikut cikgu je. Takde pergi tuisyen pun. Belajar pun main-main. Biasalah, budak-budak.
Masa Darjah Satu saya rehat dengan kakak saya, La.

Pergi dengan balik sekolah pun dengan dia. Selalu waktu rehat dulu bukan berehat pun, makan lepas tu main lari-lari. Masa nilah saya belajar main cuit tiang, ais krim soda, tan duduk dan permainan tepuk-tepuk (terms sendiri untuk permainan yang melibatkan nyanyian yang disynchronisekan dengan tepukan tangan). Lepas tu

La ajar saya makan ais krim Duck yang harga 20sen tapi sangat sedap! Ais krim vanila dibalut dengan coklat. Yang jual ais krim ni seorang uncle yang jual aiskrim tepi pagar padang bola jaring. Ais krim ni dipanggil ais krim Duck sebab pembalut dia ada gambar seekor itik ala2 Donald Duck. Sekarang ni kalau wujud lagi ais krim ni pun mesti harga dia lebih 50sen.

Masa tu rasanya bulan puasa, tapi Abah tak bagi puasa sangat. Takut saya tak larat. Sampai dekat kantin nanti La belikan saya air sirap 20sen dalam cawan.

Masa Darjah Satu, saya duduk kelas terakhir, 1 Melati. Sebab kelas paling belakang, so kelas paling hujung dekat blok. Kitorang selalu main dekat belakang kelas. Bila cikgu datang, akan ada seorang informer yang bagitau. Kami pun cepat-cepat lari masuk kelas.

Saya ingat lagi susunan dalam kelas. Duduk dalam kumpulan 6 orang. Selalunya kumpulan akan dibahagikan mengikut keputusan ujian. Dulu kumpulan saya ada Sheikh Muhammad Faiz (saya selalu ajuk nama dia macam bunyi kuali panas, ‘she she’), Shakira, Nabila, dengan beberapa lagi budak yang saya tak ingat.

Pernah satu hari tu, Shakira rosakkan cermin pengasah pensil saya sampai saya menangis. Kan ada pengasah yang belakang dia ada cermin tu? Ingat tak? Sekarang tak tahulah ada lagi ke tak pengasah macam tu.

Nabila pulak budak yang agak kontroversi. Dia selalu kena marah sebab tak hantar kerja sekolah. Pernah cikgu ugut nak campak dia dalam kolam sebab dia tak hantar buku latihan. Meraung-raung Nabila dalam kelas. “Tak nak! Tak nak!” Cikgu dah tarik dah tangan dia nak hantar dia keluar.

Masa kecik dulu, Abah selalu suruh botakkan kepala. Sebab katanya senang. Satu hari tu Abah hantar saya pergi kedai gunting, dia suruh botak. Balik tu saya menangis dalam kereta. Lepas tu sampai rumah saya basuh rambut saya banyak kali. De tanya saya “Buat apa awak basuh kepala banyak kali ni?”

Saya jawab “Nak bagi rambut cepat tumbuh!” Lepas tu dia gelak. “Awak ingat rambut ni macam pokok ke?”

Besok tu, saya pakai topi pergi sekolah sebab malu (kagum. Kecik-kecik pun dah ada konsep malu). Cikgu-cikgu buat donno je, sampailah cikgu English saya, Teacher Shamsiah masuk. Dia tak puas hati tengok saya pakai topi dalam kelas, dia kata “dalam kelas buat apa nak pakai topi? Bukan ada matahari pun!”

Dia tarik topi saya. Na! Dia tengok saya dah botak, terus dia tergelak (kejam jugak cikgu darjah satu ni ye). Sebab nak cover malu, saya buat-buat bercakap dengan Syahida Syazwani. Dulu kelas saya ada dua orang Syahida; Syahida Syazwani dengan Shaheeda Suhaimi. Masa saya darjah dua tahun depannya, kakak Shaheeda Suhaimi meninggal kena bunuh.

Saya tak tahu kenapa saya cepat tangkap English, padahal memang dekat rumah tak pernah cakap pun. Cepat jugaklah saya faham dan membaca perkataan English walapun mula-mula macam hampeh. Pernah sekali tu ujian lisan rasanya, sorang-sorang kena cakap perkataan English.

Teacher Shamsiah tunjuk ayat, dia suruh baca. Masa saya tu, kena baca ‘Stand Up. Sit Down’. Tapi budak lain ramai yang tak pass.

Itulah serba sedikit memori yang saya ingat masa Darjah Satu. Lepas tu bila exam nak masuk Darjah Dua, dapat masuk kelas pertama pulak, 2 Cempaka. Jumpa kawan-kawan baru pulak.

Itulah ye setakat ni memori yang saya ingat. InsyaAllah, ada kesempatan lain boleh cerita pulak. Haha.

06 February 2012

Kristianisasi: Hakikat dan Malaysia


Salam peeps! How many of you yang suka baca majalah dekat sini? Majalah hiburan? Majalah Bahasa Melayu? Majalah English?



OK, majalah English in particular. Ada sesiapa langgan tak? Oh, come on. Baca pun tak?

OK lah. Never mind. Just so you know, saya salah seorang pelanggan majalah TIME edisi Asia, dan untuk pakej yang saya ambik, dapat dua majalah bulanan free; iaitu Reader’s Digest dengan Knowledge.
Readers_Digest_Cover-8_6_06 BBC-Knowledge-Cover

I bet you guys mesti tak pernah baca majalah TIME kan? To be honest, bahasa dia agak tinggi dan susah sikit nak faham, dan dia lebih fokus kepada politik semasa dekat Amerika. So kenapa saya langgan jugak kan kalau susah nak faham? Bukan sebab nak budget high class ye.

Pertama, nak improve English, and then nak jugak mengetahui isu semasa dunia dan jugak nak memahami pandangan Amerika terhadap Malaysia. Untuk pengetahuan anda, TIME merupakan majalah yang kuat menyokong Anwar. Mereka jarang mengambil pandangan pemimpin di Malaysia, kecuali Anwar Ibrahim walaupun Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin kerajaan. Jadi sekarang anda faham kenapa Anwar suka mengampu Amerika. Sebab mereka sebenarnya penyokong Anwar yang kuat dalam pelbagai isu.

Saya nak cerita tentang satu artikel dalam majalah TIME yang saya baru baca. Masa tu saya dekat fakulti, dan terjumpa longgokan majalah lama dekat depan surau perempuan. Kebetulan, majalah yang atas sekali atas timbunan tu ialah majalah TIME. Dan yang menarik perhatian saya; kulit depan majalah tu ialah lambang salib emas yang digenggam satu tangan, bertajuk; ONWARD, CHRISTIAN SOLDIERS? – A new flock of missionaries has launched a campaign to take the Gospel to Islamic countries. But they could inspire more backlash than belief.

timeaugust2003

Dalam Bahasa Melayunya: Mara ke hadapan, tentera Kristian? Sekumpulan mubaligh telah melancarkan kempen untuk membawa Gospel ke negara Islam. Tetapi mereka mungkin menyebabkan lebih banyak reaksi negatif daripada menyebarkan kepercayaan.

OK, kemungkinan besar rakyat Malaysia takkan baca majalah ni, sebab ia ialah edisi Eropah dan bukan Asia, dan saya rasa majalah ni telah dibeli oleh pensyarah saya yang belajar dekat sana masa majalah ni diterbitkan. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan majalah antarabangsa berbahasa Inggeris akan diterbitkan dalam 3 edisi untuk setiap isu; iaitu edisi Amerika, Eropah dan Asia. Termasuklah TIME dan Reader’s Digest.

Majalah TIME yang saya jumpa tu bertarikh 4 August 2003. So saya pun bawak balik buku tu dan terus bukak halaman pasal gerakan Kristianisasi di negara Islam.

Tajuknya Missionaries Under Cover (Mubaligh yang Menyamar). Untuk pengetahuan anda, artikel ini ditulis pasca 9/11 dan juga pasca perang Iraq. Artikel ini merupakan satu susulan kepada keganasan yang dialami mubaligh Kristian dan umat Islam yang berjaya dimurtadkan mereka di negara-negara Islam yang terlibat. Segala maklumat di bawah datang daripada artikel tersebut, dan tidak ada daripada sumber luar yang lain.


PERMULAAN PENYEBARAN DAKYAH KRISTIAN KEPADA UMAT ISLAM

Pada Tahun 1970-an, gerakan Kristianisasi telah dipusatkan kepada golongan Amerika Latin, di mana puak Protestan konservatif berlawan dengan Katolik untuk memikat hati golongan msikin, dan untuk yang lebih berani, mereka berdakwah kepada negara Afrika dan Iron Curtain (Tembok Berlin; sekitar Eropah).

Walaubagaimanapun, pada tahun 1974, strategis dakwah bernama Ralph Winter mencadangkan bahawa mereka memfokuskan gerakan Kristianisasi untuk “golongan yang belum terdedah”, iaitu mereka yang belum pernah mendengar Gospel (Bible). Pada tahun 1989, seorang penginjil bernama Luis Bush menunjukkan bahawa golongan yang belum diKristiankan berada dalam latitude ke 10 dan ke 40, yang kebanyakannya merupakan orang miskin, dan ‘diperhambakan’ oleh Islam, Hinduism, Buddhism atau dalam bahasa mudahnya, diperhambakan Syaitan. (bagi mubaligh Kristian, selain agama Kristian, agama lain ialah menyembah Syaitan sebagai Tuhan)

Data daripada Center for the Study of Global Christianity di Gordon-Conwell Theological Seminary di Massachusetts menunjukkan jumlah mubaligh Kristian yang masuk ke negara Islam dari 1982 ke 2001 meningkat sebanyak dua kali ganda – daripada 15,000 kepada lebih 27,000, dan peristiwa 9/11 merupakan antara faktor terpenting yang meningkatkan kegiatan dakwah mereka.
Sama seperti umat Islam, mereka mendakwa ingin menyelamatkan umat manusia. Tetapi dengan cara berbeza iaitu memujuk mereka untuk menyembah Trinity.
 
PENDAPAT PENDAKWAH KRISTIAN TENTANG ISLAM


Ini adalah beberapa pendapat mubaligh Kristian yang dicatat oleh majalah TIME:
Barbara, atau Shafira (nama samarannya ketika berdakwah di Baghdad)
“Jesus dibangkitkan dari mati dan masih hidup. Muhammad sudah tiada.”
“Dengar cerita mereka (umat Islam). Jangan bertengkar dengan mereka tentang Israel”
“Islam ialah agama di mana Tuhan menyuruh pengikutnya menghantar anak mereka untuk mati demi Dia. Kristianiti ialah agama di mana Tuhan menghantar anakNya untuk mati demi pengikut agamaNya”

“Islam ialah pengganas, Muslim ialah mangsa.”
“Kami berdoa supaya senjata pemusnah besar-besaran iaitu Islam, dihapuskan. Tuhan, kami bersaksi bahawa darahMu cukup untuk mengampunkan setiap Muslim. Ia mencukupi.”

Josh, mubaligh muda berumur 24 tahun.

“Saya berdoa supaya apabila mereka pergi ke masjid, Jesus akan menjelma kepada mereka. Saya berdoa menentang panggilan itu (azan), - mendoakan supaya azan tidak akan berkesan kepada jiwa mereka.”

Henry, pendakwah di Afrika Utara

“Tansir bermakna memaksa orang menukar agama, manakala tabshir bermakna berkongsi, menjadi saksi.” – menunjukkan mereka mengkaji Bahasa Arab sebelum menyebarkan Kristian.

Robert, pendakwah Kristian di Iraq

“Anda mesti faham diplomasi tidak berkesan menentang Syaitan. Jika perisai Syaitan ditembusi (dalam konteks ini, beliau merujuk kepada Iraq), lubang itu akan direbut untuk dimasuki dari pelbagai sudut, dan bila Kristus diisytiharkan di Iraq, huru hara akan berlaku. Tapi untuk Syaitan, itulah tujuan mereka. Untuk menghuru-harakan dunia.”

Franklin Graham, penginjil kegemaran Pemerintahan Bush.

“Islam ialah agama yang sangat jahat dan kotor”

Gospel According to Matthew, the Great Commission:

“Maka pergilah dan carilah murid-murid dari semua negara, baptiskan mereka dengan nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, dan ajarkan mereka untuk mematuhi segala yang saya ajarkan kamu”

STRATEGI DAKWAH KRISTIANISASI

Mereka memasuki negara-negara Islam terutamanya yang sedang bergolak dan tidak stabil; termasuklah Iraq, Afghanistan dan Palestin. Menurut rekod, kegiatan Kristianisasi menjelma semula selepas pemerintahan Taliban; kerana sewaktu Taliban memerintah Afghanistan, sebarang kegiatan Kristian adalah tidak dibenarkan.

Mereka menggunakan pendekatan yang tidak langsung seperti mengedarkan risalah, menjemput orang ramai yang lalu lalang untuk menonton filem mengenai Jesus, bercakap mengenai Kristus ketika mengedarkan mainan kepada kanak-kanak. Selain itu, ada juga yang berdakwah kepada pemandu teksi kerana pemandu teksi mempunyai kefasihan berbahasa Inggeris yang lebih tinggi berbanding rakyat biasa, seperti yang dilakukan Josh di Iraq.
Walaubagaimanpun, strategi terpenting dakwah Kristianisasi ialah melalui aktiviti kebajikan seperti membina istitusi kebajikan (rumah orang tua, khemah pelarian etc etc) dan menyediakan bantuan kemanusiaan.

Selain itu, dakwah Kristianisasi juga mula disampaikan melalui pendekatan baru; secara tidak rasmi, iaitu mubaligh Kristian tidak lagi berdakwah secara langsung, sebaliknya memasuki sesebuah negara dengan melakukan sesuatu pekerjaan yang kritikal, seperti menjadi jurutera mekanikal, penjual komputer dan mengajar perniagaan. Tugas mereka yang tidak rasmi ialah menyebarkan Kristian di samping melakukan pekerjaan seharian mereka.

Terdapat juga mubaligh yang menyamarkan kepercayaan mereka sebagai salah satu keimanan dalam Islam: seperti menjemput golongan murtad prospek ke “masjid Jesus”, ataupun mengucapkan kalimah shahadah “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah” di hadapan masyarakat Islam.


REAKSI

1- Selain umat Islam, terdapat golongan Kristian yang tidak bersetuju dengan kemasukan pendakwah Kristian ke negara-negara Islam ini, termasuklah penulis artikel TIME itu sendiri. Ini kerana kedatangan mereka menyebabkan ketidakstabilan dalam komuniti antara umat Islam dan Kristian yang sebelumnya memang bebas menganut agama kepercayaan masing-masing.

2- Terdapat keganasan yang menimpa golongan mubaligh Kristian. Seorang pembantu jururawat di Lebanon, Bonnie Witherall, 31, misalnya telah ditembak sebanyak 3 kali sehingga mati sewaktu ingin membuka kliniknya pada suatu pagi bulan November 2002. Pembunuhnya tidak dapat ditangkap.

3- Terdapat ramai juga umat Islam yang berjaya dimurtadkan, termasuklah umat Islam Palestin di Tebing Barat. Seorang mubaligh, “Sam”, 46 mendakwa berjaya memurtadkan lebih 100 orang Islam Palestin, dan dia menggelar mereka sebagai ‘hero sebenar’.

4- Untuk keluarga umat Islam yang murtad atau komuniti atau pihak berkuasa tempatan, ada antara mereka ada yang mengambil tindakan sendiri dengan membunuh atau melakukan kekejaman terhadap golongan yang murtad terbabit. Ini boleh berlaku kerana sesetengah kawasan menyatukan undang-undang Islam ke dalam sistem perundangan, yang memungkinkan hukuman dilaksanakan untuk mereka yang meninggalkan agama Islam.

MALAYSIA

Memandangkan isu Kristianisasi agak sensitif di Malaysia, agak sukar untuk memberi pendapat tanpa menyinggung mana-mana pihak. Sesetengah pihak mendakwa ia tidak wujud, sesetengah yang lain mendakwa ia hanya mainan politik, dan ada juga yang tahu tentang kewujudannya, tetapi dihalang daripada bersuara (i.e Hasan Ali). Walau bagaimanapun, majalah TIME sendiri dah admit memang kegiatan Kristianisasi ni wujud, kenapa kita still in denial just sebab politik? Ini bukannya sekadar khabar angin, tapi realiti.

Bukanlah tujuan saya untuk menyalakan permusuhan, sekadar berkongsi dan melakukan yang termampu sebagai seorang Muslim. Sebab tu saya cuba menulis seneutral mungkin, dan menulis semata-semata sebagai analisis daripada artikel TIME tersebut dan tidak meletakkan pendapat sendiri. Kita telah lumpuh dalam isu ini disebabkan keangkuhan PAS dan kelemahan UMNO.
Walaubagaimanapun, sebagai Muslim, saya percaya bahawa agama Islam dan Kristian sama-sama menyeru kepada kebaikan, cuma dari segi akidahnya berbeza. Agama Kristian juga menggalakkan kita menghormati ibubapa, menyayangi jiran dan berbuat baik sesama manusia, sama seperti Islam.
Saya tidak boleh menerima konsep Trinity dan Jesus anak Tuhan, tetapi saya percaya bahawa Isa ialah seorang Nabi dan seorang hamba Allah, dan Tuhan itu sifatnya satu, bukannya tiga dalam satu. Wallahualam.

Dan tidak seperti Islam yang menerima Isa sebagai Rasul Ulul Azmi, Kristian tidak boleh menerima Nabi Muhammad sebagai Nabi. Malah mereka mempertikaikan akhlak Baginda dan al-Quran. Bukanlah sesuatu yang baik untuk berdakwah dengan memperlekehkan agama orang lain dan menipu anda seorang Islam hanya untuk menarik orang Islam menyertai Kristian.
Dan tidak mustahil untuk Islam dan Kristian hidup bersama. Mereka di Timur Tengah telah hampir 2000 tahun hidup dalam agama yang pelbagai, namun mereka menghormati kepercayaan masing-masing. Islam juga tidak memaksa untuk orang kafir memeluk Islam.


Petikan Surah al-Kafirun:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

Untuk menutup entry ni, saya mempersembahkan sebuah video ucapan seorang wanita agnostik Yahudi yang kagum dengan penulisan al-Quran; Lesley Hazleton.


04 February 2012

Broga dan Kita

 
“Nak panjat Broga!” kata Siti tiba-tiba dalam perjalanan pulang kami dari pasar malam ketika di simpang masuk UPM, ketika lampu merah.
“Eh, jomlah. Minggu ni nak?” Bro menyambut dari belakang.
“Boleh je. Kita naik tengok matahari terbit!” kata Hafifi.
“Siti memang nak panjat Broga!”
“Eh, kalau korang nak pergi, kena tunggu aku la. Aku tak larat nak panjat!” sambut saya.
“Kita pergi besok nak?”
“Hari Ahadlah!”
“Haah. Taknak besok! Tak sedia lagi mental fizikal!” kata saya lagi.
Maka dengan begitu saja lengkap sudah perancangan bercuti kami. Seperti biasa, random. Ilham yang datang tiba-tiba sewaktu di lampu merah. Dan terlampau selalu, ilham itu datangnya secara rawak. Tidak ada perancangan yang teliti, seperti biasanya.
Broga. Dua tahun yang lalu akan berbeza ertinya dengan tahun ini. Dua tahun lalu, ketika kita bersama memanjat dengan hubungan yang berantakan. Sewaktu kita sudah lupa apa ertinya persahabatan dan mimpi. Sewaktu kita ingin semula menjadi dua orang yang asing dan terpisah.
Dan ketika saya menemui seseorang yang mungkin akan menjadi seseorang yang istimewa. Seorang gadis yang comel. Kami bergambar di buaian Sheikh Muszaphar; senyuman dalam imej digital tidak mungkin pudar. Ketika kawan-kawan di sekitarnya melaung: “Kan kitorang dah cakap, kau jumpa jodoh dekat Broga!” Gurauan nakal mereka memanjangkan lagi senyuman kami berdua sewaktu punat kamera ditekan. Dan sehingga kini rasa kecewa masih menyepak-nyepak ulu hati kerana tidak pernah meminta akaun facebooknya.
 
PB050257
 
Pencapaian menaiki Broga pada dua tahun lalu bukanlah sesuatu yang suka saya banggakan. Memanjat Broga pada tahun itu seperti melampiaskan pelbagai perasaan yang tidak indah kepada setiap jejak langkah menaiki bukit. Setiap perasaan sakit dan benci kepada kehidupan sepanjang tahun akhir pengajian. Dan saya tidak berasa sedikit pun gembira setelah tiba ke puncak. Terlalu banyak kegagalan dalam hidup untuk ditimbangtara dengan kejayaan menawan Broga. Konklusi: menaiki Broga bukanlah kebanggaan buat saya.
Dan pada tahun ini, mungkin perasaannya akan berbeza. Mungkin saya akan menemui si gadis itu semula. Dan tahun ini, kita tidak lagi berantakan.
Kita sama-sama akan menaiki bukit yang sama. Bukit kita pada masa sekarang ialah projek Master. Bukit yang paling tinggi untuk didaki setakat hidup kita. Kita bersama akan menyarung jubah dua jalur dua tahun lagi. Broga dan masa depan kita yang gemilang itu masing-masing jaraknya dua tahun ke belakang dan ke depan.
Kita bersama akan menaiki pentas sekali lagi dengan senyuman paling manis. Kita akan mengharungi semua kepayahan bersama; dan akhirnya bergelar graduan Sarjana universiti tercinta. Kita akan berdiri di puncak seribu kali lebih tinggi dari Broga.
-------------------------------------------------------------------------
Lampu isyarat hijau: pantas Siti memecut. Di sebelah kami, MyVi yang badannya bercorak kerawang hitam seperti tangkai-tangkai bunga Gothic cuba memotong. “Siti, pecut lagi! Lumba!” kami bersorak. Dan tentunya 4 gadis di kereta sebelah merasa pelik melihat seorang wanita memandu 3 orang lelaki.
“Siti, laju lagi! Aku nak tengok nombor plat dia! Rasanya kereta ni familiar!” saya menggesa Siti.
Laju si Camry dipecut Siti. Nombor plat kereta MyVi perak kerawang hitam: M. “Yes. Betul! Selalu nampak kereta ni!” saya teruja.
“Alah, balak dia yang cat design tu!’ kata Bro.
“Aku suruh kau kejar dia sebab nampak ada budak perempuan dalam kereta tu pandang kita” sambung Bro.
“Sebab dia pelik la tu tengok perempuan yang drive kereta; yang penumpang semua laki!”
“Hahaha!” gelak Siti.
Senyum saja kami sewaktu sampai di pos jaga. Kawan-kawan, kalau seribu Bukit pun perlu didaki, semuanya mudah selagi kita bersama. Dan Broga yang akan dipanjat Ahad ini hanyalah satu daripada seribu bukit itu.

LiveJournal Tags:



























03 February 2012

So it’s February Already

 
It’s officially the third of February. Oh my god! Where have I been these past 3 days! I still haven’t updated anything for February! Or so I thought; I should say.
Salam peeps! It’s the third of February, I know. I am busy for the time being, and being busy means I am keeping up with the date. I realised it’s February already, but i don’t have that much time to update my blog.
Blurgh! I’m still trapped with my labwork. Chemicals, methods, time and stuffs. It’s really exhausting (yet satisfying). To tell the truth, I’m in a love-hate realationship with my research project. For times, i feel like enjoying every bit of what i’m currently doing, while at some other time i feel like giving up. Sometimes i feel happy with my project achievement, and some other time i feel hopeless.
I am dying to write an issue for my entry, but my thesis writing plus lab analysis leave me very little time for that sort of research. Cut me some slack, OK?
And a sad thing is, my blog traffic is steadily decreasing; just like it was before i wrote that Pegar thingy. So now i don’t have that many views per day. How disappointing!
So basically, urm, I don’t have many things to say. Just going to focus on my research for this long weekend and on next week, I’m going to have to go sampling again. Hukhukhuk!
So much a life of a postgraduate student!






Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter